HOME
The Empires
ABOUT ME
~Ni Pasal Aku lah
WALLPAPER
Free Wallpaper
ARTICLE
Free Article
MOBILE
Free Java Games
MUSIC
Free Music
GAMES
Free Games
VIDEO CLIP
Free video clip
COMPUTER
Free computer software
Hikmah Membaca Bismillah, Makan Dengan Tangan Kanan
ISLAM mengambil berat dalam setiap perkara yang dilakukan umatnya, termasuk dalam soal makan.
Misalnya makan, ada adabnya yang diajarkan dan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW yang sewajarya menjadi ikutan kita.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda bermaksud: Umar bin Abi Salamah berkata: "Rasulullah mengajarkan kepada saya: Bacalah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan dari yang sedekat-dekatnya kepadamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada hadis itu, ada beberapa perkara penting yang ditekankan oleh Baginda.
Pertama, apabila makan mulakan dengan membaca Bismillah dan makan dengan tangan kanan.
Mengapa begini? Sebabnya, syaitan akan ikut bersamanya jika makan dengan tangan kiri dan tidak dimulakan dengan Bismillah.
Dalam hadis lain dinyatakan Jabir berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut Bismillah ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini."
Dan apabila masuk tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: "Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini." (Hadis riwayat Muslim)
Dalam hubungan ini apakah yang harus dilakukan bagi orang yang terlupa membaca Bismillah pada awal perbuatan?
Aisyah berkata: "Rasulullah bersabda: Jika salah seorang antara kamu terlupa membaca Bismillah, maka hendaklah membaca: Dengan nama Allah pada permulaannya dan pengakhirannya."
Sekali imbas mungkin ajaran ini, kelihatannya kecil, tetapi sebenarnya ia mempunyai fadilat dan berkat yang amat besar kepada kita.
Perlu diingat bahawa syaitan adalah makhluk halus yang durjana yang sentiasa berusaha mencari jalan merosakkan umat manusia, baik yang bersifat fizikal mahupun yang bersifat mental dan spiritual.
Salah satu cara bagaimana memasuki benteng pertahanan manusia itu adalah melalui makanan.
Melalui jalan ini syaitan akan masuk ke dalam jasad dan rohani manusia. Daripada jalan ini ia mula mempengaruhi dan merosakkannya dari sudut kekuatan dalaman manusia.
Oleh itu, bacalah Bismillah sebelum makan dan gunakanlah tangan kanan.
Adab dan cara makan yang baik untuk kesihatan menurut pandangan ahli perubatan Islam.
* Makan hanya apabila berasa lapar.
* Basuh tangan dan kuku hingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
* Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
* Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya, makan dengan tangan dapat membantu penghadaman disebabkan wujud aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
* Tinggalkan kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.
* Seboleh-bolehnya dinding bilik makan berwarna merah jambu kerana boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan makanan.
* Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
* Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
* Jangan makan makanan lama.
* Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
* Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
* Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan daripada terdedah.
* Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan.'
FORUM
Join Forum