:: HOME :: S :: METEOROLOGI :: SS:: GEOLOGI :: S :: ASTRONOMI :: S S:: LINK :: S:: FEEDBACK ::
 :: AMARAN ::

SELAMAT DATANG KE PENTADBIRAN GEOLOGI DAN ATMOSFERA MALAYSIA

Pentadbiran Geologi dan Atmosfera Malaysia adalah satu pertubuhan bukan milik kerajaan. Laman Web ini dibangunkan untuk memberi informasi terkini berkenaan Cuaca, Seismologi, Astronomi serta Amaran Awal Tsunami di Malaysia. Semua Amaran Cuaca,Gempa Bumi dan juga Tsunami dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia dan juga US Geological Survey. Perlu diingatkan bahawa semua Amaran yang dikeluarkan adalah berdasarkan Amaran yang dikeluarkan oleh Badan yang pertanggung jawab.Untuk itu, MGAA tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengeluarkan sebarang Amaran tanpa dirujuk terlebih dahulu oleh Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila e-mailkan kepada kami di: WEBMASTER.


AMARAN GEMPA BUMI BAGI MALAYSIA DIKELUARKAN OLEH US GEOLOGICAL SURVEY SEHINGGA:

Tarikh: 28 Mac 2005
Masa : 12.05 pagi
Status: Gegaran kuat berukuran 8.7 Skala Ritcher mengegarkan Sumatera, Indonesia. Gegaran turut dirasai di beberapa Negeri di Semenanjung Malaysia. Maklumuat lanjut Klik disini.

AMARAN RIBUT PETIR BAGI NEGERI: SEMUA NEGERI
Tarikh: 8 Februari 2005
Masa : 12.40 tgh
Status: Tiada Amaran dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia. Klik disini untuk terkini di KJC

AMARAN CUACA BURUK BAGI NEGERI: SEMUA NEGERI
Tarikh: 8 Februari 2005
Masa : 12.40 tgh
Status: Tiada Amaran dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia. Klik disini untuk terkini di KJC

Bahagian Seismologi
Bahagian Meteorologi
Bahagian Astronomi
Bahagian Geologi
Tinjauan Cuaca
Imej Satelit
Hubungi Kami
Gallery
Link
"Malaysia Maju 2020"
 :: METEOROLOGI ::  
Tinjauan Monsun Timur Laut

Tinjauan Cuaca Bagi Musim Monsun Timur Laut ( November 2004 hingga Mac 2005 )

1.0        Ciri-ciri musim Monsun Timur Laut     

Monsun Timur Laut yang kebiasaannya berlaku antara pertengahan November dan awal Mac adalah dicirikan oleh keadaan angin yang bertiup secara tetap dari arah timurlaut. Dalam tempuh ini negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami beberapa siri jangkawaktu hujan lebat yang menyeluruh bertahan selama 2 hingga 3 hari.Dalam musim ini terdapat antara 3 hingga 4 jangkawaktu hujan sedemikian berlaku pada masa yang berlainan di kawasan-kawasan tersebut. Diantara jangkawaktujangkawaktu hujan lebat terdapat beberapa hari cuaca baik, samada tiada hujan atau dengan hujan yang sedikit. Dalam keadaan biasa iaitu pada bulan November dan Disember pantai barat Semenanjung mengalami hujan dan ribut petir di kebanyakan tempat yang berlaku pada sebelah petang dan malam.

Kejadian hujan lebat oada musim ini biasanya bermula di negeri Kelantan dan Terengganu sebaik selepas minggu pertama bulan November. Negeri Pahang dan timur Johor kebiasaannya mengalami hujan lebat pada bulan Disember dan awal Januari. Dalam bulan November dan Disember, hujan monsun yang menyeluruh yang berlaku di negeri-negeri pantai timur boleh mengakibatkan negei-negeri di pantai barat Semenanjung mengalami hujan menyeluruh yang boleh bertahan sehingga beberapa jam secara berterusan. Mulai pertengahan Januari, cuaca seluruh Semenanjung Malaysia secara relatifnya menjadi kering.

Di Sarawak, jangkawaktu hujan lebat adalah berlaku antara lewat Disember dan awal Februari. Hujan lebat biasanya berlaku di Bahagian-bahagian Kuching, Sri Aman, Samarahan, Limbang, Sarikei dan Sibu. Bahagian-bahagian Bintulu, Miri dan Kapit pula mengalami ribut petir atau hujan panas di beberapa tempat pada sebelah petang dan malam.

Di Sabah, Bahagian-bahagian Kudat dan Sandakan mengalami hujan lebat pada lewat Disember dan awal Februari. Pantai Barat, Pedalaman dan Tawau mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang.

 

2.0        ENSO dan tinjauan cuaca bagi tempoh November 2004 hingga Mac 2005

El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah satu fenomena atmosfera-lautan, berskala global yang amat berkesan keatas iklim sedunia termasuk rantau ini, terutama sekali semasa ENSO yang intens seperti 1997 kawasan ini akan mengalami keadaan cuaca yang lebih kering. Berpandukan kepada parameter lautan dan atmosfera tekini ( Ogos 2004) yang digunakan untuk memantau ENSO mendapati bahawa keadaan masa kini adalah normal. Pusat-pusat antarabangsa yang mengeluarkan ramalan El Nino secara rutin meramalkan bahawa kebarangkalian keadaan neutral akan berterusan hingga awal tahun hadapan adalah tinggi. Kebarangkalian untuk peristiwa  El Nino muncul sebelum akhir tahun ini adalah sangat rendah. Akan tetapi keadaan ini akan dipantau dengan rapi dansebarang perubahan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Pada amnya tinjauan cuaca bagi Malaysia untuk tempoh September 2004 hingga Mac 2005 dijangka pada paras normal. Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan pada paras normal hingga sedikit lebih dari normal (10% lebih dari normal). Negeri Sabah dan Sarawak juga dijangka menerima hujan pada paras normal hingga sedikit lebih dari normal antara bulan November dan Disember manakala pada bulan Januari hingga Mac 2005 pula hujan dijangka berada pada paras normal dan sedikit kurang dari normal( 10% kurang dari normal). Ramalan hujan bagi negeri-negeri adalah seperti dalam jadual di bawah.

 

Tinjauan Hujan Bulanan (mm) dari November 2004 hingga Mac 2005

Negeri

November

Disember

Januari

Februari

Mac

Perlis

160-230

80-120

50-90

60-100

100-140

Kedah

200-280

130-170

60-90

60-100

100-140

P. Pinang

250-300

150-190

90-130

110-150

120-160

Perak

230 - 300

180 - 250

120 - 170

110-160

110 - 190

Selangor

250 - 350

220 - 280

160 - 240

150-220

220 - 280

K. Lumpur

250 - 330

220 - 280

180 - 230

190-240

220 - 280

N. Sembilan

250-330

200-270

160-220

160-220

200-270

Melaka

220-280

140-190

80-120

90-140

130-180

Kelantan

500-800

400-700

130-200

70-120

100-150

Terengganu

600-800

500-700

110-170

80-120

150-200

Pahang

240-400

300-700

150-350

110-170

150-220

Johor

200-450

220-750

180-350

130-200

180-250

Sarawak

300-450

350-500

350-750

180-550

200-380

Sabah

200-420

200-500

150-400

100-300

100-230

Sumber diperolehi daripada: Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia

 
 :: ARTIKEL METEOROLOGI ::
Logo GSAM

Tinjauan Cuaca bagi Monsun Timur Laut

Tinjauan Cuaca jangka panjang

Penerangan tentang Awan

Keadaan iklim di Malaysia

 




 







MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION
Any comment or suggestion please e-mail it to:webmaster
©2003-2005 All Right Reserved-
MALAYSIA GEOLOGICAL AND ATMOSPHERE ADMINISTRATION
, Kota Kinabalu,Sabah

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1