Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 97 (diterjemahkan oleh Kak na) English Home

Di pejabat Rogelio: Rogelio sedang mendengar rintihan Carlotta tentang Mauricio dan Juana. Juana mengandung disebabkan kesilapan pihak hospital semasa proses pemanian beradas. Dsiree dok dengar dengan penuh perhatian dari belakang pintu dan cuba mendengar setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Carlotta. Rogelio tekejut dengar kisah benar ni, sekarang barula dia faham naper Mauricio bersikap pelik kebelakangan ni. Carlotta menambah lagi yang Mauricio dah tinggalkan dia kerana Juana mengandungkan anak dia. Anak lelaki amat penting bagi Mauricio. Pada masa yang sama Desiree dok dengar sambil memegang segelas minuman di sebelah tgn dan sebelah lagi dok pegang botol minuman. Dia kelihatan selesa berdiri di belakang pintu tu.

Pejabat Positivo: Juana gembira dpt hadiah dari Brandy.. sebuah loket perak disertai buah rantai berbentuk matahari. Juana mmg dah lama nak bli rantai yang macam tu tapi tak mampu. Dia berterima kasih dengan hadiah itu. Brandy senyum sbb dia memang tau Juana akan suka sangat dengan hadiah tu. Mereka kemudian saling berpelukan. Selepas beberapa ketika, Brandy cuba memujuk Juana utk menceritakan apa yang dah jadi masa dia pi ke rumah Carlotta, tapi Juana tak nak cakap apa2.

Di pejabat Rogelio: Carlotta masih duduk dalam kesedihan dan dok citer tak abih2 tentang kehidupan dia yang bakal roboh. Rogelio mcm tk nak bagi Carlotta citer banyak2 sangat sebab tentu la dia takmo Desiree dengar terlampau byk perkara di sebalik pintu nun. Carlotta kata dia dah biasa nak mngadu la kap papa dia tentang hal macam niih. Carlotta kata kalu dari awal dia tau Juana ngandungkan anak Mauricio, dia tentu sekali akan tawarkan duit kat Juana dan kuarganya agar anak dalam kandungan tu digugurkan. Dia takut nanti kalau Juana tau hal ni, dia tentu nak Mauricio kawin ngn dia.

Pejabat Positivo: Juana akhirnya bgtau Brandy perasaan dia dan mula menitiskan air mata. Dia paling sedih biler Rafael sendiri pikir Juana pemusnah rumah tangga orang. brandy suh Juana bersabar. David tiba2 muncul dan nampak Juana tengah menyapu air mata. Jadi dia tau la Juana menangis kerana sesuatu hal.

Pejabat Mauricio: Mauricio tengah berbincang dengan Enriqueta ttg Armando dan tuduhan2 dia terhadap Mauricio. Dia kata dia dah bgtau Carlotta yang dia bapa kepada kandungan Juana. enriqueta wat muka tekejut. Mauricio menambah lagi yang dia nak ceritakan hal sebenar kat juana secepat mungkin.

Rumah Lili: Lili tengah mop lantai ruang tamu biler Ramon mai dan mintak izin dia utk duduk kat sofa. Lili tengok muka Ramon kelihatan pucat lesi dan dia tu kelihatan sakit, keadaan yang sama kelihatan pada wajah mak dia masa sakit.

di pejabat: Juana menyambung perbualan ngn Brandy tentang perasaan dia dan sekarang ia dah mengganggu tanggapan dia terhadap kandungannya. Brandy meyakinkan dia supaya jgn bimbang sebab masa akan menjadikan Juana lebih menyayangi bayi dalam kandungan nya itu. Juana memandang ke arah David yang sibuk bekerja. Dia teringat apa yang diminta oleh David semasa hari dia pergi ke apartment David. Brandy mengganggu khayalan dia dengan mengatakan luka david dalam jugak jadi terpaksa dijahit. Tak lama kemudian, David berpusing ke arah mereka dan nampak Juana sedang memandang ke arahnya.

di pejabat Mauricio: Enriqueta bgtau Mauricio yang cadangan dia baik supaya Juana tak tertanya tanya tentang keadaan dia. Enriqueta meyakinkan mauricio yang Juana akan gembira biler tau ayah kandungan dia adalah Mauricio kerana masa akan merubah pemikiran dia. Mauricio rasa lega dengan kata2 Enriqueta.

Di pejabat: Juana dok depan David. Depa nyembang2 pasal luka David tu. David kata tu tak sakit, lagi sakit kalu tengok Juana nangih. Juana tersentuh dengan kata2 David dan tahu betapa dalamnya cinta David terhadap dia. Dia berterima kasih. Brandy doktengok depa dari satu sudut. Armando kuar dari bilik dan berjalan macam gorilla melintasi Brandy sambil tertolak siku Brandy. Brandy menjerit kesakitan.. Armando kata maaf dan meniggikan suara dia sambil memanggil LaBibi suh masuk kat opis dia. Juana nampak Brandy sedang memandang dia, dia rasa tak selesa dan berpaling ke arah lain

Di Pejabat Rogelio: Rogelio bg anak dia ubat sedatif utk menenangkan dia. Dia telan pill tu dan berterima kasih sbb Rogelio ruangkan masa utk mendengar masalah anak dia. Jika dia pendam perasaan tu, dia tentu leh jadi gilo. DEsiree dah boring ngn tajuk baru yang dibincang di antara Rogelio dan Carlotta. Rogelio nak Carlotta balik dan bertenang sementara tu dia akan pikir cara macam mana nak balas balik kat Mauricio. Carlotta tak kisah dengan apa saja rancangan Rogelio asalkan mauricio kembali kepadanya. Rogleio suh Carlotta balik rumah mak dia; dia akan pi ke situ sebaik sahaja kerja2nya selesai. Sbaik saja Carlotta keluar, Desiree melepaskan diri dari belakang pintu sambil menyuarakan rasa lega. Dia kata ingat dah nak mati kat belakang tu.. rasa cam dah berkurun dok lam tu. Rogelio tengok jer.

Di pejabat Armando: LaBibi ada ngn Armando dok dengar dia tu pot pet pasai keadaan syarikat yang tak menentu. Dia bgtau tentang Rogelio yang macam raja kat situ yang tak abih2 mengarah orang sana mengarah orang sini, Mauricio De la vega pulak memegang peranan Pontius Pilate yang jatuh cinta kat Juana Maria Magdalene, jadi hamba dan merendah diri dan tentunya terus masuk neraka. Depa semua lam krisis dan akan jatuh bila2 masa. La Bibi dapat berita panas tambah2 bab skandal yang sedang berlaku lam syarikat tu. Armando kata dia sepatutnya dengar kata2 Desiree.

Di pejabat Rogelio: Rogelio suh Desiree rahsiakan apa yang dia dah dengar. Desiree wat muka tak tau apa dan meyatakan dia tak tau apa2 langsung. Rogelio memeluk dia dan dia wat muka 'tak kuasa' di belakang Rogelio.

Di pejabat Enriqueta: Enriqueta panggil Juana dan Humberto mai jumpa sekali utk redakan masalah depa. Depa macam masih bertelingkah disebabkan kejadian awal tadi. Juana masih tuduh Humberto yang selerakkan bilik dia manakala Humberto menidakkan tuduh tu. Enriqueta akhirnya berjaya pujuk depa supaya lupakan emosi depa, cuba baik2 dan pkirkan betul2 tentang kerja2 yg depa nak kene buat. Juana akan cuba berhati2 dan jaga barang2 dia.

Makmal foto Juana: Mauricio masuk cari Juana tapi dia tak dak. Ada satu kotak hadiah comel menarik perhatian dia, dia amik kotak tu dan tertanya tanya sapa la yang bagi hadiah kat Juana tu. Tiba2 Brandy mai dan bgtau Juana ada kat mana. Mauricio tanya tentang hadiah tu, Brandy kata dia yang bg hadiah tu kat Juana utk harijadi dia esok. Mauricio terkejut sbb dia dah lupa pulak hal tu. Dia teringat masa depa bersama kat taman, Juana ada cakap kat dia dan dia nak bwk Juana gi kabin utk menyambut harijadi Juana. Dia tanya Brandy apa pendapat dia tentang keadaan Juana sekarang. Brandy kata Juana tak kelihatan seperti Juana dulu dah. Juana kelihatan sedih berbanding dulu. Mauricio kata dia tak pernah berniat nak memainkan perasaan Juana.

Di Pejabat rogelio: Desiree terpaksa pulak mendengar pendapat panjang Rogelio tentang masalah Carlotta. dia dan bosan cam nak mati mendengar semua tu dan berharap topik to dihentikan secepat mungkin. Desiree mencadangkan supaya Rogelio biarkan Carlotta tinggalkan Mauricio buat selama lamanya. Carlotta akan lebih gembira.

Di Klinik: Carlotta gi serang bilik Dr. Ricardo Monsalve. Dia tu baru jer abih merawat sorang pesakit. Carlotta sindir dia tu sebab pura2 tak paham naper dia mai menyerbu masuk situ macam tu. Tercengang cengang doktor botaks tu.

Rumah Lili: Ramon mendengar dengan penuh perhatian citer Lily tentang kehidupan Juana. Dia terkejut biler tau Juana dibuang sekolah dan biasiswa dia dibatalkan.

Di Klinik: Carlotta bgtau Dr. Ricardo yang Mauricio dah tinggalkan dia dan pi dekat Juana. Dia marah sbb tak diberitahu langsung tentang kandungan Juana. Dia tolak2 semua dokumen Doktor tu ke lantai utk menunjukkan yang dia marah sangat2 dah ni.

Di makmal foto Juana: Juana masuk sementara Humberto mengekor dari belakang. Depa cakap tentang bertolak ansur dan mmbahagikan tugasan sama adil. Juana berkata pada diri sendiri yang Humberto tu tentu dah benci kat dia tambah2 dengan apa yang sedang melanda Carlotta. manakala Humberto pulak dok berfikir sendiri yang Juana tak seperti yang Carlotta katakan.

Di Klinik: Carlotta tuduh Dr. Ricardo tau yang Mauricio merancang utk meninggalkan dia tak lama lagi. Dr. Ricardo menidakkan tuduhan tu.

Di makmal foto Juana: Juana bersedih, dia mengesat airmatanya dan Humberto memerhatikan Juana. Juana mengatakan yang dia rapat dengan Rafael.

Di Klinik: Carlotta berjanji yang dia akan buat sesuatu tentang perkara ni dan meninggalkan bilik tu tanpa memberi sebarang kesempatan utk Dr. Ricardo berkata sesuatu utk mempertahankan diri.

Di Pusat latihan Kecergasan: Carlos baru saja selesai satu sesi pembelajaran dengan para pelajarnya. Dia pi bersembang dengan ana Maria. Ana maria kata dia ada berita baik.

Di rumah Perez: Manuel berterima kasih kpd Salvador sbb tumpangkan dia. Dia menawarkan minuman tapi Salvador menolak, tapi kene pujuk, dia setuju sbb depa leh la jugak bincang2 tentang berita2 terkini.

Di Pusat Latihan Kecergasan: Ana Maria bgtau Carlos yang bapak dia yang dia dah lama tak jumpa sudah kembali dan tinggal di rumah Lili. Carlos bosan mendengar cerita Ana Maria yang tak tamat2. Carlos mengalihkan perhatian dia kepada sorang wanita yang dok memerhatikan dia jugak.

Di Pejabat: Ines menyambungkan panggilan makcik Eva kepada mauricio. Maurcio ucap selamat kat dia. Makcik Eva bgtau yang dia dah culik Rafael. Dia kata Rafael selamat dan jgn bimbang la. Mauricio tanya tentang khabar Carlotta, Makcik Eva kata dia tak tau apa2 dan menamatkan perbualan mereka.

Di Rumah Perez: Selepas minum2 kopi ngn Manuel, Salvador mintak diri dulu sbb dia ada byk keje nak dibuat.

Di Pejabat Mauricio: Mauricio dok cakap sorang2, dia kata dia mesti buat sesuatu supaya Juana gembira pada harijadinya. Dia tak pasti samaada esok adalah hari yang sesuai utk meluahkan segala galanya tentang kandungan Juana. Dia menghubungi Juana dn bagitau dia nak jumpa Juana secepat mungkin. Juana tengok kat Humberto dan tersenyum.

Di pusat Latihan Kecergasan: Ana maria menyikat rambutnya sambil menunggu Carlos kuar dari bilik lokar. Dia menjemput Carlos ke majlis harijadi Juana tapi Carlos tak pasti sama ada dia buleh pi atau tidak. lepas pujuk pi pujuk mai, Carlos setuju. Dia jugak minta Carlos tolong hantaq dia balik tapi Carlos bg banyak alasan utk elak dari berjumpa dia.

Di pejabat mauricio: Mauricio menjemput juana masuk. Juana cuba menjauhkan diri dari Mauricio dan memberi amaran supaya mauricio pon berdiri jauh sikit dari dia. Mauricio perasan yang Juana dok berperangai pelik dan cuba mempertahan dirinya dari terlalu dekat dengan Mauricio. Mauricio mintak jgn sekali kali anggap ada penghalang di antara mereka. Dia nak bincangkan sesuatu yang penting tapi rasa tak selesa dengan tingkah laku Juana yang pelik sebab dia sedang cuba sedaya upaya utk bersikap lebih formal biler bertutur dengan Mauricio. Juana masih merasakan kesakitan yang terpaksa dilalui, dia tak tau camno nak citer semua tu kat Mauricio.

David masuk ke makmal foto Juana, cari Juana la tu tapi terserempak ngn Humberto la pulak. Humberto mintak David stay sbb dia nak cakap sikit tentang Juana. David citer la ttg masalah Juana dan Mauricio la penyebab masalah tu menjadikan Juana sedih. Dia bgtau Carlotta mai apartment dia, kelihatan teruk la jugak.

Di pejabat Mauricio: Mauricio tak setuju ngn pendapat Juana. Dia mintak Mauricio balik pi kat Carlotta dan Rafael. Mauricio kata hidup dia bersama Carlotta dah tamat dan itu bukan disebabkan Juana. Dia nak bagi tau semuanya esok. Dia bgtau Juana mimpi buruk dia akan berakhir mulai esok. dia nak Juana janji yang dia akan pergi ke kabin dan sambut hari jadinya bersama sama. Itu adalah permintaan terakhirnya. Selepas itu, Juana akan tentukan masa depan mereka. Juana tak paham dengan apa yang diperkatakan Mauricio tu.

Posted on Jul 28, 2003, via email


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1