Juana La Virgen (ep 110,
Jumaat 18 Julai) dalam Bahasa Melayu
Episode hari Jumaat... wow, nampaknya Juana dan Ana Maria mendapat kejutan
yang paling hebat dalam hidup depa.
Hospital: Amparito rasa rancangan anak dia tu takkan bertahan lama.
Carlotta akan berpura-pura sakit selama mana mungkin asalkan dapat
Mauricio balik. Dia pasti rasa simpati dan bersalah adalah sekuat rasa
kasih sayang. Badan dia rasa sakit2 dan tak tahan dok kat spital. Dia nak
mak dia tolong pastikan Juana gugurkan kandungan dia. Amparito wat muka
terkujat sbb tak sangka anakd ia akan melakukan perkara sekejam tu.
Rumah Mak Desiree: Mak Desiree tengah dok berdoa agar tuhan melindungi
Desiree. Loceng pintu berbunyi, dia cepat2 pi bukak pintu dengan harapan
anak dia yang muncul tapi Rogelio yang terpacak kat depan pintu.
Hospital: Amparito tanya sama ada dia serius. Dia kata sebaik saja dia
nampak perut Juana, rasa marah dia naik sampai tak cukup termometer nak
ukur. Dia tak dpt terima hakikat yang darah daging Mauricio sedang
membesar dalam perut Juana. Carlotta berkeras yang anak tu tak boleh
dilahirkan. Amparito takut dengar cara Carlotta cakap camtu.
Rumah Mak Desiree: Rogelio bercakap dengan mak Desiree. Dia bijak
berkata-kata seolah olah dia orang baik. Mak Desiree mintak Rogelio tolong
cari anak dia.
Hospital: Makcik Eva diberitahu oleh Maurico yang RAfael dah dibenarkan
balik. Dia nak Rafael tinggal ngn dia kat apartment sebab Carlotta masih
di hospital. Makcik Eva rasa sedih tengok keadaan Mauricio tu. Mauricio
kata dia ada tengok Juana pagi tadi.
Rumah Perez: Juana bersama dengan anjing kesayangan dia yang comel tu (ni
adalah anjing yang paling maleh and saya penah tengok.. tido jer sepanjang
masa! hehe) dan David bersembang kat ruang tamu. Juana nak namakan anjing
tu. Ana Maria mai dan hidang jus kat depa. David bgatu Ana Maria yang depa
akan kuar dan wat sambutan sempena Juana balik ke sekolah dan jugak nak
gelakkan sorang pompuan tua. Juana nak berpakaian kemas dan pi besiap siap
ngn mak dia yang nak kuar jugak masa tu.
Hospital: Makcik Eva bagitau Mauricio yang dia nak Mauricio tumpukan
perhatian kat Carlotta ngn Rafael. Depa perlukan perhatian dia dan dia
mesti berada di sisi mereka. Maurico nak Makcik Eva tolong jagakan RAfael
wat sementara waktu.
Rumah Mak Desiree: Rogelio tanya mak Desiree kenapa Desiree tu tak
dipenjarakan? Dia bgtau la abang dia dah tolong ngaku salah bagi pihak
Desiree yang dah bunuh bapak dia. Anak dia, wilmer sekarang masih
dipenjarakan dan tak sihat. Dia merayu Rogelio agar cari Daisy untuk dia.
Dengan senyuman lebaq, dia kata dia akan tolong.
Rumah PereZ: DAvid dok tengok t-shirt yg manuel dah design, dia cadangkan
suapya Manuel lebih kreatif sebab itu akan lebih menarik perhatian
pelancong. Ana maria lari turun tangga dan mengucapkan selamat tinggal kat
Azucena. David nampak Ana Maria pergi, dia tanya la mana Ana maria tu nak
pi. Juana pun turun jugak tak lama lepas tu, memakai blaus biru berbunga
bunga. David mendekati Juana dan puji kecantikan Juana sementara Azucena
dan manuel melihat sahaja. Dia kata, "Malam ni saya bangga dengan
awak." Juana tersenyum.
Apartment Makcik Eva: Mauricio masuk dan tekejut tengok ada dua beg
kembara atas lantai. Dia tertanya-tanya sapa la letak beg2 tu kat situ dan
rasa ngeri sikit biler teringatkan Desiree.
Hospital: Amparito suruh Carlota bertendang eh.. bertenang tapi dia tu
takmo dengar. Dia suh mak dia bagi telefon sbb dia nak tipon ke rumah.
Tania yang jawab telefon tu dan dia beritahu mauricio tak balik rumah
sejak Carlotta kemalangan. Carlotta kecewa.
Apartment Makcik Eva: Desiree (ngn muka tebai) bagitau Mauricio yang dia
dah kemas baju2 dia dan harap Mauricio tak kisah berkongsi laci dengan
dia. Sebelum ni dia dok kat rumah Rogelio sebab Carlotta dah halau dia.
Dia takmo Rogelio tau dia dok di mana lani. Dia merayu Mauricio benarkan
dia tinggal kat situ buat sementara waktu sehingga dia dapat tempat
tinggal.
Rumah Perez: Manuel dok cakap kat tipon dengan Enriqueta. Dia bagi alasan
biler Enriqueta nak dia tinggal kat apartment dia. Dia kata dia akan
rindukan Manuel. MAnuel kata depa akan sembang lagi nanti. Azucena kuar
dari dapur, dia nampak manuel and sindir2 dia tu sebab tak kuar lagi masa
ni. Loceng pintu bunyi, Azucena bukak pintu dan Maria ada kat situ. Dia
nak bincang sesuatu dengan Azucena. Azucena bgtau manuel yang dia nak kuar
jalan2 kejap dan satgi dia balik la. manuel dapat rasa ada sesuatu yang
tak kena.
Apartment Makcik Eva: Mauricio bgtau Desiree yang dia dah bincang hal dia
ngn Rogelio. Desiree macam takut biler Mauricio sebut nama rogelio. Dia
tak caya dah kat Rogelio sebab dia tau Rogelio akan ganggu dia. Maurico
kata Rogelio luahkan rasa kasih dia kat Desiree.
Drive Café: Carlos dan Ana Maria ada kat satu meja. Ana Maria tekejut
biler Carlos jemput kawan dia dan gelfren kawan dia utk bersama-sama ngn
depa hari tu. Tak lama lepas tu, sampai la si David dan Juana. Juana
tengah memandang sekeliling sementara DAvid dok cakap2 tentang 'pompuan
tua'. David ternampak Carlos dan pi tegur depa sementara Juana dah jalan
ke depan. Juana pusing and tengok Carlos and pompuan kat sebelah Carlos.
Dia tekejut beruk biler tengok mak dia la 'pompuan tua' yang sedang depa
gelakkan tadi. Juana dan Ana Maria tengok sesama sendiri.. dok bertukar
jelingan 'burung hantu'. LOL.
Rumah Perez/ di ruang tamu: Manuel bersembang dengan SAlvador. Dia tanya
naper bawak dua buku tebal. Dia kata sebab nak sambung belajar
undang-undang dan baru jer balik dari sekolah undang-undang. Manuel
seronok sebab Salvador ada rancangan besar untuk masa depan dia.
Drive Café: David nampak Ana Maria, dia keliru tengok dia tu pun ada kat
situ, dia cam gabra sikit dan cuba sembunyikan rasa terkujat dia. Juana
pulak terang terangan terlopong tengok mak dia. Ana maria masih belum
dapat tangkap kenapa reaksi David dan Juana tu pelik sangat. Carlos
terkejut biler Juana bgtau Ana Maria tu mak dia.
Rumah Lili: Azucena diberitahu yang Ramon dah hilang tapi barang2 dia
masih lagi ada lam bilik.
Drive Café: David dan Juana dengaq jer citer Ana maria, tentang macam
mana dia berjumpa dan berkenalan dengan Carlos kat gym. Juana memandang
Carlos dengan pandangan meluat 'hang ingat hang sapa' sambil mengetuk
ngetuk jari dia kat meja. David dapat rasakan suasana yang getir tu dan
cepat2 ajak Juana menari. Juana kata takmo. Ana Maria tanya kenapa Juana
tak mo bersuka ria sikit. Juana naik angin dan terus suruh Ana Maria balik
rumah dengan dia.
Apartment MAkcik Eva: Mauricio dan Desiree dok makan malam (pesan pizza
kot). Desiree mengaku yang Rogelio cuba goda dia. Tu semua bermula masa
majlis yang diadakan oleh Mauricio di mana dia terpaksa balik dengan
Rogelio sebab Francisco tak muncul2. Dia tertanya-tanya apa terjadi kat
Francisco malam tu. Dia tekankan yang dia tak cintakan Rogelio dan sorang
jer yang tau tentang tu, maurico la. Mauricio mintak diri nak pi tempat
lain.
Drive Café: Juana bergaduh sakan ngn mak dia kat meja makan sementara
DAvid senyap macam tikuih gereja.. tak tau nak cakap apa sebab dia la yang
bukak mulut tentang tujuan sebenar Carlos kawan dengan Ana Maria. Juana
tak tahan ngn sikap mak dia, dia bangun dan tinggalkan tempat tu. Ana
maria ligan anak dia.
Rumah Lili: Azucena bagitau depa yang dia tak tau nak wat apa sebab Ramon
tu bukannya budak kecik lagi dan ni bukan kali pertama dia menghilangkan
diri. MAria menekankan yang ada sesuatu tentang RAmon yang menyebabkan dia
rasa gementar.
Drive Café: Juana marah mak dia sbb masih lagi membutakan mata sebab
Carlos tu cuma nak suka-suka saja dengan Ana Maria. Juana mulanya berkira
kira sama ada nak citer atau tak hal sebenar kat mak dia. Dia last2 decide
citerkan semuanya tentang tujuan sebenar Carlos. Ana Maria tak caya kata2
Juana tapi Juana suruh dia sendiri tanya kat Carlos tu.
Hospital: Carlotta dok atas katil sementara Amparito ternganga tengok soap
opera. Carlotta amik alat kawalan jauh dan tutup televisyen tu. Dia
taksuka citer tu sebab citer tu macam keadaan yang sedang dia lalui masa
ni.
Drive Café: Carlos bgtau Ana Maria yang dia masih muda dan banyak perkara
lagi yang perlu dipelajari dan tak penah pikirkan hubungan depa akan jadi
serius. kata2 Carlos melukakan hati Ana Maria.
Hospital: Rogelio masuk ke bilik Carlotta and tengok anak dia dok wat apa.
CArlotta marah biler bapak dia kata dia kelihatan lebih sihat. Amparito
bagitau Rogelio yang CArlotta tu gementar sikit dan mungkin dia tau di
mana Desiree berada. Rogelio menjeling jer kat Amparito.
Apartment Makcik Eva: Desiree dok baring kat sofa sambil memeluk baju
Mauricio. Dia dok berkhayal tentang bau baju tu, bau Mauricio. Dia betui
obsess ngn Mauricio dan dia rasa depa dua tu pasangan yang secocok yang
bahagia.
Di bar: Mauricio dok kat kaunter dan pesan minuman biasa dia. Kemudian
peguam yang datang ke pejabatnya pagi tadi nampak dia dan pi tegur dia.
Depa tukar tempat duduk ke tempat yang lebih selesa. Dia tu kata dia gi
pejabat tadi untuk jumpa Armando dan Enriqueta. peguam tu ucapkan tahniah
atas kejayaan usahasama dengan Miami. Dia bgtau Mauricio tentang
perbincangan serius dia dengan DAvid tadi tentang satu kes yang menarik.
Rumah Perez: Manuel bgtau Salvador tentang kakak dia, Ana Maria. Ana maria
tu tak sedar yang SAlvador tu baik orangnya. Salvador kata cinta ni tak
leh dipaksa dan takmo bincang hal tu. Tiba2 Jauan, David dan Ana maria
sampai ke rumah. Juana ngn Ana Maria sambung perdebatan depa tadi. Manuel
bangun dan tanya apo hal ni kecoh kecoh? Ana Maria kata ada problem, semua
lelaki tak guna! Ana maria capai botol dari tangan Salvador dan minum.
Di bar: Peguam tu citer la segala galanya yang DAvid citer kat dia pasal
pemanian beradas. Dia tak tepati janji dia utk rahsia kan hal tu. Mauricio
kata, iyer aper hal? Peguam tu kata David nak tau macam mana nak halang
sorang lelaki ni, yang merupakan bapa kepada anak dlm kandungan perempuan
tu, daripada menuntut hak ke atas anak yang bakal dilahirkan tak lama
lagi. Mauricio terbodo seketika mendengar kata2 peguam tu.
Rumah Perez: Juana, David, manuel dan Salvador risau tengok Ana maria tu
minum minuman keras tak henti2. Dia larang depa semua dari mendekati dia.
Salvador cuba pujuk dia tapi Ana maria suh dia jgn masuk campur urusan
depa. David wat muka kesian kat Ana Maria. Ana Maria then gedebak gedebuk
jalan naik atas gi bilik dia sambil baling botol ke lantai. Salvador,
DAvid, Manuel dan Juana semua tengok antara satu sama lain.
Di bar: Mauricio tanya peguam tu apa yang dia cadangkan kepada David.
Peguam tu kata David mesti menyatakan bayi tu kepunyaan dia sebaik saja
baik itu dilahirkan dan itu tidak dapat disanggah. mauricio sekarang dah
paham yang David dah mola mengorak langkah utk mencuba memusnahkan hidup
dia.
HOspital: Carlotta mintak pak dia jgn cederakan mauricio. Dia kata tak
lah. Dia ada cara lain utk mendapatkan kembali Mauricio utk anak dia. Dan
langkah ke dua, dia akan berdepan dengan semua kakitangan kat Positivo dan
mengaku telah buat silap. Rogelio cium tangan anak dia dan Carlotta
tersenyum.
Rumah Perez/tingkat atas: Ana Maria tak benarkan anak dia mendekati dia.
Dia dok menyumpah nyumpah hidup dia dan sikap dia yang sentiasa bodoh lagi
bangang sebab jatuh cinta ngn orang yang macam tu. Juana kata bukan dia
sorang saja yang tak dapat menguasai cinta.
Rumah Perez/Ruang tamu: David menerangkan kat Manuel dan salvador apa dah
jadi. Dia tak tau langsung yang kawan sebilik dia ada hubungan dengan mak
Juana.
Di bar: Peguam tu dapat rasakan yang Maurico tersentak dengan kata2 dia.
mauricio kata David tu suka kacau pompuan tu and pompuan tu tak sayang kat
dia tu langsung. Pemilik sperma tu la sepatutnya memiliki anak tu dan
menjadi ayahnya. Peguam tu tanya sama ada dia kenal sapa pemilik sperma
tu. Mauricio kata, "Ya, saya laa. sayala bapak kepada anak yang
sedang dibawa oleh perempuan itu." Peguam tu tekejut badak.
Rumah Perez/Tingkat atas: Juana ngn ana maria bertelagah pasal membuat
kesilapan. Masalah sebenar adalah mak dia tu kesunyian tanpa lelaki dan
dahagakan cinto.
Tingkat bawah/ruang tamu: Salvador sedih dan terganggu dengan cerita
DAvid. Sebelum pergi, dia kata dia perlu menukar sikap dia. David tanya
Manuel sama ada dia dah silap cakap. Manuel kata Salvador dan ana maria
baru saja tersedar dari mimpi.
Di bar: peguam tu suruh Mauricio buat sesuatu untuk halang tindakan David
dengan meminta perempuan tu buat ujian DNA untuk memastikan anak tu milik
dia. hanya dengan cara tu saja, tiada undang2 lain di dunia ni akan dapat
menyangkal hak Mauricio sebagai bapa kepada anak itu.
Rumah Perez/ruang tamu: David dok citer sesuati kat Juana masa dia dok
usap2 anjing tu yang kelihatan sonot tidur. (ps: anak anjing tu nampak
lebih tak berdaya daripada Juana). Juana kata biler tiba soal cinta, mak
dia berdepan dengan mimpi ngeri dan kekecewaan. David tanya Juana tentang
SAlvador. Juana kata Salvador tu syok kat mak dia sangat2 dan telah
berusaha menarik perhatian Ana maria tetapi Ana Maria tak pandang pon kat
Salvador tu. Juana tak paham la mak dia tu.
Di bar: Peguam tu mencadangkan supaya mauricio, DAvid dan Juana berbincang
elok2 untuk selesaikan hal tu secepat mungkin. Peguam tu kata dia akan
buat apa yang mampu untuk bantu Mauricio, dan usahakan agar depa dapat
bertemu di pejabat dia.
Malam/di jalanan: Ramon kelihatan berjalan tanpa hala tuju, kelihatan
seperti sesat. Pada masa yang sama, Salvador berjalan ke arah
bertentangan. Petricia sedang bersama rakan-rakanya, dia ternampak
Salvador dan terus menegurnya.
Di bar: mauricio duduk di kaunter, minum dan mula bercakap sendirian.
Sampai hati DAvid ngn Juana buat kat dia macam ni? Dia teringat saat saat
manis dia dan Juana dalam kereta semasa dalam perjalanan ke kabin Makcik
Eva. Juana kuatkan radio biler lagu kegemaran dia kuar. Mauricio hampir2
menangis dan cuba menahan kesedihan yang melanda.
'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime
que hacer si no estás aqui...'
I Feeeel Gooood ...
Akan bersambung pada hari Isnin 21 Julai 2003
Posted on Jul 20, 2003, 5:02 PM |