Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 88 (By Kamilia) English Home
1.mauricio dan juana masih memegang gagang telefon.mauricio tanya juana sama ada juana masih ada lagi kat situ ke tak sebab juana tak bercakap sepatah pun dalam telefon.mauricio meminta maaf pd juana ttg kejadian yg berlaku temph hari.mauricio pun ada bagitau juana yg dia dah tinggalkan rumah.lepas tu mauricio letak telefon.juana pulak mukanya macam bingung gitu.tak berapa jauh dari situ,david pulak berdiri tercegat memandang juana.bila juana toleh kat david,david terus tanya,"dia ke yg telefon?"...juana lambat menjawab tapi dia mengiyakan apa yg david tanya."apa yg dia nak?"david tanya lagi.juana kata tak ada apa2 yg penting."apa maksud kau?" david tak puas hati.dia suruh juana ceritakan pd dia.juana pun bagitau yg mauricio kata yg dia dah tinggalkan rumah.lepas tu david terlepas cakap yg mauricio ada telefon bimbit juana dan datang kat rumah dia cari juana tempohari.juana terperanjatlah.kenapa david tak cakap dgn dia.diorang pun bergaduhlah sekejap.david bagitau juana yg dia nasihatkan mauricio jangan pergi rumah juana dan jangan ganggu juana lagi.masa david cakap macam tu,nenek juana terdengar dan dia mengangguk2 kepalanya tanda setuju dgn tindakan david tu.

2.mauricio baru balik dr membeli makanan.dan bermulalah babak cakap sorang2.dia kata eloklah dia duduk kat aparment kosong.senyap sunyi seperti kesunyian dalam hidup dia...bla...bla..bla...

3.carlota masih tak dapat nak terima hakikat yg laki dia dah tinggalkan rumah."tak mungkin kehidupan aku begini.."dia cakap kat maid dia.dia bersumpah yg dia akan musnahkan hidup orang yg manghancurkan rumahtangga dia.maid dia tu pun pujuk2la si carlota tu...

4.salvador kat rumah petra..barang2 kat rumah dia habis kena curi.mak petra tu buat laporan pd salvador yg tv 29 inci dia hilang,ketuhar gelombang mikro pun hilang.yg si petra hilang sterika dia.punyalah sayang dia pd sterika tu sampai suruh salvador carikan semula.si salvador pun bergurau."saya akan mencari misteri kehilangan seterika petra"..tapi petra pulak terasa.dia tegur salvador.salvador kata dia tak berniat nak persendakan petra,dia cuma bergurau aje.si petra pun balas balik le..dia cuba nak mempersendakan salvador dgn ana maria.si salvador buat2 tanya."ana maria mana?"...petra menjawab"ana maria perez!mak juana!"..salvador tanya lagi,"apa hal dgn kami?"..petra bengang,"buat2 tak tahu pulak...semua kejiranan dah tahu!"salvador pun cakap yg dia dan ana maria tak ada apa2 hubungan pun cuma berkawan...

3.rafael flashback waktu dia tanya carlota mana mauricio dah pergi..dia duduk sambil memeluk lutut dgn muka sedih...

4.ana maria berehat di rumah carlos(kalau tak silap),dia rasa kagum dapat berjalan2 dgn menunggang motosikal.yg si carlos tu pun apa lagi...mengayat le "girlfriend tua" dia tu ...dia nak cium ana tapi tak dapat coz anak maria mengelak..ana explain kat carlos yg dia bukan tak suka dgn ciuman carlos cuma dia lebih bersikap berhati2 kerana dia tak mahu jatuh cinta lagi.dia ada pengalaman pahit sebelum ni n tamparanya masih terasa lagi,"aku tak boleh jatuh cinta dgn kau"kata ana pd carlos.carlos pun senyap aje la..

malam datang dan pergi....waktu subuh pun menjelma...hehehe

5.mauricio dok dalam gelap bercakap sorang2...tak habih2 mamat ni cakap sorang2...tak reti penat ke?dia pi cakap pasal malamla...cakap paal kedatangan subuhla...kesimpulannya...waktu subuh tu dia akan melalui episod baru dalam hidup dia....

6.juana pun turun dr upstair sambil menguap.dia pun cakap yg hari ni dia akan akan melalui kehidupan baru setelah menempuh hari semalam yg panjang.dia pun pergi kat ruang tamu n ternampak pn.aszucena dok merenung keluar tingkap.juana tanya apa yg dia tengok..nenek dia kata tak ada apa2 sambil mengeluh.juana tanyalah kenapa...nenek juana jawab..."aku bangun awal...aku bancuh kopi dan pergi ke bilik manolito tapi dia tak ada di biliknya..dia tak tidur di atas katilnya..."juana pun terkejut jugak...akak rasa lepas scene tu,ada scene romantik antara manuel n enriqueta tapi telah dipotong ntv7...sebab tu hari ni punya cerita habis cepat..

7.david dok membebel dgn housemate dia si carlos tu.marahkan mauricio sebab main2kan perasaan juana.yg ni tak larat nak cerita...biasalah si david meluahkan perasaan dia...

8.juana teringat2 balik perbualan antara dia n mauricio dalam telefon.dia teringat kata mauricio yg mauricio dah meninggalkan rumah.tak lama lepas tu ana maria balik...mereka pun duduklah bersama2 berbual kat ruang tamu tu.ana maria marahkan diri dia sendiri coz tak berupaya nak bagi nasihat n membimbing juana.juana menafikan...juana kata "..mak tahu apa yg saya tahu?...mak sentiasa berasa di sisi saya tak kira waktu senang,waktu susah,waktu gembira.."pd juana itu pun dah cukup. diorang pun berpelukan..lepas tu juana cakap kat mak dia yg kesian nenek sebab selalu rasa risau...ana maria ingat diri dia yg dirisaukan tapi juana bagitau yg pn.aszucena risaukan manuel sebab dia tak balik..ana maria terkejutla..dia kata manuel tak pernah tak balik.kalau lewat mcm mana pun mesti balik..lepas tu diorang ketawa2..ana maria kata ni mesti manuel dah tersangkut dgn sorang perempuan."sebelum ni susah org perempuan nak tarik perhatian dia walaupun 2 jam" ana maria ketawa..lepas tu ketawa ana maria makin besar bila dia cuba nak korek rahsia dr juana tapi juana kata dia tak tahu.tengah berbual tu,loceng pun berbunyi.juana bukak pintu.salvador yg datang.salvador kata dia lalu kat situ dan nak singgah sebab nak ambil peluang untuk bercakap dgn juana.juana tengok ana maria.ana maria senyum....

9.turn carlos pulak membebel kat david.dia ceritakan hubungan dia dgn ana maria.dia kata ana maria tu istimewa.berkawan dgn perempuan berusia ni bagus coz diorang tak suka mendesak n tak suka tanya banyak soalan.tapi carlos kecewa sikit sebab dia tak dapat nak buat lebih2 dgn ana maria...dia kata..kalau dia dah dapat apa yg dia nak,dia akan tinggalkan org perempuan tu macam tu aje....amboi sedap betul bercakap..

10.mauricio pergi membeli belah.mula2 tu dia terpinga2 sampaikan pekerja kat situ tanya dia nak cari apa..mauricio jawab yg dia nak beli macam2..

11.amparito datang rumah carlota dgn jerit pekiknya..mak datuk aaiii...tekak macam petir!dia tegur maid carlota kenapa tak habaq dia awal2 yg mauricio dah tinggalkan rumah.maid carlota minta maaf banyak2...masa tu rafael terdengar.dia sembunyi sat.bila amparito n maid naik ke atas,rafael cepat2 bukak pintu dan berjalan keluar...

12.santiago masih lagi membeli belah...belek kuali belek bantal..ntah apa2 lagila...

13.amparito mengejut2kan carlota tapi dia tak bangun.amparito dah risau takut carlota dah "jam" terus..dia tepuk2 pipi carlota.carlota tak bangun2.amparito pun marahkan si maid carlota kerana telefon dia lambat.amparito membebel berapa banyak carlota telan pil...

14.rafael berjalan-jalan cari makan...eh silap..jalan2 keliling kota..tiba kat satu tempat dia pun bermadah helah dalam hati..lebih kurang macam ni..."aku tak buat apa2 jahat pun pada awak mauricio...kalau kau tinggalkan rumah,maknanya betullah kata carlota yg awak tak sayang saya..."

15.amparito memapah carlota keluar dr bilik air.amparito kata calota dah menakutkan dia.amparito membebel patutnya maid carlota tu call dia awal2 lepas mauricio keluar dr rumah bukannya sekarang.carlota jawab ntah kenapa maid dia mesti telefon amparito.amparito kata..ptutnya bukan maid dia yg telefon tapi carlota sendiri.kemudian amparito tanya carlota berapa biji pil dia makan.carlota kata sebiji 2 biji aje.lepas tu dia terus tidur..

15.ana maria bagitau kat pn.aszucena ttg cadangan salvador yg nak slow talk dgn juana.pn.aszucena tu setujulah.dia kan suka dgn salvador.sementara tu..salvador pun mulalah mengayat juana..dia kata dia dah tua dan banyak pengalaman.kalau juana dengar detik2 kehidupan yg dia lalui,juana mesti tercekik.(masa tu juana memang tgh mengunyah).dia kata kalau betul org lelaki yg dah berkahwin tu cintakan perempuan lain,dia mesti bersemuka dgn keluarga dia n keluarga gadis tu.juana pun tanya "kalau lelaki yg dah berkahwin tu baik orgnya?"salvador jawab.."org lelaki begitu ada satu dalam seratus"...salvador menambah kalau lelaki tu ikhlas,tentulah dia dah ceraikan isteri dia."dia ada cakap dgn awak yg dia nak ceraikan isteri dia?"alvador tanya pd juana..juana jawab tidak...lepas tu loceng pun berbunyi....rafael datang menangis2...dia kata sesuat yg dahsyat tlh berlaku di rumah dia.rafael peluk juana.

16.maid carlota baru perasan yg rafael dah lari dari rumah.dia mengadu kat pekerja lelaki tu.diorang cari merata tempat tapi tak jumpa.carlota n amparito dibagitau..amparito pun start enjin dia lagi..memekak tak sudah2..dia marahkan carlota pasal apa ambil budak tu jadi anak angkat.amparito suruh carlota call mauricio dan suruh dia balik sekarang cari anak angkat dia tu..

17.mauricio tgh nak membayar barang2 yg dibeli,tiba2 handset dia berbunyi..."hallo"...mauricio jawab.."hallo menantuku...aku nak bagitau kau yg anak angkat kau dah lari dr rumah...bla..bla..bla...lepas tu amparito terus letak telefon.mauricio pun terpinga2 jugak bila dapat tahu rafael dah tak ada...

17.rafael mengadu kat juana yg mauricio tak sayangkan dia lagi.juana kata takkanlah macam tu.mauriciokan sayang rafael...rafael kata tidak sebab mauricio dah mengemas barang2 dia dah meninggalkan rumah...keluarga perez yg mendengarnya terperanjat....

18.babak sebuah bas berhenti...turun seorg perempuan muda...dikenali sebagai RUBY(dalam mis tres hermanas).lepas tu turun seorg lelaki tua...siapa lelaki tua tu?..dia ialah RAMON...suami pn.aszucena...apa yg diorang bualkan tadi,akak tak ambil perhatian sangat..tapi diorang dah tiba kalau tak silap dah ekat dgn bandar yg juana tinggal

18.pn.aszucena,ana maria dan salvador berbual2 kat dapur...ana maria kata..ntah 2 maurcio tu tinggalkan rumah kerana juana.dia memang cintakan juana..salvador kata.."ada satu dalam seratus org lelaki yg macam tu"...pn.aszucena mencelah.."mungkin dia tu satu dalam seratus?"...tiba2 loceng berbunyi lagi.pn.aszucena bukak pintu..teka..siapa yg datang???juana tak nampak...dia tanya "siapa?".yg lain2 muka dah terkulat2...juana toleh je belakang...yg datang ialah mauricio!!!.juana pun menekup mulutnya.....BERSAMBUNGLAH KITAA....

Posted on Jun 16, 2003, 10:19 PM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1