Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 135 (diterjemahkan oleh Kak na) English Home

Juana la Virgen (ep 135, Jumaat 22 Ogos 2003) dlm bahasa Melayu
oleh Kak Na

Carlotta terima panggilan dari Luz Marina.. Mauricio dan Juana terpaksa dok kat bangsal utk keselamatan.. Ana Maria dan Salvador menghadiri majlis kat rumah Alejandro.. Carlotta memburu Mauricio dan pergi jumpa Luz Marina.. Juana akhrnya melahirkan sorang anak pompuan.. Mauricio tersangat gembira..

**************
Rumah De la Vega: Carlotta dok cakap kat tipon ngn Luz Marina.. Dah lama dia dah dengar berita dari Luz Marina dan Alejandro. Luz Marina tanya tentang Mauricio. Carlotta citer la sikit apa yang dah jai. Lepas perbualan tamat, Carlotta rasa sesuatu pelik sedang berlaku. Dia tuangkan minuman sambil berfikir, naper agaknya kwn dia tu telefon. Dia teringat penah ada kad Luz Marina, dia naik ke tingkat atas dan cari kad tu.

Andes/bilik tamu Alejandro: Juana dok mnyandar kat katil, dia baru bangun tido masa pintu diketuk oleh Luz Marina. Dia masuk bersama tuala utk Juana. Juana ngaku yang dia rasa tak selesa bersama Luz Marina.. Luz Marina kata di tau Juana ikhlas, dia tau semua tu sbb dia sorang doktor.. keje kat bahagian dispensari kat university. Luz Marina tanya umur kandungan dia, Juana kata 8 bulan.. Mereka berdua gelak. Anak Juana bergerak dalam rahimnya.

Air Terjun: Ana Maria berjalan ke arah air terjun. Salvador tolong dia. Depa berjalan dan Ana Maria berenti utk basuh tangan, Salvador melihat dan menunggunya.

Andes/bilik tetamu Alejandro: Mauricio bersandar kat katil sementara Juana citer apa yang dia dan Luz Marina dah buat. Mauricio kata dia buat perkara yang sama biler dia berdepan dengan Alejandro tentang sikap Luz Marina yang kurang mesra. Dia bgtau Juana yang mereka kene cari tempat yang selamat utk bermlm. Juana bercakap kat anaknya sambil berjalan sekitar bilik tu. Mauricio tersenyum tengok Juana gementar.

Air terjun: Ana Maria tau Mauricio dan Juana dah buat hubungan; dia tak marah. Juana masih tak menyerah kalah utk mencari kegembiraan dalam keadaan yang huru hara ni. Juana dah jumpa cinta sejati yg dia dok cari selama ini. Salvador kata itu adalah syarat utama dalam percintaan. Di akhir cerita, cinta sentiasa menang.. dia percaya dengan falsafah itu. Dia cadangkan mereka hadir ke majlis itu sbb ada ramai tamu berpengaruh yang akan hadir sama.

Positivo/bilik enriqueta: Enriqueta baca surat khabar, artikel tentang Mauricio dan Juana hadapan David. David kata sorang polis bgtau dia yang seseorang dah bagi duit yang banyak utk pastikan gambar mereka dipaparkan pada akhbar itu. Dia suruh Enriqueta gunakan pengaruh dan kedudukan dia dalam bidang media utk mengesan siapakah orang yang buat hal itu. Cadangan David bagus sekali.

Rumah De la Vega: Carlotta turun dan amparito tanya nak pi mana. Dia kata nak gi ke kawasan pergunungan. Amparito heran. Carlotta kata dia nak gi melawat kawan2 lama yang dok kat sana. Makdia tau dia tu buat alasan saja, ada sesuatu yang berlegar di kepala anak dia tu.. Dia ada rancangan sendiri sbb melawat orang bukan kegemaran Carlotta. CArlotta kata dia dapat panggilan dari Luz Marina, isteri pada kawan baik Mauricio, Alejandro. Depa tak rapat dan dah lama tak jumpa.. "Kebetulan kan?" kata Carlotta. Dia mengagak mungkin mereka tau Mauricio ada kat mana.

Tingkat atas/bilik Rafael: Rafael bersedih mengenangkan tak dak orang sayangkan dia, sekarang dia tak punya apa2, dia nak tinggalkan rumah tu selama lamanya bersama Canela (anjing peliharaan Mauricio).

Malam tiba..

Rumah Alejandro: pegawai polis tu jumpa Alejandro.. tetamu dah sampai, jadi Alejandro jemput dia masuk. Dia tu kata dia sibuk kebelakangan ni tambah2 dengan kes melibatkan 2 pelarian dari Caracas; sorang lelaki dan sorang perempuan mengandung. Alejandro diam jer pura2 tak tau apa2 dan mula mengorek maklumat darinya. Dia tu kata seseorang dah tolong menyembunyikan pelarian2 dan depa akan dpt cari tak lama lagi. Ana Maria dan Salvador sampai dan menegur mereka.

Bilik Tetamu: Juana mengusap perutnya.. dia terfikirkan nama ibunya guna utk memanggilnya dulu. Dia dah penat melarikan diri tanpa arah tujuan. Dia mengeluh panjang dan kata dia dah penat dan harap dia akan tertidur dengan aman malam ni. Mauricio masuk dan tengok Juana bimbang. Juana gelak ajer. Mauricio sentuh perutnya dan Juana citer la tadi dia nyembang ngn anak dia.. Mauricio kata mereka akan selamat kat bangsal sbb Alejandro dan Luz Marina dah buat terbaik supaya mereka selesa kat situ. Mereka takut sebab nanti rumah tu akan dipenuhi orang. Juana tak kisah asalkan Mauricio ada bersamanya. Mauricio sayangkan Juana yang sentiasa ikhlas dan mereka berciuman (adegan dipotong)

Rumah De la Vega: Amparito bagitau Rogelio tentang rancangan anaknya utk pi cari Mauricio kat kawasan pergunungan. Rogelio marah dengan kedegilan Carlotta dan obsesinya terhadap Mauricio. Amparito mintak Rogelio bagitau dia sekiranya dia tahu Mauricio dan Juana nyorok kat mana.

Andes/Rumah Alejandro: Pegawai tu memperkenalkan Alejandro dan Luz Marina kpd Ana Maria dan Salvador. Tiba2 Carlotta sampai sambil tersenyum berkata, "Buenos noches" kepada Alejandro dan luz Marina. Ana Maria dn Salvador cepat2 membelakangkannya sementara Alejandro dan Luz Marina terkejut beruk dengan kehadiran Carlotta yang tk disangka sangka itu.

Andes/bangsal: Mauricio dah sediakan tilam dan meja utk makanan mereka. Luz marina dah siapkan semuanya dan ia adalah makanan yangsama dihidangkan kepada tetamu malam itu dan wain adalah cadangan Alejandro tp Mauricio kata tu untuk dia seorang. Juana buat2 merajuk kata Mauricio tu mementingkan diri sendiri. Mauricio tergelak dan menuangkan wain. Juana makan sikit jer dan beritahu dia tak dak selera. Mauricio tengok Juana macam dipaksa makan. Juana kata makanan tu sedap jadi dia akan makan sikit2 utk menikmati kelazatannya. tiba2 Juana rasa kesakitan kat perutnya.. Mauricio risau, dia nak tolong tapi Juana tak bagi dan kata dia tak rasa sakit dah.

Andes/Rumah Alejandro: Ana Maria bgtau Salvdor yang dia tak buat sebarang panggilan apatah lagi kepada Carlotta. Alejandro pulak tanya bini dia sama ada dia buat panggilan pada Carlotta. Carlotta cepat2 memeluk alejandro. Alejandro kemudiannya mmperkenalkan pegawai polis kepada Carlotta.

Andes/bangsal: Juana marah Mauricio sbb asyik dok tanya mengenai keadaannya. Juana kata dia tak tipu. Mauricio kata dia nak amik wain dan akan balik semula. Sebaik saja Mauricio pergi, Juana membongkok kan badan menahan kesakitan yang berulang ulang.. Dia melepaskan nafas yang ditahan.

Andes/rumah Alejandro: Luz Marina bersembang dengan Carlotta dan nak tau naper dia mai situ. Carlotta kata dia mintak maaf sbb dtg tak diundang dia tak tau depa buat parti. Di sudut lain, Alejandro memandang mereka dengan penuh syak wasangka. Luz Marina memandang ke arah Salvador dan Ana Maria, itu membuat Carlotta memandang ke arah yang sama. Carlotta terus marah2 dan tanya apa mereka buat kat situ. Luz marina kata dia tak kenal pompuan tu tapi dia kenal Salvador. Carlotta bagitau yang ana Maria adalah ibu kepada wanita yang telah merampas mauricio darinya.

Apartment David: David dan ibunya bersembang. dia mencadangkan supaya David cari teman wanita utk menghilangkan rasa kesunyian. Kemudian Brandy sampai, disambut oleh ibu David. David senyum biler tengok Brandy.

Andes/rumah Alejandro: Carlotta tuduh Luz Marina dan Alejandro sengaja rahsiakan tempat persembunyian Mauricio. Luz Marina dan Alejandro menidakkannya tapi Carlotta tak percaya. dia nak tau jugak naper Luz Marina tiba2 jer telefon dia dan kalau betulla Mauricio tak der kat situ, dia harap mereka membenarkan dia mencari di setiap sudut rumah itu. Di sudut lain, Ana Maria tertekan dengan kehadiran Carlotta. Salvador pujuk dia supaya bertenang. Dia tau ada yang pelik berlaku dan dpt rasakan mauricio dan Juana tak jauh dari mereka.

Apartment David: Brandy membincangkan tugasannya. David memuji kebijaksanaan Brandy. Merah padam muka Brandy tu, dia kelu tak cakap apa sbb tak penah lagi dia terima pujian macam tu dari David. Ibu David keluar dari dapur dan bgtau makanan dah siap. Dia mintak diri utk keluar sekejap.

Andes/bangsal: Mauricio balik bersama termos berisi teh. Juana pura2 sihat tapi mauricio dpt rasakan yang Juana kesakitan. Juana cupa menahan supaya Mauricio tak persan tapi akhirnya dia tertunduk dan menjerit kesakitan. Mauricio mendekatinya dan tanya dah berapa luas bukaannya. Juana marah dan tanya apa yang terbuka luas? Tiba2 air ketubannya pecah menunjukkan dia dah bersedia nak beranak. Juana kata dia rasa macam nak mati. mauricio memujuknya supaya bertenang dan dia takkan mati.

Andes/rumah Alejandro: Alejandro tanya Luz marina kenapa telefon Carlotta. Luz marina tak dapat terangkan mengapa, dia cuma nak tau pendapat lain tentang keterangan Mauricio. Salvador mengetuk sesuatu utk mengganggu perbualan mereka. dia tanya sama ada mereka nampak Ana Maria.

Di luar rumah Alejandro: Ana Maria berjalan dan bercakap sorang diri tentang Juana dan Mauricio. Carlotta terserempak dengannya dan tanya apa dia buat kat situ?

Andes/bangsal: Juana tak tau nak buat apa dah, dia takut. Mauricio pon tak tau apa nak buat, dia nak pergi dptkan bantuan tapi Juana tak bagi. Dia taknak dok sorang2 dan takut jugak kot2 nanti Mauricio tertangkap, terpaksa la dia tunggu kat situ sorang2 macam orang bodoh. Mauricio kata dia akan berhati hati dan cuba dapatkan Luz Marina sbb dia tu sorang doktor.

Di luar rumah Alejandro: Carlotta kata Ana maria mesti tau mana Juana dan Mauricio nyorok. Ana Maria sindir dan kata dia berharap moga2 Juana gembira di samping Mauricio, dia kata Mauricio bukannya macam Carlotta yang kejam dan jahat. Mauricio hampir2 terserempak dengn merek aberdua tapi dia sempat nyorok belakang semak biler mendengar perdebatan mereka. Dia mengendap sikit dan nampak isterinya sedang bergaduh dengan ana Maria seperti anjing dengan kucing. Kemudian Salvador dan Alejandro menghampiri mereka. Carlota dan Ana Maria berjalan masuk semula ke dalam rumah. Di belakang semak, Mauricio dalam dilema, dia perlu cari jalan utk dptkan Luz Marina sbb anak dia dah nak lahir dah.

Andes/bangsal: Juana masih kesakitan.. dia jerit2 kata anak dia dah nak keluar. Dia tak dapat tahan dah dan rasa macam nak menjerit tapi tak boley. Dia tak pakai seluar dah, kakinya terbuka luas.. Dia menenangkan diri sendiri dan kata semuanya akan selamat dan ok, tak dak masalah.. dia harap anaknya tau apa nak buat sbb dia sendiri tak berpengalaman.

Andes/Rumah Alejandro: Salvador memberi amaran pada Ana Maria supaya jgn buat Carlotta naik angin, keadaan dan masa tak sesuai utk semua tu. Ana Maria berharap dia dapat menyingkirkan Carlotta sebelum dia tu akan membahayakan anak dan cucunya. Salvador merayu supaya Ana Maria mengawal diri sndiri. Di dapur, Mauricio kelihatan mencari cari Luz Marina.

Apartment Enriqueta: Enriqueta balik dari kerja dan nampak makan malam dah siap terhidang, dihiasi lilin. Dia tersenyum.

Andes/rumah Alejandro: Mauricio mencari Alejandro dan Luz Marina tp tak jumpa. Dia teringat nak dptkan bantuan Ana Maria tapi kemudian menukar fikiran sbb idea tu gila. Dia pergi tempat lain, kemudian Carlotta masuk ke ruang tamu.. Kemudian pulak Mauricio tersembul semula (macam mai cak-aaa!) dan nampak Carlotta.. dia tak dapat tunggu lagi, dia terus kembali kpd Juana.

Apartment Enriqueta: manuel mengusap tangan Enriqueta dan meluahkan rasa kesalnya atas sikapnya yang menyakitkan hati. Enriqeuta tersentuh dengan keikhlasan Manuel.. Manuel memohon maaf, Enriqueta kata dia akan sentiasa di sisi Manuel dan mengampunkan Manuel. Manuel mencium dahinya dengan penuh kasih sayang dan berterima kasih kerana memahami. Dia berjanji yg keadaan mereka akan kembali normal; dia akan hormat dan sayangkan Enriqueta. Mereka kemudian memulakan acara makan malam.

Apartment David: David dan Brandy dah nak makan malam. Brandy bangun sbb ingatker David tak nak dia dok situ dah tapi David kata gurau jer. Dia kata dia suka Brandy dan tahu dia tu sorang yang istimewa, dia sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan, tak penah kedekut ilmu atau masa. Dia menyanjungi sikap Brandy.

Andes/bangsal: Juana berbaring kat tilam yang dibuat dari jerami. Mauricio bagitau dia tak dapat cari Alejandro dan Luz Marina. Bagi Juana, Mauricio yang paling penting. Mauricio kemudian kata dia nampak Ana Maria dan Salvador kat lam rumah tu. Juana keliru dan tak selesa. Mauricio kata, Carlotta pon ada kat situ jugak.

Rumah Alejandro: Ana Maria meneguk minumannya tanpa menghiraukan orang lain, Salvador suruh dia minum perlahan lahan. Ana Maria kata dia seolah olah terdengar Juana menjerit panggil namanya. Dia nak minum sampai suara Juana hilang. Dia sudut lain Carlotta merenung Ana maria sambil berkata, dia gembira tengok Ana Maria gementar.

Andes/bangsal: Juana berpeluh peluh sementara Mauricio sedang mengikat tali di kiri kanan katil supaya Juana boleh berpaut padanya, dia tau dari Makcik Eva yang moyang dia dulu beranak selalu berpaut pada dua tali di kiri dan kanan katil semasa nak beranak. Juana memandang tepat pada mauricio dan marah2 kata "aku tak nak pegang apa2 dan sapa peduli apa yang nenek engkau pegang masa nak beranak." Dia cuma nak Mauricio, bukannya tali. Dia menangis biler Mauricio bgtau dia yang dia akan sambut bayi tu biler dah nampak kepalanya nanti. Juana pesan jgn panggil sapa2 dan tunggu situ bersamanya sbb dia dan anaknya memerlukan Mauricio.

Apartment Enriqueta: enriqueta dan Manuel dah abih makan ; mereka minum ucap selamat. Kemudian mereka saling berpandangan sambil mengusap muka Manuel.

Apartment David: Brandy terasa dengan lawak kering David. Depa kemudian bersembang gembira. Brandy suka tengok sikap David yang baru.

Andes/bangsal: Mauricio dah tak tentu arah dan tak tau apa nk buat. Juana suruh dia jgn bimbang sbb Tuhan bersama mereka, dan akan bri petunjukNya. Tak lama lagi anak mereka akan muncul. Kemudian Juana menjerit dan rasa macam nak meneran. Mauricio mencium kepalanya dan kata dah tiba masa nnya utk dia berada di hadapan Juana dan bersedialah utk mendengar tangisan pertama anak mereka.

Apartment Enriqueta/bilik tidur: Enriqueta bangun dan tanya Manuel apa yg tak kena. Manuel kelihatan gelisahkan sesuatu. Enriqueta suruh dia bertenang.. Manuel kata dia sendiri tak tau apa yang sedang terjadi pada dirinya.

Andes/Bangsal: Juana kepenatan dan bernafas pantas manakala Mauricio menunggu di hadapannya.. menunggu anaknya keluar. dia tak berakta apa.. Mauricio pon berpeluh jugak. Juana kata mungkin anak tu tersangkut. Mauricio cuba menenangkannya supaya tak fikir yang bukan2. Juana risau lagi sbb mungkin anak itu songsang. Dia kemudian meneran kuat. Mauricio dah nampak kepala anak mereka dna kata "Anak kita dah nak lahir dah" Dia suruh Juana teran lagi.. Juana pun meneran kuat dan anak itu keluar sambil menangis. Mauricio tersenyum lebar dan menunjukkan anak mereka kepada Juana.. Mata dia dah terbuka luas! Mauricio mencium anaknya dan Juana tersenyum.

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung Isnin 25 ogos 2003

Posted on Aug 25, 2003, 3:59 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1