Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 132 (Kak Na) English Home
Juana la Virgen (ep 132, Selasa 19 ogos 2003) dlm bahasa Melayu
oleh Kak Na

Rumah lama: Orang yang tak dikenali tu memperkenalkan dirinya sebagai penjaga tanah dan rumah itu. Mauricio citer la masa lam perjalanan 'isterinya' sakit jadi mereka singgah di situ sebab sangka tu rumah tinggal. Mauricio mintak maaf sebab dok situ tanpa izin, kalau orang tu tk bagi dok situ, dia akan keluar masa tu jugak. Mereka suka keaadaan di situ dan nak tinggal beberapa hari. Mauricio sanggup bayar. Muka orang tu masam jer.

Rumah Perez: Manuel marah2 hak dia lam rumah tu dilucutkan oleh Azucena. Azucena bertegas Ramon adalah bapanya dan akan kekal begitu sampai ke akhir hayatnya. Azucena kata dia pernah menyerahkan jiwa raga pada Ramon dan melahirkan Manuel dengan adanya lelaki itu. Manuel tak nak dengar semua tu, tu semua sebelum dia dilahirkan. Yg dia ingat, Azucena sendiri yang meracuni fikirannya tentang betapa jahatnya Ramon tu. Azucena mengaku salah dan minta maaf tapi sekarang dia dah berubah. Tapi bagi Manuel semuanya masih sama malah bertambah buruk. Kemudian dia keluar dari rumah tu. Azucena masih terkejut melihat anaknya keluar.

Rumah lama: Juana risau kot2 orang tadi marah kat depa sbb menceroboh. Mauricio kata dia tu tak layan depa ngn buruk, malah terima wang yang mereka tawarkan. Juana tak suka lelaki tu pandang mereka berdua semacam ajer. Dia takut kot2 orang tu citer kat orang lain yang dia terserempak dengan Santo Joseph Mauricio dan Juana Maria, perawan yang hamil.. sudah tentu tempat tu akan penuh dengan orang esok hari.

Positivo/meja Ines: Brandy bersama kakitangan baca surat khabar yang menyiarkan berita Juana dan Mauricio. Depa semua terkejut biler Brandy bagitau Juana dn Mauricio berjaya melarikan diri. Brandy mintak nak simpan surat khabar tu dan pergi dari situ. Mereka bertiga masih tertanya tanya. Ines kata rasa ada perkara pelik sedang berlaku dan Brandy tau citer nya. Penyambut tetamu (nama apa dia tu?) kelihatan seperti terfikir sesuatu.

Di luar/dlm kereta Salvador: Salvador memandu ikut gerak hati ke kawasan pergunungan. Salvador dok kata lam hati "Kau menyukarkan keadaan dengan panas baran engkau, Anita." Tiba2 jer Ana Maria jawab "Kita perlu ada panas baran dalam hidup ini." Salvador terkejut sbb kata hati dia macam terjawab jer Salvador tegur la Ana Maria terlampau tegas dengan orang yang menyayanginya. Ana Maria tk nak dengar apa2 dah, dia cuma nak cari anak dia saja dan tak nak Salvador salah paham. Salvador cakap baik2 dah kata "Janganlah marah Anita", Ana Maria tak suka Salvador panggil dia Anita, kalau Petrica boleh la dia panggil Petra, tapi nama dia Ana, bukan Anita. Salvador dok berniat dalam hati semoga Tuhan singkirkan Petricia dari hidupnya, kalau tidak, melepas la dia nak mendekati Anita. "Maafkan aku, sayangku.. Ana." ni salvador cakap lam hati saja la.

Rumah De la Vega: Amparito kata sah la Desiree tu pompuan murahan sbb mak mentua dia sendiri bencikan dia, malah dia dihalau dari tanah perkuburan. Amparito sonot tengok kejadian tu. Humberto tak percaya Mauricio membunuh. Carlotta nak buat panggilan, dia masih terfikirkan Mauricio yang bersama dengan Juana tu.

Pejabat Rogelio: Alfredo suarakan pendapat dia kat Rogelio yang polis bukan bodoh, lambat laun semuanya akan berbongkar. Rogelio suruh dia jgn nak ajar dia cara nak kendalikan keadaan. Rogelio gembira tengok berita lam surat khabar yang ada gambar Juana ngn Mauricio. Dia kata sekarang orang ramai dah tau Mauricio adalah pelarian undang2 dan menunjukkan akhbar itu kepada Alfredo.

Rumah Perez/bilik Azucena: Ramon tak kisah mana Azucena nak letak pakaian dia lagipun pakaiannya bukan banyak sangat. Azucena kata banyak ker sikit ker tak kisah, asalkan Ramon senang nak ambil barang2nya. Ramon tanya macam mana reaksi Manuel biler tau dia ada kat situ? (Azucena menyibukkan diri dengan memasukkan pakaian Ramon ke dalam almari.) Azucena kata dia tak sempat sembang panjang dengan Manuel sbb dia tak dok situ dah. la ni dok dengan sorang perempuan. Ramon kata dia perlu jumpa Manuel. Masa tu Azucena terjumpa beberapa keping gambar lama, Azucena menjeling beberapa kali ke arah Ramon.

Apartment Enriqueta: Enriqueta baru balik dari majlis pengebumian Francisco. dia gembira tengok Manuel ada di situ. Dia kata banyak kepura puraan di majlis itu. Enriqueta tak suka kejadian Elvira menghalau Desiree dari tanah perkuburan sbb tu seolah2 tak menghormati si mati. Manuel kata tu semua bergantung kepada sikap lelaki itu semasa hayatnya. Enriqueta perasan yang Manuel macam tak stabil jer. Manuel mintak maaf kalau kata2 dia kasar sbb dia tak sihat, lagipun Enriqueta bercakap tentang seseorang yang dia tak kenal. Manuel melekapkan kedua dua tangan Enriqueta kat pipinya sambil meminta maaf beberapa kali. Enriqueta paham, dia pasti sesuatu telah berlaku yg menyebabkan Manuel jadi macam tu, dia suruh Manuel citer. Manuel meneguk air sebelum memulakan cerita yang bapanya dah kembali ke rumah. Enriqueta gembira dgn berita tu tapi Manuel tidak. Enriqueta tak bagi Manuel cakap tak elok tentang bapanya sendiri. Manuel mengkritik ibunya yang sanggup menerima semula Ramon.

Air terjun: Mauricio dok memancing lagi. Kali ni dia marah2 ikan2 kat situ sbb tak makan umpan dia.

Dalam rumah lama: Juana duduk depan cermin sambil terkenang semula kata2 Mauricio semasa upacara melafazkan cinta tadi. Dalam hatinya dia memuji kekacakan dan ketabahan Mauricio. Baginya Mauricio kelihatan seperti anak kecil apabila cuba melarikan diri darinya. Juana menganggap upacara tadi seolah olah perkahwinan mereka.

Apartment Enriqueta: Enriqueta menggaru-garu dagunya yang tidak gatal dan cuba berbincang dengan Manuel. Dia kata kebencian dalam hati Manuel takkan memberi apa2 faedah. Manuel terasa hati sbb Enriqueta tak mnyebelahinya. Manuel kata tiap kali dia bangun tidur dia teringat yang bapanya telah meninggalkannya. Dia tak sangka Enriqueta akan bagi nasihat seperti ini kat dia. Dia kata Enriqueta lain la sbb ada bapa yang amik berat tentang dia.

Di luar rumah lama: Kereta Salvador berenti depan rumah tu. ana Maria puji rumah tu cantik, terletak di atas pergunungan Andes. Bagi salvador keadaan di situ romantis sbb sejuk, hujan, berkabus. Ana maria pulak tak rasa situ romantis, dia lebih suka suasana pantai. Bandar tak jauh dari situ, jadi Salvador cadangkan depa pergi ke bandar. Ana Maria berpeluk tubuh sbb kesejukan. Salvador merapati tempat duduk Ana Maria. Ana Maria buat bunyi amaran supaya Salvador tak buat perkara pelik. Salvador kata dia cuma nak amik jaket dia dan kemudian tolong selimutkan Ana Maria. Ana Maria mengucapkan terima kasih. Salvador dok kata lam hati "Sesetengah orang cakap, orang yang tak suka sejuk ni tak romantis." Dia kemudian memandu menuju ke bandar.

Apartment Enriqueta: Enriqueta tak suka Manuel sebut pasal bapak dia dengan cara seperti itu. Manuel kata dia pun tak suka jugak Enriqueta masuk campur hal peribadi dia. Enriqueta dah meninggi suara kata Manuel yang mulakan topik tu. Dia cuma nak cuba beri pendapat dan harap Manuel lupakan perkara lama. Manuel kata dia tak nak lupakan apa yang lelaki tu dah buat pada dirinya, ibunya dan kakaknya. Enriqueta kata mana ada manusia yang boleh lari dari kesalahan. Manuel rasa bodoh sbb percaya Enriqueta akan menyebelahinya.

Air terjun: Mauricio masih tak dapat ikan lagi. Di seberang sana ada sorang budak duduk di situ sambil memegang banyak ekor ikan. Mauricio kata mustahil itu ditangkap dari sungai yang sama. Budak tu kata memang dr sungai yg sama, dia tangkap kat atas sikit. Mauricio mintak nak beli ikan2 tu.

Rumah Perez: Azucena macam pening pala. Nicolas kata dia tau biler rakan perniagaan dia menyembunyikan sesuatu. Rosita dok seterika pakaian. Rosita tak bagi Nicolas lancang sangat cakap tentang En. Ramon. Nicolas suruh Azucena jgn bimbang sbb anak kecil ini takkan membiarkan Azucena keseorangan. Rosita macam tersentuh dengan kata2 Nicolas dan cuba senyum. Azucena suruh Nicolas balik buat keje skolah sbb Rosita boleh seterika kan baju2 tu, kalau nak meniaga pun, kene belajar dulu.

Dalam rumah lama: Mauricio balik bersama ikan2nya. Juana dok baring macam 'sleeping Budha'. Juana kat ingat ker Mauricio dah kene makan dengan ikan2. Mauricio kata Juana tk boleh persendakan dia dah sbb dia dah berjaya tangkap ikan dan sekarang dia menang pertaruhan. Memola Juana kata mana ada pertaruhan tapi kemudian dia ngaku Mauricio dah menang dan tanya dia nak apa sebagai hadiah kemenangan dia. Mauricio merapati Juana dan duduk sambil mengangkat ikan2nya.. dan kata Juana kena bersihkan ikan tu dan kemudian pikir macam mana nak masak ikan2 tu. Senyuman di wajah Juana terus hilang bertukar jadi melopong.

Kemudian Mauricio keluar utk mendapatkan kayu api di sebalik timbunan rumput kering yang tinggi. Pada masa yang sama kelihatan kereta yang dipandu Camacho tiba.. Dia tak nampak Mauricio yang terlindung di sebalik timbunan rumput kering tadi. Camacho melihat2 sekitar rumah itu dari dalam kereta nya.

Malam tiba..

Apartment Enriqueta: Manuel duduk terjelepuk di lantai sambil memegang segelas minuman keras. Enriqueta kata tak wajar Manuel melepaskan rasa marahnya kat dia. Manuel kata bukan ker sekarang mereka duduk bersama, jadi dia cuma nak berkongsi saja. Manuel kata Enriqueta yang mulakan dulu dengan menceritakan tentang pengebumian Francisco yang dia tak penah kenal tu. Enriqueta kata dia cuma bersimpati sbb orang yg dia kenali tu dah mati. Manuel cuba tenangkan dia. Enriqueta tak sangka yang Manuel tak peduli langsung pada bapanya yang berhadapan dengan maut. Manuel kata "Terima kasih, aku jugak tak sangka kau akan buat macam ni" Manuel keluar dari situ dan Enriqueta terduduk di sofa sambil menekap mukanya dengan kedua dua tangannya.

Rumah Perez: Rosita sedang memegang erat tangan Azucena sambil mendengar rintihannya tentang penderitaan yang terpaksa ditanggungnya. Rosita kata tentu Azucena sedih macam ni sbb kata2 Manolito. Azucena kata tak, jadi Rosita suruh la dia citer mungkin dia boleh tolong. Azucena kata kadang2 bukan kata2 saja boleh menyebabkan dia menitiskan air mata. Azucena kata dia menitiskan air mata sebab terkenangkan gambar2 yang dia jumpa dalam beg Ramon. Tu adalah gambar2 mereka sekeluarga semasa mereka bahagia dulu. Dia tak sangka Ramon masih menyimpan gambar2 tu.

Di luar: Manuel berjalan seorang diri di taman sambil bercakap sorang2. Dia kata bagi nasihat memang senang, tapi itu tak mudah bagi seseorang yang saban malam menanigs kerana berfikir pa nak buat eok? macam mana nak bantu keluar? dia menendang dan memukul pokok kat sebelahnya sambil kata dia tak nak jadi ketua rumah sbb dia tak nak tanggungjwb sbg seorang 'ayah'. Dia kata kalaulah Enriqueta betul2 faham dia. Dia rasa mcm memikul beban yang berat.

Apartment Enriqueta: Enriqueta dok cakap lam hati yang Manuel tu degil, tak der belas kasihan terhadap ayah sendiri. Dia yakin keadaan akan lebih baik kalau Manuel memafkan dan memberi peluang pada diri sendiri utk menonjol kan keupayaan dia yang sebenar. "Kau takkan jadi seperti dia Manuel"

Eternal Love Inn: Pekerja kat kaunter ingat Ana Maria ngn Salvador pasangan. Ana maria marah2 kata takkan semua yang mai sini tidur bersama. "Kami mengembara bersama tak bermakna kami tidur besama". Salvador mintak dua bilik dan suruh Ana Maria gi amik barang sementara dia isi borang terlebiih dahulu. Pekerja tu mitan maaf sbb benar2 sangka depa berdua tu pasangan. Salvador kata semua orang sangka camtu.. Pekerja tu bisik kat SAlvador kata dia bagi bilik sebelah sebelah yang dipisahkan dengan pintu jer. Salvador gelak.

Rumah lama: Juana gembira dpt ikan tu sbb dia mmg lapar. Dia kata mesti Mauricio pandai tangkap ikan. Mauricio ngn bangganya cakap dia memang dilahirkan pandai dalam segala galanya. Juana mintak maaf sbb merendahkan kebolehannya. Tapi kemudian Mauricio tergelak dan mengaku bukan dia yang tangkap ikan tu, dia bli dari sorang budak. Juana kata dia dah agak dah Mauricio tipu. Juana terfikir, itu maksudnya dia yang menang pertaruhan. Mauricio kata "pertaruhan apa?" Juana ungkit la tadi dia kene basuh ikan. Mauricio mengaku dia dah kalah dan tanya apa yang Juana nak. Juana kata dia nak Mauricio tunaikan apa saja yang dia minta.

Satu Kelab: Orang yang mengaku penjaga tanah dan rumah tadi sedang berhora dengan duit yang dia baru dapat dan nak belanja semua orang minum.

Rumah lama: Juana tanya kenapa Mauricio nampak resah. Mauricio menyatakan yang dia cuma melindungi Juana dari sapa2 yang nak lakukan sesuatu pada Juana. Juana dpt rasa yang Mauricio sebenarnya melindungi Juana dari dirinya sendiri bukan dari orang lain. Mauricio kata dia terlalu menyintai Juana dan mengini Juana. tapi keadaan sekarang tak mengizinkan. Mauricio mengelak nak cakap, dia sibuk2kan diri nak kemas pinggan mangkuk. Juana memandang Mauricio sambil tersenyum.

Eternal Love Inn: Salvador terfikir best jugak dpt habiskan beberapa hari kat situ sbb dia pon dah lama tak bercuti. Lagi bagus sbb ada Anita di sisinya. Dia kata sekarang depa berada di tengah2 syurga tapi tak gembira, ini adalah satu masalah. Kemudian Ana Maria mai tunjukkan akhbar yang ada gambar Mauricio dan Juana. Dia risau orang fikir bukan2 tentang anaknya.

Rumah Perez: Maria Rosa sediakan teh istimewa utk Azucena bagi menenangkannya. Kemudian Enriqueta datang. Azucena tanya Manolito tak mai ker. Dia mempersilakan Enriqueta duduk dan tentunya ada sesuatu yang penting menyebabkan Enriqueta datang situ. Enriqueta kata dia nak cakap tentang hal penting yg menyebabkan Manuel tak ikut dia datang situ.

Eternal Love Inn: Ana maria marah2 sbb Salvador tak amik tau sangat pasal akhbar. Dia bising2 lagi sampai Salvador kata sudah2 la tu sbb kesabarannya ada had. Ana Maria kata kemarahan dia pulak tak der had tambah2 melibatkan hal anak dia. Dia tanya Salvador dah baca ker? SAlvador terus amik paper tu dah baca laju2. Ana Maria buat tanggapan Salvador tak percayakan Juana.. dan akhbar tu dah buat Juana kelihatan seperti pelarian. SAlvador kata Juana lari dengan Mauricio, jadi bukan senang nak buktikan pada pihak berkuasa yang mereka tak bersalah di sisi undang2. Ana Maria marah2 lagi dia akata Salvador marah sbb dia jadi penghalang antara Salvador dengan Petra. Salvador pulak marah2 Dia kata dia cuma nak cakap yang mereka tu takkan dijumpai kalau depa menyembunyikan diri. Ana Maria terkebil kebil tengok Salvador marah. Salvador suruh dia duduk diam2 jgn pi mana. Ana Maria ikut jer cakap Salvador.

Dalam rumah lama: Juana selesai basuh pinggan. Mauricio kata dia takkan larikan diri dari Juana. Juana duduk atas riba Mauricio yang sedang duduk kat kerusi. (berkeriut jer bunyi kerusi tu macam nak reban). Juana tak nak mauricio layan dia macam barang berharga yang mudah pecah. Dia nak Mauricio layan dia seperti seorang wanita (macam masa depa bersama beromantika dalam kabin makcik Eva). Juana tak tau cam mana nak menyuarakan perasaan dia. Juana kata dia taknak tunggu lagi, dia amat menyintai Mauricio (kemudian terus zaapppp ke closing credits)

akan bersambung 20 Ogos 2003, Rabu
sure fine whatever

Posted on Aug 20, 2003, 9:57 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1