Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 109 (diterjemahkan oleh KakNa) English Home
JLV (Ep109, Khamis 17 Julai) dalam Bahasa Melayu

Hospital: Desiree memberitahu Carlotta apa yang telah dia lakukan terhadap Juana pada hari itu. Dia gerenti Juana dah mula membenci Mauricio sebaik saja dia tau keseluruhan cerita.

Pejabat Rogelio: Mauricio bgtau Rogelio yang adalah sukar untuk dia percaya yang Rogelio nak berdamai ngn dia. Rogelio terus mengelentong Mauricio dengan kata2 manis dia. Dia nak cakap tentang Juana tapi Mauricio tak nak bincang hal tu. Dia bgtau Mauricio yang dia tersangat-sangat la sayang kat Desiree.

Hospital: Desiree memberi duit poket kepada budak yang hantar minuman dan pergi dapatkan secawan kopi. Carlotta melihat jer Desiree dan berkata dalam hati "Apakah tujuan sebenar engkau?" Dia rasa kurang selesa dengan 'pertolongan' Desiree. Carlotta ucapkan terima kasih kepada Desiree kerana membantu nya seperti yang telah diceritakan dia tadi tentang Juana, tentang bayi yang bakal lahir dan citer terkini yang telah disampaikan. Desiree kata "Apa gunanya kawan?" Carlotta senyum tapi dalam hatinya berkata-kata.. tidak, tidak engko sedang merancang sesuatu. Dia kata kat Desiree "Mungkin kata-kata saya kedengan kurang sopan tapi agak sukar untuk saya percaya yang engkau telah lakukan semua ini kerana engko sayangkan saya, apa yang engkau mahu, ha?" Desiree tekejut dengan kata-kata Carlotta.

Pejabat Rogelio: Mauricio bangkitkan pulak cerita tentang Desiree. Rogelio kelihatan terkejut. Dia kata "Adakah engkau fikir saya sejahat tu? Saya mengaku memang saya bergaduh dengan Desiree tentang beberapa perkara tapi saya tak pernah campur adukkan urusan perniagaan dengan hal-hal peribadi. Takkan tak kenal lagi saya ni." Mauricio hulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rogelio. Dia harap Rogelio berkata benar dan ucapkan selamat tinggal. Selepas dia blah, Rogelio kata "Percayalah; engkau sedang menghala ke arah yang betul."

Hospital: Desiree kecewa dengan kata2 Carlotta. Dia bagitau Carlotta, dia buat semua tu dengan ikhlas. Carlotta kata dia tak perlu berpura pura sebab Carlotta memang kenal benar dengan perwatakan dan sikap Desiree. Sebelum Desiree blah, dia berharap Carlotta akan ingat semuanya sebab keadaan akan lebih teruk kalu Carlotta tak ingat apa2. Carlotta memejamkan matanya dalam usaha menahan kemarahannya yang meluap luap. SEbaik saja Desiree kuar, Amparito mendekatinya dan bertanya sama ada dia sudah habis bercakap dengan anak nya. Amparito suruh Humberto temankan CArlotta kat dalam bilik sementara dia ngn Desiree saling bertukar pandangan.

Positivo/dalam bilik lounge: David berbincang dengan peguam. Dia menerangkan tentang kerahsiaan maklumat yang akan dibincangkan. Dia benar-benar perlukan kerjasama agar perkara ni tak diketahui orang lain.

Hospital / Di koridor: Amparito meminta agar Desiree pergi secepat mungkin tapi sebelum tu dia nak Desiree tau yang dia tak caya langsung Desiree tu leh jadi baik. Carlotta mungkin percaya dia membuta tuli tapi dia takkan percaya walau sepatah pun kata2 yang kuar dari mulut Desiree. Depa berdua berdebat mempertahankan pendapat masing-masing. Amparito agak terkejut biler Desiree memberitahu dia bahawa dia adalah satu-satunya orang yang sanggup menerima Rogelio vivas sebab tak der orang sayangkan dia tu.

Positivo / di bilik Lounge: David secara ringkas memberitahu peguam tentang kejadian di antara Mauricio dan Juana. Dia hendak tahu apa yang boleh dia buat untuk memastikan Mauricio tidak dapat mendekati Juana dan bayi dalam kandungannya.

Rumah Perez: Azucena kelihatan sedang meperbaiki pakaian. Manuel masuk dan Azucena lega dpt tengok dia. Dia mula marah kat Manuel sbb dia tu tak balik rumah semalam. manuel kata dia dah tipon banyak kali tapi tak dak orang angkat. Azucena tanya pukui baper tipon? Dia kata dia tak tau, sekali dia tipon talian digunakan dan kemudian dia tipon lagi tak der orang angkat. Azucena kata, "Adakah hang nampak tulisan 'bodo' kat muka aku nih?" Azucena dah tunggu kat sebelah tipon sepanjang malam, tiada panggilan. Dia akhirnya mengakut yang dia kuar untuk selesaikan masalah peribadi. Azucena perli dia sebab Manuel buat rumah tu macam hotel, kedai dobi atau restoran. Manuel mendekati ibunya dan menenang kan dia. Azucena kelihatan tercungap cungap cuba bernafas.

Di sekolah/dekat telefon awam: Ana Maria telefon Carlos untuk bagitau berita gembira. Dia kata dia dah dapat keje lama dia semula di sekolah yang sama. Carlos kelihatan tak berminat dengan perbualan tu; dia cepat2 matikan telefon dia sebab ada sorang perempuan sedang menunggunya. Dia memeluk perempuan itu.

Positivo / di bilik Lounge: DAvid tersenyum semasa peguam itu memberi cadangan tentang bagaimana hendak mengawal keadaan yang sedang dihadapinya.

Ana Maria berlajan di luar sekolah dan Juana terlihat dia lalu mendekati ibunya itu. Dia sedang menggonyeh makanan. Dia tanya mak dia macam mana hari ni?

Pada masa yang sama, Mauricio memandu perlahan masuk ke kawasan sekolah sementara Nicolas duduk di tempat duduk belakang sambil memberitahu arah tujuan.

Hospital: Amparito bertanya kepada anaknya apa yang telah disembang sembangkan dengan Desiree tadi. Dia bagitau Amparito yang dia heran sebab Desiree tau tentang kabin tu dan telah pergi ke kabin tu lebih awal dari Mauricio sebab nak gi cakap ngn Juana. Ibunya memberi amaran kepada dia supaya lebih berhati-hati dengan Desiree tu.

Di sekolah: Maurico kelihatan berjalan di sepanjang koridor mencari Juana. Dia tiba2 ternampak Juana duduk bersama kawan-kawannya melalui sebuah tingkap.

Hospital: Amparito merayu agar CArlotta dengar cakap dia dan berhati-hati dengan Desiree si ular tu. Amparito bgtau anak dia tentang apa yang Desiree dah buat masa mesyuarat pemegang saham hari tu. Dia telah membelot kepada Rogelio dengan memberikan undinya kepada Mauricio.

Di sekolah: Mauricio dok ushar kat Juana tu. Dia betul2 rindukan Juana, rindukan senyuman dan suaranya, betapa dia perlukan Juana.

Positivo / bilik Armando: Desiree cuba menerangkan mengapa dia tak jawab panggilan Armando. Armando tanya sama ada dia perlukan pertolongan atau tidak. Dia kata terima kasih sajala dan bgtau dia tu yang Mauricio telah pun menghulurkan bantuan lebih awal dan sanggup melindungi dia.

Pejabat Rogelio: Camacho meyakinkan Rogelio tentang pembunuh upahan yang Rogelio amik tu adalah terbaik di bandar itu.

Di sekolah: MAuricio masih berdiri di sebelah tingkap yang terbuka dan sedang tersenyum sorang diri. Loceng sekolah berbunyi menunjukkan masa rehat dah tamat. Dia kata, kalaulah Juana dapat dengar rayuan dia. Juana berpaling ke aarah tingkap tu dan terasa seolah olah ternampak bayang Mauricio. Lili ajak dia balik ke kelas.

Positivo / bilik lounge: Brandy keliru dengan semangat menggunung DAvid untuk mencari jalan utk mengelakkan Mauricio dari menuntut hak ke atas anak Juana. Brandy kata, "Jangan jadi bodoh. Dalam hidup ni kiter kene berfikir secara realistik." Dia mengingatkan David yang Juana tak sayangkan David langsung. Dia tanya sama ada David nak bersama seseorang yang tak cintakan dia. David macam terluka mendengar kata2 Brandy.

Positivo / dekat meja Ines: Rene masuk dan tiba2 ternampak Desiree. Desiree ugut Rene sbb tak simpan rahsia depa. Dia mintak Rene jgn citer kejadian semalam kat sapa2.

Rumah Perez: Juana tunjuk anjing comel dia kat Nicolas. Nicolas tanya sama ada dia ada terserempak dengan Mauricio. Juana soal siasat Nicolas dengan teliti.

Hispital: Mauricio tanya khabar Carlotta. Dia tak sihat and nak ikut Mauricio balik sebab dia tak suka dok kat katil dan tak buat apa2. Mauricio rasa bersalah. Carlotta mintak Mauricio peluk dia.

Rumah Perez: David bgtau Azucena dan Ana Maria yang dia dah jumpa peguam dan ada beberapa kemungkinan tapi memola dia kene bincang ngn Juana terlebih dahulu.

Apartment Makcik Eva: Desire masuk dengan bantuan sorang jiran yang ada kunci lebih untuk bilik tu. Dia gembira sbb dapat balik ke apartment Mauricio.

Pejabat Enriqueta: Enriqueta dan Brandy berbincang tentang Manuel dan keluarganya. Dia nak tau sama ada dia menaruh harapan yang terlalu tinggi utk menjalinkan hubungan yang serius dengan manuel tu.

Rumah Perez: Juana tekejut apabila David mencadangkan dirinya untuk mengambil anak Juana sebagai anak dia sendiri secara tidak langsung mengaku sebagai bapa kepada anak itu.

Rumah Perez: Manuel kelihatan sibuk mereka bentuk t-shirt. Ana Maria meluahkan rasa gembiranya kerana dapat kerja semula di sekolah. Ana Maria memberikan kata-kata nasihat utk Manuel.

Pejabat Enriqueta: Brandy menyakinkan Enriqueta yang Manuel tu betul2 cintakan dia. Enriqueta gembira dengan berita tu. Untuk pertama kalinya dia dah jumpa lelaki yang dia pasti nak habiskan sisa2 hidup dia bersama sama.

Rumah Perez: DAvid meluahkan lagi perasaan dia kat Juana. David cadangkan Juana ikut dia kuar dengan teman sebilik dia yang akan bawak keluar gelpren dia. Dia kata gelpren kawan dia tu lebih tua.

Malam melabuhkan tirainya...

Hospital: Mauricio memikirkan kesihatan Carlotta. Dia teringat yang Dr. Ricardo penah bgtau dia jgn bagi Carlotta tu tertekan. Dia mula memikirkan pula tentang Juana. Amparito datang untuk menemani anak dia malam tu. Sebelum Mauricio balik, dia mengingatkan MAuricio supaya bertanggungajwab dan jangan luupa mai melawat bini dia esok.

Apartment Makcik Eva: Desiree tertanya tanya mana la si Mauricio ni. Dia terkenangkan ciuman Mauricio dan tiba2 dia menolak ciuman Desiree tu. Dia kata takpa.. dia akan cuba goda Mauricio lagi sekali and tengok sapa menang kali nih.

Hospital: Amparito tanya Carlotta berapa lama lagi dia berhasrat untuk berpura pura sakit dan hilang ingatan. Selama mana masa diperlukan untuk Mauricio kembali pada dia, selama itu lah dia akan terus berpura-pura. Dia nak mak dia cuba pujuk Juana agar menggugurkan kandungan dia. Amparito terkebil-kebil memandang anak nya tu.

'sólo a tu lado quiero vivir ... sin ti mi cielo se vuelve gris ...dime que hacer si no estás aqui...'

I Feeeel Gooood ...

Akan bersambung pada Jumaat, 18 Julai 2003

Posted on Jul 20, 2003, 3:40 PM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1