Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 91 (By Kamilia) English Malay Home
1.carlota menuduh rafael n juana berpakat utk meretakkan hubungan dia n mauricio.maurice marah carlota cakap mcm tu.rafael pulak cuba nak mempertahankan dirinya.sedang depa bertelagah tu,makcik eva dtg memujuk rafael supaya naik atas.mulanya rafael tak nak.dia nak bersama ayah dia tapi makcik eva berjaya memujuknya.

2.nenek aszu menasihati juana supaya melupakan maurice.dia tak mahu juana jadi pihak ketiga.dia tak boleh nak bayangkan yg juana adalah pihak ketiga yg memusnahkan rumahtangga org.ana maria cuba mempertahankan anak dia.dia kata maurice dah tinggalkan rumahnya kerana juana.tetapi nenek aszu tak setuju.dia ungkit kisah cinta ana maria dulu n menyebabkan ana maria berang.mereka pun bertekak macam nak rak.hmmm...kalau kat malaysia ni,ana maria dah dicop sebagai anak derhaka sebab menengking org tua...ok sambung balik...bila diorang dah bergaduh tu,juana pun menjerit jugak."sudah!hentikan!!"juana pun dah bosan dgn diorang yg tak henti2 cakap pasal dia.juana kata dia pun tak gembira dgn apa yg berlaku pd mauricio.dia mintak ana maria n nenenk aszu supaya bercerita ttg diri dia.

3.carlota cuba memujuk maurice supaya balik pd dia.carlota mengingatkan janji2 manis maurice masa mula2 kahwin dulu.dia mahu hubungan diorg kembali macam dulu.maurice pulak asyiklah cakap yg dia tak nak melukakan hati carlota tapi tak nak bagitau hal yg sebenar...mangkuk tingkat betul si maurice ni.i rasa kalau dibagitau awal2, masalah tak akan jadi seteruk ni.boleh dia kata yg selama ni dia tak bahagia berkahwin dengan carlota.pentingkan diri sendiri..ishh...geram aku..

4.makcik eva memujuk rafael supaya bersabar bila menghadapi org dewasa.rafael kata yg carlota tak sayangkan dia.makcik eva pujuk lagi.dia kata carlota tu tak tahu apa yg dia cakap,sebenarnya dia sayangkan rafael,kalau tidak buat apa dia ambil rafael jadi anak angkat dia.rafael terdiam...

5.ana maria pujuk juana supaya jangan menangis.juana kata air mata dia dah kering dah.ana maria jawab kalaulah diorang ada banyak wang,setiap kali ada masalah boleh le terbang pergi bercuti ke mana2...juana kata masalahnya diorang tu tak ada wang.kemudian juana minta izin nak ke atas.nak tidur..

6.rogelio bagitau kat desiree ttg maurice tinggalkan rumah.rogelio pelik kenapa maurice boleh terpikat pd juana kerana juana bukannya gadis menawan dan bentuk badan pun tak menarik.tapi dia kata carlota tak akan berdiam diri.carlota sama macam maknya,sanggup buat apa saja supaya suami berada di sisi.desiree jawab,mungkin diorang tak ada harga diri.rogelio tak setuju.rogelio kata depa berdua tu ada harga diri sebab tu depa buat lagu tu.kemudian rogelio bersiap2 utk balik.desiree tanya ttg peguam pd rogelio.desy nak harta2 francisco dipindahkan atas nama dia.rogelio berjanji yg dia akan buat desy menjadi kaya sebab bila dah kaya,makin keraplah dia boleh berdampingan dgn desy...desy senyum meluat..

7.manuel cakap kat ana maria yg juana sepatutnya berhenti kerja.dgn cara itu boleh menyelesaikan serba sedikit masalah.ana maria kata tak mungkin dia boleh meyakinkan juana utk berhenti kerja.manuel menambah,"mungkin juana nak bekerja sebab kita berdua ni tak bekerja."manuel kata kerja dia sebagai tukang baik barang rosak tak mendatangkan hasil yg lumayan.ana maria pun setuju jugak nak cari kerja.

8.desy bercakap sorang2 kat rumah dia.dia nampaknya suka bila dapat tahu yg maurice dah tinggalkan carlota.rancangannya utk mengusir juana dan cuba mendekati maurice.

9.juana baring di biliknya,dia teringat2 peristiwa dekat zoo masa maurice beritahu dia ttg perasaan dia pd juana adalah benar.juana pun berkata sendiri.."apa yg aku impikan adalah hak org lain"...juana mengalirkan air mata.

pagi berikutnya...

10.ramon memerhatikan depan rumah juana.sedang dia memerhati,nicholas menegurnya.nicholas ingat ramon datang awal pagi sebab nak beli pai daging.

11.carlota masuk ke bilik rafael tapi rafael tak ada.carlota tanya pd tania(maid dia)mana rafael.tania jawab yg rafael dah pergi ke sekolah dan mauricio pulak awal2 lagi dah keluar rumah.

12.manuel berpakaian kemas.nicholas tanya,"kau berpakaian kemas ni sebab nak ambil gambar ke?"nenek aszu pulak menyindir manuel..."kali ini berapa lama kau nak menghilangkan diri?"manuel kata yg dia bersiap2 ni sebab nak cari kerja.nak tolong juana.kesian juana yg terpaksa tanggung hidup mereka sekeluarga.pn.aszu terdiam.nicholas pulak cakap,"oh aku ingat kau nak ambil gambar utk buat kad pengenalan..."

13.ramon masih lagi memerhati rumah perez,tetiba dia nampak seorg lelaki keluar dr rumah tu.ramon cepat2 bersembunyi..."siapa lelaki tu...manuel ke...ya manuel!!"ramon excited sebab dia dapat tengok muka manuel yg dah besar panjang tu.

14.nenek aszu sedang sibuk buat pai dia.dia nak tukar menu dr pai daging ke pai tuna.nak tengok laris ke tidak pai nya dijual pagi2.nicholas pula cerita pd nenek azu dah ramai yg menunggu nak beli pai termasuk seorg lelaki tua.tapi nenek aszu tak percaya.dia ingat nicho nak bohong dia.nicho pulak baru nak buat tanda cross utk bersumpah yg dia tak cakap bohong tapi disergah pulak oleh juana...juana kata tak baik bersumpah,nanti berdosa

15.ramon mengejutkan rosita yg sedang tidur.ramon bagitau rosita yg dia dah dapat tengok anak lelaki dia manuel.rosita tersenyum terharu

16.maurice sampai ke pejabat.dia tanya geng2 perempuan yg suka jaga tepi kain org tu sama ada enriqueta dah sampai ke belum.diorang cakap belum,lepas tu murice tanya juana pulak,diorg cakap,juana pun belum datang.tak lama lepas tu,david masuk.david ajak maurice masuk office dia sebab nak bagitau yg carlota dtg rumah dia cari maurice.dalam pejabat david tanya maurice sama ada dia dah meninggalkan rumah atau tidak.maurice mengiyakan tapi semalam dia bermalam di rumah sebab terlelap.david ada menasihati maurice supaya jangan mempermainkan juana.

17.budak lelaki(yg hantar bunga pd manuel dr enriqueta) yg suka kat brandy cuba nak menackle brandy tapi tak dilayan.brandy menolak budak lelaki tu dan terlanggar desy yg tetiba masuk.desy marah2.budak lelaki tu pulak tengok desi n berkata.."aku dah cam kau siapa"

18.juana masuk pejabat(studio).dia bercakap sorang2.dia kata kalau tak kerana anak dan perlukan duit,dia nak berhenti kerja.dia bercakap pasal org2 pejabat yg akan mencemuhnya tapi dia berikrar akan berkeras dgn sesiapa yg cuba nak cari gaduh dgn dia.lepas je dia cakap,maurice masuk.juana dah tergamam.juana cuba nak jauhkan diri dr maurice tapi maurice dok ngendeng aje dgn juana,lepas tu diorang kiss kejap..

19.amparo dtg rumah carlota.dia tanya ke mana carlota pergi semalam.carlota kata dia pergi rumah seorg kawan n then lepas tu pergi ke rumah juana.carlota cerita yg dia menangis kat rumah perez.amparo tanya,"buat apa kau menangis,patutnya kau ikut cara aku,bagi penampar kat perempuan tu",carlota jawab,yg itu helahnya aje...

20.desi masuk bilik maurice sambil mengeluh tak dapat cari mana maurice berada.lepas tu dia kutuk2 carlota.masa tgh kutuk tu,budak lelaki yg minat brandy tu ada kat tepi pintu.dia pun masuk.dia kata,"aku kenal kau ni siapa,kau ni daisy...kau melarikan diri selepas bunuh kedua org tua kau kan?"..desy terdiam....boleh tahan juga brutal si desy ni sampai bunuh mak bapak dia...

21.juana cuba nak mengelak dr terus dicium maurice.juana kata bila maurice cium dia,dia makin cintakan lelaki tu.bla...bla..bla..

22.humberto sampai ke pejabat dan terus ke meja david.humberto bagitau kat david yg dia sesat."hari ni adalah hari pertama aku kerja kat sini".then depa berdua masuk ke studio juana. rasanya mereka berdua tu dapat tengok maurice n juana bercium tapi biasalah ntv7 dah cut scene tu...o bersambunglah besok....aduh penat...

Posted on Jun 20, 2003, 12:35 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1