Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 126 (diterjemahkan oleh Kak Na) English Home
JLV (Ep126, Isnin 11 Ogos 2003) dalam Bahasa Melayu

Alfredo berjaya menghalang Carlotta dari membunuh Juana.. ibu bapa Carlotta sangat2 risaukan dengan tingkah laku Carlotta.. Salvador meneruskan siasatannya.. dan kemudiannya pergi ke rumah De la Vega utk menahan Carlotta..

***************

Hospital/bilik Juana: Carlotta menekap bantal dengan kuat, tak lepas2 sementara Juana menggelupur kerana ketandusan oksigen. Dia tuduh Juana kejam. Tangan Juana tiba2 terkulai.. Alfredo masuk dan menyambar Carlotta utk menghalangnya dari terus membunuh Juana. Carlotta suruh lepaskan.. dua2 degil.

Di luar: Mauricio dan Ana Maria bersembang... tak perasan apa yang sedang terjadi lam bilik Juana. Mereka berdua dah sefahaman. Ana Maria berkongsi pengalaman tentang kisah cintanya yang gagal. MAuricio yakinkan Ana maria yang dia bukan lelaki yang macam tu.

Hospital/bilik Juana: Carlotta bergelut dengan Alfredo yang nak menyeret dia keluar dari bilik Juana. Carlotta nak selesaikan kerja dia dan bertekad nak bunuh Juana. Alfredo paksa dia keluar jugak. Carlotta kata kalau Juana hidup, hidupnya sendiri pulak akan musnah. Alfredo berjaya merampas bantal tu dari Carlotta, menekap mulut Carlotta dan menyeretnya keluar dari bilik tu. Dia cuba melepaskan diri tapi tak berjaya.. Juana kelihatan tak sedarkan diri..

Di luar: Ana Maria masih bercakap dengan mauricio.. di belakang mereka kelihatan Alfredo menyeret Carlotta masuk lam satu bilik.

Bilik Juana: Juana tiba2 terjaga dan menarik nafas yang dalam, dia menjerit panggil mak dia sambil berusaha bernafas. Ana Maria dan Mauricio berlari ke dalam bilik utk tengok apa dah jadi.. Juana terbatuk batuk dan bagitau mereka yang ada orang cuba bunuh dia dengan menggunakan bantal yang ditekap ke mukanya. Ana maria tenangkan dia sementara Mauricio meletakkan tangannya pada kepala Juana.. (adegan ni ditunjukkan dalam aksi perlahan, kenapa agaknya?)

Di bilik Lain: Alfredo panggil Camacho suh dia bersedia dan tunggu kat tempat yang dia dah bagitau tadi. Dia kemudian bgtau Carlotta supaya cari alasan yang bagus utk diberikan pada bapak depa sebab dia tu mesti akan tanya bertalu talu biler Carlotta balik satgi.. Lengan Carlotta sakit2 sebab Alfredo dok pegang dia dengan kuat. (Akak rasa la scene tadi tu ditunjuk lam aksi perlahan sbb dalam next scene ada adegan Carlotta tukar baju - tengok aar baju dia sexy giler macam bini tarzan.)

Rumah Amparito: Rogelio taktahan ngn bini dia yang dok tak abih2 mengomel pasal Carlotta. Dia suh Carlotta bertenang. Alfredo telefon Rogelio dan bgtau yang dia dah jumpa Carlotta yang tengah dok cuba nak bunuh Juana. Rogelio suh dia bawak balik Carlotta dengan segera.. Amparito makin takut biler Rogelio citer apa yang Carlotta dah buat.

Di luar hospital: alfredo jalan turun tangga sambil menyeret Carlotta. Depa nyorok dari Manuel semasa Manuel turun dari teksi. Di seberang jalan nun Camacho dok tunggu Alfredo dan Carlotta dalam kereta.

Manuel perasan sebuah keta sedang tunggu di seberang jalan dengan pintunya terbuka luas. Camacho memegang pistolnya bersedia utk buat apa yang patut.

Bilik Juana: Doktor bagitau Juana yang dia perlukan oksigen demi anak dia dan dia sendiri. Doktor tu suruh Mauricio dan Ana Maria keluar sat sbb dia nak buat pemeriksaan terperinci terhadap Juana.

Di luar Hospital: Manuel berjalan menuju ke arah kereta tu tapi kemudia terdengar Salvador panggil dia.. Camacho dah berdebar manakala Carlotta dan Alfredo berlari ke arah kereta. Salvador bgtau Manuel apa dah terjadi pada Juana. Manuel bgtau dia syak ada sesuatu yang tak kena dengan kereta yang sedang menunggu di seberang jalan dengan pintu terbuka luas. Salvador perlahan lahan mendekati kereta tu.

Camacho tanya nak tembak polis tu ker idak..

Hospital/koridor: Ana maria dan mauricio bertelingkah sedikit tentang perkara yang baru berlaku. Dia tak puas hati dengan sistem keselamatan kat situ. mauricio cadangkan nak bawak Juana pi tempat lain supaya tak dak orang leh cari dia.

Di luar: Camacho memegang pistolnya.. gementar menunggu saat yang sesuai utk menembak. Alfredo suruh dia tekan minyak dan blah dari situ dengan segera.

bilik Juana: Doktor kata semua nya ok. Juana masih lagi takut dan tak dapat bertenang selepas apa yang dah jadi.. Doktor tu kata oksigen akan bantu dia rasa mengantuk jadi boleh la dia tido dengan aman.. Juana menyentuh muka nya.. dia teringat kembali saat2 dia menggelupur utk cuba bernafas dan bertanya kenapa pulak ada orang nak dia mati.

Rumah Amparito: Amparito bergaduh lagi ngn Rogelio.. terkejut dengan sikap Carlotta dan cuba menyalahkan satu sama lain kenapa Carlotta mewarisi sikap seperti itu. Rogelio yakin ada orang yang menjadi batu api utk menggalakkan Carlotta buat macam tu tapi dia tak tau nak tuduh sapa. Memulanya Rogelio sangka mungkin bapa Amparito yang buat camtu tapi Amparito cepat2 menidakkannya. Dia taknak Rogelio menyalahkan ahli keluarganya.. kalu yang berpotensi jahat tu, Rogelio la.. Rogelio suruh Amparito diam.. dia dah pecah pala pikir sapa la yang nak hasut Carlotta.

Apartment Rogelio: Desiree duduk kat sofa.. lam gelap.. dia rasa bersalah sbb tak gi melawat mak dia tanpa perlu ada orang suruh.. Dia teringat abang dia lam penjara yang dipenjarakan disebabkan dia. Dia mementing kan diri sendiri dan hanya memikirkan keselesaan diri sendiri saja, kekayaan, kuasa.. dia tak penah amik tahu tentang ibunya atau abangnya. Dia terfikirkan Carlotta yang angkuh dan tak penah puas hati dengan apa yang dia dapat dan sentiasa dapat apa yang dia nak.. Desiree nangih perlahan memikirkan ketidak adilan itu.

Hospital/koridor: Salvador bgtau Mauricio apa yang dia nampak kat luar.. dia tak nampak sapa lam keta tu, dia dapat nombor plat keta saja dan dia syak tu keta curi. Dia dah gandakan keselamatan kat situ dan dok tengok2 la cari bukti. Dia akan lebih prihatin kali nih. Dia bagi smpul surat kat Mauricio dan citer camno dia dapat sampul tu. mauricio terkejut tengok beberapa keping gambar yang menunjukkan Carlotta sedang berurusan dengan beberapa orang yang dia tak kenal. Salvador tanya kenapa bini dia ada bersama penjahat yang paling dikehendaki di Caracas. Mauricio tak terkata apa2.

Rumah Amparito: Rogelio marah Carlotta sbb bertindak bodoh.. Carlotta mempertahankan haknya tapi diberi amaran agar jangan buat kerja gila lagi lepas nih. Alfredo bgtau Rogelio yang Carlotta menyamar jadi jururawat utk bunuh Juana dan sorang doktor dah nampak dia dengan jelas. Rogelio jerit2 marah2 lagi kat anak dia sebab cuai sangat. Amparito suruh Rogelio jgn agresif sangat kat Carlotta. Carlotta salah kan Alfredo sebab menghancurkan rancangan dia.. kalau tidak, Juana mungkin dah mati dah.

Hospital/koridor: Salvador suruh mauricio tengok gambar tu dengan teliti, kot2 la dia teringat penah nampak lelaki tu kat mana2. Mauricio kata tak penah nampak pon. Salvador kata penjahat2 tu tah mati dibunuh semasa dia nak gi soal siasat depa tu. ini menunjukkan depa dah hampir dengan matlamat.. Dia rasa carlotta mungkin tau tentang hal itu.

Hospital/bilik Juana: Juana hampir2 nak lelap dengan bantuan mak dia yang dok menenangkan Juana dengan kata2 manis sambil mengusap ngusap perut Juana. Tiba2 Mauricio masuk dan mengganggu misi Ana maria nak bagi Juana tido. Jauna terus bangun dengan segarnya dan tersenyum, dia kata Mauricio adalah oksigen terbaik yang dia perlukan. Mauricio cium Juana dan kemudian Juana perasan Ana Maria masih ada kat situ.. Dia rasa malu la.. Ana maria mintak diri dulu. Mauricio bgtau Juana yang dia kene buat sesuatu dulu sebelum balik tido kat apartment dia. Dia kata Juana boleh tipon dia bila2 ke telefon bimbitnya kalau kalau aada apa2 atau kalau semata2 nak dengar suara dia saja. Dia akan tunggu panggilan Juana. Depa kemudian saling mengucapkan kata cinto cinto, ai lap yu yu lap mi lah.

Di luar: Alfredo marah Camacho sbb wat giler pi tukar nombor plat depan rumah. Camacho kata tak dak pilihan lain. alfredo kemudian bgtau dia yang Rogelio nak jumpa dia selepas dia siap keje dia tu. Camacho tipu Alfredo biler Alfredo nak korek maklumat tentang Francisco Rojas. Dia mengelak dan pergi tempat lain sambil buat muka buruk. Alfredo dapat rasa dia tu menyembunyikan sesuatu.

Hospital/koridor: manuel bercakap dengan Salvador tentang kejadian tadi.. dia mengesahkan yang nombor plat tu adalah nombor kereta yg dicuri 6 bulan lepas.. Dia akan terus memerhatikan seseorang.. Sorang polis bawak jururawat yang ada sesuatu yang penting nak bagitau yang mungkin Salvador perlu tahu. Jururasat tu bgtau dengan terperinci tentang sorang jururawat yg tak dikenali berlegar legar di sekitar hospital. Sorang doktor syak sesuatu tentang jururawat tu semasa berlaku kecemasan. Manuel nampak Salvador pengang gambar Carlotta.

Kampung Desiree: Rene gi melawat mak Desiree dan bawak Desiree bersama-sama sebagai kejutan utk ibunya. Mak desiree gembira teramat sangat dan depa saling berpelukan.

Hospital/koridor: Salvador kecewa biler jururawat tu bagitau dia yang doktor tu abih keje dan dah balik, dia tu akan mai balik esok pagi.

Kampung halaman Desiree: Desiree meluahkan rasa bersalah dia terhadap ibunya namun ibunya sungguh baik hati dan tak penah menganggap Desiree buat silap apa2.. penderitaan dia selama ini dia terpaksa lalui. Desiree tanya tentang abang nya di penjara.. Mak dia kata abang dia tak bagi dia pi melawat sbb dia tu nak bersendirian di penjara, biar mati pun bersendirian.. Mereka berdua menangis mengenangkan hal itu.

Rumah De la Vega: Tania bgtau Mauricio yang dia tak dapat berita apa2 dari Carlotta. Biler Rafael dah tido barula Carlotta balik dan masuk bilik dia, mauricio sindir dia.. Carlotta gembira sebab Mauricio bertanyakan hal dia seolah olah mengambil berat tentang dia. Carlotta menjeling ke arah tania lalu menyuruh dia keluar dari situ. Mauricio kata dia tau Carlotta bertanggungjawab atas serangan terbaru terhadap Juana. Carlotta terkejut dengan kata2 Mauricio.

Hospital/bilik Juana: Ana Maria duduk kat satu kerusi dekat katil Juana.. menenmani Juana sepanjang malam. Juana tiba2 terjaga dari tidur lau menjerit ketakutan.. Ana Maria mendekati anaknya dan tanya apa yang tak kena ni? Juana kata dia dapat rasakan ada sesuatu yang buuru k akan berlaku pada Mauricio. Ana Maria menenangkan Juana.

Rumah De La Vega: Carlotta pura2 tak bersalah dengan tuduh2 Mauricio.. dia kata dia ni berpendidikan tinggi dan telah banyak berkorban utk Mauricio. Mauricio kata bukti menunjukkan sebaliknya.. di mana Carlotta dilihat bersama dengan penjahat, pembunuh profesional.. Carlotta tuduh Mauricio mengada adakan cerita utk menjerat dia.. Dia cepat2 berlari ke tingkat atas utk mengelak tapi Mauricio mengekorinya.

Pagi tiba....

Penjara: Desiree melawat abangnya yang kelihatan kusut masai.. (perhatikan dengan teliti cara Desiree berpakaian, terlalu menjolok mato dan tak sesuai la pi melawat orang kat penjara).. Abang nya memandangnya dengan hairan dan keliru.

Rumah De la Vega: Mauricio menasihati Rafael supaya rajin belajar.. Carlotta mai turun dan mintak ciuman dari Rafael seblum dia gi sekolah.. Selepas diatu dah blah, Mauricio dan Carlotta sambung balik pertengkaran mereka semalam. Tak lama lepas tu Tania bukak pintu utk Salvador dan pembantunya. Salvador mintak maaf sbb dia terpaksa menahan Carlotta. Carlotta terkejut.

Penjara: Desiree duduk dekat dengan abangnya.. dia tak dapat menahann rasa besalah atas apa yang telah dia lakukan terhadap abangnya itu.. Dia memohon keampunan kerana tak berperikemanusiaan, dan tak berada disisi abangnya ketika amat di perlukan setelah apa yang abang dia dah korbankan utk dia.. Abangnya merendah diri dan kata itu la takdir hidup dia dan dia menerima takdir itu.. Dia berharap Desiree takkan bincangkan hal tu lagi (akak rasa abang dia tu kelihatan lebih tua dari mak depa la. heh)

Rumah De la Vega: Salvador menyatakan sebab2 penahanan Carlota.. Carlota menyalahkan Mauricio yang menjerat dia.. Salvador kuarkan gari dan menghampiri Carlotta, Carlotta cuba menjauhkan diri dari Salvador. Mauricio tak sanggup tengok keadaan Carlotta tu, menyedihkan.

Balai polis: Pachecho bgtau doktor tu supaya cuba mengenalpasti perempuan yang dia nampak masa kat spital semalam. Dia suh doktor tunggu jap sebab dia nak keluaq sat.

Penjara: Desiree kata dia bersumpah akan memastikan abangnya dibebaskan dengn segera dan dia akan kembalikan hidupnya yang telah dirampas.. Mereka menangis dan saling berpelukan.

Hospital/bilik Juana: Juana dapat rasa kan ada yang tak kena dari riak muka Mauricio. Dia diberitahu apa yang dah jadi pada Carlotta. Juana terkejut..Mauricio cadangkan agar mereka berdua tinggalkan tempat tu dan pergi ke tempat yg lebih selamat. Juana memandang tepat ke muka Mauricio.

Pejabat Alfredo: Alfredo mengalu alukan kedatangan mak Francisco.. dia nak tau naper pulak mai situ dan apa yang dibincangkan dgn Mauricio tempoh hari. mak Francisco memandang ke arah lain.

Hospital/bilik Juana: Juana keliru.. MAuricio mintak Juana percaya kat dia sbb keadaan dah jadi tak terkawal.. Juana kata dia tak leh bergerak, camno nak pi dari situ.. Mauricio kat adia akan cari jalan jugak.. Juana mengingatkan yang nanti akan ada akibatnya apabila Carlotta ditahan, sbb CArlotta tu ada banyak sokongan.. Mauricio kena berhati hati demi nyawa dia sendiri.

Balai polis: Salvador menanti di bilik lain yang ada cermin gelap memisahkan mereka dengan bilik mengenalpasti.. Dia suruh doktor tu tengok betul2 dan cuba cam kan wajah wanita yang dia jumpa di hospital. Carlotta berdiri di tempat ke dua dari kanan.

Pejabat Alfredo: Mak Francisco keliru kenapa pulak Alfredo nak tau semua tu.. Alfredo kata kalau ada apa2 dia lah orang pertama yang akan menolong pada bila2 masa.

Balai polis: Doktor tu kelihatan gementar dan kata dia tak pasti.. Pachecho suruh dia tu amik masa sikit.. Carlotta kelihatan memandang ke siling.. kelihatan bosan dah.

Hospital/koridor: Enriqueta ada bersama Manuel.. dia kelihatan sedih sbb Manuel tak bgtau apa yang dah jadi.

Balai polis/bilik Salvador: Carlotta duduk sementara Rogelio dan Amparito mai jumpa Salvador.. Rogelio tanya tentang gambar Carlotta bersama dua penjahat tu.. Rogelio bercakap bagi pihak anaknya dan menidakkan tuduhan yang anak dia terlibat dalam kegiatan jenayah. Rogelio lega biler diberitahu doktor tu tak cam wajah Carlotta.

Di luar balai Polis: Doktor tu keluar dari balai.. Camacho mendekatinya dan berterima kasih kerana menutup mulut.. Dia beri wang tambahan kepada doktor tu dan doktor tu menerimanya tanpa banyak soal.

Balai polis/bilik Salvador: Rogelio mempertahankan anak nya. Rogelio dan Amparito bertengkar dengan Salvador dan tak lama pas tu Desiree sampai.. depa semua terkejut dengan kehadiran dia tu.

Desiree kata, dia mai sebab nak beri keterangan. Salvador dan Pachecho tekejut dan keliru. Rogelio, Amparito dan Carlota tak tersentuh sgt dengna kehadiran Desiree tu.. Desiree tengok gambar tu dan kata dia ada bersama Carlotta ketika itu dan dia tau apa urusan cArlotta dengan lelaki2 dalam gambar tu. (dari pemerhatian kita, ada dua pendapat la.. 2 perkara saja yang ada lam pala otak kita.. sama ada dia akan menentang cArlotta atau menolong Carlotta supaya dia kelihatan seperti sahabat sejati.)

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada Hari selasa 12 Ogos 2003

Posted on Aug 13, 2003, 11:53 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1