Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 113 (diterjemahkan oleh Kak Na) English Home
JLV (Ep113, RAbu, 23 Julai) dalam bahasa Melayu

Episode semalam kita tengok DAvid merendah diri, Rogelio cuba memutar belit keadaan, Mauricio diberi peluang berbaik dengan Juana sementara itu isternya membuat perjanjian dengan syaitan (insert theme x-files didididididi.....)

 

**********************

Di wad kecemasan: Mauricio dan Juana terus bercakap.. Mauricio tekejut yang Juana masih tak cayakan dia cintakan Juana. Juana cuma nak Mauricio pikir sapa la yang nak bunuh dia. Mauricio kata dia tak suka main tuduh tuduh tanpa bukti yang kukuh tapi dia pasti Carlotta takkan terlibat dalam hal macam ni. Dia dapat rasakan yang ada besar kemungkinan pak mentua dia yang rancang semua tu utk pastikan dia kojol. Juana kata buat la sesuatu dan mulakan la menyiasat, sebab mungkin hari ni DAvid kene, esok mauricio lak kene then lusa, tulat, entah sapa2 lagi.

Rumah De La Vega/ruang tamu: Amparito bgtau Father Jose utk paham2 la keadaan anak yang tak baper sihat dan agak kasar dengan kanak2 yang mai ramai2 tu. Then loceng pintu bunyi. Rogelio yang sampai. Dia bgtau Rogelio yang Father Jose ngn anak2 lain mai melawat Carlotta dan Rafael. Dia bgtau CArlotta ada kat tingkat atas. Sebelum gi atas ngn Rogelio, Amparo pesan suh Father Jose wat la cam rumah sendiri. Father Jose ingin tahu jer biler tengok depa tu dok naik tangga.

Di wad kecemasan: Juana buat panggilan kepada Brandy. Brandy marah sikit sbb dia dah cuba call banyak kali tapi tak dapat. Dia bimbangkan David sama. Juana kumpulkan semangat dan kekuatan untuk bgtau Brandy yang David telah ditembak.

Rumah De la Vega/tingkat atas: Rogelio bgtau anak dia supaya bertenang dan dia tak paham apa yang Carlotta dok perkatakan. Dari apa yang Carlotta tau, dia dah pesan kat Rogelio jgn apa2 kan Mauricio. Rogelio yakinkan Carlotta yang dia dah berdamai dengan Mauricio dan dah maklumkan kepada semua staff yang dia akan menyokong penuh projek Mauricio. Carlotta nak pak dia bercakap benar, demi memastikan suami dia selamat. Bahasa Gerak badan Rogelio menunjukkan yang dia tak tahu.

Di bilik kecemsan: Juana kata kat mauricio yang dia dah bgtau Brandy tentang David dan mintak Mauricio bgtau jugak kat staff lain. Sorang doktor kuar, jadi Juana ngn Mauricio tanyala pasai keadaan David dan pembedahan tadi. Doktor to memandang mereka tanpa berkata, dia kelihatan cuba menyusun ayat yang sesuai utk disampaikan

Positivo/dewan staff: Brandy masih memegang telefon, panik mendengarkan berita buruk tentang David. Dia mula menangih biler memikirkan keadaan DAvid masa tu. Dia tak tau nak wat apa..

Di satu sudut, Shiva dok ngorat Humberto sementara Ines ngn LaBibi dok dengar apa yang Humberto nak jawab. Shiva tanya la apa perasaan dia biler tangkap gambar orang lelaki separuh bogel. Popeye menghampiri Brandy dan tanya apa hal nih? apa dah jadi? Tiba2 Makcik Eva sampai nak tanya tentang Mauricio. Brandy yang dah tak tertahan air mata, terus meraung depan depa tu. Makcik Eva takut tengok reaksi Brandy tu sebab mungkin perkara buruk dah berlaku. Shiva ngn Ines tengok jugak apa yang dok jadi tu.

Di wad emergency: Doktor bgtau depa yang David masih tidak sedarkan diri. Depa mesti bersabar dan dia akan mai tengok saja David menunjukkan tindak balas. Juana bgtau Mauricio yang David tentu akan kecewa biler tau dia dah takleh berjalan lagi. Ini tidak adil! (ala2 sora 3 abdul membahagi harta). Dalam diam, Mauricio menyalahkan diri sendiri.

Rumah De La Vega/tingkat atas: Rogelio ngn Carlotta dok cakap tentang Mauricio. Carlotta kata Rogelio pasti akan tengok dia tak gembira selama lamanya kalu apa2 terjadi kat Mauricio.

Positivo/dewan staff: Ines bagi Brandy segelas air sementara rakan2 sekerja semua berkumpul keliling dia nak tau apa yang dah jadi. Makcik Eva diberitahu yang numbor Juana tak disimpan, Makcik Eva suh Ines dapatkan nombor dari operator.

Di wad kecemasan: Juana dok kat sofa tertanya tanya naper la doktor amik masa yang lama sangat. Kemudian sorang jururawat kuar dan panggil kuarga DAvid Quintanna. Juana ngn Mauricio bangun dan bergegas ke arah jururawat tu. Dia bgtau yang DAvid dah dimasukkan ke bilik sendiri. Depa lega mendengar berita tu.

Rumah De la Vega/ruang tamu: FAther Jose tanya RAfael awat nampak tak gembira jer dan tak main2 pon ngn kawan2 yang lain. Dia kata dia lebih suka tunggu Mauricio. Father Jose tekejut biler Rafael bgtau yang Mauricio tak dok situ dah dan dia tak cintakan Carlotta, sebaliknya dia cintakan Juana.

Carlotta bgtau Rogelio ttg rasa hati dia yang menyatakan dia tau bapak dia mungkin buat sesuatu ke atas Mauricio. Dia pura2 tunjuk muka sedih. Amparito mai ke bilik anakd ia dan ganggu depa dengan berita bahawa Mauricio hampir2 dibunuh tapi David yang kene masa cuba menyelamatkan Mauricio. Carlotta terkejut dan gementar, sementara Rogelio tekejut badak mendengar berita tu, memang berita buruk jugak la untuk Rogelio.

Balai polis/bilik Salvador: Ana maria secara tak sengaja ternampak Salvador ngn Petricia berciuman masa dia masuk ke pejabat Salvador. Salvador tau dia tu mai situ sbb nak tau hal mengenai Ramon. Petricia dok melekat kat SAlvador cam lintah. Salvador meyakinkan Ana Maria yang dia sedang berusaha sebaik mungkin untuk cari bapak dia yang hilang. Pachecho mai bagitau Salvador ada hal kecemasan yang dia perlu uruskan. Salvador mintak diri dan tinggalkan Ana Maria bersama Petricia. Depa tu memandang satu sama lain.

Hospital/bilik David: David dok separa baring atas katil, dia kelihatan keliru dengan keadaan dia. Juana dan Mauricio masuk lam bilik tu and tengok David dah bukak mata. Juana kata dia maisitu nak teman David. David tanya Mauricio sama ada dia ok. Mauricio berterimakasih pada DAvid sebab selamatkan nyawa dia. Juana mengusap kening dan rambut David.

Balai polis/bilik Salvador: Ana Maria dan Petricia saling pandang memandang.. Petricia perli ana maria dan merasakan yang dia tu cemburu biler nampak depa tu berciuman tadi. Petircia tau yang antara Ana Maria ngn Salvador memang ada sesuatu tapi la ni Salvador milik dia. Ana Maria dah dapat peluang untuk menyayangi Salvador tapi dia dah melepaskan peluang tu.

Hospital/bilik David: DAvid rasa kepenatan. Juana suh dia rehat dan tido dulu. Dia tanya camno pembedahan tadi. Depa risau biler David kata dia hanya dapat rasa sebahagian dari tubuh badannya. Juana tak tahan emosi dia, dan terus meninggalkan bilik tu.

Positivo/dewan staff: Popeye menerangkan apa yang dah jadi kat Enriqueta. Shiva emosi giler and turut menangih.

Hospital/koridor: Brandy bergegas ke arah Juana dan memeluknya, makcik Eva tanya apa dah jadi. Juana bgtau depa suh bertenang dan cuba fikirkan cara untuk menyampaikan berita tu.

Bilik David: DAvid bagitau Mauricio, yang sebaik saja dia nampak lelaki tu mengacukan senapang ke aras Maurici; dia cuma tau yang dia perlu selamatkan Mauricio. Dia nak Mauricio bagitau perkara sebenar apa yang doktor dah cakapkan.

Hospital/corridor: Juana bgtau depa tentang peluru yang sepatutnya mengena Mauricio. David dah ok selepas pembedahan tapi doktor tak pasti sama ada DAvid akan boleh berjalan lagi. Brandy terus menangis sambil memeluk Juana.

Bilik David: David bgatu Mauricio jangan memanjang manjang kan cerita dan bgtau jer apayang dia nak tau. Mauricio akhirnya bgtau yang disebabkan kerusakan saraf tunjang, DAvid mungkin takkan dpat lagi menggunakan kedua-dua kakinya.

Apartment makcik Eva: Desiree minum2 dan memikir sendiri tentang apa yang Rogelio cakap. Telefon dia berbunyi, panggilan dari Armando. dia bagi tau berita buruk tu dan citer serba sikit apa yang dia tau setakat ni. Tekaan Desiree tepat. Dia marah betul biler Armando bgtau dia Juana pon ada kat situ masa kejadian tu. Dia kata dia kene selesaikan masalah ni dengan cepat.. dia tinggalkan apartment tu.

Hospital/Bilik David: DAvid dok nangih dan kata sekarang dia paham kenapa Mauricio macam takmo citer yang sebenar. mauricio menyapu airmatanya biler Brandy masuk. Brandy pon mengesat air matanya.. DAvid bgtau dia apa yang dah terjadi. Brandy salahkan Mauricio menyebabkan semuani berlaku. Dia sungguh emosi sambil bergegas ke sisi David. Mauricio tinggalkan depa berdua.

Rumah Perez: Manuel dok kat sofa, teringat ingat tentang Ramon. Loceng pintu berbunyi, dia bukak pintu dan Enriqueta tersembul kat situ. Dia bgtau sesuatu dah menimpa David.

Hospital / koridor: rogelio mai melawat. Juana perli Rogelio tentang tersalah tembak orang. Makcik Eva mai sertai depa dan melemparkan kata2 menuduh kat Rogelio tanpa bertapis tapis dah. Dia tau Rogelio yang suruh orang bunuh MAuricio.

Rumah Perez: Paco ada ngn Azucena kat dapur biler manuel mai bersama ngn Enriqueta dan tanya Ana maria kat mana. Dia bgtau Azucena yang David kene tembak. Azucena tekejut.

Hospital/koridor: Mauricio bgtau makcik Eva yang dia tak leh main tuduh2 jer Rogelio tu. Rogelio setuju dengan pendapat mauricio.

Bilik David: DAvid macam dah putus harap, kelihatan longlai jer, Brandy cuba pujuk dia, naikkan semangat dia, beri sokongan moral. Dia kata nanti DAvid akan sembuh jugak. David kata jgn harap sangat la. Brandy tiba2 mencium David. DAvid kata cinta Brandy takkan sembuhkan dia. Brandy ngn yakinnya kata "tengoklah nanti."

Rumah De la Vega/tingkat atas: Amparito rayu carlotta agar jgn buat tuduhan tak tentu hala kat bapak dia. Father Jose tiba2 masuk lam bilik Carlotta nak bincang tentang Rafael. Dia risau tentang masadepan RAfael.

Hospital/koridor: Mauricio suruh Makcik Eva berhati-hati biler bercakap dan masa ni tak sesuai utk bercakap benda2 macam tu. Mauricio salahkan diri sendiri atas apa yang terjadi pada DAvid. Dia pergi dari situ. Di satu sudut, Rogelio dok pandang makcik Eva.

Rumah De la Vega/tingkat atas: Father Jose tanya tentang perkahwinan Carlotta.

Hospital / koridor: Juana bgtau Manuel dan Enriqueta tentang David. Dia cuba dapatkan pendapat Enriqueta sama ada dia fikir Rogelio berpotensi untuk membayar seseorang utk membunuh Mauricio.

Rumah De La Vega/tingkat atas: Father Jose terkejut biler dia tau Mauricio ngn Carlotta tak kawin dalam gereja. Carlotta kata depa tu pasangan yang praktikal. tiba2 Desiree sampai dan bgtau depa dia nak cakap ngn Carlotta jap.

Hospital: Makcik Eva suruh Juana jauhkan diri dari masalah kerana tu akan memberi kesan kepada dia dan anak dia. Juana kata dia takkan tinggalkan David dan dia mesti temankan David. Makcik Eva pujuk Juana ikut dia sekurang kurangnya untuk makan demi kesihatan dia dan anak lam kandungan dia. Dia mesti jaga kesihatan dia.

Rumah De la Vega /Tingkat atas: Father Jose mintak diri dulu dan Amparito ikut dia. Desiree bagitau Carlotta apa yang dah jadi dan Juana ada bersama Mauricio dan David sekarang. Carlotta bingkas bangun dengan rasa marah. Juana mesti dihapuskan.

Hospital: Enriqueta tanya manuel kenapa tak tipon dia? MAnuel kata dia sibukla dengan projek t-shirt dia tu. Enriqueta dapat teka yang Manuel takut biler dia ajak manuel dok serumah dengan dia, dia takutkan komitmen.

Rumah De La Vega/ tingkat atas: Carlotta kata kat Desiree.. "Berurusan dengan engkau ni macam berurusan dengan setan.." Desiree jugak nak pastikan Juana perez terhapus dari kehidupan Mauricio buat selama-lamanya. Depa perlu buat keputusan segera dan lepas tu dia akan blah.

Tingkat bawah: Father Jose bgtau Amparito yang dia akan cakap ngn Mauricio dan Juana. Dia suh budak2 dia bersedia untuk pulang.

Tingkat Atas: Carlotta tanya Desiree apa rancangan dia? Carlotta hanya perlu sediakan duit dan dia akan uruskan hal2 yang lain utk dapatkan orang yang sesuai utk buat kerja kotor depa.

Suatu tempat di luar: Rogelio ada di sebelah Prado sambil memegang pistol (saya rasa dia dah bunuh pembunuh upahan tu).. dia pergi ke arah Camacho dan suh dia tu buat kerja dia pulak.

Rumah De La Vega/ tingkat atas: Desiree tanya carlotta, "jadi, nak ker tak nak?" Desiree pesan jangan bgtau sapa2, walaupun kepada Rogelio.

Suatu tempat di luar: Camacho dengan gembiranya mencurahkan petrol ke seluruh Prado. Dia kata depa ada banyak cara utk buat camtu.

Kabin Makcik Eva: Juana terlelap biler masa Makcik Eva berhentikan keretanya. Juana bangun mengejut dan dia tanya naper mai situ?

Hospital/bilik David: Brandy ada di sebelah David biler sorang jururawat datang bwk bantal dan selimut.

Kabin makcik Eva: Di dalam, kat atas sofa, Mauricio dok tido ngn nyenyaknya dengan satu kaki tersangkut kat tepi bangku. Dia bangun mengejut biler dia dengan pintu depan dibuka kuat. Juana masuk menyeret dirinya ke ruang tamu. Mauricio terkejut dan sedikit gembira biler terlihat Juana. Dia tanya naper dia mai kat kabin tu? Juana buat muka "mana aku nak pi tau, hang habaq mai".

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada hari khamis, 24 julai 2003

Posted on Jul 24, 2003, 2:49 PM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1