Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 72 (Diterjemahkan Oleh Kak Na ) | English | Home | |
| Ana Maria dengan kurang sopannya
menggangu Mauricio masa dia dok cakap ngn wakil2 Miami tu dan depa tu rasa tak selesa la
tapi Mauricio mengawal keadaan macam sorang profesional. Dia kata mereka akan sambung
perbincangan kemudian nanti masa mesyuarat. Dia suruh Ana Maria bertenang dan ajak pi ke
tempat yg lebih peribadi supaya leh bincang elokw. Ana kata dia cepat naik angin dan bila
dia marah dia tak peduli sapa kat situ dan apa yg sedang depa buat. Mauricio suruh dia
bertenang lagi sbb dia tu dok jalan pi jalan mai dengan tenaga yg berlebihan. Ana Maria
kata dia tak leh bertenang dah, sbb dah marah sgt dengan apa yg dia buat ngn anak dia. Dia
kata dia kata kalau dia leh tuko jadi lelaki, dia akan blasah Mauricio. Dia kata anak dia
dah terlalu menyintai Mauricio dan Mauricio akan melukakan hati Jana. Dia kata Juana tu
mewarisi sikap lemah biler bedepan dengan lelaki yang bijak bermain kata. Dia nak Mauricio
tinggalkan Juana dan dia nak balik sbb dah penat cakap, dia tak tau lagi apa yg nak
diperkatakan. Selepas dia blah, Mauricio cuba menenangkan diri sendiri. Dia tertanya sama
ada benarkah dia menjadikan Juana menderita dengan bersamanya. Dia kata mungkin benar sbb
sebelum ni pakcik Juana dan nenek dia suruh dia menjauhkan diri dari juana sekarang ibunya
pulak suruh dia meninggalkan Juana. Ana pergi cari Carlos tapi tak jumpa, dia bertambah
marah dan kata semua lelaki lam hidup dia tak pernah ada biler diperlukan. Sebelum tu
tadi, Carlos tunggu tapi dia bosan dah jadi dia balik la. Mauricio pergi jumpa Ricardo Monsalve selepas dia dah bertenang sikit. masa kat pejabat Ricardo, dia bosan dengan hidupnya yg penuh penipuan dan mula menjerit meluahkan rasa tekanan. Dia menjerit pada dunia mengatakan Juana tu ibu pada anaknya. Ricardo suruh dia bertenang dan cerita la satu2 apa yg dah jadi. Mauricio citer dia dah bosan dengan hidupnya. dia kata dia sepatutnya citer semuanya pada Juana semasa dia tau Juana mengandungkan anaknya. Ricardo bgtau Mauricio yg dia tak bagitau Juana mungkin sbb dia ada perasaan lain terhadap Juana. Perasaan tu dah wujud sebelum dia tau tentang kehamilan Juana. Juana tu bukan sekadar sorang wanita lam hidup Mauricio, dialah Sang Suria yg menerangi hidupnya. Biler mendengarkan itu, Mauricio tersenyum walapun masih dalam keadaan tertekan. Ricorda tanya macam mana kalau perempuan lain yg kandungkan anaknya? Mauricio kata dia akan berterus terang pada perempuan itu bahawa anak itu amat penting baginya. Ricardo kata itu lah, masalahnya sekarang Juana yg mengandungkan anak Mauricio. Juana beritahu Enriqueta yg dia tak leh pi dengan David sbb dia tengah mengandung dan takut belaku sebarang komplikasi. David bukannya leh tolong lagi pun dia rasa tak sihat. Enriqueta tak nak terima alasan 2 tu. dia tanya "bukan ker awak beritahu saya yg awak rasa lebih sihat selepas mengandung?" kaalau awak tak buat tugasan sekarang, kita mungkin akan ada masalah kemudiannya. Juana takut kehilangan kerjanya, jadi dia setuju. Brandy dok tunggu kat luar dan dia beritahu Ines Juana tak akan pergi ngn David sbb mereka kawan baik sejak kecik lagi. Tapi biler Juana keluar, dia beritahu Brandy yg Enriqueta tak terima alasannya jadi dia terpaksa pergi. Brandy kelihatan kecewa. Masa mereka duduk di meja, David tengok dari jauh masa budak pejabat tu dok cuba ngorat Brandy seperti yang David ajar. Kemudian masa Juana dok ngn Popeye, David bersandar dan beritahu Juana yg mereka akan bersama esok. Brandy memandang mereka, putus harapan. Ana Maria balik dan pergi ke biliknya utk berseorangan dan menenangkan diri. Manuel ketuk pintu tapi dia kata dia nak dok sorang sbb dia rasa tak sihat. Juana Masukd an tanya mak dia apa hal nyer. Dia risau la kot2 mak dia taksihat. Ana kata dia sihat tapi tadi dia jumpa Mauricio. Juana tekejut sbb dia dah larang tapi makdia gi jumpak jugak. biler mak dia kata Mauricio tu kelihatan kacak, sempurta dan pandai layan orang, Juana tersenyum gembira. Juana lompat atas kata dan kata sebabtu la dia cintakan Mauricio. Dia lah putera baginya yg akan melindunginya dan buat dia rasa gembira. Ibunya kata mana ada putera lam kehidupan sebenar ni. Mereka hanya ujud di negara2 lain, kalau ada pun, depa sibuk lawan ngn naga. Juana bagitau mak dia yg mereka ujud dan Mauricio adalah salah sorang dari mereka. Ana suruh Juana lupakan Mauricio tapi Juana mintak maaf sbb dia takkan dapat lupakan cinta pertamanya. David ngn Carlos ada kat apartment mereka dan Carlos dok merungut tentang wanita tua yg meninggalkan dia kat hotel dan dia mengaku yg dia tak dapat apa yang dia nak dalam kehidupan. Dia nampak David tu melayang fikiran dia. David dok terfikir sendiri yg esok lah harinya. Untuk dia dah Juana, bersama tanpa gangguan orang lain. Carlotta dan Humberto dok tunggu Desiree, tapi Desiree tu bersiap lama sangat. Carlotta nak gi tengok tapi Humberto larang. Dia tak dengar jugak, elok dia melangkah beberapa langkah, Desiree turun dan kata dia dah amik semua barang2 dia dan mengucapkan terima kasih atas budi baik membenarkan dia dok situ, dia mintak maaf sbb mengganggu. Selepas dia blah, Carlotta tanya Humberto sama ada dia terbau wangian Mauricio. Dia kata masa Desiree turun, dia pasti dia terbau wangian Mauricio. Humberto kata tak mungkin sbb Desiree tu ada hubungan dengan Rogelio bukannya dengan Mauricio. Dia kata Carlotta ni macam Amparito yg asyik dok syak suami dia ada hubungan dengan perempuan lain. Humberto kata dia berbakat sbg sorang jurugambar jugak sbb masa kat U dulu dia menang piala. Kemudian Mauricio mai, Carlotta suruh dia berehat dan mereka tak berbual panjang macam dulu. Humberto tanya sama ada dia ada masalah kat tempat kerja. Mauricio kata bukan saja kat pejabat, seluruh hidupnya adalah satu masalah. Carlotta bgtau Mauricio yg Humberto ni jurugambar berbakat, kalaula dia tau lebih awal, tentu Humberto dah keje kat Positivo dan tak payah la Juana mengganggu keluarga mereka. Desiree dan Rogleio dok kat apartement yg Rogelio bagi kat dia, biler Rogelio tanya tentang perjanjian dengan wakil2 dari Miami, Desiree kata mereka kena tunggu dan lihat. Kemudian dia suruh Rogelio pejamkan mata, dan dia kelihatan terkejut dan gembira dengan permintaan itu. Biler dia bukak mata, ada dua hadia dan dia bukak tengok ada robe (milik Mauricio yg disembur dengan wangian Mauricio) Rogelio terharu ngn hadiah itu. Dia menyatakan rasa terkejutnya dan tak sangka u.. Manuel menyusup masuk ke pejabat Positivo biler semua org dah balik. dia tertanya tanya kot2 Enriqueta lom balik lagi. Dia merancang sesuatu yg istimewa utknya. Dia masuk ke pejabat Enriqueta dan kata "Inilah bilik mu di mana engkau rasa selamat dan berkuasa dan orang lain tak perlu ada di sini. Aku akan menceroboh tempat yg paling selamat ini dan engkau akan berkongsi dengan aku." Dia mengangkat telefon dan menciumnya, penuh perasaan macam dok cium Enriqueta la pulak. Kemudian dia teruskan misinya. dia bukak beg galasnya. Kod Operasi: Pencerobohan bermula. Esoknya, Mauricio datang ke pejabat, dia disambut oleh budak pejabat, dia tu berterima kasih sbb sudi amik dia bekerja semula selepas terlibat ngn satu kemalangan. Dia bagitau Mauricio yg dia buat kerja dengan baik semalam semasa Ines suruh dia gi bli ubat. Mauricio tanya mana ubat2 tu, budak pejabat tu cakap dia beri kat Ines semalam. Enriqueta sampai ke pejabatnya diikuti Armando. Enriqueta memasukkan kunci pada tombol pintunya tapi tak terbuka. Jadi, Armando yang gagah perkasa menawarkan pertolongan. Dia tolak pintu tu tak kunci, dia tolak kuat. Biler masuk jer, bilik tu penuh ngn belon yang berwarna warni macam pelangi. Enriqueta tengok keliling dan tak percaya ngn apa yang dilihatnya. Mauricoi pergi kepejabatnya dan Ines memberikan ubat2 itu. Dia suruh Ines bagitau Juana agar berjumpa dengannya di pejabat. Ines kata Juana dan sampai tapi tadi dia keluar. Mauricio tanya pi mana? Dia kata Juana bersama David sbb depa ada tugasan luaran bersama. Mauricio terkejut. Posted on Sept 15, 2003, via Email |
|||
Web Design By: Fara M |
||