Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 147 (diterjemahkan oleh Kak Na) English Home
Balai polis: Pesuruhjaya bg laporan utk Rogelio tengok. Sekarang pasti kematian Mauricio dipalsukan. Rogelio panggil Mauricio tak guna. Dia kelihatan menahan marah. Mereka masih tak tau di mana Mauricio berada.

Rumah De la Vega: Desiree mai nak tengok Rafael. Dia kata Rogelio yg bagi tau Rafael dah balik. Amparito sindir naper berminat sangat. Desiree kata dia paham Carlota risau. carlotta mengamati Desiree.

Positivo/bilik rehat: Mauricio pujuk Juana. Ni saat2 genting nih dan dia tak dapat nak sentiasa bersama Juana. Mauricio citer Carlotta dah bwk Rafael pergi. Juana nmpak cam nak nangih.

Rumah De la Vega: Desiree tanya kot2 Rafael bagi tau apa2. Carlotta kata Rafael tu cam bisu jer. Carlota yakin Eva ada kaitan dgn semua ini. Desiree kata kesian budak tu yg baru kematian bapak. Dia kemudian tanya ada tk dia tu ckp tentang Mauricio. Amparito tak senang duduk tengok Desiree tu.

Positivo/bilik rehat: Juana dah nangih. Depa risau Carlotta ancam Rafael sampai terpaksa memberitahu Mauricio idup lagi. Juana marah dan naik angin biler tau Mauricio dimaklumkan tentang hal itu oleh Desiree.

Balai polis: Eva kata dia wat camtu utk larikan RAfael dari kekejaman Carlotta. Salvador terangguk angguk. Kemudian Rogelio sampai dan kata "Caramba! Eva". Makcik Eva kata dia tak tau apa2 dan nak beredar tapi Rogelio kata nak sampaikan berita gembira. Dia suruh Psuruhjaya beritahu sendiri yg Mauricio tak mati. Eva wat muka tekejut dan tanya "Como?" Psuruhjaya Diaz kata Mauricio tak tersenarai dalam senarai mangsa2 kemalangan yg terkorban. Eva terkejut, kali ni betul2 terkejut.

Positivo/bilik rehat: Juana risau kalau Mauricio akan ditimpa malang. Juana betul2 takut dan cemas kemudian Humberto datang mengetuk pintu. Mauricio cepat2 nak keluar. Humberto memandang jer.

Balai polis: Eva kata dia tak tau apa2. Rogelio marah2 tapi Salvador suruh dia jgn layan wanita dgn kasar. Dia suruh Rogelio bertenang dan biarkan Pesuruhjaya Diaz menguruskn hal ini. Tapi dia tekejut biler Diaz sokong Rogelio. Eva kata biler semua ni selesai, semua jenayah2 Rogelio sekeluarga akan terbongkar. Rogelio kata baguslah.. tengok la apa yang Eva boleh buat dari dalam penjara. Diaz tanya tentang waran utk Juana Perez. Salvador dan makcik Eva seakan mengeluh.

Positivo/bilik rehat: Humberto kata dia faham tentu Juana sedih dgn apa yg terjadi tambah2 dgn anak yg baru lahir. Juana kata dia suka Humberto tapi dia yakin Roglieo dah perangkap Mauricio. Humberto setuju, dia pun rasa cam tujugak. Walaupun sekeluarga, perangai dia tak sama dng keluarga dia yg lain.

Positivo/bilik Enriqueta: David bagi kat Renee beberapa surat utk dihantar. Kemudian Brandy mai, dan tuduh David bagi byk keje kat Renee supaya dpt halang depa keluar bersama. David menunduk diam. Rene kata "mana ada" Dia akan siap kan semua kerja dia supaya depa leh kuar bersama.

Rumah De la vega: Rogelio sampaikan berita yg Mauricio masih hidup tapi belum dijumpai. Carlotta tanya kepastian camno leh tau? Jadi Rogelio citer tentang laporan forensik yg mayat Mauricio tak der di kalangan mangsa kemalangan. Carlotta buat senyuman ahli sihirnya kata "jadi dia masih hidup!" Desiree tak terkata apa.

Rumah Perez: Salvador pi jumpa Ana Maria, dia cuba bercakap tapi Ana Maria makin lama makin dekat dengn dia dan kemudian zap terus ke scene seterusnya.

Balai polis: Makcik Eva cuba mempertahankan dirinya tapi kemudian disuruh mengikut Pesuruhjaya Diaz.

Rumah Perez: Ana Maria selesai cium Salvador yg tk dapat bukak mata dia. Ana Maria nak sambung perbualan mereka di pejabat tadi. Tapi Salvador bersikap formal dan beritahu yg Juana perlu pergi ke balai untuk bagi keterangan lagi. Tetiba Azucena muncul dan tanya ada apa lagi yg Juana kene ceritakan. Salvador citer tentang laporan forensik yg menunjukkan mayat Mauricio tak der di kalangan mangsa kemalangan.

Balai polis: Makcik Eva dimasukkan ke lokap. Makcik Eva kata dia berhak diwakili sorang peguam. Diaz kata selagi tk dapat maklumat dari Eva mengenai Mauricio atau selagi Mauricio tk ditemui, Makcik Eva takkan dibebaskan. Diaz suruh dia berdoa agar Mauricio muncul dan tanggung segala perbuatannya.

Pejabat penjaga bangunan: Mauricio dok ckp ngn ketuanya. Ketua tu syak Mauricio ni ada sesuatu yg meragukan. Kemudian, Desiree mai nak cakap ngn Mauricio lagi. Ketua dia memandang mereka dengan penuh syak wasangka.

Rumah Perez: Azucena tegur Mariana tidur lamanya, makan tidur, makan tidur. Dia risau biler memikirkan yang Mariana makin besar. Mula2 rasa mudah tapi lama2 nanti susah. Kemudian Juana balik. Juana kata dia terpaksa wat sesuatu tadi. Ana Maria suruh dia jgn berdolak dalih lagi sbb depa dah tau semuanya. Juana terdiam. Kemudian loceng pintu bunyi dan Juana bukak pintu utk Pesuruhjaya Diaz. Juana terkejut..

Pejabat penjaga bangunan: Ketua Mauricio pecat dia. Desiree bawak Mauricio keluar dan Ketua tu tertanya sapa sebenarnya laki2 itu.

Rumah Perez: Juana mintak Diaz menghormatinya. Psuruhjaya Diaz kata Mauricio masih idup dan pasti Juana tau semua ni. Azucnea suruh Diaz hormat sikit sbb Juana bukan orang jahat. Diaz tanya sama ada Salvador ada mai situ, sbb dia dapat rasakan mereka dah tau apa yg dia sampaikan tentang Mauricio. Azucena kata ada. Juana setuju nak ikut tapi dia kene nyusu anak dia dulu. Diaz setuju tunggu, Azucena suruh tunggu kat luar. Psuruhjaya Diaz beri amaran supaya depa jgn wat hal pulak. Kemudian dia keluar. Juana terus gi amik anaknya dari Ana Maria.

Rumah De la Vega: Carlotta memaksa Rafael cakap. Carlotta macam mengila dah, dia menggoncang-goncang tubuh kecil Rafael. Rogelio menenangkan dia dan dia cakap baik2 dengan Rafael. Dia kata depa dah tau Mauricio masih idup dan sapa yg bwk dia tinggal ngn Makcik Eva kat hotel tu. Depa dah tau semuanya dan Rafael tak boleh menafikannya lagi. Carlotta dah geram biler Rafael tak cakap apa. Dia mendesak hingga Rafael menjerit dan mengaku dia tinggal dengan bapanya. Carlota terkejut mendengar sesuatu yang dia dah lama tunggu nak dengar.

Di luar: Desiree memandu. Dia citer keadaan Rafael yang mengurungkan diri saja, jadi dia tak dpt jumpa. Mauricio bimbang Rafael akan terus terusan didesak. Desiree kata setakat tadi RAfael tak beritahu apa2. Dia citer la Rogelio dah beritahu tadi keputusan forensik membuktikan Mauricio masih hidup. Desiree kata satu cara saja utk menyelamatkan diri, Mauricio mesti ikut dia ke tempat yg selamat.

Rumah Desiree: Mauricio masuk ke dalam rumah itu. Desiree bagi minuman kat Mauricio. Desiree tanya sama ada dia selesa kat situ. Mauricio kata dia resah. Desiree suruh dia berkurung situ supaya tak dpt dikesan. Mauricio kagum dengan tindakan licik Desiree. Desiree kata dia dibesarkan di rumah itu. Desiree citer la tentang bapanya yg penah cuba mencabulnya, tapi tu citer lama dan ia telah berakhir. Dia dah pastikan masalah tu lenyap dan suruh Mauricio jgn risau kerana dia akan selamat di situ. Mauricio kelihatan terfikir panjang.

Balai polis/lokap: Juana dikurung bersama Makcik Eva. Psuruhjaya Diaz kata depa akan dibebaskan selepas Mauricio muncul.

Balai polis/pejabat Salvador: Salvador beri air kat Ana Maria. Salvador nak mereka berhati hati ngn Psuruhjaya Diaz. Salvador kata depa terpaksa patuh ngn undang2 kalu tak depa pon kene masuk lokap. Depa perlukan peguam. Ana Maria kata mudah saja, kan Mauricio ada kawan kat kawasan pergunungan yg merupakan sorang peguam.

Lokap: Makcik Eva citer dia dpt panggilan telefon dari guru tusyen tentang apa dah jadi dan cepat2 pi tengok keadaan RAfael di hotel. Juana marah dengar cara Carlotta layan Rafael. Makcik Eva dpt rasakan yg Psuruhjaya Diaz bukan sorang yg baik. Mauricio tentu akan bertindak kalau tau depa berdua ditahan.

Rumah Desiree: Mauricio risaukan RAfael, Mariana dan Juana. Desiree kata ni bukan masa yg sesuai utk keluar. Mauricio yakin dia boleh buktikan dia tak salah, tapi bukan dgn cara bersemubunyi. Dia tak nak jadi pengecut. Desiree kata depa mungkin akan bunuh dia. Mauricio masih risaukan keluarganyaa. Desiree kata dia sendiri akan gi cari makcik Eva utk pastikan apa yang dah jadi. Dia pesan suruh Mauricio dok diam2 kat situ

Balai polis: Ana Maria citer Juana dituduh bersubahat ngn Mauricio kat Mnauel. Ana Maria pun yakin jugak yg Juana merahsiakan semua ni drpd depa. Mereka risau dan berpegangan tgn utk menenangkan satu sama lain.

Balai polis/pejabat Diaz: Salvador cuba sokong Juana tapi Psuruhjaya Diaz tetap nak tahan Juana dan Eva sbb terlibat dgn pembunuh. Salvador tanya bagaimana kalu depa cakap benar? Diaz tanya mana akal dia sekarang? Diaz tuduh pulak mungkin Salvador turut terlibat melindungi Mauricio dlm kes ini.

Pejabat Salvador: Alejandro mai jumpa Ana Maria dan Manuel. Kemudian tanya cam mana Eva dan Juana boleh kene tahan.

Rumah Desiree: Mauricio risaukan anaknya dan Juana.

Balai polis/pejabat Salvador: Ana Maria citer yg Juana ngn Eva ditahan sebaik saja Maruicio dbuktikan masih hidup. Kemudian Ana Maria tegur yg Alejandro macam tau ajer. Depa terpaksa tunggu Salvador jelaskan segala-galanya.

Di luar rumah Desiree: Desiree upah orang ikut Mauricio utk pastikan keselamatannya. Mauricio mintak tinggalkan dia sorang sbb dia nak wat panggilan. Dia siap mintak pinjam kad telefon lagi ha.

Apartment Rogelio: Rogelio balik dan abg Desiree dok kat sofa. Kemudian Diaz tipon dan beritahu Juana dah ditahan. Rogelio pesan sebaik saja dpt maklumat dr Juana, telefon dia segera. Dia pesan abg desriee jgn pi mana2.

Balai polis: Ana Maria risau Salvador tk dapat wat apa2 utk tolong bebaskan Juana dan Eva. Alejandro suruh depa bertenang.

Di luar rumah Desiree: Mauricio telefon Alejandro. Lelaki yg Desiree upah tu dok ushar dia.

Balai polis: Alejandor masih berbincang dengan mereka. kemudian telefon dia bunyi.. Mauricio yg tipon.. Alejandro melirik ke sana sini.

Lokap: Juana dok nangiih dan Makcik Eva cuba menenangkannya. Juana risau macam mana la Mariana nanti membesar tanpa Mauricio. Makcik Eva kata mereka tkkan berjaya menangkap Mauricio. Dia nak Juana yakin. Ini bukan penamat. Mustahil ini penghujungnya.

Di luar bilik Salvador: Alejandro berjln ke luar dan citer kat Mauricio yg anaknya selamat tapi Juana dan Makcik Eva kene tahan sbb dituduh melindungi Mauricio. Dia sedang berusaha membebaskan mereka. Dia yakin yg semua ni ada kaitan ngan Rogelio. Mauricio sungguh2 suruh Alejandro bebaskan mereka. Mauricio sanggup serah diri jika itu yg perlu utk membebaskan org2 yg dia sayangi.

Balai polis: Salvador dak der kuasa nak bebaskan Juana dan Makcik Eva. Ana Maria dah tak senang duduk. Alejandro masuk dan kata dia baru cakap ngn Mauricio dan Mauricio nak wat satu perjanjian.

Di luar rumah Desiree: Desiree berharap semuanya berjalan lancar. Kemudian dia terserempak ngan dua lelaki yg dia upah utk awasi Mauricio. Depa tu citerla yg Mauricio dah lari. Desiree terbeliak dah melepaskan nafas panjang.

Kelab: Semua org pandang semacam kat David sambil menghulur hulurkan minuman. Kemudian pandangan meraka beralih ke Humberto yang baru masuk ke kelab tu bersama sorang lelaki. Milady dan Dora berpaling tgk Humberto dok ngn pak we dia.

Restoran: Renee dok kat restoran ngn Brandy. Renee kata dia tau naper Brandy diam jer. Renee kata tentu Brandy ada sesuatu nk cakap. Brandy kata dia sedih sbb dia tak dpt layan Renee ngn baik. Renee paham mereka takkan berakhir ke gerbang pekahwinan, dia paham. Brandy kata depa akan jadi kawan selama-lamanya.

Pejabat Diaz: Salvador gi jumpa Psuruhjaya Diaz dan citer Mauricio menghubungi peguamnya dan dia nak wat perjanjian, kalau Juana dan Makcik Eva dibebaskan, dia akan serah diri.

Kelab: Depa dok bincang pasal Humberto dan sia2 saja depa cuba ngorat dia. Humberto mai kat depa dan nak jelaskan sesuatu. Popeye kata dia tak der terlibat apa2 dengan gosip2 sini, David pon angkat tangan jugak. Humberto kata dia tau pasal pertaruhan org dok teka sapa yg akan dapat dia. Tapi dia ada hak utk jatuh hati kat sapa saja. Kemudian teman Humberto mai ajak dia keluar. David kata sekarang depa tau sapa yg menang pertaruhan itu. The ladies semua mengeluh panjang.

Apartment Desiree: Rogelio dok bertengkar dengan abg Desiree. Kemudian Desriee balik Rogelio kata tentu dia tu baru balik dari jumpa Mauricio. Abg Desiree cuba mempertahankan adiknya tapi Rogelio dok berkata kasar dan hampir2 menampar Desiree. Abg Desiree menahan tamparan itu.

Balai polis: Alejandro mengajak Mauricio masuk. Dan Mauricio kata dia serah diri. Semua yg ada di situ memerhatikannya.

Apartment Rogelio: Abg Desriee ugut akan patahkan tengkok Rogelio kalau diapa2 kan Desiree. Desiree suruh dia sudah2. Desiree kemudian halau Rogelio keluar. Rogelio marah yg Desiree merahsiakan Mauricio masih hidup. Desiree menidakkannya. Desiree nak ckp sorang ngan Mauricio tapi Abg dia tak nak, akhirnya mengikut jugak biler Desiree suruh dia pergi dok lam bilik.

Balai polis: Pesuruhjaya Diaz kata menyerah diri ni satu tindakan yg terbaik oleh Mauricio. Pesuruhjaya Diaz kata memalsukan kematian adalah kesalahan besar dan akan dihukum. Mauricio sedia terima hukuman dia cuma nak Juana dan Makcik Eva dibebaskan.

Lokap: Juana dan Makcik Eva tekejut biler mereka dah dibebaskan. Depa cuba berfikiran positif tapi Juana tetap risau kalau Mauricio dah ditangkap.

Balai polis: Mauricio digari. Mauricio kata ni bukan sebahagian dr perjanjian. Salvador kata penjara terletak jauh. Diaz tak nak amik risiko. Kemudian Juana masuk ke bilik tu dan terus memeluk Mauricio.

sure fine whatever
tbc 10/9/03 Rabu

Posted on Sep 10, 2003, 10:29 AM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1