Music Theme / Tema
Muzik: Jyve
- Solo a Tu Lado
Every
Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 93 (Diterjemahkan oleh Kak Na) | English | Home | |
|
Di pejabat Mauricio: Juana ingat ker dia dah ganggu perbualan Mauricio dan Desiree. Dia kata tak dak apa yang penting lah. Juana nak bincang tentang kejadian depa kene tangkap basah dengan
David dan Humberto tadi. Dia resah dan ingat Humberto tu diambil bekerja utk menjadi pengintip tapi Mauricio menidakkannya sebab dia sendiri yang nak amik Humberto, tak dak kaitan dengan Carlotta atau Rogelio. Mauricio rasa Humberto tu tak dak nak apa2 lah dari Juana. Juana rasa tak selesa dan bersalah pulak biler nak keje bersama Humberto. Mauricio tak dapat nak menjauhkan diri dari Juana dan cuba mendekati Juana sedekat yang mungkin tapi Juana pulak ngelak. Juana rasa gelisah sebab takut nanti kene tangkap basah lagi. Di luar: Brandy tengok David dok mimpi siang hari, teringatkan sesuatu la tu. Brandy cepat2 suruh David ikut dia gi klinik tapi David dok bagi alasan mengatakan dia tak dak apa2. Dengan penerangan Brandy, David rasa keadaan Juana akan semakin sukar daripada dulu. Dia buat kesimpulan yang Juana yang kandungkan anak Mauricio. Sekarang dia tau kenapa Mauricio suka sangat kat Juana, wanita yang sedang Mauricio cari2 selama ini. Selepas puas dipujuk, barulah David setuju ikut Brandy gi klinik utk periksa lukanya. Positivo: Humberto jumpa Enriqueta kat pejabatnya dan Enriqueta mengalu alukan dia dengan mesra. Humberto gembira tp dia meluahkan rasa pendapat dia yang dia akan menghadapi kesukaran kalau terpaksa bekerja bersama kekasih Mauricio. Enriqueta tengok Humberto dengan rasa tak selesa. Dalam bilik Mauricio: Mauricio dah makin hampir dengan Juana semasa mereka sedang asyik bersembang, tiba2 Armando mai ketuk pintu. Dia terus masuk dan terkejut tengok Juana dan Mauricio teramat rapat. Armando tak puas hati biler dia tengok Juana cepat2 keluar, masa nak keluar tu Armando sempat suruh Juana pastikan Ines buatkan kopi utk mereka. Desiree menuju ke makmal foto, dia cuba buat bagi bilik Juana tu kelihatan semak. Dia marah sungguh tengok Juana berpeluang bercakap dengan Mauricio. Dia cemburu dan marah tak abih2. Dia cari barang2 penting utk dimusnahkan seperti negatif filem dan kulit majalah lalu melempar semuanya ke lantai sambil menyumpah seranah utk memuaskan hati dia. Dia takkan biarkan Juana potong jalan dia, tambah2 selepas dia berjaya mengenepikan Carlotta dia akan dapat jalan yang luas utk mendapatkan Mauricio. Armando kelihatan sedang memandang Mauricio dan bagitau yang diatu dah lupakan tanggungjawab dia terhadap syarikat majalah mereka. Mauricio menidakkan tuduhan tapi Armando tak puas hati dengan jawapan Mauricio dan terus membebel tentang masalah syarikat utk mendapatkan modal tambahan yang amat diperlukan. Mauricio buat Armando terdiam dengan mengatakan dia dah buat semua yang dia tau tapi dia tak dapat mengawal keputusan Rogelio utk melengah lengahkan keputusan terhadap cadangannya dan dia dah cakap pun dengan sebuah syarikat yang akan memproses, mencetak dan mengedar majalah mereka tepat pada masanya. Armando lega mendengarkan semua itu. Armando beritau berita terkini tentang apa yang menimpa David. Dia diberitahu yang David marah kan seseorang atau sesuatu dan tangan dia berdarah sebab dia pejahkan jug kaca. Dia tertanya tanya apa la yang menyebabkan David bersikap macam tu. Dalam klinik: Doktor merawat luak David sambil diperhatikan Brandy. Doktor tu bagitau dia yang dia bernasib baik sbb mai cepat, kalau tak luka tu akan makin teruk. Positivo: Armando masih bersama Mauricio, dia menunggu jawapan Mauricio. Dengan seriusnya dia beritahu yang David marah disebabkan dia. Armando kelihatan terkejut dan tanya kenapa? dan apa yang dah terjadi? Mauricio menerangkan yang dah keluar dari rumahnya. Juana pergi ke makmal fotonya bersama Shiva. Mereka terlalu asyik bersembang sampai tak perasan bilik juana tu dah tonggang terbalik. Akhirnya Juana berpaling dan terkejut besar tengok barang2 dia, terutamanya negatif filem semua dah bersepah di lantai. Dalam pejabat: Desiree sempat mengejar budak pejabat dan suruh dia tu dengar betul2 dan dia takkan ulang lagi. Kalau la dia mengaku bahawa itulah masa lalunya, berapa banyak yang Rene nak utk menutup rahsia tu dari semua orang. Pada masa yang sama, sorang lelaki (Camacho-pemandu Rogelio) sedang mencuri dengar perbualan Desiree dari belakang pintu yang sedikit terbuka. Juana tak percaya yang barang2 penting nya bertaburan di lantai. Lebih buruk lagi keadaan biler Humberto masuk dan tengok semua tu dan tiba2 jer dia dipersalahkan atas apa yang berlaku dan cuba menjatuhkan imej Juana. Humberto kata bukan dia yang buat, tapi Juana tak percaya. Armando keliru dan tak paham mengapa Mauricio tinggalkan wanita canti seperti Carlotta. Armando beri amaran yang tindakannya itu akan menjadikan Rogelio marah dn mungkin akan mengganggu rancangan masa depan depa utk syarikat itu. Rogelio tentu akan sakit hati tengok anak perempuan tunggal dia ditinggalkan suami. Mauricio cuba menerangkan mengapa dia buat semua tu tapi diganggu oleh satu panggilan telefon. Dia menjawab panggilan tu dari David yang nak jumpa dia kat satu pub di tingkat bawah. Wajah Mauricio berubah riaknya. Juana jumpa Enriqueta dan cuba terangkan apa yg dah terjadi dalam biliknya. Dia syak ada orang yg buat perkara ni kali kedua. Dia sedih sbb filem yang Enriqueta suruh dia siapkan dah rusak. Enriqueta kata tak pa, depa leh ganti ngn gambar lain. Dia tolong Juana fikirkan jalan penyelesaian di mana nak cari gambar2 gantian tu utk keluaran yang akan datang. Enriqueta suruh dia bertenang dan jgn fikir sangat tentang perkara tu. Juana masih sedih, dia menyapu air matanya dan meninggalkan bilik Enriqueta. Enriqueta berfikir sendiri, tentu ada sesuatu, mungkin ada orang sepahkan bilik Juana dengan sengaja. Di bar: David minum2 sambil menunggu Mauricio. Mauricio sampai dan tanya apa yang penting sangat sampai nak jumpa kat situ? Di pejabat: Brandy ada bersama Juana, depa pergi ke makmal foto. Juana bagitau la masalahnya yang baru saja melanda. Dia sekarang tertekan dan sedih. Lebih buruk lagi, Enriqeuta suruh dia keje bersama Humberto utk keluar bersama sama bagi mendapatkan lebih gambar. Dia bagitau Brandy ini merupakan kali ke dua kejadian itu menimpanya dan jika dia berhadapan dengan kejadian seperti ini sekali lagi, dia tentu akan masuk wad kecemasan. Brandy cuba pujuk dia agar bertenang. Brandy citer kat dia yang David masih marah2 dan dah pecahkan jag kaca, tangannya terpaksa dijahit sbb lukanya agak dalam. Semua ni berlaku sebab dia nampak Juana dan Mauricio berciuman di studio. Armando pergi ke pejabat enriqueta utk memaklumkan berita terkini tentang MAuricio. Enriqueta rasa bersalah tapi tak bagitau Armando perkara sebenar walaupun dia tau mengapa Mauricio bertindak sedemikian. Di bar: David suruh Mauricio jgn bepura pura lagi sebab dia bertindak tak rasional, tapi sekarang DAvid dah tau citer sebenar. "Aku nak tengok sejauh mana keberanian engkau sekarang, kalau engkau betul2 jujur cintakan Juana, kenapa dia tak diberitahu tentang anak yang dikandungnya adalah anak engkau.." kata David kepada Mauricio. Juana masih berbincang dengan Brandy tentang rasa tak selesanya dan tertanya tanya sapa yang nak buat macam tu kat dia sampai menyusahkan kerja dia. Brandy bagitau dia yang dia dah bagitau tentang kisah Juana mengandung kat David. Selepas cerita semua, dia perasan yang David kelihatan bimbang dan berfikir seolah olah nak mengesahkan sesuatu yang sudah dia jangka. Di bar: Mauricio tanya David di mana dia dapat andaian itu. "Di mana dan bagaimana akau ketahui semua ni tak penting.. tapi yang pentingnya engkau mesti jawab soalan aku tadi." kata David. Dia nak dengar dari mulut Mauricio sendiri sama ada wanita yang dia cari2 selama ini adalah Juana. Mauricio taknak berbohong dah, dia akhirnya mengesahkan bahawa Juana lah orangnya yang mengandungkan anaknya. David terkejut.. Dia rasa menyesal tanyakan soklan tu tadi. Di pejabat: Desiree bersandar di dinding sambil berfikir sendirian, cuba berfikir tentang apa la budak pejabat tu nak utk menutup mulut dia. Sekurang kurangnya sekarang dia lega setelah apa yang dia dah buat dalam bilik Juana.. menyusahkan orang menjadikan dia gembira, dia suka sangat tengok Juana susah hati dan menangis. Dia gelak kuat2 membayangkan keadaan Juana sekarang. "Bersabarlah Juana, akan ada lagi masalah yang akan datang." kata Desiree. Tiba2 Rogelio muncul dari belakangnya dan mengejutkannya. Rogelio kata dia mmg dah lama cari Desiree dan nak bagitau peguam dah siapkan dokumennya yang Desiree perlu utk menjadi tuan punya saham Francisco dalam syarikat majalah itu. Desiree tersenyum. Rogelio pun ada perjanjian jugak yang nak dibuat dengan dia. Di bar: David masih cuba menelan kejutan yang baru diterimanya. Dia tanya kenapa Mauricio tak bagitau Juana tentang bapa sebenar kepada kandungan Juana. Mauricio bagitau dia yang dia dah cuba tapi Juana tak nak bincang hal tu. "Jadi engkau diam saja kerana takut akan kehilangan Juana atau kerana takut kehilangan anak lelaki yang sangat engkau inginkan?" kata David. Dia tak buleh terus mempergunakan Juana dalam keadaan seperti itu. David mengandaikan Kalau Juana bukan ibu kepada anaknya, adakah dia akan mencintai Juana seperti yang dia katakan? Mendengarkan itu, Mauricio tak dapat jawab soalan itu. Selepas beberapa ketika, dia teringat saat2 pertama pertemuan dia dan Juana di rumah nya pada malam parti itu. Juana melanggar pintu rumahnya bersama Pitusa sbb brek dia tak makan. David memberi amaran kepadanya yang kalau dia tak ceritakan semuanya dengan segera, David bersumpah yang dia sendiri akan menceritakan semuanya pada Juana. Mauricio wat muka bimbang. Di pejabat: Juana berjumpa Ines, dia tanya sama ada dia boleh jumpa Mauricio dan cuba menerangkan apa dah jadi pada negatif filemnya dan makmal fotonya. Rumah De la Vega: Carlotta ada rancangan, dia mintak Rafael bercakap dengan Mauricio dan cuba mintak Mauricio balik tapi Ines bagitau Carlotta yang Mauricio dah pergi tanpa memberitahu ke mana. Carlotta rasa kecewa dan tukar fikirannya dan nak cakap dengan Juana la pulak. Ines menyambungkan panggilan tu kepada Juana. Di pusat latihan kecergasan: Ana Maria pi melawat bilik CArlos. Carlos macam tak kisah sangat dan menjemput Ana Maria masuk. Ana Maria diberitahu yang dia akan dimaafkan kalau dia ikut Carlos dan kawannya utk keluar makan bersama. Salvador kelihatan sedang bercakap dengan Paco yang ada kedai berdekatan dengan rumah Azucena. Semasa bersembang, dia nampak Petrica melalui tingkat dan buat isyarat dia nak jumpa kejap di luar. Salvador meminta diri dulu dan pergi jumpa Petrica. Petrica citer yang semalam dia singgah ke rumah perez dan bagitau depa tentang kejadian pecah masuk tu. Langkah seterus nya adalah mengumumkan kepada mereka bahawa dia dan Salvador adalaha kekasih utk membuat Manuel dan Ana Maria cemburu. Salvador kelihatan ngeri sebab dia tak tau sama ada itu adalah perkara yang patut dilakukan atau tidak. Di talian telefon: Carlotta bagitau Juana yang dia nak Juana hantar gambar2 yang diambil semasa Majlis Rafael di rumah dia tempoh hari. Dia tipu kata Rafael rasa sedih dan nak tengok gambar2 tu. Di pejabat: Juana bagitau Brandy apa yang Carlotta minta dan terukla kalau dia pi rumah Carlotta.. tapi dia terpaksa pergi demi Rafael. Di rumah Lili: Lili kelihatan menunjukkan foto keluarga Perez pada Ramon sementara Rosita melihat reaksi pakciknya itu. Ramon tersentuh hati melihat anak2nya dah besar panjang. Lili dan Micky bagitau Ramon tentang perkara2 baik berkaitan keluarga Perez dan apa yang terpaksa mereka lalui. Ramon tak dapat tahan dirinya lagi, dia menangis dan cepat2 mintak diri utk keluar dulu. Lili dan Micky keliru dengan sikap Ramon dan tanya Rosita kenapa dia tu macam tu. Rosita rasa kekok dan kelihatan seperti nak katakan sesuatu. Rumah De la Vega: Carlotta meracuni fikiran Rafael dengan mengatakan Juana adalah penyebab masalah mereka. Rafael kelihatan tak faham dan keliru sebab Juana seorang yang baik hati dan peramah dengannya. Di rumah Perez: Manuel duduk seorang diri di ruang tamu dan berfikir.. Ana Maria mai masuk dan cakap tak berhenti macam burung kakak tua. Dia ada rancangan utk mendapatkan pendapatan lebih dengan menukarnya rumah mereka menjadi kelas mini utk latihan kecergasan yang istimewa utk gadis2 muda yang tinggal dekat dengan rumah mereka. Manuel nak cakap sesuatu tapi Ana Maria tak abih2 membebel dan Manuel terpaksa suruh dia berhenti dan cepat2 bagitau Ramon dah balik. Wajah Ana Maria pucat sbb terkejut. Seseorang sedang picit loceng pintu mereka. Azucena gi bukak pintu, di situ terpacul lah Ramon depan pintu rumah depa. Dia kata "Ola, Azucena" Dengan mata membulat macam mata burung hantu, Azucena memandang Ramon sementara Ana Maria mengurut dadanya sbb tau itu suara bapanya. Pada masa yang sama, Manuel tak tengok langsung ke arah pintu sebab dia tau itu bapanya. Manuel rasa sedih. 'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...' I Feeeel Gooood ... Akan bersambung pada hari Selasa 24 Jun 2003 Posted on August 16, 2003, via email |
|||
Web Design By: Fara M |
||