|
SENI CINTA SEJATI
Ramai orang percaya bahawa cinta tiada
diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta
lebih tinggi dari segala peraturan.Pada hakikatnya cinta ada
seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni
cinta itu,dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai
cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh
dipisahkan dari nilai etikanya.Jika dipisahkan, maka cinta itu
akan jadi tempang dan buta.
Berikut adalah Seni Cinta Sejati untuk anda praktikkan :-
Seni Berfikir
* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu
dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta
memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.
* Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam
hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya
iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta
juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.
* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan.Tanpa
pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak
pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu
ISLAM.
* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya
dengan diri anda,cinta juga adalah amanah.Tidak wajar untuk
anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah
yang lain.
* Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta
kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang
menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda,
cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada
masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang
sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan
menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan
cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut
dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja
hinggakan lupa pada cinta yang lain.
* Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan
hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya
dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa
bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di
bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap
cinta anda yang putih bersih.

Seni Merasa
* Cinta yang anda nikmati sedikit demi
sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan
anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda
gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana
sepanjang hayat.
* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat
peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak
melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan
bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan
yang wajar.
* Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana
rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai
betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan
bersyukurlah kepadaNya.

Seni Bertindak
* Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu
banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan
dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya
itulah Cinta Sejati.
* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar
saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya
menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.
* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda
mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa
kesal akibat kehilangannya.Mudah- mudahan anda akan mendapat
kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam
cintanya terhadap anda.
* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah
bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa
mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada
anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu
tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat
mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak
wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.
Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan
peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang
hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta
itu cacat,kerana ia buta.
Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya
hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon
kecewa,lalu berkata,'Cinta Itu Buta'
Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo
dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan
Khadijah,atau Saidina Ali dan
Fatimah.

|