Disaster Relief

Berita
Laman Utama Organisasi Berita Tutor Pelajar Maklumat Pelajar Album Renungan Links

 

Berita2                           

Konvokesyen 2005                           

SEMANGAT WAJA PESERTA BIG

 Besut: Seramai 64 orang guru pelatih Maktab Perguruan Besut, Terengganu telah menyertai Program Bina Insan Guru pakej pertama yang telah diadakan pada 15 April  hingga 18 April 2002 di Pulau Rhu yang memakan masa kira-kira 15 minit perjalanan dari Jeti Kuala Besut.

        Dalam program itu dua aktiviti yang mencabar telah dibuat yang betul-betul menguji daya tahan, kemampuan serta semangat kerjasama ataupun berpasukan di antara peserta-peserta program samping aktiviti-aktiviti lain seperti bengkel, ceramah dan permainan. Dua aktiviti itu ialah aktiviti air serta kembara bina insan guru.

        Sebanyak dua hari telah diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti ini. Perserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan telah bergilir-gilir menjalankan dua aktiviti ini. Pada hari kedua kumpulan B telah menjalankan Aktiviti Air manakala kumpulan A telah menjalankan aktiviti Kembara Bina Insan Guru, kemudian pada hari berikutnya aktiviti ini telah ditukarkan mengikut kumpulan. Segala aspek telah diperhatikan seperti semangat kerjasama, kesungguhan dan juga daya ketahanan peserta program melalui halangan dan juga keadaaan yang dihadapi.

        Walaupun selama dua hari berturut-turut peserta menjalankan dua aktiviti yang berat peserta program masih lagi dapat meneruskan semua aktiviti yang telah dirancangkan dengan sempurna.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1