Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 79 English Malay Home
Di bilik foto –
Juana terkejut mendengar apa yg Carlotta ucapkan kpdnya. Dia nampak betul2 ikhlas menjemput Juana utk mengambil gambar Rafael semasa parti dijalankan. Carlotta berharap Juana tdk menolaknya. Carlotta tlh ketepikan kebencian & persengketaannya kerana terlalu gembira menjadi ibu kepada Rafael. Juana turut gembira kerana Carlotta tlh mengambil Rafael anak angkat yg sah. Dia berharap Juana tidak menuduhnya menyimpan niat yg jahat kerana ia adlh kepenting Rafael juga. Carlotta mengharap Juana akan memaafkannya mengenai perkara yg sdh lepas. Dia kini faham kenapa suaminya begitu kasihan kpd Juana sekaligus tlh menyindir perut Juana yg semakin membesar.

Juana akhirnya mengambil keputusan utk menerima tawaran Carlotta tanpa sebarang syarat. Carlotta berterima kasih kpd Juana lalu beredar. Belum sempatpun dia keluar, Mauricio masuk & terkejut melihat kehadiran isterinya bersama Juana. Mukanya penuh dgn tanda tanya.

Carlotta menjelaskan keadaannya dimana dia mahu menjemput Juana mengambil gambar Rafael. Mauricio menjelaskan kpd Juana supaya jgn paksa dirinya jika dia tdk mahu. Juana tlh memutuskan jawapan & bersetuju kpd Carlotta terlebih dahulu. Juana memberi gambar2 yg tlh diambilnya (sewaktu tugasnya diluar bandar) kpd Mauricio utk diberikan kpd Enriqueta. Carlotta dgn Mauricio keluar bersama meninggalkan Juana bersendirian.

Selepas mereka beredar, Juana dgn tiba2 menangis kerana memikirkan yg dia tdk sanggup utk menghadapi cabaran yg penuh dugaan. Dia terbayang kata2 Carlotta mengenai badannya yg semakin berisi & tdk seramping dgn Carlotta. Dia berasa malu & cemburu kpd Carlotta, seperti belangkas – berkepit sakan dgn Mauricio.

Brandy bergegas menemui Juana utk mengetahui apa yg dibualkan olh Carlotta. Dia perasan Juana tlh menangis & berasa sedih ttg sesuatu. Juana memberitahu kpdnya tentang jemputan utk mengambil gambar parti Rafael. Brandy memberi amaran kpd Juana supaya jgn percaya dia …kemungkinan Carlotta merancang sesuatu yg tdk baik utknya. Juana dapat rasakan yg Carlotta mempunyai pandangan yg tdk baik mengenai kehamilan. Yang pasti, dia tahu Carlotta tdk sukakan budak2 kerana insiden yg tlh diketahuinya. Walaubagaimanapun, Rafael sungguh bertuah mendapat Mauricio sebagai bapa barunya ttp dia mungkin akan menghadapi masalah dgn Carlotta.

David masuk utk menemui Juana lalu menunjukkan gambar2 yg diperolehinya drp Mauricio. Dia memuji bakat Juana dlm mengambil gambar. Brandy mengundurkan diri & membiarkan David berbual dgn Juana. David dpd merasakan yg Juana tdk melayannya berbual lalu menanyakan sebab. Sambil David berbual, Juana terasa seperti hdk pengsan. David dgn pantasnya menyambut Juana sebelum dia jatuh & menyuruh dia duduk. Juana kelihatan tdk sihat & mukanya pucat.

Desiree memasuki bilik gambar & terus meminta Juana supaya tdk berdolak-dalih dgnnya & mesti memberitahu siapa bapa kpd kandungannya. Dia nampak seperti terdesak merancangkan sesuatu utk kepentingan dirinya.

Di pejabat Mauricio –
Mauricio bertekak dgn Armando kerana kewarasannya tlh dipertikaikan. Armando risau tentang masa depan majalah dan syarikatnya. Armando tetap menyuruh Mauricio utk mengenepikan apa yg tdk patut & fikirkan masa depan perkahwinannya. Mauricio amat kesal dgn Armando kerana berasa sangsi terhadap kewibawaannya selaku ketua syarikat. Mauricio tlh memberitahu yg Rogelia menyimpan perasaan terhadap Desiree & sudah berlaku pertengkaran di antara dia dgn Puan Amparito di pejabatnya kelmarin. Armando terkejut kerana tdk mengetahuinya. Mauricio sangat marah & terus keluar meninggalkan Armando yg serba salah.

Carlotta tdk percaya yg David menyimpan perasaan & sudah tergila-gilakan Juana. Dia rasakan, David baik orgnya & blh diharap utk mengambil alih penjagaan anak Juana bila tiba masanya. Mauricio tdk bersetuju sama sekali dgn pendapat isterinya.

Enriqueta bersama Desiree memasuki bilik pejabat Mauricio. Carlotta bertanya khabar kpd Enriqueta & menjemputnya ke parti anaknya. Enriqueta tumpang gembira. Mauricio perasan yg Desiree ditinggalkan lalu bagi pihak Carlotta – dia mempelawanya utk datang bersama. Perasaan marahnya kpd Carlotta meluap-luap kerana berasa tersisih Carlotta hanya berdiam diri. Desiree kecewa dgn Carlotta yg sungguh bongkah & sombong didepannya.

Selepas Desiree keluar, Mauricio memberitahu kpd Enriqueta yg dia tlh mengambil Humberto bekerja sbg jurugambar yg ke 2. Enriqueta masih tdk faham mengapa Mauricio masih mahu merahsiakan sesuatu mengenai hubungan rapatnya dgn Juana. Dia mahukan kepastian Mauricio tentang perasaannya terhadap Juana. Lidah Mauricio kelu & tdk tahu bagaimanakah hdk meluahkan perasaannya yg sedang berkecamuk. Akhirnya, Mauricio mengambil keputusan utk memberitahui segala-galanya. Dia berharap Enriqueta blh menyimpan rahsianya & tdk memberitahui sesiapa walaupun kdp Manolito.

Dia mula memberitahu … pihak hospital tlh melakukan permanian berhadas dgn tdk sengaja kpd Juana & dia kini tengah mengandungkan anak Mauricio. Enriqueta terkejut besar & tdk percaya apa yg Mauricio katakan. Mauricio berkata lagi yg … peluangnya cerah semula utk menjadi bapa. Juana masih tdk tahu siapa bapa kpd kandungannya & Mauricio tdk tahu bagaimanakah hdk memberitahuinya. Ini kerana Juana tlh mengesahkan yg dia mahukan anaknya seorg diri & akan menghilangkan dirinya jika ada org mahu menuntut haknya. Mauricio tdk mahu kehilangan Juana walau macam mana sekalipun. Melihatkan kesungguhan Mauricio utk menjaga Juana, Enriqueta akan cuba memahami & menolongnya sebaik mungkin.

Di bilik Armando –
Armando terkejut Desiree sdh berada didlm bilik pejabatnya, lalu menanyakan sebab dia berada disitu. Desiree ingin mengetahui apakah yg dibincangkan olh dia dgn Mauricio. Tidak dinafikan yg kehadiran Juana akan menimbulkan masalah kpd Mauricio. Dia menggunakan ayah mertuanya sbg jalan utk pisahkan mereka. Armando menyoal Desiree utk mengetahui apakah hubungan dia dgn Rogelio. Menurut Mauricio ... pertelingkahan tlh berlaku di antara Desiree dgn Puan Amparito. Desiree dgn pantasnya menafikan tuduhan itu & terasa dirinya tlh terperangkap.

Di dlm syarikat –
David terserempak dgn Carlotta bersama Mauricio & menanyakan khabar berita. Dari raut wajah & kesungguhannya membelek gambar2 yg diambil olh Juana, Carlotta perasan yg David suka & mencintai Juana. David gembira kerana Carlotta seperti blh membaca apa yg dia rasainya sekarang. Carlotta memberi sokongan moral kpd David agar jgn berputus asa dgn usahanya. Mauricio dgn muka merah padam, berdiri tercegat memandang reaksi Carlotta & David.

Di sebuah gym –
Maria bergegas uk memasuki gym. Dia cuba menenangkan dirinya lalu terserempak dgn Carlos yg tlh lama menunggu kehadiran A.Maria. A.Maria sebernarnya marah kpd Carlos kerana meninggalkan dia di hotel tempoh hari tetapi tdk mahu menunjukkannya. Carlos rindu pada A.Maria kerana lama tdk muncul utk senaman. Mereka berbual begitu lama sehingga Carlos terlupa utk memulakan sesi senamannya. Carlos bercadang mahu menghantarnya balik kerumah sesudah selesai dgn kelas mereka. A.Maria bersetuju dgn cadangannya Yang pasti, A.Maria gila bayang terhadap Carlos kerana tdk mampu utk memarahinya.

Di luar kwsn rumah Perez -
Selepas menurunkan A.Maria di kawasan rumahnya, Carlos sempat berbual dgn A.Maria. Pada tempat yg sama, Salvador dgn inspector Pachecho tlh mengikuti jejak langkah kemana pencuri itu pergi. Di belakang kereta sambil menghendap, Pachecho tiba2 ternampak A.Maria yg berada berdekatan dgn mereka … dia sedang berbual mesra dgn seorg lelaki. Pachecho memberitahu Salvador … dia sungguh kecewa dgn apa yg dilihatnya.

Sejurus itu, berlaku kejadian tembak menembak di antara Pachecho dgn Salvador. A.Maria terkejut & berselindung bersama Carlos di balik kereta yg berdekatan. Mereka rasa takut & tdk tahu apa yg berlaku.

Di rumah Perez –
Azucena tengah membuat pai daging sambil diperhatikan olh Nicolas. Nicolas gembira yg rakan kongsi perniagaannya tlh kembali sihat. Azucena berasa sungguh gembira bersama Nicolas ...

I feeeeel gooooood .........

Bersambung on Wednesday, 4th June 2003
 

 


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1