|
Pengurusan makmal komputer bukannya sesuatu perkara yang susah atau menakutkan. Ia seperti juga pengurusan bilik lain, cuma melibatkan alat teknologi yang mempunyai ciri-ciri dan keperluan-keperluannya yang tersendiri.
Pertama, pihak sekolah perlu menyediakan struktur organisasi jawatankuasa IT untuk melicinkan pelaksanaan program IT atau literasi komputer dalam sekolah. Penyelaras makmal komputer perlu menjadi ahli dalam jawatankuasa inin.
Kedua, penyelaras perlu mewujudkan sistem fail dan rekod yang disimpan dalam makmal komputer. Contoh dokumen adalah :
Carta Organisasi Jawatankuasa IT/Komputer/Siber Buku Inventori untuk Harta-harta Makmal Buku Rekod Laporan Kerosakan/Lawatan Penyenggaraan Buku Log Penggunaan Makmal Komputer/Buku Lawatan Buku Log Penggunaan PC (untuk setiap komputer) Buku Log Pergerakan Alat (untuk mengesan peminjaman PC, pencetak dll.) Peraturan Makmal (dokumen dan poster) Fail Makmal Komputer Perancangan Tahunan Jadual Waktu Penyenggaraan Komputer Jadual Waktu Latihan Dalaman (guru & pelajar)
Contoh dokumen lain (terpulang kepada sekolah)
Jadual Waktu Pembersihan Makmal Fail Kelab Komputer Manual Penggunaan Alat Buku Pendaftaran Alamat Emel Guru / Pelajar
Penyelaras makmal digalakkan membangunkan pangkalan data untuk (I) Inventori Makmal, (ii) Rekod Kerosakan, (iii) Rekod Penggunaan Makmal
--------------------------------------------
Peraturan Makmal Komputer Program KDP (satu cadangan)
* Peraturan makmal berikut disediakan dengan tujuan untuk (i) menjaga keselamatan pengguna, data dan perkakasan makmal (ii) mewujudkan suasana yang kemas, bersih dan menggalakkan pembelajaran.
Pihak sekolah boleh mengubahsuai peraturan berikut mengikut keadaan dan keperluan sekolah. Peraturan perlu dipaparkan di dalam makmal komputer.
Sila rekodkan penggunaan makmal di dalam buku log penggunaan makmal. Sila jangan bawa makanan, minuman atau beg ke dalam makmal komputer. Sila kemaskan makmal sebelum meninggalkannya. Pengguna dilarang memasang (install) sebarang perisian tanpa kebenaran guru penyelaras makmal komputer. Cetak rompak perisian adalah salah di sisi undang-undang. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer tanpa guru. Laporkan kepada guru dengan serta merta jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau barang terbakar, bahagian komputer yang terlalu panas, atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal.
|
|