Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 84 (Fara M) English Home
Rumah de la Vega
Juana menelefon Mauricio & tlh berbual dgnnya sambil Carlota mendengar dr talian lain. Mauricio terkejut kerana Juana membuat panggilan di rumahnya. Juana tahu yg dia tdk patut berbuat begitu ttp mahu pastikan yg Mauricio tdk bekerja bukan kerana apa yg tlh berlaku kelmarin. Mauricio berkata yg dia tdk perlu risau kerana ia tiada kaitan langsung. Dia memberitahu yg dia ada masalah yg patut diselesaikan & menyuruh Juana supaya tdk risau … dia tdk mahu melukakan hatinya. Carlota masih mendengar perbualan mereka …

Rumah Amparito
Amparito merawat Humberto yg menahan kesakitan pd pipinya … dia tlh ditampar olh bapanya. Dia berkelakuan tdk sopan di hdpn Rogelio. Humberto menahan kesakitan lalu memberitahu … is selalu berlaku begini setiap kali dia cuba mempertahankan emaknya. Dia bertanya, kenapa emaknya tdk sayangkan dirinya. Bapanys hanya takutkan kpd datuknya. Amparito berkata yg dia tdk perlu risau, kerana dia tlh memberi syarat2 kpd Rogelio … jika dia mungkir janji, tahulah dia nanti. Humberto tdk percaya pd emaknya, dia selalu berbalik kpd keadaannya yg menyedihkan.

Rumah de la Vega
Juana fikir yg dia patut meletakkan telefon, kerana dia sdh tahu yg Mauricio tdk apa2. Dia tdk bermaksud utk mengacaunya. Mauricio mengesahkan yg dia tdk apa2, lagipun, dia lega dapat mendengarkan suara Juana. Sebaik Juana meletakkan telefon, dia menjerit kesukaan.

Carlota dgn perasaan yg meluap-luap berkata … ‘perempuan murahan’ … sanggup menggoda lelakinya … Baru sekarang dia tahu apa yg menyebabkan perhubungannya retak. Dia beritahu pd dirinya … ‘tunggu sampai esok, Juana Perez … tunggu, aku akan ajar kamu’ … Carlota tdk dapat menahan kemarahannya apbl memikirkan pasal Juana.

Di pejabat
Juana berasa gelisah kerana apa yg dia tlh lakukan. Dia membuat perkara yg bodoh sekali sampai membuat panggilan ke rumah Mauricio. Isterinya mungkin dapat menangkapnya jika dia tdk berhati2. Tiba2 David masuk membawa 2 cawan minuman … Juana memandangnya.

Rumah de la Vega / di laman rumah
Carlota berjalan ke hulu & ke hilir, cuba memikirkan cara2 utk melawan balik. Dia tdk mahu berjumpa dgn suaminya dgn perasaan cemburu hanya kerana panggilan telefon. Dia mesti bijak utk mengatur strategi. Dia terus menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya.

Di bilik tidur
Mauricio duduk di atas katil … memikirkan tentang panggilan Juana tadi. Dia berasa risau kenapa Juana menelefonnya sampai ke rumah. Buat masa ini, dia tdk mahu memikirkan pasal Juana kerana dia mahu menyelesaikan masalahnya dgn Carlota dulu.

Carlota masuk ke dlm biliknya & nampak Mauricio duduk di atas katil, memikirkan sesuatu. Dia memberitahu kpd suaminya yg dia hdk berbicara dari hati ke hati dgnnya. Dia menerangkan yg dia tahu apa masalah yg berlaku di antara mereka. Perhubungan mereka terlampau rutin & bagi mengekalkan keharmonian rumahtangga, dia sepatutnya cuba menjaga perkahwinan mereka. Sekurang-kurangnya, dia patut diberi peluang utk membuat sesuatu bagi menyelamatkan hubungan mereka.

Di pejabat – makmal foto Juana
David berkata pd Juana … yg dia puas mencarinya ttp tdk menemui Juana. Dia hdk tahu dimana Juana pergi. Juana memberitahu yg dia tlh membuat pemeriksaan kehamilan yg pertamanya. David sedih mendengar penjelasan Juana kerana dia tdk diberitahu awal2. Juana beritahu kpdnya yg dia pergi seorg diri. Dia tdk mahu David tahu perkara yg sebenar. David menasihati Juana supaya lain kali, jika dia mahu pergi buat pemeriksaan … dia mahu menemaninya. Juana bersetuju.

Di pejabat – bilik Enriqueta
Armando mengibarkan bendera putih kpd Enriqueta. Enriqueta terkejut dgn perangainya. Dia bertanya kpd dia jika dia mahu pergi ke parti bersama dgnnya. Dia tiada masalah menjemputnya kerana bekas isterinya duduk berdekatan dgn Enriqueta.

Di pejabat – makmal foto Juana
David mengingatkan Juana tentang parti Rafael yg akan diadakan keesokan hari. Dia berkata lagi … parti itu membawa makna yg penting bagi keluarga de la Vega. Rafael tentu akan bergembira ttp yg paling bertuah adlh Mauricio & Carlota. Mereka tlh dapat apa yg mereka impikan terutama Mauricio yg tdk berputus asa utk mendapatkan seorg anak lelaki. Dia memuji Mauricio kerana mempunyai isteri yg dicintai. Dgn adanya anak angkat itu, ia akan merapatkan lagi perhubungan mereka. Juana terpaksa bersetuju dgn David. David tlh menawarkan dirinya utk menemani Juana ke parti itu nanti. Dia akan berpuas hati jika Juana menerimanya. Juana berfikir sejenak sambil memandangnya.

Rumah Perez
A.Maria bergegas turun kebwh & menuju ke dapur menemui Azucena yg tengah melipat kain. A.Maria mencari sesuatu. A.Maria hdk berbincang dgn emaknya bagaimana mereka akan pergi ke parti itu. A.Maria terjumpa 2 helai baju. Emaknya terkejut & bertanya adakah dia akan memakainya pd waktu parti itu. A.Maria berkata, tidak … dia hdk keluar mlm nanti. Dia terus berlari menaiki tangga meninggalkan emaknya berfikir dgn sendiri.

Di pejabat – makmal foto Juana
Juana memberitahu David yg dia tdk dijemput utk ke parti Rafael ttp tlh diupah utk mengambil gambar semasa parti itu berlangsung. Dia tdk blh menemaninya kerana dia ada tugas. David berkata yg dia blh diharap jika Juana mahukan sesuatu, dia blh bergantung kpdnya. Juana tersenyum.

Di pejabat – bilik Enriqueta
Armando cuba menerangkan kpd Enriqueta. Enriqueta tlh memarahinya & menyuruh dia keluar dr biliknya. Selepas Armando keluar, Enriqueta dgn perasaan marahnya tiba2 terkenangkan Manuel. Dia rindu kpdnya lalu menelefon ke rumahnya.

Rumah Perez
Nicolas menunjukkan kasut barunya kpd Manuel. Manuel memujinya. Telefon berdering & Manuel menjawab panggilan. Enriqueta bertanya khabar. Dia menelefon kerana hdk mendengar suaranya & mempelawanya utk datang ke tempatnya sekali lagi. Manuel bersetuju. Manuel meletak telefon & nampak sungguh gembira, Nicolas hanya memandangnya.

Malam menjelma…

Rumah Perez
Manuel bersiul2 utk bersiap keluar ttp ternampak emaknya duduk di dapur sambil menangis keseorangan. Dia menemui emaknya & bertanya apa yg tlh berlaku. Azucena berkata … A.Maria membuat perangainya lagi, dia akan keluar dgn jurulatihnya yg muda malam ini. Manuel tdk percaya apa yg emaknya katakan.
Dia berasa malu dgn kakaknya.

Pangsapuri Enriqueta
Enriqueta sibuk menyediakan makanan utk dia & Manuel. Dia duduk di sofa & menunggu Manuel tiba. Dia berharap dpt membalas dendam ttp memberi amaran kpdnya supaya tdk cepat melatah & terpaksa menjaga tingkah lakunya di hadapan Manuel nanti.

Rumah Perez
A.Maria menyikat rambutnya di halaman rumah. Manuel mendekati kakaknya & berkata kemana dia hdk pergi. A.Maria tdk dapat bercakap lama pdnya kerana Carlos sdh menunggu di luar dgn motosikalnya. Manuel tdk sempat utk menahan kakaknya yg beredar dgn begitu pantas. Azucena nampak & berkata … biarkan dia … dia msh tdk serik2 dgn kesilapannya. Mereka tdk blh berbuat apa2.

Rumah Amparito
Rogelio minum & berkata pd dirinya … supaya bertenang & byk bersabar. Tiba2 Amparito masuk ke ruang tamu dgn pakaian tidur yg seksi, dia cuba menggodanya. Dia menuju ke arah Rogelio & berdiri di hadapan Rogelio supaya dia dpt tengok dgn jelas. Rogelio memandang ke atas & ke bwh seperti hdk memakannya. Dia tdk menafikan yg isterinya masih kelihatan cantik & tahu menjaga diri. Amparito tersenyum kerana dia berpuas hati dapat membuatkan suaminya mengaku dia ada isteri yg masih cantik. Dia datang dgn lebih dekat & memberitahunya yg dia msh berhutang sesuatu kpdnya. Dia tdk patut takut utk menunaikan janjinya.

Rumah de la Vega / di bilik tidur
Carlota memakai baju tidur hitam yg sungguh seksi-meksi. Dia cuba menayangkan dirinya kpd Mauricio. Mauricio memandangnya dgn muka yg selamba. Carlota memberitahu yg dia patut diberi peluang utk dia menunjukkan kpdnya mengapa mereka berkahwin. Dia mendekati Mauricio dgn pergerakan yg perlahan … muka Mauricio lagi nampak resah.

Pangsapuri Enriqueta
Enriqueta tiba2 terbangun dr tidurnya & perasan yg Manuel tdk kunjung tiba. Dia pelik memikirnya. Dia membelek telefon tangannya ttp tiada pesanan. Dia berasa marah dgn Manuel yg nampak cuba mempermainkannya. Dia cuba menahan perasan marahnya lalu membuat keputusan utk menonton wayang seorg diri. Dia mengambil kunci & begnya lalu keluar.

Rumah Perez
Manuel keluar dr dapur utk membuat panggilan pd Enriqueta. Emaknya bertanya kpd siapa yg dia buat panggilan, Manuel berkata … kpd kawannya. Enriqueta tdk menjawab panggilannya. Dia berfikir …

Juana sampai di rumah & ternampak Azucena yg berdiri berdekatan dgn Manuel. Nampak saja Juana, Azucena terus membuka mulutnya … dgn berkata ‘ha ni lagi satu, saling tak tumpah dgn perangai emaknya…’ Juana bertanya .. apa yg tlh dia lakukan kali ni … Azucena memarahinya kerana terlalu percaya dgn Mauricio yg tlh berkahwin, sanggup meninggalkan segala-galanya hanya kerana Juana … Dia berkata …`teruskan dgn angan2 kau…’ Juana memandang neneknya dgn penuh tanda tanya.

Rumah de la Vega / di bilik tidur
Carlota terus dgn usahanya utk menggoda Mauricio dgn perlahan-lahan. Mauricio spt patung tdk membuat apa2 dgn mukanya yg toya.

Rumah Perez
Azucena dgn mulut murainya tdk henti2 pok pek pok pek kat Juana pasal perangainya yg sama dgn emaknya. Masing2 tdk henti mengulangi kesilapan dgn hidup mereka. A.Maria sdh tergila-gilakan dgn jurulatihnya yg jauh lebih muda sementara Juana, berfoya-foya dgn lelaki yg matang & masih berkahwin. Manuel sdh tdk tahan lagi dgn Azucena membebel lama2, lalu menyuruh Juana utk pergi ke atas & duduk di dlm biliknya. Juana marah dgn pakciknya yg masih memanggilnya anak saudara. Dia bising & terus naik ke atas. Manuel cuba utk memujuk Azucena ttp dia tdk mahu belas kasihannya. Azucena beredar ke dapur. Manuel tdk tahan dgn mslh yg dihadapinya … dia memikirkan Enriqueta yg mungkin akan berfikir yg bukan2 terhadapnya.

Rumah de la Vega / di bilik tidur
Mauricio tengah berbaring di atas katil sambil Carlota terus bercakap dgnnya. Dia membuka butang bajunya. Mauricio cuba memberitahu kpdnya yg dia tdk mahu melayannya ttp Carlota berdegil. Mauricio berasa tdk selesa … Carlota memberitahu kpdnya yg dia akan cuba membangkitkan perasaan Mauricio. Mauricio membiarkan Carlota sementara dia cuba utk berasmara dgnnya.

Di disko
Carlos & A.Maria memegang tangan sambil berjalan menuju ke tmpt kaunter minuman. Carlos tlh memesan tequila. Dia memberitahu kpd A.Maria ttp A.Maria tdk dpt mendengar kerana muzik terlalu kuat.

Rumah Perez
Juana tengah berbaring di atas katil sambil berkata kpd dirinya … apa yg neneknya cakapkan tadi memang betul. Dia msh tdk tahu kenapa dia begitu bodoh sangat utk membuat panggilan pd Mauricio di rumahnya.

Pangsapuri Enriqueta
Manuel menekan loceng byk kali ttp tiada jwpn. Dia bernasib baik kerana Enriqueta baru saja balik & membukan pintunya utk memberikan dia masuk. Manuel terkejut kerana sepatutnya dia menunggu di rumah. Enriqueta berkata yg dia tdk blh tunggu lama sangat. Manuel perasan makanan sdh disediakan ttp Enriqueta kata itu bukan utknya kalau dia hdk, dia blh makan. Manuel dapat rasakan yg Enriqueta tengah marah dgnnya.

Di disko
Carlos memberi kata semangat utk A.Maria terus minum. A.Maria sungguh gembira & seronok. Carlos terus mengajaknya menari. A.Maria mula2 tak nak tapi tlh dipujuk raya olh Carlos lalu A.Maria menari bagai nak rak.

Pangsapuri Enriqueta
Enriqueta mash dgn sikap degilnya, tdk mahu mengalah & menunjukkan kerisauannya. Dia tdk memberi Manuel peluang utk meminta maaf pdnya. Manuel rasa sedih lalu meminta diri & beredar. Enriqueta terasa dirinya mungkin tlh bersikap kasar dgnnya.

Rumah Perez
Juana tdk blh tidur dgn aman kerana msh memikirkan tentang perasaannya dgn Mauricio. Juana terus bangun & pergi ke tmpt tidur emaknya. Juana menjumpai gambar hitam putih nenek & datuknya yg diambil semasa mereka muda.

Manuel menunggu A.Maria berdekatan dgn pintu. Sesampai A.Maria masuk dgn keadaannya yg mabuk … Manuel menariknya ke sofa utk menenangkan kakaknya yg terjerit2 & ketawa macam org gila. Manuel menyuruh kakaknya supaya perlahankan suaranya kerana takut Azucena akan terjaga dr tidurnya. A.Maria tdk mempedulikannya.

Pagi menjelma …

Rumah de la Vega
Mauricio & Rafael berjalan menuju ke laman rumah mereka sambil Carlota mengikutnya di belakang. Rafael dpt merasakan yg Mauricio tdk nampak ceria, muram saja. Mauricio tdk berkata apa2 ttp mengalihkan perhatiannya lalu memberitahu yg dia kena bersedia. Loceng rumah dibunyikan, Rafael bergegas pergi membuka pintu … menyangka kawannya ttp makcik Mauricio yg sampai. Mauricio & makciknya bertanya khabar … gembira melihatnya kerana sdh lama tdk berjumpa. Makcik Mauricio spt tdk sukakan Carlota … dia dgn selambanya menyindir Carlota. Carlota buat tak tahu.

Rumah Perez
Juana, Azucena, Manuel & Nicolas tengah bersiap2 utk ke parti Rafael … A.Maria turun menemui mereka, msh memakai pakaian tidurnya. Dia baru bangun & muka nampak tdk bermaya.

Rumah de la Vega
Mauricio sdg bercakap dgn makciknya mengenai kabin yg baru dikunjunginya. Dia gembira mengetahui yg Mauricio sungguh selesa pergi ke kabinnya yg terletak di kwsn pergunungan. Dia spt mengetahui ada yg tdk kena dgn Mauricio … mukanya nampak seperti risaukan sesuatu.

Rumah Perez
A.Maria tengah berbaring di atas kerusi sambil semua memandang kearahnya. A.Maria tdk mahu pergi ke parti itu & menyuruh mereka pergi tanpannya. Juana tdk blh menunggu begitu lama, dia meminta diri utk pergi ke tmpt Mauricio. Tiba2, Petra masuk & memberitahu yg dia akan pergi bersama mereka. Mereka terkejut dgn kehadirannya yg tdk diundang. Manuel marah dgn Nicolas kerana membuka mulut & menjemputnya.

Pangsapuri Enriqueta
Pintu loceng dibunyikan … Enriqueta membuka & nampak anak Armando berdiri terjegat di pintunya. Enriqueta terserempak dgn Armando yg tiba2 muncul. Dia mengajaknya pergi bersama mereka. Enriqueta tiada pilihan lalu menerimanya.

Rumah Perez
Manuel cuba memujuk Petra supaya tdk pergi ke parti ttp dia buat tak tau saja (muka tembok la katakan).

Rumah de la Vega
Juana tiba di rumah Mauricio & meletak motornya di tepi. Dia terkenangkan pd kali pertama dia ke rumah Mauricio. Masa itu dia bercakap dgn Brandy & perasan Mauricio bercakap dgn bbrp rakannya. Dia tersenyum seorg diri. Mauricio pergi bertemu dgn Juana yg tlh sampai awal. Juana senyum memandang dia menghampirinya. Sekarang muka mereka berada terlampau dekat sambil memandang ke arah mata masing2.

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Bersambung on Wednesday, 11th June 2003

Posted on Jun 11, 2003, 6:33 PM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1