Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every
Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 95 (diterjemahkan oleh Kak Na) | English | Home | |
| Rumah De la Vega: Mauricio cuba menenangkan Juana tapi Juana atak nak Mauricio tolong, dia tak nak dimanja manjakan terutamanya ketika berada di rumah Mauricio. "Selagi aku masih hidup, aku takkan jejakkan kaki ke rumah ini lagi," kata Juana. Dia taknak Mauricio sentuh dia dan dia bersyukur pada tuhan sbb tak ada apa2 berlaku antara mereka. Sambil menangis dia bercakap dengan Mauricio manakala Carlotta ada di atas dok ngendap depa utk tau apa la yang depa dua tu nyembang. Carlotta kelihatan sedang senyum meleret sorang2.Di pejabat: Desiree suruh Ines bagi kat dia alamat baru Mauricio tapi
Ines kata dia tak dak alamat tu. Armando lalu kat situ dan terdengar permintaan Desiree. Dia kata dia tau.. Desiree terus senyum kat Armando.
Rumah De la Vega: Mauricio menawarkan bantuan pada Juana tapi Juana takmo. Dia terpaksa berhadapan dengan berbagai halangan dan tak sanggup lagi meneruskannya. Apa yang baru berlaku tadi adalah yang paling menyakitkan. Juana bagitau yang Rafael sendiri dah tuduh dia cuba amik Mauricio dari dia. Pada masa yang sama Carlotta kelihatan gembira mendengarkan citer yang sedang Juana sampaikan pada Mauricio, itu lah yang ditunggu tunggunya. Juana beri amaran kepada Mauricio supaya jgn kejar dia lagi dan dia sepatutnya balik kepada Rafael yang amat memerlukannya. Juana pergi sambil menangis. Mauricio hanya melihat saja Juana melangkah pergi, dia sedih jugak. Kemudian dia panggil Rafael. Pada masa ni senyuman Carlotta makin lebar sbb dia dh menang pertarungan tadi. Di pejabat: Desiree ada di bilik Armando dok pujuk dia tu bagi alamat baru Mauricio. Selepas puas memujuk, Armando akhirnya beri sekeping kertas pada Desiree. Desiree senyum menggoda. Rumah De la Vega: Tingkat atas, Carlotta sedang mengutip pakaian Mauricio dan cepat2 tolak semuanya ke satu sudut, sambil memegang seluar pendek (teringatkan sesuatu), dia berkata pada diri sendiriyang dia tau Rafael adalah senjata terbaik utk buat Mauricio dekat padanya. Dia teringat apa yang Juana cakap tadi masa di bilik tidur. Di taman: Mauricio dan Jose sedang mencari cari Rafael. Mauricio akhirnya ternampak Rafael duduk kat rumput bersama sebiji bola di sebelahnya. Dia sedang menangis. Di pejabat: Di biliknya, Desiree gembira sbb dah dapat alamat Mauricio. Kegembiraanya terbantut dengan kehadiran Renito, budak pejabat, dia mai dan mintak tawaran yang dah dia buat sebelum ni. Tanpa buang masa, Desiree tanya Rene berapa banyak yang dia nak utk tutup mulut dia? Rene kata dia taknak duit tapi dia nak Desiree ikut dia balik ke kampung dia. Kalau dia menolak, Rene akan bocorkan rahsianya kepada semua orang. Desiree rasa permintaan Rene tu pelik sungguh. Rumah Amparito: Camacho bagitau Rogelio apa yang dia dengar semasa perbualan di antara Desiree dan salah sorang budak pejabat kat pejabat tadi. Rogelio tak percaya dengan apa yang dia sedang dengar. Rumah Perez: Juana balik rumah, dia kelihatan sangat sedih.. Dia berfikir seketika tentang apa yang dia terpaksa lalui.. berkaitan Carlotta dan Rafael. Dia cepat2 tukar mood dia supaya kuarga dia tak tau keadaan sebenar. Dia pergi ke ruang tamu dan tengok Manuel dok baring kat sofa dengan mata bengkak2 sebab nangih. Manuel bagitau Juana yang Ramon Perez dan balik. Berita tu menyeramkan Juana. Rumah Amparito: Rogelio suruh Camacho mengekori Desiree dan perhatikan setiap gerak gerinya demi utk mendapatkan apa rahsia Desiree yang sebenarnya. Dia nak tau setiap butir maklumat tentang siapa Desiree dan siapa yg dia jumpa. Sekarang Rogelio rasa dia akan dapat apa yang dia perlukan utk menentang Desiree pada masa depan. Rumah Perez: Manuel masih sedih dan bagitau Juana yang nenek mereka tak cakap apa sepanjang hari sebab disebabkan kehadiran Ramon. Juana masih terkejut manakala Ana Maria pulak seronok bersama Ramon dan cuba buat dia rasa selesa. Manuel rasa macam nak cekik jer Ana Maria tu. Juana tanya perasaan dia pada masa itu dan Manuel kata perkataan takkan dapat menggambarkan perasaan dia terhadap Ramon tu. Dia rasa marah kerana bapak dia pergi jauh semata mata nak puaskan kehendak dia utk mengembara jauh. Manuel hampir menangis dan mereka berdua berpelukan. Rumah De la Vega: Mauricio cuba menerangkan pada Rafael tentang perasaannya dan tugasnya sebagai seorang bapa. Dia kata dia takkan tinggalkan RAfael tak kira apa yang berlaku, tiada apa yang akan merubah perkara itu. Rogelio berdehem dehem utk menunjukkan yang dia dah sampai. Mereka berdua saling berpandangan. Rumah Lili: Ramon tiba2 rasa macam nak jatuh tapi cuba menahan kesakitan manakala Ana Maria memegang nya kuat utk mengelaknya dari jatuh. Rosita bagitau Ana maria yang kejadian seperti itus elalu berlaku dan dia gementar dengn pertemua semula dengan keluarganya itu. Mereka berdua bawak Ramon ke bilik utk berehat sementara Micky dan Lili dok tengok mereka. Rumah Perez: Di dapur, Azucena dok masak sesuatu utk keluarganya manakala pikirannya melayang memikirkan Ramon. Dia dulu seorang yang ceria tapi kehilangan Ramon telah meragut semuanya dainya. Dia terfikir yang 20 tahun dah RAmon tinggalkan dia. Juana mai ke dapur dan tanya perasaan Azucena. Juana memeluk neneknya. Rumah De la Vega: Mauricio dan Rogelio bersembang tentang Carlotta. Rogelio rasa kecewa tentang kelakuan Mauricio. Dia pesan supaya mauricio tak lupa yang dia yang bantu Mauricio dgn menjadi rakan kongsinya. Dia setuju jadi rakan kongsi sebab Mauricio kawin dengan anak tunggalnya. Dalam rumah: Carlotta duduk di sofa dan terperasan Rafael jalan ke arahnya. Carlotta suruh Rafael jalah elok2 jangan bongkok2 jer sebab tu nanti akan buat dia sakit belakang biler besar nanti. Carlotta cepat2 tukar tajuk perbualan dan mintak Rafael peluk dan cium dia. Di taman: Mauricio mendengar penerangan dan nasihat Rogelio. Mauricio sindir masalah Rogelio dengan Amparito. Rogelio marah2 dan mencengkam jeket Mauricio. mauricio beri amaran jgn masuk campur dalam urusan peribadi dia. Rumah Perez: Juana bukak pintu dan mempersilakan Lili masuk. Lili bagitau yang datuknya dah sampai dan sekarng tinggal di rumahnya. Juana terkejut. Rumah Lili: Ana Maria dan Rosita keluar dari bilik.. Mereka berdua setuju yang Ramon mesti rehat. Ana Maria rasa bimbang dengan kesihatan Ramon. Rosita suruh dia jgn bimbang. Micky sedang baca surat kabar kat meja. Rumah Perez: Lili duduk di ruang tamu menceritakan pada Juana yang Micky dpt idea utk cari duit lebih bagi menampung perbelanjaan pembedahan dengan menyewakan bilik kosong. Ramon dan Rosita yang dah sewa bilik tu. Di kampung halaman Desiree: Desiree dan Rene keluar dari teksi. Desiree melihat sekeliling suasana yang amat dia kenali. Dia mula berasa takut. Rene suruh dia jalan naik tangga. Desiree macam nak nangih sbb dia tak suka tempat tu. Dia mula teringat masa lalunya semasa dia kecil, dok main jengkek jengkek dan tiba2 dia terdengar satu suara menjerit jerit padanya. Di pejabat: Enriqueta menerima panggilan telefon dari Manuel mintak nak jumpa dia. Manuel bagitau Ramon dah balik. Rumah Lili: Juana ikut Lili balik rumah dia. Micky menyambut kedatangan mereka. Micky kata Ramon ada lam bilik sedang berehat manakala Ana Maria baru jer keluar. Rumah Perez: Ana maria balik, dia senyum lagi. Dia gembira sbb bapak dia dah balik akhirnya. Kampung halaman Desiree: Desiree dan Rene ada kat rumah seseorang, seorg pompuan tua menyambut Rene dengan mesra. Rene belikan makanan utk dia. Desiree menangih perlahan. Wanita tua utk tak nampak dia dengan jelas. Dia tanya Rene bawak sapa tu? Wanita itu terhidu bau wangian wanita dan cuba memperkenalkan dirinya. Wanita tu bagitau Desiree yang dia tak dapat melihat dengan jelas sebab lapisan mata dia makin teruk. Dia hanya nampak bayang2 saja. Desiree tersentuh dengan cerita wanita itu. Wanita tu dok citer kat Rene tentang anak perempuannya Daisy yang sungguh cantik tapi tak ada kat situ sebab pergi merantau jauh. Rumah Lili: Micky, Lili dan Juana dok nyembang kat ruang tamu. Rosita keluar dan gembira dpt bertemu Juana. Dia memperkenalkan dirinya sebagai anak kepada makcik Eloisa yang tinggal di Maracaibo. Dia dan Ana Maria adalah sepupu. Kampung halaman Desiree: Wanita tua itu cuba memegang tangan Desiree tapi Desiree memberi isyarat pada Rene yang dia tak nak sentuh perempuan tu sbb dia cuba menahan air matanya. Desiree akhirnya tak dapat tahan semuanya; dia berjalan keluar dari rumah itu. Perempuan itu tanya apa dah jadi? kenapa dia tu lari keluar. Rene tak tau nak kata apa. Rumah Lili: Juana seorang diri duduk di sofa dan perasan Ramon kuar dari biliknya. Ramon terkejut tengok Juana, dia memperkenalkan dirinya pada Juana. Ramon cuba bersembang dengan Juana. Dia kata Juana nyer pipi dan mata sebijik macam mak dia, Ana Maria. Juana tersentuh dengan kata2 RAmon dan kelihatan sungguh mengambil berat tentangnya. Apartment Enriqueta: Enriqueta masuk dan pergi memeluk Manuel. Tak lama pas tu, Manuel citer habih tentang apa yang telah berlaku. Enriqueta simpati dengan Manuel. Manuel akhirnya ditelan kesedihan dan tidur atas riba Enriqueta. Rumah Perez: Azucena nampak anaknya di dapur. Mereka berckp dan dia mintak maaf atas apa yang telah berlaku. Rumah De la Vega: Mauricio kelihatan sedang berkemas manakala Carlotta dok tengok dia. mauricio bertengkar lagi dengar Carlotta tentang masalah yang sedang mereka hadapi. Carlotta kata Juana dah berterus terang dengan dia tadi. mauricio terkejut biler tau Juana ada kekuatan utk berhadapan dan bercakap dengan Carlotta. Dia tak tahan lagi dengan sikap Carlotta yang menyakit kan hati dan sentiasa tak paham bahawa cinta akan datang dalam pelbagai cara. Carlotta nak Mauricio jelaskan pada dia. Saat2 utk menceritakan kebenaran dah tiba, dia kata "Anak yang sedang Juana kandung dalam rahimnya adalah anakku. Akulah bapa kepada anak yang bakal dilahirkan itu." Carlotta ter bodo seketika.. dunianya dirasakan telah roboh dan bersopai. Akan bersambung pada Khamis 26 Jun 2003 Posted on August 16, 2003, via email |
|||
Web Design By: Fara M |
||