Music Theme / Tema
Muzik: Jyve
- Solo a Tu Lado
Every
Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 80 | English | Malay | Home |
| Di pejabat Desiree muncul secara tiba2 & menunjukkan mukanya yg tak malu, sambil berkata lebih baik dia beritahu siapa bapa kepada kandungannya. Juana baru saja lepas bertemu dgn Carlotta datang pula Desiree yg cuba menganggunya. Juana berkata hari ini memang nasibnya malang. Dia tahu yg Juana akan berdegil jadi dia mencari jalan utk mengesahkan apa yg dia ketahui. Desiree cuba berbaik & bersimpati dgn Juana tttp tdk berjaya. Juana sudah tahu yg Desiree mempunyai niat yg jahat. Dia mahu melihat reaksi Juana apabila dia menyuruh Juana saman doktor yg tlh membuatkan dia jadi begitu. Dia memberitahu kpd Juana, jika dia berada di tempatnya, sudah lama dia akan menyaman doktor itu sekaligus mendapatkan wang pampasan. Juana terus mengatakan dia tdk mahu menyaman orang dgn sewenang-wenangya. Desiree tersenyum dgn apa yg Juana katakan perkataan Juana sudah mengukuhkan prasangkanya. Desiree memberi amaran kpd Juana supaya berhati2 kerana dia tlh memperdayakan Juana. Juana sudah ditipu & dipergunakan. Juana membalasnya dgn berkata tiada apa & siapa yg akan mendorongnya utk menukar fikirannya tentang Mauricio. Desiree seperti sudah kehabisan idea bagaimana utk memerangkapkan Juana. Sebelum dia keluar, dia mengatakan hanya masa akan menentukan siapa yg bercakap benar & apabila tiba waktunya Desiree akan menepuk tangan dgn gembira menengok Juana musnah. Dgn rasa tdk puas hati, Desiree keluar meninggalkannya. Juana terasa sukar hdk bernafas. Selepas Desiree pergi, Juana cuba menenangkan dirinya. Dia tdk mungkin dpt bertahan jika ada masalah datang menduganya. Dia terasa hdk menangis ttp menahannya. Daivd masuk dgn membawa segelas air utk Juana. David betul2 risaukannya. Juana tlh memberitahu yg Carlotta & Desiree ada berjumpa dgnnya. Dia dapat rasakan yg Carlotta tdk baik orangnya. David seperti tdk percaya kerana dia baru lepas bercakap dgn Carlotta & nampak tlh mengambil berat tentangnya. Mauricio masuk bilik makmal & terserempak dgn Juana & David sedang khusyuk berbual. Dia terasa macam David sudah potong jalannya kerana mahu berjumpa dgn Juana. David nampak Mauricio lalu berkata yg Juana tadi kurang sihat & hampir2 pengsan tapi dia sempat memegangnya & mengambil air utknya. Mauricio risau apabila mendengarkan David berkata begitu. Mauricio tanya adakah dia mahu berjumpa dgn doktor?. David bercadang jika Juana boleh balik separuh hari & David sedia menghantarnya pulang. Juana memberitahu Daivd & Mauricio supaya jgn risau tentangnya kerana dia tlh kembali sihat. Mendengarkan itu, Mauricio menyuruh dia berjumpa di pejabatnya nanti. Di luar berdekatan rumah Perez A.Maria & Carlos tlh menyorok disebalik tembok sementara Salvador cuba menyuruh org itu meletakkan senjatanya dibwh. Lelaki itu tdk endahkan apa yg Salvador arahkan, jadi berlaku kejadian tembak menembak. Lelaki itu menghendap di tepi kereta & terus menuju ke tempat A.Maria & Carlos menyorok. Lelaki itu terus menarik A.Maria ke sisinya sambil mengacukan pistol di kepala A.Maria. Carlos tdk blh berbuat apa2. Melihatkan A.Maria tlh terperangkap, Salvador terus menembak dilutut lelaki itu. Lelaki itu jatuh & mereka menggarikannya dgn pantas. Salvador cuba menolong A.Maria yg tlh terjatuh ttp dia menepiskan tangannya. A.Maria begitu marah sekali kerana Salvador tlh menembak dgn membabi buta & tdk mengendahkan A.Maria yg berada disebelah lelaki itu. Carlos tlh menyebelahi A.Maria Salvador terkejut kerana tdk tahu siapa lelaki yg bersama A.Maria. A.Maria mengatakan yg dia begitu cuai. Pachecho marah sungguh dgn A.Maria kerana tlh persendakan Salvador yg tlh menyelamatkannya. A.Maria tdk mengendahkan Salvador lalu menyuruh Carlos menghantarnya pulang. Melopong dia tgk A.Maria yg nampak begitu sombong & tdk menghargai jasanya. Di dlm rumah Perez A.Maria mengendap masuk ke rumahnya lalu membawa Carlos ke laman rumah. A.Maria memandang di sekitarnya & mengharap keluarganya tiada di rumah. A.Maria berbisik dgn Carlos mengenai kejadian yg tlh berlaku. Dia sungguh tdk percaya yg dia nyaris2 maut kalau Salvador tdk berhati2. Dia marah sangat dgn kecuaian Salvador. Carlos tdk memahami kenapa A.Maria berbisik dgnnya. Tengah mereka berbual, Azucena tercegat memandang A.Maria dgn org yg tdk dikenalinya. Carlos terus berdiri macam tiang apabila nampak emak A.Maria. Dia cuba hdk memberi salam tapi tdk diendahkannya. Azucena memandang tepat kpd anaknya yg kini tlh terperangkap. A.Maria cuba mengalihkan perhatian emaknya dgn memberitahu kejadian yg tlh dilaluinya. Dia menipu kpd emaknya dgn memberitahu yg Carlos tlh menyelamatkannya drpd kena tembakan. A.Maria memperkenalkan Carlos & berkata yg dia adlh guru senamannya. Azucena baru tahu kenapa anaknya tiba2 minat dgn sukan. Carlos ucap selamt tinggal kpd A.Maria. Sebaik saja Carlos keluar A.Maria terus meluru kpd emaknya & berkata sampai hati emak buat begitu kpdnya malu sungguh dgn perangai emaknya yg tak sopan. A.Maria beritahu yg dia punya hak yg sama utk membuat apa yg dia hdk & suka didlm rumah. Azucena berkata kpd anaknya yg Carlos nampak begitu muda utknya. Di balai polis bilik Salvador Salvador & Pachecho memikirkan tentang kejadian yg baru mereka lalui. Mereka seperti tidak percaya apa yang A.Maria cuba lakukan.Sepatutnya mereka menerima pujian yg tak terhingga kerana tlh diselamatkan, tetapi tidak kena maki hamun dari dia adalah. Salvador terasa cemburu dgn lelaki yg bersama dgn A.Maria. Lelaki itu nampak begitu muda utk A.Maria. Pachecho menyuruhnya bertenang kerana dia takut Salvador akan membahayakan dirinya. Di bilik Enriqueta Enriqueta berfikir mengenai kata2 Mauricio. Dia tdk begitu pasti jika dia blh menyimpan rahsia drpd Manuel Kasihan sungguh bila melihatkan Juana tdk tahu yg dia, mengandungkan anak Mauricio. Juana sudah pasti akan menghadapi masalah. Telephone Enriqueta berbunyi ia drpd Manuel. Dia memberitahu yg dia kini berada di kedai runcit membeli bahan2 utk dimasak utk makan malam mereka. Enriqueta berasa gembira mendengarkannya. Manuel menghampiri bangunan tempat kerja Juana & terserempak dgn motor Juana. Dia mengemaskan dirinya di hadapan cermin motor Juana. Dia nampak segak memakai pakaian serba hitam.Manuel mengetuk pintu lalu masuk & memberi salam kpd penyambut tetamu. Dia berkata yg dia hdk berjumpa dgn Juana. Penyambut tetamu itu berkata dia baru saja keluar. Mendengarkan itu, Manuel tlh meminta izinnya masuk kedlm bilik utk mendapat kepastian. Manuel berbual dgn setiausaha Mauricio. Dia terserempak Enriqueta lalu berbual seketika. Enriqueta memimpinnya ke tempat Juana bekerja. Sebaik sampai disitu, Manuel dgn pantasnya memeluk Enriqueta dari belakang dan mula (rasa rasanya Manuel cium Enriqueta) Desiree & Armando tlh menunggu Enriqueta utk memulakan perbincangan mengenai usaha utk meningkatkan penjualan majalah mereka. Armando tlh terlepas cakap mengenai hal peribadi Mauricio kpd Enriqueta. Desiree memberi pandangan yg tajam kpdnya, menandakan yg topik itu patut diberhentikan. Armando seperti tdk tahu apa yg Desiree maksudkan. Enriqueta tdk mengendahkan apa yg Armando katakan lalu meminta diri utk keluar & akan kembali seketika. Selepas Enriqueta beredar, Desiree tlh memarahinya kerana tdk pandai berhati2 dlm percakapannya. Dia tahu yg Enriqueta amat rapat dgn Mauricio & takut jika mereka tersalah cakap, Enriqueta akan melaporkan kpdnya. Musnahlah harapan mereka utk memisahkan Mauricio & Juana. Selepas bertemu dgn Manuel, Enriqueta kembali bersama dgn Armando & Desiree. Tidak lama kemudian Desiree meminta pendapat Enriqueta tetapi dia nampak seperti mengelamun jauh sambil tersenyum seorang diri. Enriqueta & Armando pandang antara satu sama lain. Enriqueta tiba2 perasan yg dia tlh diperhatikan olh Armando & Enriqueta. Sebaik saja Desiree keluar, Armando tlh menarik tangan Enriqueta utk menyoal tentang mengapa dia tersenyum sambil menunjukkan giginya macam dia berada dalam iklan ubat gigi. Enriqueta menarik balik tangannya & memarahi Armando. Di dalam office bilik rehat David memasuki bilik lalu terserempak dgn Brandy yg membuat minuman di satu sudut. Dia bertanya jika Brandy boleh membuatkan satu utknya. David memberitahu kpdnya didlm bilik makmal tadi, Juana nampak kurang sihat & dia hampir2 pengsan. David betul2 risaukan keadaan Juana. Dia berharap, sebagai kawan, Brandy akan cuba menasihatinya utk pergi berjumpa doktor. Brandy rasa terharu kerana David merupakan orang yg betul2 ambil kisah & bertanggungjawab. Brandy akan cuba utk menolongnya. Di rumah Amparito Carlotta melawat emaknya. Amparito tdk bersetuju dgn rancangan anaknya yg ingin menjemput Juana utk mengambil gambar Rafael di majlis itu nanti. Carlotta memastikan kpd emaknya yg dia memang sengaja mahu menjemputnya kerana mahukan Juana melihat & membuatkan dia cemburu. Dia akan berkepit dgn Mauricio & tunjukkan yg mereka pasangan yg sempurna. Amparito suka dgn cadangan anaknya. Bagi dia, cara utk mempertahankan haknya berbeze sedikit. Di dalam bilik Mauricio Mauricio masuk & ternampak Humberto duduk menunggunya. Dia terlupa yg dia ada temu janji bersamanya. Mauricio mengemukan cadangan utk mengambilnya sebagai jurugambar mereka yg kedua. Humberto dgn pantasnya menerima cadangan itu & tdk mahu berlengah-lengah lagi dia tanya bila dia blh mula kerja. Belum sempat Mauricio berkata Juana masuk kedlm biliknya. Juana terperanjat kerana ada orang bersama dgn Mauricio. Mauricio memperkenalkan Humberto kpd Juana & Juana kpd Humberto. Mereka bersalaman. Humberto terus berkata oh, inilah Juana Perez yg selalu kakaknya ceritakan. Juana terpaku dgn apa dia katakan. Selepas diberitahu olh Mauricio yg Humberto akan menjadi jurugambar yg kedua. Juana rasa tak sedap hati lalu bertanya .. adakah ini bermakna yg Humberto akan menggantikan dia? Mauricio & Humberto tdk bersetuju. Mauricio berkata yg syarikatnya akan berkembang maju mungkin akan memerlukan lagi satu jurugambar utk menambahkan produksi kerja. Humberto nampak Juana resah tak tentu pasal, lalu mengizinkan dirinya utk berundur & berjumpa dgn Mauricio di lain hari. Humberto mengucap salam lalu beredar. Sebaik saja Humberto keluar, Juana datang dekat dgn Mauricio & memberitahunya you nak I tumbuk you dimuka? Dia bukannya bodoh utk mengetahui apa yg Mauricio kemukakan kpd Humberto alasan yg tak blh dipakai. Mauricio menyuruhnya supaya bertenang, & jangan terus fikir yg bukan2. Di luar pejabat / di klinik Juana tlh dipujuk olh Mauricio utk mengikutnya ke klinik utk membuat pemeriksaan yang pertama. Mauricio asyik menyuruh dia berhati2 dgn keadaannya. Juana sudah serik & bosan mendengar Mauricio berleter pasal perutnya. Mauricio tdk ada pilihan selain membenarkan Juana menunggang motornya. Sampai di klinik, mereka bertemu dgn penyambut tetamu. Mauricio membreitahu kpdnya yg dia sudahpun membuat temu-janji dgn doktor Francisco. Penyambut tetamu itu mengambil beberapa keterangan peribadi Juana termasuk berapa bulan kandungannya. Mauricio dgn pantas, memaklumkan kpd dia yg kandungan Juana kini berusia 4bulan. Juana terkejut kerana Mauricio rupanya sedang mengawasi kehamilannya. Sambil Juana & Mauricio menunggu giliran, Juana berasa tdk senang hati. Dia mula marah & berceloteh tak tentu pasal. Mauricio berasa terhibur menengok keadaan Juana yg marah. Apabila sudah tiba giliran mereka, jururawat memanggil mereka masuk kedlm bilik. Mauricio mengikuti tetapi tlh ditahan olh Juana kerana dia kata yg perutnya adlh miliknya, dia tdk boleh senang2 masuk. Mauricio akhirnya mengalah & duduk semula sambil mukanya menunjukkan reaksi kecewa. Didlm bilik jururawat mengukur tekanan darahnya. Selepas itu, dia menyuruh Juana berbaring & memberitahu dia .. doktor akan memeriksanya nanti. Doktor Francisco masuk & memberi salam. Doktor menanyakan Mauricio Juana berkata, kenapa? dia memberitahu yg Mauricio berhajat sungguh utk bersama dlm pemeriksaan imbasan bunyi. Jururawat memanggil Maurio & berkata yg dia blh masuk kedlm utk bersama Juana. Mauricio kembali ceria. Semasa doktor membuat pemeriksaan imbasan bunyi, Juana & Mauricio nampak begitu gembira sekali. Mereka memerhatikan bayi itu buat pertama kali melalu tv skrin. Doktor memberitahu yg bayi itu dlm keadaan yg baik & sihat, buat masa ini dia tdk perlu risau. Mauricio tlh bercakap kpd dirinya bayi itu nampak sempurna & selamat didlm perut Juana. Mereka saling berpandangan & tersenyum. I feeeeeel gooood ....... To be continued on Thursday, 5th June 2003 |
|||
|
|
|||
Web Design By: Fara M |
|||