Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 105 (By Rubimaria) English Home
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Rubimaria.

Dalam bar: Desiree memberitahu Rogelio mereka tak sepatutnya dilihat bersama di tempat awam kerana bar tersebut berhampiran dgn pejabat. Rogelio kata dia perlu berbincang, dia tak mahu rancangannya gagal dan terima kejutan. Dia mahu Desiree setuju dgn rancangannya, Adolfo tentu akan mengikut, dgn demikian mustahil utk Mauricio meneruskan hasrat berurusniaga dgn wakil dari Miami tersebut.

Rumah Perez: Juana menerangkan kpd neneknya kenapa dulu dia perlu kerja. Telefon berbunyi, Manuel cuba mengangkat gagang tapi dilarang oleh Juana. Manuel & Ana merayu kpd Juana supaya meneruskan pengajiannya. Kemudian mereka ketawa, mereka membuat andaian kemungkinan Juana akan melahirkan bayi perempuan.

Di bar: Desiree berkata Rogelio hanya membuat dia risau & boleh menyebabkan dia mengalami gangguan jiwa.

Di hospital: Humberto sdg calipon Mauricio memberitahu Carlota telah sedar, dia memberikan gagang pada Carlota. Carlota minta Mauricio dtg melawatnya di hospital. Mauricio kata tak mungkin kerena mesyuarat pemegang saham akan bermula sebentar lagi. Bagaimanapun Mauricio gembira Carlota telah beransur sembuh. Carlota kata kepalanya masih sakit dan berharap Mauricio dtg segera.

Positivo/Pejabat Mauricio: Rogelio, Desiree & Adolfo masuk. Adolfo menyatakan rasa simpatinya atas apa yg telah berlaku kpd Carlota dan harap dia akan pulih segera. Desiree juga turut menyampaikan simpatinya. Rogelio menyampuk menyuruh mesyuarat dimulakan segera, kerana dia sibuk dan tak senang berada disitu.

Di hospital: Amparito mengucapkan terima kasih kpd doktor kerana memberitahunya Carlota sdg beransur baik. Sepeninggalan doktor, Carlota segera memberitahu emaknya, dia cuma berpura2 sakit utk perangkap Mauricio. Carlota kata rugilah kalau keadaannya sekarang tidak dipergunakan utk membuat Mauricio sentiasa bersamanya. Amparito tidak berapa setuju dgn rancangan Carlota, tapi Carlota meyakinkan emaknya, itulah sahaja caranya jika emaknya mahu menolong.

Pejabat Mauricio: Adolfo memberikan pendapatnya urusniaga yg akan diadakan adalah satu cadangan yg baik. Mauricio cuba berkata sesuatu, tapi dihalang Rogelio yg mahukan undian dibuat segera kerana dia tidak mahu membuang masa.

Hospital: Amparito gembira anaknya sihat. Carlota menjelaskan kenapa dia berpura2 sakit dan ingatkan emaknya supaya jgn beritahu sesiapa termasuk ayahnya.

Pejabat Mauricio: Rogelio dgn bangga memberikan undian tidak setuju dgn rancangan Mauricio, sementara Adolfo mengundi setuju. Mauricio kata kini undi Desiree akan memberikan penentuan. Desiree mula berikan pendapatnya sambil memandang gelisah kearah Rogelio dan Mauricio seolah2 belum pasti dgn undinya. Rogelio duduk berayun kerusi memberi perangsang kpd Desiree, dia begitu yakin Desiree akan menyokongnya. Akhirnya Desiree mengundi utk menyokong Mauricio. Mauricio kaget. Kerusi Rogelio berhenti berbuai, dia tegak duduk membatu tidak percaya dgn apa yg dikatakan Desiree.

Rumah Perez: Juana menghampiri neneknya yg sdg menyiram bunga. Neneknya nampak baju yg dipakai Juana lebih besar dari biasa dan tersenyum memerhatikan perut Juana semakin membesar. Azucena meraba2 perut Juana sambil ketawa.

Pejabat Mauricio: Adolfo mengucapkan tahniah kpd Mauricio sementara Rogelio terpinga2 macam biawak kena santau. Rogelio kata tunggu dulu, Desiree telah tersilap. Desiree kata dia tidak tersilap dan mengulangi kata undiannya. Rogelio marah laksana katak puru dikuis kayu, bingkas bangun meninggalkan mesyuarat.

Pusat latihan jasmani - Gym: Carlos meniliti kertaskerjanya. Ana masuk dan gembira melihat buah hatinya disitu, dia terus mendakap dan mengucupnya dgn ghairah (NTV7 takmahu adigan selucah itu ditayangkan kpd anak2 muda Malaysia, terus gunakan gunting - ahaks).

Rumah Perez: Manuel sdg memerah otak menyenaraikan keperluan utk projek barunya apabila loceng pintu berbunyi dan Petrica masuk dgn senyuman terukir. Manuel terus memperlihatkan muka masamnya. Petrica faham, dia kata sebagai seorang kawan dan jiran dia hanya mahu mengambil berat tentang keadaan Manuel dan keluarganya.

Pejabat: Alfredo sdg berdiri disuatu sudut apabila Rogelio masuk mendadak dgn muka cengkodok penyek, menghamput2 Desiree. Mata Alfredo terbeliak persis burung hantu yg mengidap insomnia.

Pejabat Mauricio: Desiree memainkan jarumnya dgn Mauricio, sedikit demi sedikit memujuk & memikat Mauricio sambil dgn rasa bersalah mengakui kesilapannya mencampuri urusan peribadi Mauricio. Desiree memberitahu Mauricio dia menyimpan perasaan terhadap Mauricio, sebelum berlalu dia menanam sebatang ciuman dipipi Mauricio (ahaks.. i mean desiree cium pipi Mauricio sebelum dia kuar).

Pejabat Alfredo: Rogelio ceritakan apa yg berlaku dibilik mesyuarat. Undian tersebut adalah muktamad, mereka tidak boleh berbuat apa2 lagi.

Pejabat Desiree: Desiree kelihatan bersama Rene. Desiree ketakutan dan minta Rene tolong carikan dimana Rogelio. Pada mulanya Rene enggan tapi Desiree memujuknya demi utk kebaikan emaknya.

Gym: Ana keseronokan ketawa terkekel2 bersama Carlos. Carlos sedikit keliru dgn perubahan mendadak sikap Ana. Mereka berkucupan lagi - wow lamanya.

Pejabat Mauricio: Mauricio menyatakan terkejutnya kpd Enriqueta dgn apa yg telah berlaku di mesyuarat tadi dan juga berkenaan Desiree. Enriqueta kaget mendengar Desiree memberi undiannya kpd Mauricio. Mauricio kata Rogelio amat marah dgn tindakan Desiree.

Rumah Perez: Azucena memujuk Juana supaya kesekolah semula, Juana tidak pasti, akhirnya bersetuju utk membuat apa yg disuruh oleh neneknya. Juana memberitahu neneknya di perlu pergi kepejabat utk menyerahkan sendiri surat perletakan jawatannya. Neneknya gagal memujuk Juana agar surut dari rancangannya. Juana bangun dan beredar dari situ.

Pejabat Desiree: Rene melaporkan kpd Desiree apa yg dilihatnya. Desiree memberi Rene wang dan minta dia perhatikan Rogelio & Alfreda dgn teliti dan kemana Rogelio pergi. Armando masuk. Desiree sampaikan berita gembira keputusan mesyuarat kpd Armando, majalah akan beroperasi maju dan urusniaga dgn pihak Miami akan dimeterai. Armando senyum lebar macam pelawak sirkus.

Di meja Ines: Mauricio nampak David. David macam tak puas hati dan cuba bertengkar dgn Mauricio. Mauricio enggan melayan David yg cuba membangkitkan isu jawatannya. Mauricio beredar dari situ dan menyerahkan Enriqueta utk menyelesaikan masalah David.

Rumah Perez - Di taman sebelah belakang: Petrica kelihatan menolong Manuel dgn projeknya. Azucena dtg membawa minuman utk Manuel. Petrica tumpang segelas tanpa dipelawa. Manuel tanya emaknya kemana Juana pergi. Emaknya kata Juana pergi kepejabat utk hantar surat meletakkan jawatannya. Manuel tak suka dgn berita tersebut.

Pejabat Enriqueta: David bercakap dgn Enriqueta berhubung dgn kerjanya, katanya sbbnya dia masih bekerja disitu kerana Juana perlukannya. mereka berbantahan, David kata dia tidak akan berbaik semula dgn Mauricio.

Pejabat/kawasan staf: Semua telah berkumpul utk mendengarkan pengumuman Mauricio. Humberto mendekati abangnya utk bertanyakan kenapa ayah mereka bermodus jahat - mood tak baik maa . Mauricio tiba dan memulakan kata2 aluannya... dia kata dia berterimakasih diatas kesabaran mereka.

Di tempat resepsi: Juana masuk dan hairan kenapa Dora tak ada di kerusinya. Juana terus kedewan staf dan terdengar suara Mauricio. Dia berundur dan bersembunyi dibalik daun pintu memasang telinga.

Mauricio mengumumkan kepada kakitangan syarikatnya diatas kejayaan mereka dan urusniaga dgn wakil dari Miami akan diteruskan. Desiree berdiri disamping Mauricio tersenyum2 apabila namanya disebut Mauricio kerana sumbangannya dlm mesyuarat yg diadakan tadi. Diantara yg hadir kelihatan Alfredo berasap dgn kemarahan.. (i mean alfredo begitu marah sekali). Sementara itu Juana terkenang kembali apa yg dikatakan oleh Desiree ketika mereka di pondok Makcik Eva dulu.

Hospital: Rafael bersama Makcik Eva masuk melawat Carlota. Amparito tersenyum kambing dan mengalukan2 mereka. Dia berkelakuan pelik. Carlota gembira melihat Rafael, dipeluknya budak itu sambil tersenyum2 menulih kearah emaknya. Makcik Eva merasakan sesuatu yg tak kena memandangkan mereka terlalu baik.

Pejabat: Popeye sarankan supaya berita gembira itu diraikan dgn minum arak. LaBibi marah2 dengar Desiree menyuruh mereka supaya bekerja keras. Dora balik kemejanya dan nampak Juana dibelakang pintu. Juana ingatkan supaya diam, sambil dia berterusan mendengar apa yg diperkatakan Mauricio.

Rumah Perez: Petrica kelihatan hendak beredar tapi ubah fikiran apabila Salvador tiba. Manuel & Azucena nampak jengkel.

Pejabat: Mauricio mengajak Desiree masuk kepejabatnya. Juana mengekori mereka dari belakang tanpa disedari. Juana membuat tanggapan yg salah dgn memikirkan mereka tengah berseronok dlm pejabat Mauricio.

Diluar dlm kereta: Rogelio tengah memikirkan bagaimana hendak membalas perbuatan khianat Desiree terhadapnya. Dia beritahu pemandunya supaya menghantarkan kepangsapurinya.

Pejabat: Enriqueta nampak Juana duduk dibangku dan bertanya dia menunggu siapa. Juana kata dia hendak berjumpa dgn Enriqueta.

Pejabat Mauricio: Mauricio ingatkan Desiree supaya berhati2 dgn Rogelio kerana dia mampu membuat sesuatu yg buruk utk membalas dendam. Desiree minta perlindungan Mauricio sekiranya dia terancam. Mauricio kata dia akan cuba membantu sedapat mungkin. Desiree amat gembira & dia tahu dia boleh harapkan Mauricio.

Juana mengikuti Enriqueta masuk pejabatnya. Dia mengucapkan terimakasih pada Enriqueta diatas pertolongannya selama ini, bagaimanapun dia telah ambil keputusan utk meletakkan jawatannya. Enriqueta cuba menasihati Juana tapi gagal kerana dia tetap dgn keputusannya.

Pangsapuri Rogelio: Rogelio begitu resah menunggu kepulangan Desiree. Dia marahkan pemandunya kerana gagal mendapatkan rahsia Desiree. Dia arahkan pemandunya utk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dgn rahsia yg disembunyikan oleh Desire dari pengetahuan umum dan dgn siapa dia telah berbincang.

Pejabat - studio: Juana sdg mengemaskan kamera dan barang2 kepunyaannya. Dia begitu marah pada Mauricio, dia suka bekerja disitu tapi kini keadaan telah berubah. Dia telah siap dan hampir mahu beredar, tiba2 Mauricio masuk dan mereka berpandangan...

'sólo a tu lado quiero vivir ...

Aku rasa syuuuk..

Bersambung hari Isnin 14 Juali 2003

Posted on Jul 13, 2003, 11:18 AM

Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1