Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 75 (Translated By Kak Na ) | English | Home | |
| Ana Maria gembira dengan berita
bapaknya masih hidup dan akan balik jumpa mereka semua. Ibunya beritahu kalau dia nak
jumpa Ramon, depa kene berjumpa di tempat lain sbb dia tu tak leh jejak kaki ke rumah itu.
Ana Maria beritahu ibunya yg rumah ni rumah Ramon jugak dan Manuel marah kakak dia sbb tak
hormat ibu mereka yg membesarkan mereka dengan menjual pai daging setiap pagi utk bayar
bil, mana bapa mereka masa itu? Ana Maria beritahu ibunya yg itu semua salah ibunya
sehingga menyebabkan bapa mereka lari. Sekarang Ramon dah balik, dia akan menyambutnya
dengan gembira. Enriqueta balik ke apatmentnya dan nampak keadaan yg tak kemas sbb pagi tadi dia bergegas ke tempat kerja. Masa dia mengemas, dia dok teringat apa la reaksi Manuel biler terima bunga2 dari sorang perempuan. Enriqueta menyediakan sushi yg dia beli dan cuba buangkan bahan bukti dengan melemparkan kesemua kotak2 dan dia tertanya tanya apa la yg dia akan bgtau Manuel kalau Manuel tanya macam mana nak masak masakan tu. Loceng pintu bunyi dan terpacullah si Manuel yg kelihatan sedih bersandar di sisi pintu sambil memegang bunga. Dia suruh Manuel masuk dan Manuel tekejut tengok persediaan yg enriqueta dah buat. Dia gembira walaupun masa tu dia bersedih. Enriqueta kata dia tak pasti sama ada Manuel akan datang atau tidak tadi. Manuel kata mana boleh tak datang selepas dapat sejambak bunga, nota minta maaf dan jemputan ke makan malam. Enriqueta kata dia Manuel mmg betul biler kata dia menghabiskan terlampau byk masa seorang diri dan dia dah bosan makan sorang2. Dia tanya "Bolehtak temankan saya?" Manuel menghulurkan tangannya dan Enriqueta menyambutnya mereka berpimpinan tangan ke arah meja. Manuel kata dia pon kesunyian jugak kadang2 tu. Mereka duduk dan makan. Enriqueta tanya kalau2 ada yang tak kena sbb Manuel macam tak gembira saja. Manuel kata ini bukan sbb dia tapi sbb masalah keluarga. Enriqueta kata dia akan sentiasa berada di sisi Manuel biler diperlukan. Manuel kata kadang2 lebih elok didiamkan saja. Mereka saling berpandangan dan makin hampir ngn satu sama lain. Mereka bercium. Selepas makan malam Enriqueta mengaku yg dia tak masak makan malam tu tapi dia beli. Manuel kata dia menghargai kejujuran Enriqueta. Dia sukakan makan malam tu. Mereka beredar ke ruang tamu dan Manuel menarik tangan Enriqueta lari menari rentak perlahan. Enriqueta kata menari bukan sebahagian dari rancangan dia tapi Manuel kata ikut saja la. Masa menari tu Enriqueta pelahan lahan membuka butang baju Manuel tapi Manuel mengganggu dengan mengatakan selalu benda macam ni jadi kat dia. Enriqueta kata mereka patut berenti setakat tu saja sbb ni semua salah dia bukan salah manuel. Manuel kata tak pa, mereka boleh menjalinkan hubungan satu persatu. Manuel kata dia kene balik sbb dia takkan dpt halang perkara yg bakal berlaku antara mereka. Lepas manuel balik, Enriqueta kata bukan senang nak melepaskan Manuel pergi. David dan Juana dok bergembira dengan pengembaraan mereka. Mereka makan ikan Bocachoco yg mengawal populasi pirana dan meneutral kan ekosistem dan mengekalkan equilibrium. Semasa David dok cakap ngn orang2 tua di situ, Juana tanya 'boleh makan sekarang?' David kata dia serius dengan tugasan ini. Sebelum pergi, salah sorang di situ kata Juana sangat istimewa dan ada cahaya bersinar dalam dirinya. Selepas mereka pulang, Juana mengucapkan selamat malam pada David dan dah nak tidur, tapi kemudian hujan lebat. Juana rasa bersalah dan ajak David tidur di biliknya. David kata dia akan bawak hammock dan tidur kat situ. David memerhatikan Juana tidur dan memanggilnya 'Juanaku'. Rafael tanya Mauricio sama ada dia boleh telefon Juana dan beritahu yg dia dah rasmi jadi keluarga De la Vega hari ini tapi Mauricio kata Juana tak der situ sbb dia pergi tempat lain bersama pemberita lain. Rafael tanya sama ada dia dah buat Mauricio marah sbb mauricio kelihatan marah. mauricio kata tak lah, dia cuma risau. Rafael tanya Mauricio tentang proses membuat majalah. RAfael kata Juana pandai ambil gambar dan Mauricio setuju dgn kenyataan itu. Kemudian mauricio dk ngn Carlotta dan diberitahu yg dia tak penah rasa segembira ini dan mereka akan jadi pasangan yg dicemburui ramai. sekarang mereka ada anak lelaki dan keluarga yg bahagia. Mauricio dok fikirkan tentang saat2 dia berada di depan rumah Juana di mana dia dan Juana hampir2 bercium. Carlotta kata sekarang ni dia nak sangat mauricio cium dia. MAuricio dok teringat dia dan Juana berdiri bersama anak mereka dan Juana suruh mauricio cium anak itu. Mauricio tertanya tanya "apakah yg sedang terjadi antara kita, Juana?" Brandy dok bersama Milady kat kafe dan beritahu yg dia cintakan David. Milady kata depa berdua tak sepadan dan lupakan saja, cari orang lain lagi bagus. Tiba2 Brandy teringat yg dia tempah satu bilik saja utk David dan Juana, dia mula risau kot2 mereka berdua tu bermalam bersama. Rogelio dan Desiree minum2 champagne. Desiree tak minum byk sangat tapi dia dok tuang banyak minuman utk Rogleio dan rogelio perasan. Rogleio suruh Desiree minum dan mereka boleh mabuk2 bersama. Dia tuangkan minuman dan Rogleio minum tapi dia tuangkan minumannya dalam pasu bunga. Desiree suruh dia terangkan apa yg sedang mereka raikan sbb depa belum tandatangan sebarang perjanjian dengan wakil2 dari Miami. Rogelio kata jgn risau tapi Desiree kata dia berminat sbb dia ada saham dlm perniagaan itu. Roglei okata dia dah rancang sesuatu dan Desiree hanya perlu menurunkan tandatangan sahaja dan semuanya akan menjadi miliknya. Desiree bagi Rogelio minum lagi banyak dan tanya tentang ketika di Paris semasa Rogeli obertemu Francisco, dia tanya apa yg mereka bincangkan. Desiree tak peduli pada masa tu tapi sekarang dia nak tau sbb dia ada kepentingan dlm syarikat. Rogleio tertanya tanya kenapa la Desiree bagi dia minum byk sangat. Dia tanya sama ada Desiree cuba mengorek maklumat darinya. Amparito marah2kan wanita murahan yg merampas suaminya. Dia rasa dia masih ada peluang utk memenangi hati suaminya semula. Dia tanya anaknya "bukankah bapak engkau tu tau yg dia tu dah tua kedut dan wanita tu nakkan sesuatu jika sanggup bersama nya." Alfredo kata dia pasti Rogelio tak tinggal ngn Desiree. Humberto suruh ibunya biarkan Rogelio tu sbb dia tu tak reti nak hormat orang dan tak pedulikan mereka. Keesokannya, apabila Juana dan David balik, Brandy tanya apa dahjadi semalam dan mereka kata tak der apa2 lah. Dia nak tanya Juana tapi kemudian Ines masuk dan beritahu Juana Mauricio nak jumpa dia. Mauricio tanya Juana tentang tugasan mereka. Juana senyum dan cerita DAvid tau segala galanya tentang ekosistem dan dia nak citer ngn lebih lanjut tapi Mauricio menghalang sambil mengingatkan Juana tentang kandungannya dan dia patut berenti kerja sbg jurugambar. Juana terkejut. Posted on Sept 15, 2003, via Email |
|||
Web Design By: Fara M |
||