Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 141 (Kak Na) English Home
JLV Isnin 1/9/03 ep141 Dlm bahasa Melayu
oleh KakNa

Restoran: Rogelio bgtau Pesuruhjaya Diaz (ketua Salvador) tu yang dia ada alasan yg baik utk mengesyaki yg Mauricio masih hidup. Dia kata Mauricio cuba mengelakkan diri dari dipenjarakan atas tuduhan membunuh. Ketua tu mengingatkan Rogelio yg Mauricio hangus dlm kemalangan bas tu. Rogelio cuba menimbulkan keraguan yang tiada pengecaman khusus utk mayat2 tu. Gerak hati dia tak penah menghampakannya sebelum itu. Ketua tu bgtau dokumen2 pengenalan Mauricio dijumpai di tempat kejadian. Rogelio suruh ketua tu soal Juana Perez utk dapatkan kebenaran. Paksa jika perlu dan jgn tertipu dengan muka baik Juana tu.

Hotel/Motel: Makcik Eva, Rafael dan Mauricio dok bincang yg Mauricio perlu tukar penampilan dia. Makcik Eva cadangkan dia warnakan rambut, pakai misai dan janggut. Mauricio keberatan.

Ketua tu mintak Rogelio jgn buat tanggapan sendiri. Mulai sekarang penyiasatan akan dijalankan berdasarkan fakta2 dari Rogelio dan menganggap Mauricio masih hidup. Rogelio harap Ketua tu akan bantu dia seperti mana dia bantu Camacho biler ada sedikit masalah dulu. Rogelio kemudian buat permintaan peribadi, dia lebih suka Mauricio dijumpai mati. Dia akan pastikan ketua tu akan dapat habuan yg besar. Dia suruh ketua tu cari Juaan utk tau Mauricio ada kat mana, buat apa saja yg dirasakan perlu.

Positivo/pejabat Aramndo: Armando baru abih cakap kat tipon. Desiree masuk dan Armando merungut naper Desiree tak datang. ARmando risau dengan kemungkinan kejadian terbaru ni akan menyebabkan syarikat ditutup. Desiree tekejut. Armando tak sangka Desiree tak tau yang MAuricio terkorban dalam kemalangan jln raya.

Balai Polis: Pachecho bersedia utk menaip laporan. Juana gementar sikit. Salvador suruh dia bertenang. Tak lama lepas tu Ketua mereka sampai dan nak menyoal siasat Juana. Juana kelihatan bertambah gementar.

Positvo: Rogelio marah2 tanya Alfredo di mana dia sembunyinya pistol itu. Alfredo kata dia tak tau. Rogelio mula berkeras dan merentap kot Alfredo dan mendesak sbb dia perlukan pistol tu utk mencemarkan nama Mauricio.

Balai polis: Ketua tu persoalkan kalau dulu Juana penah bantu Mauricio lari, kenapa pulak mereka harus percaya yang Juana tak cuba menyembunyikan Mauricio. Ketua tu mula mengugut yg Juana patut ditahan beberapa bulan utk memulihkan ingatannya. Salvador cuba menentang cara ketua tu tapi disuruh diam. Juana mula meninggi suara, dia kata dia mai secara sukarela bersama Salvador yg nak tanya beberapa soklan. Juana kata kalau dia berkeras dengannya, dia akan dapatkn khidmat peguam. Ketua tu kata Juana tu pantang bukak mulut, mesti nak meninggi suara, tambah2 biler menyentuh hal Mauricio de La Vega. Juana mula menitiskan airmata dan kata keadaan dia sekarang menyedihkan, ditinggalkan bersama sorang anak. Ketua polis tu kata tu citer dia, tapi dia rasa ada citer lain, bagaimana mungkin Juana dan Mauricio yg meninggalkan kawasan pergunungan dgn menaiki kereta tiba2 saja boleh ada dalam sebuah bas yang terbalik.

Hotel/motel: RAfael dok menerai cermin mata. Mauricio kemudian keluar dengan imej barunya, berkaca mata, bermisai dan berjambang nipis. Rafael membetulkan cermin matanya sementara Makcik Eva tersenyum.

Positivo: Rogelio masih lagi mendesak Alfredo, kalini dia makin garang. Alfredo kelihatan ketakutan dan tetap mengatakan dia tak tau apa2 tentang pistol yg digunakan utk bunuh Francisco Rojas. Alfredo kata wat per nak lagi pistol tu lagipun Mauricio dah mati. Rogelio tetap nakkan pistol tu supaya semua orang tahu yang Mauricio de La Vega membunuh Francisco rojas.

Hotel/motel: Mauricio pakai topi dan mintak makcik Eva jaga Rafael sbb dia ada hal nak diuruskan supaya mereka dapat hidup gembira selepas ini.

Balai polis: Ketua tu masih menuduh2 yang Juana tau perkara sebenar dan cuba menyembunyikannya. Juana dah tak tahan dan tertekan dia menangis dan menjerit suruh mereka hentikan tuduhan2 tu. Dia kata dia dah cukup merana dgn kehilangan Mauricio. Mauricio amat sayangkannya dan tak akan tinggalkan dia begitu saja. Ketua tu kelihatan macam percaya dengan kata2 Juana.

Positivo/di luar pejabat Mauricio: Rogelio paksa Alfredo masuk ke bilik Mauricio utk amik pistol tu dan letakkan di tempat yang mudah ditemui. Dia suruh Alfredo pastikan yg pistol tu dilap.

Bilik Mauricio: Alfredo bersoal jawab sendirian naper pulak dia nak ikut cakap Rogelio. Dia ngaku yg dia takutkan Rogelio. Dia kata kalaula Mauricio masih hidup, dia akan pertimbangkan perbuatannya ini. Dia kemudian membuka laci meja Mauricio.

Di luar bilik Mauricio: Rogelio dok terfikir sendiri betapa tak gunanya anak2nya termasuk Carlotta. Tapi Carlotta mewarisi ciri2nya tapi menghabiskan kelebihannya demi Mauricio. Dia rasa Mauricio membawa malang pada anaknya. Kemudian Enriqueta sampai, dia kelihatan tak bermaya, sedih. Enriqueta nak masuk ke pejabatnya. Tapi Rogelio mengalih perhatiannya dan bersembang ttg perkara yg menimpa Mauricio. Dia tau yg Enriqueta dan Mauricio berkawan baik. Dia tiba2 menarik Enriqueta dalam pelukannya dan mengusap usap rambut Enriqueta. Enriqueta dok berkata lam hati "Lepaskan aku" dia tau Rogelio tu hipokrit dan bencikan Mauricio. Rogelio pulak dok kata lam hati yang dia buat camtu supaya Enrqueta tak bertembung dengan Alfredo yg sedang memegang pistol.

Rumah De la Vega: Carlotta dok minum sambil memikirkan Mauricio. Dia kata dia rela Mauricio mati daripada berada dalam dakapan Juana. KEmudian loceng pintu bunyi. Dia bukak jer pintu terusla melngkah masuk si Desiree yg berpakaian serba hitam. Desiree kat sekarang mereka sama, dua2 dah menjanda.

Rumah Perez: Manuel balik dan gembira dengar Juana dah dapat anak. Dia terus berlari ke tingkat atas. Azucena dan MAria Rosa tersenyum.

Positivo/di luar bilik Mauricio: Rogelio dah tak peluk Enriqueta dah. Dia kata Enriqueta leh mintak apa saja, dia akan buat apa yang termampu utk menolong. Enriqueta memandang tajam ke arah Rogelio (ayu gilerr) kemudian Alfredo keluar dari bilik Mauricio. Enriqueta terus berpaling ke arahnya dan tanya apa dia buat lam bilik tu.

Rumah De la Vega: Desiree menyuarakan rasa tak percayanya yg Mauricio dah mati. Carlotta kata berita tu benar tapi mayatnya belum dikenalpasti. Amparito dok menjeling jer tengok Desiree tu. Dia tegur yg Desiree nampak jauh lebih sedih dari Carlotta. Desiree menegaskan yg Mauricio tu kawannya, majikannya dan rakan kongsinya. Amparito marah2 Desiree mengambil berat lebih terhadap lelaki yg menjadi milik orang lain. Carlotta suruh Amparito beredar, Amparito enggan sbb taknak Desiree meracuni fikiran Carlotta. Lepas Amparito blah, Desiree kelihatan macam pening kepala. Carlotta tanya kenapa ni?

Positivo/di luar bilik Mauricio: Enriqueta rasa pelik Alfredo keluar dr bilik Mauricio. Alfredo kata dia hantar beberapa surat dari luar negara. Enriqueta tanya sama ada dia tau ttg Mauricio. Alfredo kata ya, dia dah tau dah. Rogelio dok memantang ke arah Alfredo. Enriqueta kata hidup perlu diteruskan. Dianak sokongan mereka berdua utk menyampaikan berita kematian Mauricio kepada kakitangan lain. Bola mata Rogelio bergolek keboringan.

Rumah De la Vega: Carlotta kata dia sedih jugak sbb tu suami dia. Desiree kata hanya dia dan Mauricio saja yg sanggup membantunya semasa dia dlm kesusahan. Dia kemudian tanya sama ada Carlotta ada terjumpa Juana dan Mauricio. Carlotta citer yg Juana dah bersalin. Desiree terkejut dan terus terduduk.

Rumah Perez: Manuel dok meriba Mariana, sementara Azucena, Ana Maria dan Maria Rosa dok tengok sambil tersenyum gembira. Manuel tegur muka Mariana ikut muka Mauricio. Ana Maria kata mata dia ikut nenek Perez. Kemudian Juana balik bersama Salvador, Manuel serah Mariana kpd Ana Maria dan memeluk Juana sambil bertanya khabar.

Pejabat Alejandro Bello: Mauricio yg dalam penyamaran beritahu setiausaha Alejandro yg dia perlu jumpa Alejandro sbb dia ada maklumat berkaitan kematian Mauricio de La Vega.

Rumah Perez: Ana Maria nak tau tentang soal siasat. Jauna kata tu soal siasat biasa jer. Dia tanya Salvador pulak. Salvador kata tak la seteruk mana. Juana kata bukan Salvador yg soal dia. Salvador citer la tiba2 jer Ketua dia muncul dan nak soal Juana. Juana kata ketua tu buat soalan menuduh jer. Manuel tanya sama ada Ketua tu boleh dipercayai. Salvador kata dia tu seorang yg bertanggungjawab dan berdedikasi.

Pejabat Bello: Alejandro suruh setiausahanya bagi alasan apa2 utk suruh org tu pergi dari situ. Tapi setiausahanya bertegas mengatakan org tu mengaku tahu sesuatu mengenai kematian Mauricio de La Vega kawan baik Alejandro. DIa terus mintak org tu dijemput masuk. Mauricio masuk dan mengucapkan terima kasih.

Balai polis: Ketua tu menelefon Rogelio mengatakan pada mulanya Juana kelihatan gementar tapi kemudian dia rasa yg Juana tak tau apa2. Rogelio nak Ketua tu teruskan siasatan. Rogelio berkias "Kami dah tanam pokok di taman, jadi sekarang kau kenalah datang dan tebang pokok." Ketua tu kata dia akan datang sekarang juga.

Positivo/bilik Rogelio: Rogelio dok kata lam hati, yg Mauricio dah tersilap langkah dgn membohongi Carlotta, setiap titsan air mata Carlotta dan keaiban yg diterimanya akan ada balasannya. sekalipun dia terpaksa memburu Mauricio hingga ke neraka.

Positivo: Enriqueta mengumpulkan semua kakitangan dan mengumumkan bahawa Mauricio sudah mati dalam satu kemalangan yg tragis. Semua orang menitiskan air mata.

Bilik Rogelio: Alfredo beritahu yg dia dah buat apa yg patut lam bilik Mauricio seperti yg disuruh. Rogelio beri amaran padanya supaya jgn buat dia cemas, pihak polis dalam perjalanan.

Rumah Perez: Manuel tanya Salvador sama ada kemalangan tu salah satu lagi cubaan utk membunuh Mauricio. Salvador kata tak mungkin sbb mmg nyata bas tu terbalik. Juana kata semuanya berlaku begitu pantas, semua org lam bas tu tak tau yg mereka berada atas bas tu. Salvador kata dia tekejut tengok cara Ketua tu menyoal Juana seolah olah mencari jawapan yg khusus. Kemudian Brandy sampai. Dia dengan gembiranya memeluk Juana dan tersenyum gembira bila tengok anak Juana.

Pejabat Bello: Setiausaha meninggalkan Alejandro bersama Mauricio. Alejandro tanya apa yg dia tau tentang kematian Mauricio. Mauricio terus menanggalkan topi dan cermin matanya dan kata dia tahu yg Mauricio belum mati lagi. Alejandro tersenyum gembira.

Positivo: Ketua tu tiba ke Positivo dan bertemu dgn beberapa kakitangan Positivo. dia minta dibawa ke pejabat Mauricio. Ines nak bawak dah tapi Enriqueta mai mintak waran geladah. Enriqueta tekejut tengok waran dah tersedia.

Pejabat Bello: Mauricio menceritakan itu saja jln terbaik utk nya bebas. Juana membuat keputusan pantas dan inilah hasilnya. Alejandro gembira berjumpa Mauricio yg masih bernyawa. Mereka berpelukan.

Rumah Perez: Brandy gembira jadi ibu pembaptisan kpd Mariana. Dia memuji muji kecomelan Mariana. Juana kata dia ingat lagi kata2 Brandy yg dia akan lupakan hal lain biler melihat anaknya lahir. Brandy kagum dengan ketabahan Juana. Juana dok kata lam hati "Kalau lah aku boleh beritahu engkau kawanku. Terutama sekali tentang keindahan cinta." Brandy bersimpati dengan Juana yg kehilangan buah hati.

Pejabat Bello: Mauricio kata mungkin kematiannya ini akan dapat membuka topeng Rogelio Vivas. Alejandro risau sbb Rogelio tu berbahaya dan mampu membunuh. Mauricio yakin Rogelio yg bunuh Francisco dan malang sekali dia tak dak bukti, dia perlu mencarinya tapi dia tak leh buat ni sorang diri. Dia nak Alejandro bantu dia.

Positivo/bilik Mauricio: Enriqueta pesan kat ketua tu supaya jgn sepah2kan barang2 kat situ. Ketua tu kata apa yg dia buat tu sah. Kemudian Alfredo masuk dan tanya apa hal nih. Enriqueta macam nak nangih citer yg depa tu ada waran utk geledah tempat tu. Kemudian Ketua tu jumpa pistol dan tanya pistol tu sapa punya. Enriqueta kata setahu dia Mauricio tak der pistol. Kemudian ketua tu cakap kalau bukan pistol mauricio, mungkinkah itu pistol Enriqueta sbb sekarang dia yang dok kat pejabat tu. Enriqueta tak sangka dengan soalan tu dan suaranya tak terkawal sikit dan kata 'tidak' pistol tu bukan dia yg punya. Jaid ketua tu buat kesimpulan yg pistol tu milik Mauricio. "Bukankah begitu?" Enriqueta tak tau nak kata apa.

Rumah Perez: Brandy kata Juana boleh mengadu apa2 saja padanya, nak nangis, menjerit, apa saja. Juana kata dia sedih, tapi pada masa yg sama gembira. Mauricio buat dia rasa seperti wanita sejati dan semuanya amat berbaloi. Brandy tanya sama ada Juana akan mencari cinta lain. Juana tak menjawab, sebaliknya dia membuka pintu yang locengnya ditekan berkali kali. Lalu meluru masuklah si Desiree. Juana tanya wat apa kat situ. Desiree kata Juana mesti beritahu dia hal sebenar mengenai Mauricio.

Positivo/bilik Mauricio: Enriqueuta kata dia pasti Mauricio tak penah ada pistol dan sanggup beri keterangan di mahkamah. Alfredo menyokong kata2 Enriqueta yg Mauricio bukan sorang yg ganas. Enriqueta tak percaya yg mauricio dilayan seperti penjenayah sdgkan dia belum dikebumikan nanti. Ketua tu kata undang2 tetap dan undang2. Enriqueta kata dia suka mengemas biliknya dan dia buat tu tiap2 hari, kekemasan adalah obsesinya. Sebelum ni pistol tu dia tak penah temui dalam bilik tu dan tiba2 saja pada hari polis datang geledah, pistol tu dijumpai dengan mudah. Alfredo kelihatan bimbang. Ketua marah sbb dia sangka Enriqueta menuduhnya memalsukan bukti dan meletakkan pistol di situ. Alfredo cepat2 mencelah mengatakan mungkin Enriqueta tak sempat mengemas sbb kebelakangan ni mereka sibuk. Enriqueta macam tak dengar semua tu sbb asyik memikirkan sesuatu. Kemudian Rogelio masuk utk mengetahu apa yg sedang berlaku. Dia dah ketua tu pura2 tak kenal. Mereka saling memperkenalkan diri. Dia tanya sama ada Rogelio cam pistol yang dia jumpa tu. Rogelio diam. Enriqueta memandang ke arahnya.

Rumah Perez: Desire tak dapat terima yg Mauricio dah mati. Dia tanya sama ada Juana mereka reka cerita. Juana buat muka sedihnya. Desiree kata macam mana Juana tak cedera sedangkan Mauricio mati. Juana kekalkan muka sedih dia. Desiree dah kebimbangan.

Positivo/bilik Mauricio: Enriqueta sedih semua ni belaku selepas kematian Mauricio yg tk ddapat mempertahankan dirinya. Rogelio suruh Enriqueta bertenang. Pesuruhjaya Diaz (baru teringat balik nama dia) kata dari cara Enriqueta cakap, dia rasakan yg Enriqueta mengesyaki ada orang nak perangkap Mauricio. Ketua tu kata, dia ada masalah utk mempercayai hal itu. Enriqueta kata dia pun ada masalh utk mempercayai yg pistol milik Mauricio. Ketua tu akan siasat jugak berdasarkan keterangan Enriqueta sbb dia dah sanggup beri keterangan. Enriqueta yakin ada org sgt benci mauricio dan nak menghapuskan Mauricio dan terus mencemarkan nama baiknya. Rogelio kata mereka di situ bagai keluarga besar. Keadaan ini amat sukar bagi mereka semua. Ketua tu mintak diri dulu utk bwk pistol tu utk pemeriksaan. Dia beri kadnya pada Enriqueta. Alfredo mengiringi ketua tu keluar. Enriqueta mintak tolong Rogelio agar nama Mauricio dibersihkan. Rgolio kata dia akan usahakan sesuatu.

Rumah Perez: Juana ngn muka sedih citer dia tak baper ingat masa tu. Seketika dia tak sedarkand iri, seolah2 baru sedar dari mimpi buruk. Dia merayau rayau mencari Mauricio sehingalah mereka memberitahunya yg mauricio dah mati. Desiree dah menangih sedih sambil kata tak mungkin Mauricio dah mati. Ana Maria mai sambil mendukung Mariana diiringi Maneul. Biler diberitahu itu anak Mauricio dan Juana, Desiree terus terkulai lalu terjelepuk di atas sofa. (bagus betul landing, naper la tak terhempap jer ke lantai atau terhempas ke meja kopi. baru bess tengok.) Brandy dan Juana tercengang tengok reaksi Desiree tu.

Pejabat Mauricio: Armando mai tengok keadaan Enriqueta. Dia citer la polis dah gelidah bilik tu dan menemui pistol. Enriqueta menegaskan itu bukan pistolnya atau pistol Mauricio.

Pejabat Rogelio: Rogelio bangga dengan tindakan Alfredo yg menurut kehendaknya. Bahagian terbaik dah berakhir, dia suruh Alfredo jgn bermasam muka.

Rumah Perez: Azucena kalut bagi kapas yg dibasahkan dgn kat Manuel. Manuel mengibas ngibas bantal kat muka Desiree sementara Ana Maria dok tengok jer Desiree yg terlentang selesa kat sofa. Brandy heran apa la Desiree tu sampai pengsan2 sedangkan Juana tak pengsan pon dengan berita kematian Mauricio. Nyatakan sekali Desiree memang menyintai Mauricio. Brandy tekejut dengar Juana citer yg Carlotta pon mai situ jugak semalam berkaitan hal yg sama. Dia kata Carlotta dan Desiree tak dpt terima hakikat. Juana kata " Nasib baik aku mempercaya Mauricio sepenuhnya". Brandy kelihatan terkejut dengan kata2 Juana. Juana menenangkan Mariana yg sedang menangis.

Pejabat Mauricio: David pon ada lam bilik tu sekali dengan Armando dan Enriqueta. Enriqueta dok berletiaq pasai bilik tu dah bersepah. David terkejut biler Enriqueta beritahu polis jumpa pistol di sebalik timbunan akhbar. Enriqueta kata pistol tu mmg ada situ, bukan polis tu yg letak. Enriqueta kata dia tak penah nampak pistol tu sebelum nih. David taktau nak fikir apa. Armando kata kemalangan tu bukan satu kemalangan. Memang ada orang yg cuba bunuhnya. Armando dah tak sanggup lagi cakap ttg hal tu, dia mintak diri dulu. Enriqueta kata kata2 Armando memang boleh diterima akal. David dan Enriqueta takut dgn hal yg berlaku nih.

Balai polis: Pesuruhjaya Diaz menunjukkan pistol yg ditemuinya di bilik Mauricio. Salvador terkejut. Dia kata pelik sungguh dan mereka perlu buat siasatan lagi. Diaz kata kalau la peluru pistol tu padan dengan peluru yang menembusi tubuh Francisco Rojas, selesailah kes itu dan Mauricio lah yg bersalah. Salvador tercengang.

sure fine whatever

Akan bersambung 2 September 2003, Selasa

Posted on Sep 2, 2003, 10:22 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1