Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 74 (Translated By Kak Na ) | English | Home | |
| Juana dan David bertengkar tentang
tempat penginapan mereka. Juana tuduh David saja2 tempat satu bilik supaya mereka terpaksa
bermalam bersama. David kata dia tak tau pun yg masa tu masa musim pelancongan. Juana kata
dia nak balik walaupun terpaksa berjalan ke Caracas. David kata dia tak merancang semua ni
dan suruh Juana bertenang. Dia kata dia leh tidor lam jeep dan Juana tak perlu risau sbb
dia akan tinggalkan bilik tu utk Juana sorang. Juana kata mungkin depa boleh usahakan
sesuatu supaya David tak perlu tidur lam jeep. David kata tak per, dia dah biasa tido lam
jeep tu. Mereka nak teruskan tugasan mereka dan pergi jumpa satu keluarga yg kehidupan
mereka bergantung kepada sungai. Juana mengambil gambar dan David membuat temu ramah.
Mereka diberitahu yg anak2 mereka sakit disebabkan air yg tercemar. Juana tengok anak2 tu
dan teringat anak lam kandungannya. Dia berterima kasih pada Mauricio kerana menyedarkan
nnya tentang kandungannya. Kemudian David mai dan mereka makan malam ramai ngn anak2 kat
situ. Mauricio cuba meyakinkan Rogelio tentang hak utk menyebarkan terbitan mereka tapi Rogelio tak setuju dgn apa saja yg dicadangkan Mauricio. Mauricio cuba dapatkan sokongan Desiree sbg pemegang saham, tapi Rogelio menghalang dia dari bercakap. Selepas Rogelio dan Desiree blah, Adolfo beritahu Mauricio yg dia rasakan cadangan MAuricio baik dan sayang sekali dia tak dapat tolong Mauricio sbb dia sendiri ada masalah kewangan. Dia kata dia akan tunggu sehinggalah Mauricio ada duit dan akan jual bahagiannya kepada Mauricio. Dia suruh Mauricio berhati-hati dengan Rogelio sbb dia dpt rasakan Rogelio ada rancangan lain utk positivo. Mauricio berterima kasih dan Adolfo beredar. Rogelio kagum dengan Desiree. Dia suruh Desiree ikut dia tapi Desiree kata dia tak bersedia utk mendedahkan hubungannya dengan Rogelio. Desiree kata depa kene rahsia kan hubungan mereka. Rogeli kata dia dah tinggalkan rumah dan tak der sebab utk rahsiakan semua ni. Desiree tak setuju dan dia kata dia nak rahsiakan jugak. Rogelio kata dia akan jumpa Desiree malam ni utk bincangkan pasal hubungan mereka. Manuel sampai dan dan jumpa ketua Enriqueta. Armando ada kat situ dan kata dia lah ketua. Manuel menerangkan yg Armando tak patut pecat Enriqueta hanya sebab belon2. Manuel kata dia pakcik Juana, dia ingat ker tu bilik Juana, dia nak buat kejutan pada Juana sebenarnya, dia tak tau pulak tu bilik Enriqueta. Armando terfikir sendiri, jadi ni la si bodo yag boh belon dalam bilik Enriqueta, secara kebetulan pulak orang yg sama tersangkut dalam lif hari tu. Muka dia tu macam hipi Armando kata. Ines pergi cari Erniqueta utk bgtau ada orang nak jumpa. Enriqueta mai dan marah biler tau Armando tu kenakan Manuel. Dia suruh manuel ikut dia ke pejabatnya. Enriqueta kata Manuel tak sepatutnya mai situ dan memalukan diri sendiri. Manuel kata dia risau biler dengar yg Enriqueta mungkin akan dipecat, dia mai sbb nak mengaku kesalahannya. Enriqueta kata dia bergurau saja sbb dia takkan dipecat. Enriqueta kata Armando tu bukan boss dia, dia akan bunuh Armando biler jumpa dia nanti. Manuel tanya kot2 Enriqueta ada hubungan dengan Armando, dia kata tu bukan urusan Manuel. Manuel tanya sama ada Enriqueta suka belon2 tu. Enriqueta marah2 dan kata dia tak suka sikit pon. Enriqueta tak suka tanggapan orang ramai yg mengatakan dia suka mencampur adukkan perniagaan dan hal peribadi. Manuel kata dia manusia biasa saja. Manuel kata kenapa nak bersendirian 90% dari masanya dan makan sorang2. Enriqueta marah2 dan suruh manuel merambus dan jangan memalukan dia lagi. Dlm perjalanan keluar Manuel terserempak ngn Brandy yg tekejut berjumpanya. Dia tanya sama ada Manuel terlibat ngn kes belon2 tu, Manuel tak mengaku. Brandy kata dia takkan bergosip mengenai hal tu dan tanya sama ada Enriqueta yg hantar dia balik malam sebelumnya. Manuel mengaku dan mintak Brandy jgn citer kat sapa2. Selepas Manuel blah, Enriqueta berkata sendirian yg lelaki semua sama saja. Mereka nak menunjukkan yg bereka tau semuanya tapi sebenarnya mereka tu tak tau apa2. Kemudian pintu diketuk, Dora sampai bersama makanan china yg dia pesan utk makan sorang diri kat pejabat. Dia berkata sendirian yg dia bencikan Manuel yg sentiasa berkata benar mengenai dirinya. Dia pergi ke bilik rehat dan terdengar orang tanya brandy sama ada Manuel yg letak belon kat bilik Enriqueta. Brandy menidakkannya dan biler depa kata tak percaya, Brandy suruh depa tanya sendiri kat Enriqueta. Enriqueta bukak pintu dan tanya apa yang mereka nak tahu. Shiva tanya hal lain dan mereka beredar dengan segera. Enriqueta berterima kasih pada Brandy. Selepas depa semua pi, Brandy tertanya tanya sama ada Manuel akan berjaya menembusi pagar elektrik yg mengelilingi hati Enriqueta. Nampaknya Manuel dah berjaya. Enriqueta dok seorang diri di pejabatnya dan kata bahayalah kalau manuel dapat menjatuhkan dia. Dia tulih surat dan suruh budak pejabat hantar pada seseorang. Dia kata situ ada arahan dan tak bagi dia tu buka surat tu. Dia nampak Brandy bersama beberapa belon yg masih ada dan suruh Brandy bwk belon tu ke biliknya. Kemudian biler tiba masa utk balik, dia bawak belon2 tu bersama sama. Armando tak suka tengok Enriqueta tersengih sengih gembira. Dia tanya la naper bawak balik belon yg diberi oleh hippi tu. Enriqueta kata belagak bodoh adalah lebih baik dari pada berlagak kebudak budakkan. Armando kata dia nak dengar pengakuan sorang hippi tentang bagaimana profesionalnya Enriqueta dalam kerjayanya. Adolfo gi jumpa Desiree dan britahu dia suka pembentangan Desiree. Dia berikan kad perniagaan pd Desiree dan mintak Francisco telefon dia sebaik saja dia kembali. Dia berharap dpt jumpa Desiree secara peribadi supaya mereka boleh bersembang sembang. Desiree kelihatan tertunggu tunggu tgg apala dia tu nak cakap. Rogelio ada dipejabatnya dan Alfredo mai tengok pak dia gembira semacam jer dan tanya la naper. Rogelio kata dia dah pastikan Mauricio takkan dapat meneruskan syarikat majalah tu. Adolfo tak der duit utk dilaborkan. Alfredo tanya bagaimana pulak ttg Desiree, Rogelio kata Desiree akan buat apa saja yg dia suruh. Alfredo tak yakin dan Rogelio marah2 dan kata dia sepatutnya percayakan bapanya. Carlotta menerangkan pada Rafael ttg apa yg perlu dia buat biler berdepan dengan hakim bagi melengkapkan proses pengambilan anak angkat. Mereka pergi amik Mauricio utk memenuhi temujanji dengan hakim. Mauricio dok cakap ngn Armando ttg masalah yg sedang dihadapi, kemudian Enriqueta masuk. Dia tanya sama ada Juana akan balik hari tu tapi diberitahu Juana akan balik keesokan hari. Mauricio tak suka. Calrotta kemudian mai bersama Rafael dan beritahu mereka kena g jumpa hakim. Rafael beritahu hakim yg dia tak rasa susah hati dah selepas Mauricio datang dalam hidupnya. dia rasa gembira dan semua kehendaknya dipenuhi. Hakim tu tanya apa yg Mauricio akan buat kalau dia mendapati dia ada anak sendiri. Adakah dia akan menyayangi anaknya lebih dari Rafael? Paco mai melawat Azucena. Azucena gembira jumpa Paco, dia wat kopi. Paco mengaku menyintai Azucena. Dia kata dia sanggup tunggu lama, lagi lama, lagi dalam cintanya. Tiba2 tipon bunyi. panggilan dari Ramon. Ramon yang dah meninggalkannya dan membiarkannya membesarkan anak2nya seorang diri. dia telefon sekali semasa Manuel berusia 9 thn. Azucena tak dapat terima yg Ramon akan balik semula ke dalam hiduup mereka. Paco ingat ker tu panggilan dari lelaki yg cuba mengganggu ketenteraman Azucena. Dia nak tipon polis tapi Azucena nak berehat dan suruh Paco balik. Lepas tu, masa Ana maria dok main board game ngn Nicolas, telefon bunyi, Manuel angkat dan kedengaran sora Ramon suruh dia jgn letak telefon. Manuel kelihatan seperti baru nampak hantu dan Nicolas kata dia nak balik sbb dia tak nak tengok hantu. Ana Maria tanya Manuel sapa yg telefon. Manuel kata panggilan dari hantu, bapa mereka. Posted on Sept 15, 2003, via Email |
|||
Web Design By: Fara M |
||