Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 96 (By Kak Na) English Home
Rumah De la Vega: Carlotta tak caya apa yang mauricio cakap. Mauricio mengesahkan dengan mengatakan "ya, Juana adalah gadis yang diinsiminasi dengan sperma saya secara tak sengaja.. sekarang dia hamil disebabkan kecuaian manusia." Carlotta kata, "Berani awak simpan rahsia sebesar ni dari dia.." MAuricio kata hubungan dia penuh dengan pembohongan

Rumah Lili: Ramon gembira dpt berbual dengan Juana. Juana citer tentang kisah hidup dia dan pahit maung yang terpaksa diharungi utk belajar erti kehidupan. Ramon nyesal tak balik lebih awal utk tengok Juana.

Rumah De la Vega: Carlotta tuduh Juana menggunakan alasan mengandung untuk memerangkap Maurico. mauricio kata sekarang peluang dia utk jadi bapa amat cerah. Carlotta marah sangat2 sebab dia tu obses sangat nakkan anak. Dia kata, "Tak leh ker kita bergembira hanya kita berdua tanpa kehadiran seorang anak?" Dia dah tak tahan; dia kuar dari bilik tu dan tinggalkan Mauricio seorang diri. Mauricio nampak gambar mereka berdua, dia amik gambar tu sambil bercakap seorang diri dan melemparkan gambar itu.

Rumah Perez: Ana maria ada di dapur dok kat meja ngn mak dia. Dia bgtau mak dia y ang dia dah pikir apa yang Azucena cakap awal tadi. WAlaupun sepanjang hidupnya dia nak mak dia maafkan dan mengaku kesilapannya, tapi sekarang dia akhirnya buat begitu jugak, dia macam tak percaya. Ana Maria harap, Azcuena akan sedar dan tukar sikap dia. Azucena kata, sepanajng pengetahuan dia, dia tak perlu mintak maaf sebab dia tak penah suruh Ramon pergi. Azucena bgtau anak dia yang Ramon Perez tak akan diterima balik.. dia meninggalkan dapur.

Rumah De la Vega: Mauricio membawa beg pakaian turun tangga dan Carlotta sedang minum2. Carlotta dengar jejak kakinya dan terus bergaduh untuk pusingan ke dua. Mauricio kata Carlotta buat kesilapan besar dengan membuat tanggapan salah mengenai motif Juana sbb Juana sendiri tak tau  yang dia adalah bapa kepada anak dalam kandungannya. Carlotta terkejut wat kali ke dua.

Apartment Enriqueta: Enriqueta dan Manuel duduk di ruang tamu. Enriqueta bercakap tentang masa kecik2 dia dulu, yang tak dak mak dan hanya bapak dia yang membesarkand ia dan mendidik dia supaya menjadi kuat dalam menghadapi kehidupan. Dia kata dia sekarang paham apa yang Manuel rasa dalam keadaan ni. Manuel menciumnya.

rumah De la Vega: Carlotta dan Mauricio masing bergadung dan Rafael kelihatan mencuri dengar di celah dinding.

Apartment Rogelio: Desiree masih lagi berdebar debar, dia duduk di sofa sambil menangis mengenangkan lawatan dia ke ruamh mak dia. Dia tak paham kenapa mak dia takmo duit yang dia hantar. Dia mula menangis teresak esak dan kata dia benci mak dia sbb tak nak cuba ubah taraf hidupnya dan terus hidup dalam kemiskinan.

Di pejabat: Brandy nampak David nak meninggalkan meja dia. Nampak jer Brandy, dia mengucapkan terima kasih sebab jadi dia. Dia mengaku yang Brandy adalah sahabat yang istimewa.. dia mencium pipi Brandy.

Malam tiba...

Apartment Enriqueta: Enriqueta dan Manuel tengah menikmati masa besama dengan kegembiraan, lam gelap tu la. Depa bersembang sembang sampai Carlotta tak teringat dah tentang masa atau tentang kerja2 dia.

rumah Perez: Juana balik, dia panggil nenek dan mak dia sbb nak cakap sikit. Juana bgtau depa yang dia pi rumah Lili dan Lili dah sewakan bilik utk Ramon. Dia wat kesimpulan yang kata2 mak dia mengenai Ramon tak tepat langsung sbb dia nampak Ramon tu sorang lelaki yang biasa saja, baik, kelihatan lemah dan tak gembira kerana dirundung ketakutan. Azucena tak setuju ngn pendapat Juana.

Rumah Dela Vega: Makcik Eva mai dan tanya Tania mana Rafael. Carlotta terdengar suara dia tudan terus marah2 dari tingkat atas.. "Sapa suruh hang mai sini ha?"

Di luar rumah Perez: Mauricio bawak keta dan berhenti kat satu selekoh. Dia kuar dan berjalan menghala ke pintu tetapi dia berhenti separuh jalan, dia memikirkan apa yang patut dia cakap kat Juana...

RUmah Perez: Azucena tak percaya yang sekarang Juana masuk geng Ana Maria. Dia kata, "Tengoklah tangan ku! dah jadi kasar beberapa tahun ni sebab bekerja keras untuk membesarkan kuarga nih, tengok mata ku! wajah ku! penuh dengan kedutan kerana menangis seharian". dia memikirkan tentang dirinya dan tak leh tutup mata sbb dia dah tak tau dah apa nak cakap. Dia benci Ramon sebab dia dah merampas masa remajanya, mimpi2nya tinggal mimpi ajer dan dia sentiasa dirundung malang.

Juana duduk di meja. ana Maria bagi minuman kat dia. Depa berdua bercakap tentang Azucena dan kedegilannya. Masa ana maria dok cakap sesuatu, dia tiba2 teringat yang esok adalah harijadi Juana.

Dalam biliknya, Azcuena kelihatan sedih ya amat sangat. Dia marah, sedih mengenangkan segala pengorbanannya, dan anak dia terlampau bodoh dan tak mengenang jasa2nya.

Apartment Rogelio: Rogelio bersama Desiree di sofa. Desiree kelihatan seperti dia dalam kesusahan.. utk mengembirakan dia, Rogelio bgtau berita gembira yang esoknya; awal pagi, Desiree mesti berada di pejabat sbb dia perlu tandatangan dokumen yang akan memberi dia kuasa utk memindahkan kesemua saham suaminya menjadi miliknya seorang.

Pagi tiba..

Apartment Enriqueta: Enriqueta dan Manuel kelihatan memeluk satu sama lain beberapa kali dan semua tu kelihatan tak cukup. Manuel tanya Enriqueta sama ada dia sudi tak datang ke rumahnya utk mengenali keluarganya dengan lebih rapat. Enriqueta kata ya, dia sudi.

Di pejabat: Rogelio dok tengok jam dia sementara tu kelihatan dua peguam masih menunggu kehadiran Desiree. Dia risau tapi cuba kelihatan tenang. Tak lama lepas tu, Desiree sampai, kelihatan seksi macam biasa.. Dia mengucap selamat kepada semua dengan senyuman yang lebar.

Rumah De la Vega: Makcik Eva sedang menyikat rambut Rafael. Dia kata Rafael tak perlu gi sekolah sbb dia nak bawak RAfael gi jalan2. Rafael suka sangat dengan idea tu.

Di pejabat: Desiree menandatangani dokumen2 yang perlu sementara Rogelio memerhati saja di sebelahnya.

Pejabat Mauricio: MAuricio bersembang ngn ARmando dan Enriqueta tentang rancangan Rogelio, sbb dia tu tak nak sokong depa mulai sekarang ni berikutan keretakan hubungan dia dengan Carlotta. Rogelio memang sungguh2 menentang dia. Armando dah risau tentang kedudukan syarikat.

Rumah Perez: Manuel balik dan jumpa Azucena. Dia mintak izin  utk bawak balik sorang pompuan ke rumah. Kemudian loceng berbunyi; Manuel bukak pintu dan terkejut tengok sorang pompuan mai, dia tu memperkenalkan diri sebagai sepupu dan anak saudara Azucena.

Di pejabat: Juana masuk ke pejabat, ternampak Brandy dok senyum2 dan berjalan ke arahnya. Brandy bagi hadiah kecil sempena hari jadinya yang akan disambut keesokan hari.

Rumah Perez: Maria Rosa, Manuel dan Azucena bersembang2 di ruang tamu. maria Rosa berharap dapat memujuk depa tu utk memaafkan Ramon.

Di Pejabat: Mauricio terus bertelingkah dengan Armando manakala Enriqueta duduk diam jer.

Di bilik pejabat yg lain: Desiree sedang minum2 bersama Rogelio menyambut kejayaannya. SEkarang dia boleh mintak apa saja dan permintaan dia akan ditunaikan oleh Rogelio (jadi jin la pulak rogelio ni LOL) Rogelio macam nak bermesra ngn Desiree tapi tiba2 setiausaha dia menelefon dari luar. Rogelio jawab panggilan tu dan diberitahu yang Carlotta ada di sini dan nak jumpa dia. Rogelio suh dia tu lengah2 kan Carlotta sementara tu dia dok pikir mana nak sumbang si Desiree ni supaya tak dijumpa Carlota. Kat tepi tu ada bilik kosong, dia suh CArlotta masuk situ dan tunggu. Sebelum pergi ke pintu, Rogelio pastikan tiada barang2 Desiree yang tertinggal di bilik tu. Carlotta dah nak masuk masa Rogelio bukakan pintu dan terus bagitau apa yang dah jadi. Pada masa yang sama, Desiree cuba sedaya upaya untuk mencuri dengar apa yang dikatakan, pintu kelihatan terbuka sedikit. Calrotta akhirnya mengumpulkan tenaga dan menceritakan segalanya galanya ttg apa yang dah dilakukan oleh Mauricio hari tu. Berita yang palinng mengejutkan adalah mengenai anak dalam kandungan Juana. Mauricio mendakwa itu anak dia hasil daripada pemanian beradas. Dsiree tersenyum mendengar pengakuan itu kerana akhirnya teka teki yang berlegar di kepala otak nya terjawab. Dia senyum macam ahli sihir dalam citer snow white dan kata, Juana mesti diberitahu mengenai hal ni, tentang tujuan sebenar Mauricio mendekatinya.

Posted on Jun 27, 2003, via email


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1