Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 69 (Diterjemahkan Oleh Kak Na ) English Home
Episode: 69 (By Sofia Magdalena)

Rumah Vivas, Rogelio bercakap ngn bapak mentuanya dan orang tua tu tak puas hati dengan cara Rogelio mengendalikan perniagaan. Alfredo mai dan beritahu perkembangan terbaru Rogleio kat Amparito. Dia gembira ibunya tak beritahu apa2 pada datuknya. Humberto pulak marah2 dan suruh Amparito bercerai saja ngn Rogelio tu. Amparito gembira Rogelio dah balik dan percaya Rogelio akan kembali padanya bila2 masa saja. Dia pi jumpa Carlotta dan beritahu apa yg dah berlaku. Dia tanya tentang anak menantunya yang kacak. Biler diberitahu yg Mauricio nak gi jumpa seseorang utk merawat rasa tekanannya, dia suruh Carlotta berhati hati sbb sorang lelaki takan gi jumpa pakar sakit jiwa biler tertekan, orang pompuan ada la gi jumpa. Amparito kata dia takkan baring kat sofa dan luahkan perasaan dia pada orang luar dan kemudian bayar duit pulak.

Rumah Mauricio. Desiree telefon Mauricio dan tanya samaada Juana adalah gadis yang dia ceritakan mgandungkan anak dia dulu? Mauricio terkedu ngn soalan itu. dia kata bukan, dan mana la dia tu dapat idea pelik macam tu. Biler Desiree masih bertegas ngn teori itu, Mauricio tukar topik perbualan. Dia mula tanya pendapat Desiree tentang perbincangan antara mereka dengan wakil2 dari Miami. Desiree cuba bincang lagi hal tadi dan dia tak puas hati dengan sikap Mauricio yg enggan bercerita. Ini menunjukkan tanggapan dia betul. Mauricio kata ada banyak benda lain yg dia fikirkan tambah2 hal perbincangan ngn wakil dari miami, dia tak der masa nak bincang hal yang remeh macam tu dgn Desiree. Desiree tanya lagi sama ada Juana adalah gadis yang mengandungkan anaknya? Mauricio kata tidak. Selepas cakap ngn Desiree, Mauricio nak naik atas utk tidur dan kemudian teringat Carlotta ada kat bilik, dia tak der tenaga dah nak berdepan ngn Carlotta jadi dia gi tidur di bilik bacaannya. Dia telefon kawan baik dia, Ricardo dan beritahu yg Juana dah 3 bulan mengandung dan dia sepatutnya dah mula pergi buat pemeriksaan. Ricardo kata dia memang dah patut pi wat pemeriksaan dan amik multivitamin utk anaknya. Dia mencadangkan kawannya, Dr. Fernando Lopez. Masa Mauricio dok tulih nama tu, Carlotta masuk dan kelihatan berminat dengan apa yg Mauricio dok tulih. Lepas habih buat panggilan, Carlotta tanya sapa Dr. Fernando tu. MAuricio kata dia tu pakar dan Carlotta tanya lam bidang apa? Mauricio kata pakar sakit jiwa, yang pakar lam hal tekanan perasaan. Carlotta terkejut sbb masalah tu besar pulak. Dia kata dia akan sentiasa di sisi Mauricio dan akan temankan dia dalam sesi bersama doktor tu. mauricio tak tau apa nak cakap.

Tak lama kemudian mereka di bilik. Mauricio terfikir sendiri yg dia menipu bukan sbb dia suka, dia cuma nak elakkan pergaduhan. Carlotta berpusing ke arah Mauricio, mata dia tutup, tangannya diletakkan di dada Mauricio. Ini mengingatkan Mauricio pada saat2 dia bersama Juana di kawasan pergunungan semasa dia terbangun dari tidur dan tengok Juana dok tido sebelah dia, tangannya ada di perut Juana seolah2 memegang bayi dalam kandungannya.

Restoran: Selepas Enriqueta selesai memesan makan malam, dia tanya sama ada Manuel nak pesan wain tapi Manuel kata Enriqueta boleh tolong pesankan, apa saja dia terima. Manuel tanya sama ada dia dah lulus ujian, ENriqueta pura2 tak paham apa yg Manuel cakap. Dia suruh Enriqueta berkata benar dan Enriqueta kata ya, Manuel dah lulus. Enriqueta kata dia suka keluar makan ngn temannya supaya mereka lebih mengenali satu sama lain. Dia kata selepas kejadian dalam lif, dia nak mengenali Manel dengan lebih rapat. Manuel pura2 lupa dan tanya kejadian mana ya? sbb sebelum ni Enriqueta sendiri menidakkan kejadian itu. Enriqueta kata Manuel ni pendendam jugak, Manuel senyum. Dia tanya lagi sama ada Enriqueta teringatkan dia biler keseorangan. Enriqueta kata 'Tak'. Manuel kecewa sedikit dan mengaku dia sentiasa terkenangkan Enriqueta. Dia kata mereka patut berterus terang dan jgn berpura pura kalau nak saling mengenali dengan lebih rapat. Enriqueta setuju dan biler terima receipt, Enriqueta menawarkan diri utk membayar, Manuel tak kisah. Enriqueta terkejut sbb dengan lelaki lain, dia penah bergaduh biler dia nak bayar bill sbb itu menjadikan lelaki tu rasa egonya tercabar, tapi tidak dengan Manuel. Manuel kata dia terima yg Enriqueta nak hak sama rata antara lelaki dan wanita, dia patut bayar sbb dia yg ajak Manuel keluar. Enriqueta suka dengan keadaan itu.

Rumah Juana. Juana suka dok rumah sorang2. Masa baring kat sofa dia dok pesan kat diri sendiri agar melupakan Mauricio. Dia nak buktikan pada keluarganya yang dia dah matang dan tengok, sekarang dia dok merayan sorang2 teringatkan suami orang yg tak mungkin jadi miliknya. Kemudian nenek dia mai dan tanya sama ada dia sorang diri kat rumah tu. Juana tunjukkan nota yg ditinggalkan oleh Manuel. Mereka dok sama2, neneknya dok mengait. Azucena tak byk cakap macam selalu, Juana tau dia masih marah sbb Juana tak balik semalam. Dia yakinkan neneknya yg dia sihat2 jer tk der apa yg buruk berlaku padanya semalam. Azucena kata dia tak percayakan Mauricio dan tentunya dia tu nak sesuatu dari Juana. Juana cuba mempertahankan Mauricio, dia kata Mauricio tu cuma nak melindungi dia dan dia tu sgt baik hati. Neneknya tak setuju dan kata mana ada lelaki yang sanggup buat sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Juana kelihatan seding mendengarkan kenyataan itu sbb ada jugak kebenaranya. Ada orang mai, Juana bukak pintu dan tengok Brandy dok ada situ nak cakap ngn dia. Depa gi cakap lam studio Juana. Brandy citer yg Desiree dok mai tanya dia tentang Juana. Brandy panggil Desiree 'wanita berasid' tapi Juana lebih suka panggil 'ular'. Mereka berdua tergelak dan bersetuju. Desiree tu macam ular berbisa biler berjalan. Brandy kata Desiree nak tau sama ada Juana mengandung disebabkan pemanian beradas. Juana tekejut mendengar hal itu dan tertanya tanya bagaimana dia tu buleh tahu. Dia tanya sama ada brandy yang cakap tapi brandy kata dia tak buat cam tu kat kawan baik dia. Juana tanya Brandy sama ada mungkin Mauricio yg beritahu dia tentang hal itu. Dia kata tak mungkin sbb Mauricio sorang yg serius dan tak bergosip tentang pekerjanya. Dia akan terluka jika Mauricio yg berbuat begitu. Juana beritahu Brandy yg dia tak paham naper la Desiree tak suka dia sejak hari pertama bekeja. Di tingkat bawah, Ana balik lewat dan mak dia tak suka. Ana kata dia tak yah bagi alasan apa2 sbb dia dah dewasa tapi dia bagitau jugak sbb dia dah kenal sikap ibunya itu. Azucena kata dia tak yah la bagi alasan kalau tak nak. Jadi Ana tanya mana anak nya, Azucena kata dia ada lam bilik studio. Brandy ngn Juana keluar dan Azucena tanya la apa la yg penting sangat sampai kene bincang hingga lewat malam, awat tak bincang masa semalam ketika Juana bermalam di rumah Brandy (kalau betui dia ada kat rumah Brandy.) Brandy paham sindiran Azucena dan cepat2 ngaku memang Juana tido kat rumah dia. Azucena kata kawan baik sepatutnya membimbing rakannya bukannya tolong menipu. Brandy serba salah. Dia dah nak keluar dan dok pakai bedak. Enriqueta hantar Manuel balik. Dia kata dia gembira keluar ngn Manuel dan Manuel lak kata dia gembira dah lulus ujian. Dia memandang ke mata Enriqueta dan merapatinya utk ciuman tapi ENriqueta ternampak Brandy. Enriqueta terus menolak ciuman Manuel dan suruh dia keluar sebelum Brandy nampak mereka berdua dan menceritakan segala galanya kat kakitangannya di pejabat. Biler Manuel keluar, dia terus tekan minyak dan pergi dari stu. Brandy tengok dan kata keta tu nampak macam keta Enriqueta. Manuel kata tu keta kawan dia. Brandy tanyala dia gi mana, Manuel kata dia kuar (dia tak cerita lebih dari itu). Masa dok memperbaiki barang elektrik, Manuel dok teringat saat2 indah dia bersama Enriqueta. Dia tersenyum sendirian. Esok paginya Manuel tanya Ana Maria nak pi mana, Ana kata dia tak payah habaq kat sapa2, Manuel kata dia cuma takmo Ana Maria gi jumpa Mauricio.

Apartment Carlos dan David. David tanya tentang hubungan Carlos ngn wanita lebih tua, Carlos marah2 dan kata David obses sgt ngn hubungan dia dengn wanita tua itu manakala wanita tu pulak obses tentang perbezaan umur mereka. Dia kata hubungan mereka baik2 aja. DAvid suruh dia berhati hati kerana dia tak mau Carlos tau tentang kawan dan keluarganya. David rasa mungkin wanita itu menyembunyikan sesuatu. David kata mungkin wanita tu dah bersuami.

Apartment Rogelio/Desiree. Desiree dok makan sambil teringat kan Mauricio yg kebudak budakkan kalau fikir yang dia akan percaya tipu muslihat dia. Mauricio dah buktikan teori dia benar dengan membisu selepas mendengar kata2nya. Mauricio menidakkannya. Rogleio datang menghampirinya dan memeluknya, dia kata dia dah musnah dan dia perlukan Desiree malam itu. Kemudian dia tanya kenapa Desiree selalu mandi selepas bersama dengan Rogelio. Desiree kata dia nak sentiasa berbau segar. rogelio percaya bulat2 kata2nya itu (kesian betul!) Desiree kata dia nak tidur dan mintak Rogelio balik. Esoknya, Desiree makan dan merancang utk berdepan dengan Juana dan memusnahkan musuhnya itu. Seperti yg dikatakannya semalam selepas Rogelio balik, Mauricio miliknya seorang dan tak der orang lain yg akan memisahkan mereka, walaupun Rogelio.

Pejabat Mauricio: Kumpulan itu sampai awal dan tkejut tengok Enriqueta sampai sambil tersenyum lebar dan mengucapkan selamat pagi pada semua orang. Dia puji depa tu semua sbb mai awal. Depa semua kata mungkin sesuatu yang menarik dah terjadi pada enriqueta sehingga dia tersenyum macam tu. Tak lama lepas itu Mauricio sampai dan tekejut jugak tengok depa tu semua sampai awal. Dia diberitahu yg Enriqueta dah sampai dan suruh Ines beritahu dia sebaik saja Desiree sampai. Brandy dan Juana sampai dan Juana diberitahu Enriqueta dok cari dia. Dia cepat2 pergi ke studionya dan ditimpa majalah yang dibaling oleh Enriqueta yg marah2 tengok bilik tu bersepah. Dia ingat Juana tu sorang yg tak bertanggungjawab. Dia dok membebel kata macam mana nak produktif dalam bilik yang semak macam nih. Dia tak beri kesempatan utk Juana memberi penerangan utk membela diri sendiri. Tak lama lepas tu Desiree sampai dan Ines cepat2 panggil Mauricio utk memaklumkan padanya. Ines beritahu Desiree yg Mauricio nak jumpa dia tapi belum sempat dia nak bagi alasan, Maurcio bukak pintu dan suruh dia masuk. Selepas dia duduk Mauricio kata mereka akan sambung perbincangan mereka di telefon hari itu.

Posted on Sept 17, 2003, via Email


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1