Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado
Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7
| Episode: 71 (Diterjemahkan oleh KakNa) | English | Home | |
|
Episode: 71 (By Sofia Magdalena) Mauricio jerit suruh Juana turun, kalau tak, dia akan naik dan bawak dia turun. Juana jerit balik kata dia akan turun tapi hanya selepas dia selesai amik lebih banyak gambar. mauricio dah marah2 dengan popeye sbb tak larang Juana panjat naik tu dan membahayakan diri. Biler Juana turun, mauricio dok marah lagi sbb membahayakan anak dalam kandungannya. Mauricio kata Juana tak bertanggung jawab sbb tak memikirkan akibat daripada kecuaiannya akan mengganggu kehamilan dia sedangkan dia nampak bergembira saja masa kat atas nun. Tak pikir ker tentang anak dalam kandungan tu dan risikonya kalau dia terjatuh? Mauricio tak percaya Juana sanggup buat semua tu. Dia tak pernah semarah ni dalam hidup dia. Juana kata Mauricio amik berat tentang dia tapi dia tak patut mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati. Mauricio dah mula bertenang dan kata Juana patut berhati hati dengan kandungannya dan jgn hanya mementingkan diri sendiri, fikirkan jugak anak itu. Juana tanya sama ada dia amik berat tentang anak dlm kandungan atau amik berat tentang dirinya? Mauricio tak jawab apa2 dan Juana buat kesimpulan sah! sah Mauricio cintan giler kat dia sebab mana ada sebab lain mauricio nak sayang kat dia sampai macam tu sekali tentu la sebab Mauricio cintakan dia. Juana meluahkan perasaannya pada Mauricio tapi Mauricio kelihatan serba salah sebab dia hanya sayangkan anak dalam kandungannya bukan Juana. Dia takut kehilangan satu2 nya anak dari darah dagingnya yang bakal dia perolehi. Dia bawak Juana ke keretanya menuju ke balai bomba sbb dia tak nak Juana naik keta bomba utk mengambil Pitusa. Sebelum mereka berpisah, Mauricio suruh Juana jaga anaknya dengan baik. Juana teramat gembira sbb Mauricio betul2 mengambil berat tentang dirinya. Popeye suruh Juana bawak moto baik2 masa balik. Biler sampai kat pejabat, Juana mintak Popeye jgn bagitau sapa2 tentang apa yang dah terjadi antara dia dan Mauricio sebab dia tak nak timbul skandal pulak. Popeye kata ok tapi dia tak suka. Dia pi jumpa Enriqueta utk citer apa yang dah terjadi dan citer bagaimana Juana panjat tangga utk amik gambar2 yang hebat. Enriqueta kata Juana sepatutnya lebih berhati hati sbb dia tu mengandung. Popeye kata itu la yang Mauricio dah cakap kat Juana. Enriqueta terkejut biler tau Mauricio pon ada masa tu dan reaksi nya terhadap tindakan Juana, ianya sesuatu yang menghairankan. Brandy tak gembira dengan keadaan dia dan David. Manakala sorang budak pejabat (Rene) pulak dok ngorat dia tapi dia tak berminat. Dia cuba bagi alasan kat budak tu tapi budak tu tetap nak ngorat dia dan dok ngekor dia ke mana saja. David nampak masa depa masuk ke bilik rehat dan selepas Brandy pergi, dia memberikan tips kepada Rene tentang cara2 nak ngorat Brandy supaya jatuh cinta kat dia. Brandy dok tunggu Enriqueta bagi jadual tugas utk hari esok dan biler dia dah dapat jadual tu, dia marah2 melihatkan Juana ditugaskan utk kerja lapangan bersama David. David suruh Enriqueta pasangkan dia dan Juana utk tugas itu supaya dia boleh ngorat Juana nanti. Brandy pi jumpa Juana dan cuba suruh Juana bagi alasan utk menolak tugasan itu bersama David. Juana kata dia tak leh buat macam tu sbb dia seorang yang bertanggung jawab dan Brandy patut ingat Juana masih lagi dalam tempoh percubaan jadi dia kene buat semua yang Enriqueta suruh tanpa banyak soal. Kemudian dia bagitau Brandy tentang betapa risaunya Mauricio terhadap kesihatan anaknya dan itu menunjukkan Mauricio betul2 amik berat tentang dirinya. Juana kelihatan khayal biler bercakap tentang Mauricio. Ana Maria ada kat bilik tukar pakaian di gim tu, dia duduk kat kerusi panjang memikirkan sama ada dia patut berhadapan dengan mauricio utk bincang apa yang sedang berlaku antara Mauricio dan Juana. Carlos bukak pintu dan Ana Maria terkejut biler dia tu masuk. Dia kata Carlos tak leh masuk lam bilik tukar pakaian orang perempuan tapi Carlos kata dia dah kira dah semua orang perempuan dah balik kecuali Ana maria jer yang tak balik lagi. Dia duduk kat sebelah ana Maria dan tanya dok buat apa tuuu? Ana Maria kata dia dok pikir sama ada nak jumpa sorang lelaki ni atau tidak. Carlos tanya adakah dia patut cemburukan 'lelaki' ini? Ana Maria kata lelaki tu syok kat anak dia bukan kat dia. Carlos dok menolak nolak rambut Ana Maria dengan jari2 dia semasa bersembang.. Ana maria melabuhkan kepalanya ke bahu Carlos, tiba2 sampai la beberapa orang wanit ke dalam bilik tu dan ternampakla aksi2 depa tu, Carlos terus buat citer kata Ana Maria patut baring sbb dia mngalami masalah kekurangan kalium dan mungkin pengsan, jadi dia dok tolong la ni :) Ana maria pun ikut la buat macam orang sakit tak cukup vitamin dan kemudian mereka berdua cepat2 keluar dari situ. Depa pergi ke apartment Carlos dan Carlos tanya banyak soalan sehinggala Ana Maria setuju yang tak dak sebab mengapa Ana Maria nak jumpa Mauricio sbb itu semua akan memburukkan lagi keadaan. Kemudian Carlos tanya sama ada Ana Maria nak ikut dia ronda2 naik moto dan Ana maria bersetuju. Tapi sebelum tu Carlos nak singgah kat satu hotel utk gi amik cek. Petra tak nak balik selagi tak dapat apa yang dia nak. Dia bagi macam2 alasan utk suruh Manuel memperbaiki seterikanya. Dia dok pikir sendiri, "Kenapa la Manuel ni kacak sangat?" Dia dok harap Manuel tak perasan yang seterika tu jiran dia yang punya. Manuel dok fikr yang dia tak boleh menolak Petra macam tu saja kalau dia tak nak perniagaan dia lingkup dengan pelanggan tetap dia yang sorang nih. "Aku harap Enriqueta yang dok kat sini, bukan Petra. Kemudian aku akan menariknya supaya dekat pada ku". tiba2 telefon berbunyi, panggilan utk Manolito. Enriqueta yang telefon dia dan minta maaf sbb dia sembang sikit saja ngn Manuel kerana dia ada urusan. Manuel kata sekarang ni dia pun ada kerja dan kemudian terus letak telefon. Enriqueta tercengang tengok telefon dia dan tertanya tanya sama ada Manuel marah kat dia. Salvador pi melawat dan menceritakan isi hati dia kat Azucena. Azucena kata dia tau dari mata Salvador yang dia tu cintakan anak dia, Ana Maria. Salvador kata perasaan dia terhadap Ana maria adalah suci dan ikhlas, tapi Ana Maria la pulak tak membalas cintanya. Dia mintak maaf dari Azucena sbb cakap kan hal ni kepadanya. Azucena kata dia la yang mula kan topik cinta tu. Salvador kata sejak kali pertama melihat Ana Maria, hati dia dah tirrgoda. Dia tak leh wat apa dah. Ana maria kelihatan memerlukan bantuan dan sokongan semasa pihak sekolah nak buang Juana dan datang jumpa dia utk pertolongan. Pada saat itu lah dia merasakan sesuatu sedang berlaku dalam hidupnya, dia nak melindungi dan memastikan Ana Maria sentiasa selamat. Dia kata walaupun ana maria tu nampak macam kuat dan tabah, tapi sebenarnya dia amat memerlukan perlindungan dari seseorang yang betul2 menyayangi dia. Azucena kata Salvador la lelaki pertama yang dia sokong ngorat anak dia. Salvador tu baik, sopan santun dan berhati mulia. Mauricio meneruskan perjalanannya utk berjumpa dengan wakil2 dari Miami kat hotel. Biler sampai dia dok fikir apa la yang akan jadi kalau la Juana tergelincir masa naik tangga tu. Dia takkan dapat tengok anaknya lagi. Dia akan hilang dah harapan utk mendapat anak dari darah daging sendiri. Apa la yang Juana dok fikir masa tu sampai sanggup buat sesuatu yang tidak bertanggung jawab. Dalam bilik mesyuarat depa dok bincang dan akhirnya dah capai persetujuan. Mereka akan adakan mesyuarat pemegang saham tak lama lagi. Para wakil memuji kecantikan wanita Venezuela. Humberto datang melawat rumah mauricio utk jumpa kakaknya dan bertanya khabar. Depa nyembang tentang ibu mereka dan Humberto kata sepatutnya ibunya meninggalkan saja dia. Carlotta kata Amparito masih mengharap Rogelio akan kembali padanya. dia kemudian citer yang Mauricio nak Carlotta beri sokongan pada dia utk membantu Juana. Carlotta kata demi utk pastikan Mauricio akan terus bersamanya, dia bersetuju dgn permintaan Mauricio. Dia akan berjuang dengan orang yang disayanginya. Desiree datang utk amik barang2 dia yang masih ada dalam bilik tetamu. Humberto bagitau yang semalam masa dia dok kat bilik tu dia tak nampak pon ada barang2 yang tertinggal. Berani betul pompuan tu mai sini sedangkan dia ada hubungan dengan bapa mereka. Carlotta kata biaq pi lah, lagipun dia tu pemegang saham, undian dia penting bagi Mauricio utk meneruskan syarikatnya. Dalam bilik Mauricio, Desiree menggeledah laci2 cari beberapa pakaian dan menyembur minyak wangi kat baju tu (eee teruknya, macam pengendap tak dikenali masuk bilik kita dan usik2 kain baju kita tanpa diketahui - Sofia) Desiree cakap sendirian yang dia perlukan ini utk meneruskan hidup bersama Rogelio. Carlos dan Ana Maria masuk ke hotel dan Ana Maria kagum dengan hiasan dalaman hotel tu. Carlos bagitau dia yang depa boleh mai balik nanti dan tido situ kalu dia nak. ana maria kata "Awak buat muka saya merah padam". Carlos tanya nak tak ikut dia, Ana Maria kata dia akan tunggu kat depan ni. Masa dok tunggu tu dia ternampak Mauricio keluar dari lif bersama rakan2 perniagaannya. Ana Maria kata "Tak mungkin! Aku tak cari dia tapi takdir yang membawa dia pada aku." Dia terus menjerit panggil Encik Mauricio De la Vega! dan mauricio berpaling ke arahnya.. |
|||
Web Design By: Fara M |
||