Music Theme / Tema
Muzik: Jyve
- Solo a Tu Lado
Every
Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 81 | English | Malay | Home |
| Di sebuah klinik Dr Francisco tlh menunjukkan kdp mereka gambar bayi yg ada di monitor. Mauricio sangat gembira melihatkan kali pertama bayi yg masih didlm perut Juana. Juana senyum melihatkan bayinya. Mereka berpandangan di antara satu sama lain. Mauricio & Juana tlh bercakap dgn Dr Francisco mengenai keadaan bayi Juana. Dia tlh memberitahu yg mereka tdk perlu risau kerana bayi nampak sihat & tdk ada apa2 yg perlu dirisaukan. Mauricio nampak beria-ia bercakap mengenai bayi Juana seolah-olah dia bapa kpd bayi itu sambil diperhatikan olh Juana. Di rumah Amparito Amparito & Carlotta tlh bertekak di antara satu sama lain mengenai pekerjaan baru Humberto. Emaknya tdk berpuas hati kerana Humberto nampak seperti hdk meninggalkannya keseorangan. Humberto memberitahuinya yg emak tdk perlu risau kerana ia hanya kerja. Di pejabat Desiree tlh bertanya kpd setiausaha kemana Mauricio pergi. Dia menjawabnya dia tdk tahu. Desiree tdk puas hati dgn jwpn yg tlh diberikan. Apabila dia pergi meninggalkan mejanya, Desiree mengambil kesempatan utk menengok diari Mauricio … rupa2nya dia tlh keluar dgn Juana. Di klinik Juana berdiri di satu sudut menunggukan Mauricio utk membayar bil kpd rawatannya. Selepas Mauricio bayar, Juana tlh berkata kpdnya yg dia akan membayarnya balik selepas dia dapat gaji nanti. Mauricio kata tdk payah. Tetapi Juana berkata … dia tdk ada kena-mengena dgn bayi yg dikandung olhnya … mengapa dia mesti melalui bersamanya. Dia menangis di depannya. Mauricio cuba memujuknya, Juana memberitahuinya yg dia hdk bersendirian sekejap. Beberapa minit kemudian, Mauricio pergi menemuinya di bangku & bertanya adakah dia sakit. Juana berkata tdk ... hanya dia tdk faham kenapa dia ingin menolongnya walaupun tdk ada perasaan. Mauricio cuba menenangkannya dgn memberi cadangan utk pergi ke satu tempt yg blh membuatnya gembira. Dia bercadang ke tempat taman yg sama. Dia bersetuju. Di rumah Perez Nicolas memasuki rumah keluarga Perez dgn membawa sekali Rafael. Nicolas memberi salam kdp Azucena sementara Azucena memberi salam kdp Rafael kerana tlh lama dia tdk menemuinya. Di pejabat Brandy tlh bersama Enriqueta berbincang tentang kerja. Brandy perasan yg ketuanya tdk menumpukan sepenuh perhatian. Enriqueta mesti berada di tmpt lain … Dia pasti yg Enriqueta sudah berjumpa dgn Manuel. Enriqueta tiba2 bertanya kpd Brandy ... adakah betul yg Juana tdk mahu mengetahui siapa bapa kpd kandungannya itu. Brandy senyap sambil memandangnya. Di rumah Enriqueta Manuel tlh membuka pintu rumah Enriqueta menggunakan kunci yg tlh diberikan olhnya. Dia sungguh gembira dapat memasuki & melihat keadaan sekitar. Dia terus bergegas ke dapur. Di rumah Perez Nicolas tengah bercakap kpd Rafael tentang sesuatu sambil diperhatikan olh Azucena. A.Maria tlh menjenguk di luar tingkap melihatkan kereta yg besar & pemandu kpd Rafael. Rafael memberitahu kpd mereka yg dia kini dgn rasminya tlh menjadi anak angkat yg sah kpd keluarga de la Vega. Rafael menjemput mereka semua utk menghadiri partinya. Dia tlh menyuruh A.Maria menjemput sekali Juana. Di pejabat Enriqueta Enriqueta tlh cuba memberitahuinya kemungkinan jika bapa kpd bayi yg dikandungkan olh Juana adlh drpd golongan yg baik – mahukah Juana menerimanya? Di sebuah taman yg indah Mauricio menunggang motor sambil Juana menikmati pemandangan yg indah di sekelilingnya. Juana berasa lega. Mereka berjalan ke tempat restoran. Di rumah Perez Rafael tlh mengingatkan mereka supaya datang beramai-ramai ke majlisnya. Rumah tlh dibunyikan olh pemandunya … menandakan yg dia kena beredar segera. Dia memberi salam sambil keluar. Di rumah Enriqueta Manuel keluar dari dapur sambil membawa pasu bewarna biru yg ada bunga rosnya. Dia meletakkan di atas meja hadapan. Dia mencium bunga rosnya. Sambil itu dia tlh ternampak beberapa gambar Enriqueta di atas meja lagi satu. Dia membelek satu gambar yg menunjukkan Enriqueta masih kecil. Di pejabat Enriqueta Brandy tlh berfikir tentang apa yg David katakan kpdnya tempoh hari. Tiba2 budak penghantar surat datang utk memberi sesuatu kpd Enriqueta sambil dia berborak dgn Brandy. Brandy melayannya. Enriqueta memberitahu yg dia kena balik awal hari ini & bersiap sedia utk keluar. Di rumah Perez Nicolas tlh menulis senarai yg dia kena beli utk menghadiri majlis Rafael. Nicolas tlh bertanyakan kpd Azucena mengenai senarainya ttp Azucena berkata yg dia tdk akan pergi. Di taman – restoran Juana & Mauricio duduk sambil membelek menu makanan. Juana memberitahunya yg kata2 isterinya bagaikan pisau yg tlh menusuk di hatinya. Dia sungguh kecewa dgn sikap Carlotta. Mauricio menenangkan Juana supaya jgn risau. Juana hdk Mauricio tahu yg dia tlh menghadapi banyak rintangan & cabaran mencintainya. Dia akan menghadapi kesukaran utk cuba melupakan cintanya kpd Mauricio ... tetapi dia tahu yg akhirnya dia akan berjaya ... dia akan cuba sedaya upaya & pasti yg dia akan melupa cintanya terhadap Mauricio. Mauricio pandang tepat pada matanya dgn perasaan yg berbelah bahagi. Di rumah Perez Nicolas tlh berjumpa A.Maria yg tengah melipat kain di dapur. Dia bertanya kalau dia mahu menemaninya ke majlis Rafael kerana Azucena tdk dapat pergi. A.Maria berkata yg dia akan fikir & juga mencadangkan supaya dia pergi bersama Juana. Azucena masuk ke dapur & ternampak A.Maria. A.Maria mengambil peluang ini utk memberitahui yg mereka patut pergi ke majlis Rafael kerana ia adlh cadangan yg baik. Azucena berkata yg dia tdk mahu & tlhpun mencapai kata putus. A.Maria lagi memberitahu jikalau mereka pergi sebagai keluarga, Juana tdk akan dikutuk & dimalukan olh org disana jika apa2 berlaku. Mereka mungkin akan berfikir 2 kali ... Azucena berfikir sejenak mengenai kata2 anaknya. Di taman – restoran Mauricio fikir yg dia tdk pasti kalau Juana patut larikan diri drpdnya. Juana tdk suka akan caranya ttp Mauricio terpaksa mengaku kpd Juana yg dia tdk dapat berjauhan dgnnya. Dia bertanya ... kenapa, kenapa baru sekarang beritahu? Kenapa dia diam di hadapan isterinya. Kenapa? Juana lagi berkata … sebab dia mempunyai bayi & Mauricio akan membuat apa saja utk menjadi ayah tetapi … dia bukan ayah kpd bayinya. Ada masanya dia melayannya baik tetapi ia adlh kerana Mauricio hdkkan bayinya, bukankah begitu? kata Juana … Mauricio akhirnya mengaku & memberitahu kpd dia yg dia ada menyimpan perasaan terhadapnya …‘tetapi … hanya utuk awak – Juana Perez’ Dia bertanya apa yg mereka buat disini, kenapa dia beri peluang kpd dia utk menemaninya di bilik rawatan? Kenapa dia mencintai Mauricio … kenapa … semuanya akan hanya melukakan hatinya. Mauricio mengambil tangan Juana lalu mengucupkannya dgn perlahan sambil diperhatikan olh Juana. Mauricio memberitahunya … ‘jangan pasti sangat’ Juana berkata … ‘dengan apa?’ ‘… yang cintanya takkan terbalas’, cinta Juana akan hanya kelirukan keadaan tetapi dia tdk begitu pasti dgn apa2. Di rumah Perez Azucena masih bertekak dgn A.Maria dgn keputusannya. Azucena sudah memberi kata putus kpd anaknya yg dia takkan pergi & begitu juga dgn Juana. A.Maria cuba memujuknya. Juana akan pergi jua sebab dia sayangkan Rafael sejak dia bayi lagi. Juana akan pasti pergi … Di taman – restoran Mauricio berkata … ‘ia adlh kebenaran & satu hari dia memikirkan … jika dia ada alasan supaya blh mendekatinya … dia akan memberinya. Dia memberitahunya lagi … bahawa, batasan yg ada di antara mereka, yg memisahkan apa yg patut & apa yg tdk patut berakhir disini… Ini adlh kebenaran & mereka tdk blh menafikannya lagi. Dengan itu, Mauricio mendekatinya lalu mencium Juana. Di rumah Perez A.Maria masih menunggukan jawapan emaknya. Akhirnya dia berkata yg dia akan memikirkan ttp ia tdk bermakna yg dia akan pergi … A.Maria gembira kerana dapat peluang & berkata kpd dirinya … ‘Carlotta akan tahu nanti yg keluarga Perez bukan calang2 orangnya. Di taman – restoran Mauricio memesan bil kpd pelayan. Juana tlh memberitahu yg hari sudah lewat, dia kena balik … mereka patut balik. Dia komen tentang cuaca yg panas, Mauricio pelik & berkata … ‘panas?’ Lalu Juana kata … ‘tdk, dia yg sebenarnya panas’ … lalu berasa malu … Mauricio hanya tersenyum. Di rumah Enriqueta Manuel tlh menyediakan makanan laut utk Enriqueta. Dia tengok waktu & berharap sangat yg Enriqueta akan balik cepat. Di rumah Amparito Humberto membelek kameranya & emaknya masuk & menghampiri anaknya. Dia mengandaikan yg anaknya akan meninggalkan dia sama seperti ayahnya. Dia meminta maaf kpdnya ttp memberitahu yg separuh hayatnya dia menyayangi emaknya & akan sentiasa berada disisinya. Humberto hendak mencari kerja & mencari duitnya sendiri. Apa yg dia ada bukan sekarang bukan miliknya tetapi milik keluarga turun temurun. Dia berkata lagi … selagi dia tdk membuat apa2 dgn hidupnya … dia takkan mendapat apa2. Emaknya berkata … mungkin jururawat yg tlh menukarkan anak betulnya dgn anak org lain …lalu dia keluar … Humberto tdk tahu apa yg dia patut buat dgn hidupnya. Di taman – meninggalkan restoran Juana beritahu kpd Mauricio … kalaulah mereka ada masa depan utk bersama, sekurang-kurangnya mempunyai persamaan … kita tdk perlu risau. Mauricio merapatkan dirinya kpd Juana. Juana berasa tdk selesa & cuba mengelak. Mauricio berkata … kenapa dia menolaknya pada masa yg dia akan meluahkan perasaan terhadapnya. Dia akan menerima risiko dgn apa sekalipun, asalkan mereka tdk berjauhan diantara satu sama lain. Tiada siapa yg membuatnya gembira hari ini melainkan dia. Juana berkata … jgn berdiri terlalu dekat dgnnya ttp Mauricio berkata … kenapa. Dahi & hidung mereka bersentuhan di antara satu sama lain. Juana berkata … jika ia tdk berlaku, dia pasti akan mati. Mauricio menenangkan Juana & mengatakan yg dia takkan mati jika Juana ada disisinya. Dengan itu, Mauricio mencium Juana buat kali kedua. Di rumah de la Vega Carlotta masuk & terserempak dgn Rafael menghampirinya. Rafael hendak beritahu berita gembira kpdnya. Rafael tlh memberitahu seluruh kawannya & termasuk keluarga Juana. Carlotta berkata pd dirinya … habislah, perang besar nanti … emaknya akan pasti terkejut dgn kehadiran Desiree & Carlotta akan menemui Juana serta keluarganya. Carlotta berkata dgn Rafael … ‘nampaknya ramailah tetamu kita akan datang nanti’ Rafael sungguh gembira. Di taman Selepas mereka bercium dgn lamanya … Juana menyatakan pendapatnya yg dia patut berhenti kerana hari sudahpun lewat. Mauricio berkata … baginya masa sudah berhenti utk seketika. Juana tdk mahu dia berkata2 lagi kerana mahu menikmati & mengingati saat2 ini. Juana pandang Mauricio lalu ketawa. Mauricio tersenyum. Sampai sahaja di motor Juana, Mauricio berkata kpdnya adakah dia mahu duduk dibelakangnya … Juana menerima pelawaan Mauricio. Mereka memakai topi keledar & duduk dibelakangnya lalu secara spontan memeluk Mauricio dgn rapat & mencium pipi Mauricio. Mauricio tersenyum dgn apa yg Juana lakukan. Di rumah Enriqueta Manuel menunggu lama … Enriqueta akhirnya sampai lalu Manuel membuka pintu & nampak Enriqueta berdiri memegang botol wain. Dia masuk & terkejut melihatkan tempatnya sudah berubah. Dia bau sesuatu yg sedap. Manuel menunjukkan bunga yg tlh dibelikan olhnya. Enriqueta gembira sungguh. Di luar pejabat Akhirnya mereka sampai & Mauricio meletakkan motor Juana ditepi kaki jalan berdekatan dgn bangunan syarikatnya. Mauricio mengejutkan Juana yg nampak tlh terlelap sambil memeluknya. Juana terkejut & berkata yg dia tlh sempat bermimpi. Mauricio kata … apa yg dia mimpikan. Juana kata … oh, tentang tempat yg mereka singgah tadi. Tiba2 Brandy keluar dari bangunan pejabat & terserempak dgn mereka yg sedang duduk di atas motor. Brandy terkejut. Mauricio nampak Brandy lalu dia turun dari motor & memberi salam kdpnya. Mauricio terus masuk ke bangunan. Brandy nampak Juana senyum seorang diri … Brandy menegurnya beberapa kali & bertanya apa yg sudah berlaku. Juana berkata … tidak ada apa2 yg berlaku sambil senyum dengan panjang lebarnya. Mauricio masuk ke offisnya & terkejut kerana setiausahanya masih tdk balik lagi. Setiausahanya memberitahu yg Doktor Ricardo sudah lama menunggu dia, dia sekarang berada di dlm biliknya. Mauricio menyambut Doktor Ricardo & bertanya khabar. Doctor perasan sesuatu yg tdk kena pada raut wajah Mauricio & dia nampak resah. Mauricio berkata yg dia baru saja balik dari klinik dgn Juana. Doktor Ricardo kata … ‘dgn Juana?’ … Mauricio mengiakan … Dia terkejut dgn jawapan Mauricio. Di rumah Enriqueta Enriqueta tlh menukarkan bajunya sementara Manuel menuangkan wain di gelas mereka. Apabila dia keluar dr biliknya, Manuel bersiul & mengatakan .. dia cantik. Enriqueta datang kdp Manuel … Manuel minum lalu mencium Enriqueta dibibirnya. Di pejabat Doktor Ricardo tlh bertanya apa yg dah berlaku … memandangkan Mauricio yg tersengih & ketawa seorang diri. Mauricio berkata yg fikirannya sudah begitu kusut sekarang. Dia mengumumkan kpd doktor yg Juana adlh orangnya … memang sukar hdk mempercayainya tetapi dia sudah jatuh hati kpd Juana Perez. Doktor Ricardo terkejut dgn kata2nya. I feeeeel gooood … Bersambung on Friday, 6th June 2003 |
|||
|
|
|||
Web Design By: Fara M |
|||