Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 111 (diterjemahkan oleh kak na Kak na) English Home
Juana La virgen (Ep111, Isnin 21 Julai) Dalam Bahasa Melayu

episode hari ni terutamanya penamat buat saya menangis...

*************

Di bar: Mauricio bercakap seorang diri. Katanya Juana dah berubah, rasa rasa dibohongi dan sebab itulah dia nak balas dendam kat dia sementara DAvid pulak merancang untuk mencari jalan memutuskan sebarang hubungan di antara dia dan anak nya. 'Tak sedarkah engkau betapa pentingnya anak ini kepada ku?' Dia teringat semasa dia dan Juana memandu ke kabin makcik Eva. Juana meninggikan suara radio sebaik saja saja lagu kegemaran dia kedengaran. Mauricio hampir2 menangis dan cuba menahan air mata dia dari mengalir. Dia berkata lagi "Aku jatuh cinta pada mu sementara engkau pulak ingat aku nak amik kesempatan." sob.

Rumah Perez/di ruang tamu: David bagitau Juana suh tipon dia kalau dia perlukan pertolongan. Dia jugak cadangkan Juana pertimbangkan cadangan dia supaya daftarkan anak tu dengan nama dia. Juana kata dia akan pertimbangkannya. David ucap selamat tinggal dan blah. Manuel mendekati Juana dan kedua dua mereka berbincang tentang Ana Maria. Juana rasa kesian tengok mak dia berdepan dengan kegagalan dalam bercinta. Manuel dan Juana tiba2 berenti bercakap biler Azucena masuk ke rumah. Azucena nampak depa semua bermuka masam. Depa menunduk dan terus diam. Azucena dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.

Di luar: Salvador kelihatan bersama Petricia. Petricia bercakap tentang cinta dan rancangan depa yang tak menjadi untuk mendapatkan perhatian Manolito dan Ana Maria. Salvador kata dia dah berputus asa dengan Ana Maria dan dia dah tau dia dah kehilangannya. Petricia menawarkan dirinya untuk dicintai SAlvador. Salvador dah buat keputusan tak nak terlibat lagi dalam percintaan.

Rumah Perez: Azucena tanya di mana Ana Maria. Manuel kata dia kat atas nun and nampak macam tak sihat. Azucena buat andaian nya sendiri. Juana kata Azucena tu macam ahli sihir. Manuel cepat2 tukar topik dan tanya makd ia gi mana dan kenapa Rosita/Maria selalu mai rumah depa. Azucena senyap saja.

Apartment Makcik Eva: Maurico masuk dan kelihatan penat. Dia melihat lihat sekeliling dan berjalan ke sofa.

Rumah Perez/di ruang tamu: Di sofa, Juana sedang berbaring sambil memeluk anjingnya. Dia teringat tentang lagu kegemarannya kerana ia mengingatkan dia kepada seseorang yang tengah cuba untuk melupakan. Dia nak lupakan segala galanya bermula dari ciuman pertama mereka.. ia adalah satu pembohongan.

Pagi tiba...

Apartment makcik Eva: Mauricio dok tidoq kat sofa dengan sebelah kaki terangkat sikit (obscene? LOL!!!) Desiree kuar dari blik dan nampak Mauricio dok tidor nyenyak. Dia pelan2 menghampiri mauricio dan... (sorry adegan ini telah dipotong oleh Ntv7)

Rumah Perez: Juana bangun tiba2 dan nampak mak dia dok tido kat katil lagi satu. Dia kesiankan makdia yang menghadapi masa yang sukar dan kedua dua mereka mengalami kesakitan yang sama. Dia teringat kenangan dia di zoo bersama Mauricio; duduk di atas rumput dan sama2 meluahkan rasa gembira dan mereka bercium. Dia berkata kepada dirinya sendiri yang, walaupun dia marah, dia masih cintakan Mauricio dan tak dpt lupakan dia tu.

Di hospital: Carlotta diberi kebenaran oleh doktor untuk pulang. Doktor tu nasihatkan dia supaya menjaga diri baik2 dan sorang jururawat akan pi ke situ sebaik saja selesai urusan pendokumentasian. Carlota kegembiraan, dia kata dia tak sabar nak balik dan bersama sama dengan RAfael dan suaminya. Amparito sungguh gembira dengan anaknya tu.

apartment Makcik Eva: Mauricio bangun tiba2, dia dapati Desiree ada disebelahnya membuat sesuatu (adegan ini dipotong awal tadi, jadi kita tak tau apa la yang dia buat, terimakasih buat ntv7). Dia bangun cepat2 dan bgtau Desiree dia nak mandi dan gi pejabat. Desiree terkejut dan kata kat diri dia sendiri "Dia ni susah nak diperangkap, tapi dia tak rugi apa2, sikit sikit la.. nanti lama2 dia tu pasti tirgoda la." Dia senyum seorang diri.

Rumah Perez/tingkat bawah: Juana jerit panggil nenek ngn pakcik dia, dia kata dia nak gi skolah dah. Manuel kuar dari dapur dan beri dia secawan kopi. Dia tanya tentang Ana Maria. Juana kata dia masih tido dan tak sampai hati nak kejut mak dia tu. Juana diberitahu yang Azucena dah kuar awal pagi tadi dan pi mana ntah.

Rumah Lili: Azucena diberitahu oleh Rosita/Maria yang Ramon tak balik semalam. Depa semua bimbang dan cuba fikir ke mana RAmon akan pergi. Rosita nak depa buat sesuatu.

Apartment Makcik Eva/di bilik mandi: mauricio tengah dok bersiap siap. dia berkata pada dirinya sendiri yang Desiree tu menggangga saja dia dia perlu cepat bertindak untuk halau dia tu kuar dari apartment tu. Dia nampak telefon bimbit dia dan teringat kat Juana. Dia telefon ke rumah Juana.

Rumah Perez/di ruang tamu: Manuel sambung berbincang dengan Juana pasal Azucena. Dia bagun untuk tambah kopi Juana. Kemudian telefon berbunyi; Juana jawab telefon tu dengan gembiranya tapi kecewa biler suara Mauricio yang kedengaran. Mauricio kata dia tau tentang rancangan David dan dah cakap dengan sorang peguam; cuba cari jalan untuk mengambil hak dia ke atas bayi yang Juana kandung. Juana ternganga, dia tekejut Mauricio tau tentang hal tu. Mauricio harap idea tu idea DAvid bukan idea Juana. Dia kata "Sampai hati engko buat camnih kat aku" Manuel nampak Juana dok cakap kat tipon ngn Mauricio dan suh Juana bagi telefon akt dia. Ana Maria baru turun sementara Juana menghempas telefon. ana Maria dan Manuel tanya Juana apa yang Mauricio dah cakap. Jauna tipu depa kata dia tak bagi Mauricio kesempatan untuk cakap apa2.

Apartment Makcik Eva: mauricio bercakap dengan Desiree: Dia harap Desiree tak amik kesempatan ke atas dia dan buat perkara-perkara yang memalukan dan bodoh lagi. Itu membuat dia rasa bersalah sebab dia tau Desiree tak der tempat tinggal buat masa nih. Desiree kata dia akan cuba mengawal diri dia dan dia hanya perlukan 3 hari untuk cari tempat tinggal.

Rumah Perez: Juana suh mak dia jgn tarik muka kat dia. Ana Maria bgtau dia yang dia tak dapat lupakan kejadian semalam dan semua jadi lebih buruk selepas anak tu dilahirkan sebab mauricio akan bertindak lebih agresif. Ana Maria baring kat riba Juana dan cakap tentang kekuatan dan kelemahan mereka.

Apartment makcik Eva: Desiree suh mauricio jangan bimbang sebab dia akan jaga kelakuan dia. DIa bgtau Mauricio yang dia nak tumpang gi pejabat sebab Mauricio pon dah nak bertolak. Mauricio suh dia cepat2 sikit dan dia akan tunggu di bawah. Desiree berkata pada dirinya sendiri yang dia ada tempoh 3 hari untuk pastikan Mauricio jatuh ke dalam dakapannya.

Rumah Perez: Manuel menenangkan Ana Maria. Loceng pintu berbunyi. David sampai. Juana dah bersedia untuk pergi tapi David kata depa perlu pi jumpa peguam yang dia dah citer kat Juana semalam. Peguam tu kata ni penting. Juana kata ni betul2 satu kebetulan, Mauricio baru saja telefon dia tadi dan bagi tau dia dah tau tentang rancangan mereka. David bermasam muka dan tertanya-tanya camno Mauricio tau tentang hal tu.

Positivo: Enriqueta bagitau Armando yang Rogelio nak mai untuk umumkan sesuatu kat depa. Depa tertanya-tanya apa la yang dia tu nak cakap dan rasa agak pelik.

Di hospital: rogelio bagitau Carlotta yang dia boleh gunakan Camacho selepas dia dan alfredo gi keje. Tekaan carlotta meleset sbb bukan Mauricio yang mai amik dia balik. Carlotta dan Amparito dah cuba hubungi Mauricio tapi tak dapat jawapan. Rogelio peluk anak dia dan kata Carlotta leh dok ngn dia wat sementara waktu.

Di luar bangunan Positivo: Mauricio memberhentikan keretanya dan suruh Desiree turun sebab dia nak pi kat satu tempat ni. Di seberang jalan, sebuah kereta bercermin gelap menunggu di tepi jalan. Pembunuh upahan menurunkan cermin tingkapnya dan mensasarkan senjatanya ke arah Mauricio. Desiree bagitau Mauricio yang dia takutkan Rogelio. Pembunuh upahan itu hampir2 menembak tetapi diganggu oleh Desiree yang tiba2 memeluk sasarannya itu.

Rumah Perez/di ruang tamu: Ana Maria dan Manuel sangat tak selesa dengan keputusan Juana dan David pi jumpa peguam. Ana Maria tersentak bila tiba2 dia teringatkan mak dia dan ingat mak dia tu tentu dah tau tentang apayang dah jadi. Manuel kata, rasanya tidak sebab Azucena kelihat sibuk dan asyik kaur dengan Rosita/Maria.

Di luar bangunan Positivo: Mauricio marah biler Desiree macam nak melengah lengah kan dia tambah2 dia ada temujanji ngn peguam. Dia akhirnya kuar dari keretanya. Pembunuh upahan tu sekarang dah dapat sasaran yang tepat untuk menembak tetapi gagal berbuat demikian sebab ada sebuah kereta menghalang pandangan dia dan terlepas peluang. Dia sangat marah dan memecut pergi dari situ apabila tengok keta mauricio dah takdak kat situ.

Positivo / di bilik mesyuarat: Adolfo bgtau Enriqueta, Armando dan Desiree yang ni pelik sebab Rogelio nak jumpa depa. Desiree kata mauricio ada hal penting untuk diuruskan.

Di luar/ dekat pejabat peguam: Mauricio meletak keretanya di tempat letak kereta. Pembunuh upahan dok ikut dia dari belakang dan memberhentikan keretanya beberapa meter dari kereta Mauricio.

Pejabat peguam: Juana dan DAvid masuk dan diberitahu utk menunggu di bilik mesyuarat. Juana bgtau DAvid yang dia rasa gementar dan tak selamat berada di situ. David suh dia bertenang dan depa perlu berdepan dengan peguam tu. Dia jugak nak tau macam mana mauricio buleh tau rancangan dia.

Peguam tiba dan nampak Mauricio kat ruang menyambut tetamu. Dia tanya sama ada dia pasti nak teruskan rancangan ini untuk berbincang dengan David dan Juana. mauricio kata ya dan izinkan peguam tu buat apa yang patut jika keadaan jadi tak terkawal masa perbincangan nanti.

Positivo/ di bilik mesyuarat: Desiree kelihatan tak tenang dia macam tertunggu tunggu jugak Rogelio tu yang tak sampai sampai lagi. Rogelio ngn Alfredo akhirnya sampai dan mengucap selamat kat depa dengan mesranya. Desiree perlahan lahan mengalih pandangan ke arah Rogelio. rogelio pandang Desiree dengan senyuman.

Pejabat peguam/bilik mesyuarat: David tanya peguam tu tentang bagaimana Mauricio tau tentang rancangan dia. Peguam tu mengaku dia buat kesalahan dan menyesalinya yang dia secara tak sengaja bagitau Mauricio. Dia tak tau yang Mauricio terlibat dalam hal ni. Juana bgtau peguam tu yang Mauricio berniat jahat dengand ia dan nak merampas anak dia. sebagai peguam, dia tu kata dia akan cari jalan yang sepatutnya untuk selesaikan hal nih.. dengan aman. Juana dan david bangun tiba2 bila peguam tu bukak pintu untuk benarkan Mauricio masuk. Juana dan Mauricio memandang satu sama lain.

Positivo/di bilik mesyuarat: Rogelio taknak biarkan semua tertunggu tunggu lagi, dia cuba bersikap spesifik dengan apa yang nak disampaikan. Dia tak nak dianggap seorang yang mementingkan diri sendiri dan akan menyokong penuh projek urusniaga luar negara dengan Miami.

Pejabat peguam/ bilik mesyuarat: David dan Juana nak meninggalkan tempat tu tapi tak dibenarkan oleh peguam tu dan dia tu suruh depa bincang elok2. Dia bgtau Juana yang tindakan dan keputusan dia akan memberi kesan kepada anak dia sama ada dia akan membesar dengan selamat atau tidak. Mauricio mengunci pandangan dia ke arah Juana.

Di luar/dalam kereta: Pembunuh upahan dah tak sabar menunggu, dia melihat jam tangan nya dan mengusap usap senapang menunggu Mauricio kuar dari bangunan tu.

Pejabat peguam/bilik mesyuarat: Mauricio mula memberitahu mereka yang dia dah bosan dilayan seperti orang jahat hanya kerana dia nak penuhi cita-citanya. Dia bgtau Juana yang dia rasa bertuah biler Juana mengandung disebabkan kesalahan semasa pemanian beradas. Kemudian apa dia dia lalui dengan cancer dia, dia bersyukur kerana Tuhan mengurniakan sorang ibu untuk mengandungkan anak dia. Ibu yang dia cintai sepenuh hati, ditakdirkan berjumpa. David menyindir kata dia sepatutnya jadi penulis sebab kata2 dia menyentuh hati. Mauricio naik marah dan suh David diam dan jangan menyampuk. Peguam tu tengok Mauricio masa dia menerangkan yang dia akan terima hukuman tapi tak mau dipisahkan dari anak dia. Juana menangis perlahan semasa David membalas. Mauricio tanya Juana sama ada dia betul2 nak pisahkan dia dari anak dia yang sedang dia kandungkan tu. Juana tak berkata apa2.

Positivo / di bilik mesyuarat: Rogelio selesai berkata kata dan harap semua orang akan bekerjasama dengan dia. Rogelio tunjuk isyarat 'best' kat Armando, Enriqueta dan Aldolfo yang sedang bertepuk tangan sebagai penghargaan. Desiree berkata kata sendirian yang ni mesti ada apa2 yang disorokkan oleh Rogelio nih; bukan mudah untuk Rogelio mengalah macam tu saja.

Pejabat peguam/bilik mesyuarat: Mauricio dan DAvid terus bergaduh dengan kata2 yang perit didengar. Peguam tu menolak Mauricio dari bertindak. Mauricio kata kat DAvid "Jangan mimpi la! Anak yang Juana kandung tu anak ku!" dia tengok kat Juana dan kata, anak tu datang dari Juana dan dia bukan dari David. Anak tu akan mirip Juana dan Mauricio bukan David dan dalam badan anak tu akan mengalir darah dia. Juana dan David tak dapat menyangkal kata-kata Mauricio. David menunjukkan sikap sebenar dia kat Mauricio dan kata "jangan risau, aku akan buat apa yang perlu dan daftarkan anak tu dengan namaku, tiada undang2 akan menghalang dia." Juana pun naik marah sama2 ngn depa lepas tu.

Positivo/di bilik mesyuarat: Desiree nak meninggalkan bilik tu tapi Rogelioa menarik dia ke tepi.

Pejabat peguam/bilik mesyuarat: mauricio menyambung bertikam lidah ngn DAvid. Juana akhirnya tak tahan dan menjerit suruh depa diam jgn cakap apa2 lagi macam la dia tak dak kat situ.

Positivo / di bilik mesyuarat: Rogelio nampak Desiree malaih nak layan dia. dia ugut dan kata ada seseorang sedang melawat abang dia kat penjara. Desiree macam taktau apa nak buat biler perkataan tu memerangkap dia. Armando dok tengok depa. Rogelio tarik lengan Desiree and bawak dia kuar dari bilik tu dan Alfredo memandang jer depa dua tu.

Pejabat peguam/bilik mesyuarat: Juana meluahkan perasaan dia kat Mauricio. Dia kata dia tak nak mengutuk atau melukakan hati Mauricio, dia tak berhasrat nak buat camtu. Dia tak mo melukakan Mauricio seperti mana mauricio melukakan hati dia. Mauricio nak membalas kata2 tu tapi Juana tak nak dia cakap apa2 sebab dia takkan percaya dah. Dia mengesat air matanya dan terus memberitahu yang jauh di sudut hatinya, dia tau darah Mauricio mengalir dalam tubuh bayi dalam kandungannya dan bayi tu yang menemukan dia dan Mauricio. Dengan linangan air mata, Juana menerima hakikat yang bayi tu anak kandung Mauricio tapi dia tak dapat terima hakikat yang takdir yang menjadikan pemanian beradas dilakukan secara tak sengaja ke atasnya. "Anak ini anak engkau tapi dari segi biologi sahaja". Mauricio kelihatan menangis terang terangan dan wajahnya berubah biler Juana menyebut rangkai kata terakhir. Dia rasa sungguh sedih

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada Selasa, 22 julai 2003

Posted on Jul 22, 2003, 12:17 PM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1