Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 73 (Translated By Kak Na ) English Home
Mauricio tekejut mendengarkan yg Juana akan bersama ngn David utk beberapa hari. dia tak tau nak menceritakan perasaannya. dia gi jumpa Enriqueta utk dptkan penjelasan kenapa Juana kena pi dengan David, dia tekejut tengok bilik tu penuh belon. Dia kata dia nak jumpa Enriqueta kat pejabatnya. Armando cemburu dan kata sapa yg wat semua ni mesti gelong. Enriqueta tertanya tanya sapa la yg buat semua ni. Armando kata tentu mamat lam lif tempoh hari sbb mana ada orang len yg akan buat cam tu. Enriqueta tersenyum tapi dia tak beritahu pulak yg dia terfikirkan manuel. Dia pergi jumpa Mauricio.

Biler dia kembali, dia tengok Armando ditemani Brandy dan Ines cuba meletupkan belon2 sekalian. Dia suruh depa berenti dan tanya Armando naper menyemakkan bilik dia. Armando kata dia tengah meraikan sesuatu. Biler dia dan Brandy dok kemas2 pejabat tu, Brandy beritahu dia yg dia bertuah sbb ada lelaki yg cintakan dia sampai sanggup bersusah payah macam ni utk dia. Kemudian lepas belon semua dah takdo, Armando mai jumpa dia dan hampir bergaduh tentang belon2 tu dan Enriqueta kata mereka patut tumpukan perhatian pada perbincangan yg sedang berjalan dalam pejabat Mauricio dan berharap syarikat mereka takkan ditutup. Enriqueta dok kat pejabatnya dan ternampak sampul surat berisi kad dan gembira melihat nota di dalamnya. Dia suruh dirinya bertenang sebab dia tak dapat kawal rasa gembiranya. Manuel telefon dand ia tak beritahu yg dia dah jumpa kad tu dan dah agak dah tu mesti panggilan dari Manuel. Dia pura2 tak tau sapa tu dan kata sekarang ni dia dalam masalah sbb dia mencampur adukkan urusan peribadi dengan pekerjaan. Dia kata dia mungkin akan dipecat. Manuel teringat yg masa mereka di depan rumahnya dan Erniqueta risau Brandy ternampak mereka bersama. Dia telefon utk memeberi kejutan tapi dia pulak yg terkejut yg boss Enriqueta akan amik tindakan utk memecatnya. manuel kata dia akan menanggung kesalahan itu. Dia akan gi jumpa Enriqueta secepat mungkin.

Mauricio dok tunggu masa Enriqueta tiba dan tanya tentang Juana pergi bersama David. Diakata Juana sepatutnya dok kat pejabat saja sbb dia tu mengandung. Enriqueta kata takkan sbb mengandung saja, Juana kene dilayan berlainan dari orang lain.. Juana mungkin akan rasa tersinggung. Juana gembira dengan mengambil gambar. Dia kata dia tak paham la hubungan Mauricio ngn Juana, hanya Maurico yg paham. Dia kata dia hormat Mauricio tapi dia tak leh tukar tugasan Juana tanpa sebab. Mauricio patut pikir apa yg Juana nak, bukannya apa yang Mauricio fikir terbaik utk Juana. Selepas Enriqeta blah, Mauricio fikirkan balik yg mungkin dia cemburu. Dia terfikir perbualan dia bersama Ricardo yg kata mungkin dia ada perasaan pada Juana. Biler salah sorang pemegang saham mai jumpa dia, dia beritahu berita buruk yg keadaan sekarang meruncing dan mintak mauricio beli saham miliknya. Masa Desriee nak pergi mesyuarat, Rogleio jumpa dia di luar pejabat mauricio dan suruh dia jgn sokong Mauricio. Dalam mesyuarat tu Rogleio tak setuju dgn semua cadangan Mauricio. Yg Mauricio pulak dok teringat kat Juana.

Ines bawak Brandy gi tengok belon2 sbb tak der orang dalam kumpulan gosip mereka percaya apa yg dia cakap. dia beritahu Brandy yang boss dia tu pelik sikit dari pompuan lain sbb dia tu marah2 bukannya gembira biler ada lelaki buat macam tu kat dia.

Ana Maria mai ke dapur dan tengok Manuel dok menari sorang2. Dia tanya apa la gembira sangat? Manuel tak cakap apa. Mereka bincang sama ada Juana akan balik atau tidak sbb dia kene gi buat keje luar. Mereka bincangkan tentang Maurcio dan mereka percaya dia tu jujur tapi mereka kena berhati hati dan menjaga Juana. Mereka bersetuju yg mereka tak patut terima bantuan dari Mauricio dan merancang akan bayar balik kos perubatan dan pesediaan Juana utk melahirkan anak nanti. Ana Maria kata dia rasa Mauricio tu macam Putera Kegelapan lah. Azucena terdengar dan kata dia tak sangka dia panggil Maurico macam tu, Depa tukar kata dia tu Putera idaman. Azucena tanya naper berubah pulak? Depa tu tak jawab apa. Ana Maria kata dia nak keluar dan nanti dia balik lambat sikit. Manuel dpt rasakan Ana Maria tu nak buat sesuatu dia tanya la kot2 Ana nak gi jumpa Mauricio. Ana maria kata tak, tapi Tuhan yg bwk Mauricio mai jumpa dia, dia dah hilang kawalan dan akan marah2 Mauricio tu. Tapi Mauricio tenang jer. Dia kata Mauricio tu pandai belakon dan Ana percaya apa yang dikatakannya. Kemudian Ana Maria beritahu manuel yg dia tak gi kelas gim hari tu. Dia masih marahkan Carlos yg meninggalkannya.

Pekerja sosial (hensem ha?) mai dan beritahu Carlotta yg pengambilan Rafael sbg anak angkat adalah dalam proses terakhir. Mereka hanya perlu jumpa hakim dan dia akan tanyakan Rafael beberapa soalan dan kemudian mereka akan jadi keluarga sebaik saja hakim meluluskannya.

David kelihatan gembira sbb akan habiskan masa bersama Juana. Dia cuba yakinkan Juana yg dia nak jadi sahabat Juana dan menerima kehamilannya dan dia takkan bersikap bodoh tentang hal itu lagi. Juana amik beberapa gambar sementara David amik beberapa sampel dari sungai itu utk diuji dan dia beritahu Juana yg tempat ni cantik tapi ada org merosakkannya.

Selepas selesai, hari dah lewat utk pulang jadi mereka pi cari motel dan jumpa satu tapi situ ada ramai pelancong, jadi ada satu bilik saja, motel lain jauh darisitu. Juana nak pergi tapi David kata tak pa, depa leh berkongsi bilik. Juana terkejut dgn jawapan David.

Posted on Sept 15, 2003, via Email


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1