Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 70 (Diterjemahkan oleh KakNa) English Home
Episode: 70 (By Sofia Magdalena)

Enriqueta marah2 sebab bilik tu kelihatan semak dan tanya Juana, "boleh tak citer sikit awat bilik ni bersepah sangat?" Juan akata dia dok tunggu Enriqueta abih ckp dulu, pastu baru nak citer :) Juana terangkan yang semalam bilik tu kemas dan pagi ni dia tak tau apa yang dah jadi. "Awak mungkin tak caya kat saya tapi semua ni benar. Saya rasa ada orang yang tak sukakan saja kerja kat sini dan buat begitu utk menunjukkan perasaannya." Enriqueta kata tak penah lagi la jadi macam ni kat pejabat tu. Biler Juana hampir selesai mengemas, David mai dan kata nak cakap sat. Juana kata tak dak apa nak cakap dan dia tak dak mood nak bertengkar lagi. David kata dia nak cakap jer. Dia kata dia cintakan Juana dan dia mintak maaf dengan cara dia melayan Juana semasa dia baru tahu yang Juana tu mengandung. Juana kata Brandy gadis yang baik dan menyintai David, David tak sepatutnya buat begini padanya. David kata bukan sengaja layan Brandy macam tu, masa tu dia mabuk. Dia kata Brandy memang cantik tapi dalam hatinya hanya ada Juana. Walaupun Juana tak membalas cintanya, dia masih cintakan Juana. Dia suruh Juana bayangkan menyintai seseorang yang tak menyintai kita.. Juana membayangkan Mauricio. Dia kata kalau cinta Juana pada lelaki dalam bayangannya tu kukuh, tapi lelaki tu pulak tak membalas cintanya. Juana memikirkan Mauricio dan bagitau David yang dia paham situasi itu. Popeye mai masuk dan bagitau Juana yang Enriqueta ada kerja sikit nak bagi kat depa. Popeye kata ni tentu ada hal mustahak yang dibincangkan ni. Juana kata tak dak apa apa lah.

David pi jumpa Mauricio dan kata Mauricio tu pujaan dia sbb diatu tau cara nak melayan sorang wanita dan sekarang Juana dah kembali ceria. David akta dia akan cuba bersungguh sungguh utk memenangi hati Juana. Mauricio kelihatan seperti dalam kesakitan. Dia Tanya David apa maksudnya itu? David kata Mauricio tu tak tekejut langsung tentang kehamilan Juana dan layan dia sama seperti selepas mengetahui kehamilan tu.. dan dia tu tak nak apa2 dari Juana. Dia kata Mauricio tak kesiankan Juana yang mengandung tu walaupun jika nanti dia nak amik anak tu sebagai anak angkat. Sekarang Mauricio dah naik angin. dia kata bayi tu mungkin ada bapa.. tapi David kata "Engkau boleh amik Rafael sbg anak angkat kenapa pulak aku tak boleh, lagipun aku cintakan Juana, lebih dari hidup ini."

Desiree tak selesa duduk lam pejabat Mauricio tapi dia buat muka tembok sbb nak dptkan kepastian sama ada betul ker Juana tu mengandungkan anak nya. Mauricio menidakkan pendapat itu dan kata takmungkin Juana ibu pada anaknya sbb dia dah lama cari wanita itu semenjak sebelum parti di rumah nya.. tapi itu lah kali pertama dia jumpa Juana. Oleh itu tak mungkin Juana ibu pada anaknya. Biler Desiree tak dpt jawapan yang dia mahu, dia guna taktik lain dengn mengatakan Mauricio boleh mengadu pada dia bila2 masa sbb dia tau betapa pentingnya anak itu dlm hidup Mauricio. Tapi Mauricio tak tukar keputusan dia dan tak cakap apa2 kat Desiree. Desiree tak suka tapi dia tak nak memberi tekanan pada Mauricio sbb takut nanti Mauricio menjauhi dia pulak. Kemudian Armando mai dan Desiree mintak diri dulu, sebelum keluar dia mintak maaf sbb mendesak tadi. Armando tanya apa la agaknya yang wanita cantik seperti Desiree dah buat sampai kene mintak maaf. Armando kemudian citer kat Mauricio yang Desiree macam berminat nak tau tentang Juana. Mauricio kata dia tau. Lepas Armando blah, dia tipon Dr. Fernando dan citer tentang Juana yang berusia 17 thn dan mengandung 3 bulan. Doktor tu kata tentu dia tu bapak pada anak tu sbb tu risau sangat. Mauricio menidakkan anggapannya itu. Kemudian dia suruh Ines hantarkan budak pejabat gi bli asid folik dan pelbagai vitamin utk wanita mengandung. Ines tak tau nak kata apa, dia berdiri situ saja, biler Mauricio tanya balik kat dia baru la dia cepat2 pi panggil budak pejabat utk pi bli benda2 yang Mauricio suruh. Rene cakap apa pulak nak beli benda2 macam tu, malulah. Ines kata bos yang suruh beli, tepaksa la pi jugak kalau tidak nanti keje buang kerja. Ines citer la kat kawan2 dia tentang Mauricio suruh beli barang2 utk wanita mengandung dia dan dia pasti semua itu untuk Juana. Masa sembang2 tu, Juana mai dan depa terus terdiam.. Juana berhenti dan tengok ke arah mereka dan tau depa tu tengah mengata kat dia. Budak pejabat tu dah balik bersama benda2 yang Ines mintak. Desiree dengar budak pejabat tu sebut pasal asid folik dan pelbagai vitamin utk wanita mengandung. Lepas Desiree blah, Ines marah kat Rene sbb mulut bising. Dia kata Rene baru saja terbagitau kawan baik isteri Mauricio dan pasti dia tu akan citer kat Carlotta. Rene kata wanita cantik camtu tak kan buat perkara2 seperti itu. Di pejabatnya Desiree terfikir yang Juana tu mesti mengandungkan anak Mauricio, kalau tidak naper pulak Mauricio nak susah2 belikan pelbagai vitamin utk Juana. Desiree kelihatan bangga dengan diri sendiri sbb dpt buat kesimpulan yang sedemikian.

Desiree pi jumpa Enriqueta sbb nak mintak tolong supaya dia boleh menyertai perbincangan pemegang saham yang bakal berlangsung. Masa bercakap tu, Juana mai bawak gambar2 yang dia dah cucikan kat rumah. Dia tekejut tengok Desiree ada kat situ dan kata dia takkan masuk kalau dia tau depa berdua sibuk. Dia berikan gambar2 tu pada Enriqueta dan Enriqueta berpuas hati dengan hasil kerja Juana. Juana kata dia nak keluar ngn Popeye utk satu temuramah. Lepas Juana blah, Desiree kata Juana tu angkuh dan perasan bagus semata mata sebab dapat sokongan Mauricio. Desiree kata Juana boleh perbodoh orang lain tapi tidak dia.. Tengok ajer dia dah tau perempuan jenis apa Juana tu. Enriqueta terkejut dengar semua tu tapi dia tak bersuara la pulak. Ada panggilan dari Manuel. Manuel kata dia telefon sebab dia rindukan Enriqueta. Enriqueta serba salah tengok kat Desiree, dia segan la nak cakap manja2 ngn Manuel tu. Manuel kata depa leh sambung apa yang depa buat semalam dan Enriqueta kata dia nak sambung buat semua tu dan dia nak cuba lagi tapi sekarang ni dia ada urusan utk diselesaikan (dia cuba bagi Desiree dengar seolah2 tu hal perniagaan). Kemudian dia tamatkan perbualan. Lepas Desiree blah, Enriqueta tertanya tanya kot2 perbualan yang cepat ditamatkan tadi menjadikan Manuel patah hati.

Manuel dok bekerja masa Nicolas mai dengan memakai baju sekolah dan bagitau dia yang Manuel kelihatan seperti dilamun cinta. Manuel kata dia akan bagitau satu rahsia tapi yang lain2nya dia kene cari sendiri. Dia bagitau Nicholas yang dia memberi peluang dirinya jatuh cinta utk kali pertama. Nicholas tanya sapa la wanita yang bertuah tu.. tapi Manuel kata, cari sendiri la jawapannya. Nicholas kata baiklah, dia akan cari. Kemudian petra mai jumpa Manuel dengan alas an seterika dia rosak lagi tapi Manolito suruh dia beli seterika baru. Petra tak suka sbb layanan dingin manuel. Azucena mai dan dengar perbualan mereka dan kata kalau Manuel cakap benda tu dah rosak, pi jer beli baru. Petra muncung muka biler dapati tak leh ler nak menghabiskan masa gembira bersama Manuel.

Carlotta gi jumpa mak dia dan bagitau yang Mauricio nak dia tolong dalam membantu Juana. Amparito terkejut. Dia menenangkan anaknya biler Carlotta kelihatan seperti anak kecil yang tak tau nak buat apa.

Rogelio merancang nak buat siap2 serangan balas kat pak mentua dia. Org tua tu takkan sampai ke mesyuarat. Dia akan dibunuh, mungkin oleh Camacho yang turut membunuh Francisco dan menanamnya di dalam semak. (suami Desiree)

Juana pergi bersama Popeye utk menemuramah ahli bomba dan ikut mereka pergi ke tempat kejadian. Juana pi naik tangga menyelamat, ikut ahli bomba tu utk dapatkan gambar2 eksklusif. (tak logik sangat sbb takkan la ahli bomba nak benarkan orang ganggu keje depa, lagipun bahaya la) Mauricio dlm perjalanan berjumpa dengan beberapa ahli perniagaan tapi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, dia pon pi la tengok apa yang dah terjadi. Jantung dia hampir terlompat keluar biler Popeye bagitau yang Juana ada kat atas nun bersama ahli bomba utk amik gambar. Dia naik tangga tu tanpa sebarang alat keselamatan. Mauricio menjerit jerit suruh Juana turun.

Posted on Aug 18, 2003, via email

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1