MALAYSIA KELANTAN TERENGGANU


     Malaysia ialah sebuah negara raja berpelembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan . Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan , iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak .Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur manakala Putrajaya merupakan kawasan pentadbiran .


   Bahasa kebangsaan Malaysia ialah Bahasa Malaysia iaitu bahasa melayu yang dalam bentuk piawai. Bahasa Inggeris  pernah  dijadikan bahasa pentadbiran negara 'de facto' untuk suatu ketika dahulu dan masih kekal sebagai bahasa kedua yang kukuh dalam sesetengah masyarakat Malaysia di samping menjadi mata pelajaran wajib di sekolah awam.








   
  Malaysia adalah negara ke-43 teramai penduduk dan negara ke-66 terluas di dunia yang diduduki 28 juta orang. Malaysia bersempadan dengan Thailand,Indonesia dan Brunei di kawasan daratan manakala  bersempadan dengan Singapura , Indonesia dan Filipina di seberang laut. Kuala Lumpur merupakan ibu negara dan Bandaraya terbesar di Malaysia  manakala Putrajaya menjadi pusat pentadbiran persekutuan.






Bunga Raya juga dikenali sebagai Bunga Sepatu dan Kembang Sepatu ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus  yang sering ditanam sebagai tumbuhan hiasan .