Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 05 (By Macro) English Home
Di belakang rumah Mauricio
Barang-barang Juana di letakkan jauh di belakang rumah Mauricio berdekatan dengan tempat di mana Rogelio dan Francisco sedang berbincang. Juana memasang filemnya. Dia terdengar bunyi mercun dan sungguh gembira apabila melihat cahaya dari mercun tersebut meletup di udara. Kemudian dia terdengar bunyi tembakan pistol tapi tidak pasti apakah itu bunyi apa yang difikirkannya. Dia merasa takut dan tidak berani pergi melihat ke tempat itu kerana Mauricio telah mewarning dia untuk tidak pergi berjalan-jalan di sekitar rumah itu. Dia hendak pergi dari tempat itu, tapi tiba-tiba dia terdengar bunyi benda pecah dari tempat tersebut. Juana pergi ke tempat itu untuk melihat apakah bunyi yang didengarnya tadi. Dia ternampak kesan darah dan barang pecah. Dengan tidak senghaja dia tergambar kesan darah itu beberapa kali. Juana merasa takut dan terus berlari keluar dari tempat itu. Apabila dia keluar dari tempat itu, dia terserempak dengan Mauricio dan menyuruhnya mengikutnya pada masa itu juga untuk melihat apa yang telah dilihatnya tadi.

Pada masa itu, pembantu Rogelio telah memasukkan Francisco ke dalam guni dan memuatkannya ke dalam bonet keretanya. Rogelio memerhatikan pembantunya memasukkan Francisco ke dalam bonet kereta. Kemudian, dia berkata pada pembantunya, “Bereskan hal di sini dan aku akan telefon kau nanti”.

“Kesan darah?” kata Mauricio. Mauricio tidak percaya cakap Juana. Mauricio fikir Juana mabuk dan sedang berkhayal. Walaubagaimanapun, dia ikut Juana juga ke tempat kejadian.

Di rumah Mauricio (Parti)
Carlota menghantar tetamu-tetamunya. Rogelio menghampiri anaknya itu. Carlota kata pada ayahnya yang Mauricio bersikap aneh sepanjang parti kerana dia asyik bertanya tentang Francisco. Carlota bertanya pada ayahnya samada ayahnya perasan mengenai hal itu atau tidak. Rogelio cakap tidak dan menyuruh Carlota untuk tidak risau tentang apa-apa.

Di belakang rumah Mauricio
Kesan darah yang tadinya ada di atas lantai sudah tidak ada lagi. Barang yang pecah itu juga sudah tidak ada lagi. Mauricio tidak percaya cakap Juana. Juana nampak cebisan barang pecah itu di atas lantai dan menunjukkannya pada Mauricio. Mauricio cakap “Aku tak faham kenapa kau nak aku rasa bersalah dengan mengada-adakan cerita ini. Aku faham kalau ada benda yang pecah, bukankah lebih mudah jika kau mengaku kau telah memecahkan benda itu. “Kau tak percayakan aku” kata Juana. “Kalau kerja kau dah habis, kau boleh balik” kata Mauricio. Juana cakap yang dia tidak boleh balik sebab motosikalnya rosak. Mauricio suruh dia telefon teksi untuk balik dan lepas itu dia pun pergi dari sana. Juana macam tak percaya apa yang didengarnya. Juana cakap dia tahu apa yang dia nampak tadi dan dia tidak berkhayal. Selepas itu, dia cakap dia mahu balik.

Di rumah Mauricio (Parti)
Mauricio jumpa Rogelio dan Carlota dan tanya mereka mengenai Francisco. Carlota marah pada Mauricio sebab dia cuma risaukan tentang Francisco sahaja sepanjang parti itu. Carlota tanya ada apa-apa yang tak kena atau tak. Mauricio cakap tidak ada apa-apa cuma Francisco hendak memberitahu dia sesuatu tadi sebelum Carlota datang mencelah mereka tadi. Rogelio cakap dia tidak tahu kemana Francisco pergi. Tadi semasa Mauricio meninggalkannya dengan Rogelio, Francisco tergesa-gesa hendak pergi. Mauricio pergi mencari Francisco. Carlota marah sebab Mauricio cuma risaukan tentang Francisco sahaja.

Juana terjumpa Brandy. Brandy mahu tahu kemana Juana hendak pergi dengan membawa barang-barangnya. Juana cakap dia mahu balik. Brandy menghalang dia balik kerana parti belum habis lagi. Juana bertegas juga hendak balik. Brandy suruh dia bertenang. Juana nampak Mauricio dan cakap pada Brandy sambil menangis “Aku rasa janggal. Aku nak balik” dan pergi dari situ.

Mauricio teringat percakapannya dengan Francisco semasa di bilik bacaan tadi dan bertanya sendiri “Dimana kau Francisco. Apa yang nak kau beritahu aku?” (If he only knew...)

Desiree berdiri sendirian dalam parti itu. Carlota menghampirinya dan memberitahunya yang suaminya, Francisco telah meninggalkan parti itu. Carlota bertanya pada Desiree ke mana Francisco pergi. Desiree geram sebab Francisco meninggalkannya sendirian di sana. Carlota bertanya pada Desiree apa masalah mereka. Desiree cakap Francisco hendak menceraikannya. Carlota bertanya kenapa Francisco hendak melakukan itu dan kenapa Desiree tidak menceritakan masalahnya padanya sebelum itu. Desiree memberitahu yang dia tidak mahu membebankan Carlota sebab Carlota pun menghadapi masalahnya sendiri (Ttg ibu tumpang anak Mauricio). Desiree cakap yang paling teruk sekali adalah sebelum mereka berkahwin mereka ada menandatangani perjanjian pra perkahwinan. Jika mereka bercerai, Desiree tidak akan mendapat wang walau sesen pun.

David terserempak dengan Juana dekat tangga. Juana cakap padanya yang dia hendak balik. David cakap “Setahu aku jurugambar adalah orang terakhir yang akan meninggalkan suatu acara”. Juana tetap hendak balik juga. Juana meminta tolong pada David untuk menelefonkan Teksi. David beritahu Juana yang dia ada idea yang lebih baik dia sendiri yang akan menghantar Juana ke rumahnya. Juana nampak tidak begitu yakin. Kemudian, David menambah yang Juana cuma perlu menunjukkan rumahnya sahaja dan dia berkeras untuk menghantarnya pulang. Juana bersetuju dan mengikut David.

Desiree bagitau Carlota tentang masalahnya dengan Francisco. Dia memberitahu yang ia bukannya mengenai perempuan lain tapi hal lain. Desiree kata yang dia sudah bosan dengan Francisco. Selepas itu, Mauricio datang dan cakap yang dia tidak dapat mencari Francisco di mana-mana. Popeye pula datang dan mencadangkan mereka untuk mengambil gambar bersama-sama tetapi dia tidak nampak jurugambar mereka (Juana) dimana-mana. Mauricio cakap yang dia sudah balik sebab dia suruh Juana balik. Carlota berasa lega sebab Juana sudah balik kerana nanti dia akan pecahkan barang lain pula (Kemusnahan akibat motosikal Juana di depan rumahnya).

Rumah Perez
Ana Maria balik dan nampak Dona Aaucena di kerusi sedang menjahit baju. Ana Maria tanya samada Juana sudah balik atau tidak. Dona Azucena cakap belum, cuma dia seorang sahaja yang ada di rumah. Ana Maria kata dia tidak pasti samada patut atau tidak dia membiarkan Juana mengambil gambar di tempat yang jauh. Dona Azucena tetap diam tanpa memulakan sebarang tajuk perbualan. Ana Maria bertanya di mana Monolito. Dona Azucena cakap dia menghantar sterika yang telah dibaiki.

Rumah Petrica
Monolito dan Petrica keluar dari sebuah rumah. Petrica pegang sterika dan mengemas bajunya. Monolito juga memasangkan butang bajunya. Mereka kelihatan seperti setelah habis buat ‘business membaiki sterika’ Petrica tanya pada Monolito kenapa dia belum berkahwin. Monolito menjawab yang perkataan kahwin tidak wujud dalam kamus hidupnya. Petrica tanya lagi samada dia (Monolito) adalah seorang lelaki yang sukar ditawan. Monolito mendekati Petrica dan mencium dahinya dan berkata yang ia (Kahwin) boleh membunuhnya. Petrica bertanya samaada Monolito menggangap kahwin sebagai hukuman mati. Monolito akui yang dia dilahirkan bukan untuk berkahwin. Selepas itu, Petrica balik. Monolito memerhatikan sahaja dia balik dan berfikir sendiri yang Petrica patut menjauhkan dirinya darinya, dll.

David dan Juana (Di dalam jip David)
Juana dan David sampai di satu tempat yang nampak seperti sebuah restauran. Juana cakap pada David yang dia tidak mahu makan dan cuma mahu balik, dll. Kemudian, David terpaksa mengikut cakap Juana dan memberitahu Juana yang dia cuma mahu membantu Juana. Kemudian, mereka pun pergi dari tempat itu.

Rumah Perez
Monolito balik ke rumah dan menyapa mama dan kakaknya. “Seronok melihat kamu berdua duduk bersama menonton tv” kata Monolito. Dona Azucena memberitahu Monolito yang mereka memang duduk menonton tv tetapi bukan di satu tempat yang sama. Kemudian, Monolito bertanya pada Ana Maria samada Juana sudah balik atau tidak. Ana cakap belum balik lagi. Selepas itu, Ana Maria memandang Monolito dan bertanya pula padanya “Kau nampak sungguh...”. Monolito cakap “Sungguh apa? Gembira? Mungkin aku sungguh gembira setelah melihat suasana malam dari dekat. Dona Azucena pula menambah “Mungkin kerana perempuan yang keluar dengannya tadi”. Dona Azucena menambah lagi yang mungkin Monolito telah mengajar perempuan itu bagaimana hendak ‘menggunakan sterika’. Monolito cakap dia telah menghantarnya pulang ke rumahnya dan meninggalkannya di sana. Dona Azucena cakap dia (Petrica) adalah perempuan yang boleh dibawa ke sana-sini dan perempuan itu akan terpaksa menerima hakikat yang Monolito akan meninggalkannya nanti. Ana Maria bangkit dari tempat duduknya dan cakap yang sebab Monolito adalah orang lelaki yang Dona Azucena benarkannya keluar rumah tapi jika dia yang melakukannya tentu tidak akan dibenarkan membuat demikian. Dona Azucena cakap perempuan mesti duduk di rumah dan lelaki boleh keluar rumah. “Itu pandangan orang zaman dahulu. Sekarang zaman sudah berubah. Lelaki dan wanita sudah setaraf” kata Ana Maria.”Si, Si, Si... Claro.... kalau kau lakukannya, kau akan kembali dengan perut yang besar sekali lagi seperti apa yang terjadi dengan Juana dahulu (Dia mengandungkan Juana). Selepas itu, Dona Azucena meninggalkan Monolito dan Ana Maria sendirian. Mereka berpandangan sesama sendiri seketika sehingga Ana Maria mendengar bunyi enjin kenderaan. Dia dan Monolito terus meluru keluar dari rumah mereka untuk menyambut Juana.

Di luar rumah, Juana keluar dari jip David. Mamanya keluar dan meluru ke arah Juana mengatakan yang dia risaukan anaknya itu. Juana cakap yang motosikalnya rosak jadi David menghantarnya balik ke rumah. David cakap “Sekarang aku tahu dimana Juana mendapat kecantikannya”. Ana Maria merasa gembira dengan pujian David dan menjabat tangannya dan menciumnya di pipi. Kemudian, Juana mengenalkan pakcik Monolitonya kepada David. David cakap “Ah... ini dia pakcik Monolito yang famous dll”. Dia juga memberitahu yang Juana banyak bercakap mengenainya. Juana mengucapkan terima kasih pada David sebab menghantarnya balik. Kemudian, David cakap tak apa-apa dan dia hendak meminta diri. Ana maria cakap pada Juana “Kau tak nak jemput David masukkah?” David cakap tak mengapa kerana dia tahu Juana sudah letih. Sebelum David masuk ke keretanya, dia bertanya Juana samada dia boleh menelefon Juana atau tidak. Juana cakap boleh. Selepas David balik Ana Maria cakap pada Juana yang David cute. Juana senyum saja. Monolito pula bertanya pada Juana mengenai apa yang telah terjadi di parti itu tadi sebab dia tidak membawa motosikalnya. Juana tidak mahu bercakap mengenai hal itu masa itu sebab dia perlu mencuci gambar parti itu kerana awal pagi esok dia perlu menyerahkannya. Juana masuk ke rumahnya.

Di rumah Mauricio (Bilik tetamu)
Carlota cakap pada Mauricio, Rogelio dan Desiree yang dia kesal yang mereka ada masalah dengan jurugambar dan yakin yang gambar yang telah diambil oleh Juana tidak cantik. Rogelio mengakui cakap anaknya itu. Dia juga marahkan Francisco kerana meninggalkan isterinya keseorangan di sana. Desiree pun berpendapat sama. Carlota mencadangkan pada Desiree untuk bermalam sahaja di sana malam itu. Desiree tidak mahu. Dia cuma mahu balik ke bilik hotelnya. Rogelio menawarkan dirinya untuk menghantar Desiree balik.

Rumah Perez (Bilik gelap)
Juana buat persediaan untuk mencuci gambar. Monolito mengetuk pintu untuk masuk. Dia bertanya samada dia boleh menolong Juana atau tidak. Juana cakap boleh jika dia mahu menolong. Juana cakap lagi yang mamanya tentu marahkan dia sebab dia (Juana) tidak mahu bagi penjelasan padanya. Monolito menenangkan Juana dengan menidakkan anggapan Juana dan mengatakan yang mamanya cuma risaukan dia saja. Juana menjawab yang dia dan Pitusa (motosikalnya) tidak apa-apa. Tetapi kemalangan itu bukannya perkara yang paling teruk terjadi padanya. Monolito merasa hairan dan bertanya maksud Juana. Juana menjelaskan pada Monolito yang dia nampak sesuatu seperti bekas orang kena bunuh seperti yang selalunya terdapat dalam filem.

Di rumah Mauricio (Bilik tidur)
Mauricio cakap pada Carlota yang ia hairan kenapa Francisco menghilangkan diri dan tertanya-tanya apa yang dia hendak bagitau padanya. Carlota cakap dia tahu, iaitu Francisco hendak menceraikan Desiree dan tidak mahu memberi wang pada Desiree.

Di hotel penginapan Desiree (Lobby)
Desiree ucapkan terima kasih pada Rogelio sebab hantar ia balik. Rogelio cakap dia rasa bangga dapat tolong Desiree. Desiree suruh Rogelio tunggu sekejap sebab dia mau tanya reseptionist sesuatu. Desiree tanya perempuan itu samaada ada msg untuk ia atau tidak. Ia cakap tidak ada. Desiree suruh jangan sambungkan sebarang panggilan telefon padanya sebab dia mahu tidur. Rogelio mendengar semuanya. Kemudian, Desiree balik pada Rogelio. Rogelio cakap pada Desiree yang dia patut ingat apa yang diberitahunya semasa parti tadi, iaitu dia tidak bersendirian tetapi dia (Rogelio) akan membantunya. Desiree mengucapkan terima kasih pada Rogelio sekali lagi dan menciumnya dipipi. Desiree pergi. Rogelio menelefon pembantunya dan tanya bagaimana kerjanya. Pembantunya cakap “Pokok telah ditanam”. Kemudian, Rogelio suruh pembantunya itu (Rasanya namanya Pico, ntah lah) menelefonnya jika dia hendak meninggalkan tempat itu. Setelah perbualan telefon ditamatkan, Rogelio ternampak sekeping kertas di atas meja di lobi hotel itu (Mungkin katalog mengenai hotel itu) dan mendail nombor telefon hotel itu. Rogelio memberitahu reseptionist hotel itu yang dia adalah suami puan Rojas dan dia meninggalkan pesanan untuk Desiree.

Pagi, Di rumah Perez (Bilik tidur Juana dan mamanya)
Juana sedang tidur dengan nyenyak di atas katilnya. Mamanya membangunkannya tapi Juana tidak mahu bangun. Apabila, mamanya bertanya pada Juana mengenai gambar yang telah diambilnya semalam Juana terus bangun dan menunjukkan pada emaknya sampul yang berisi gambar-gambar tersebut. Ana Maria bertanya pada Juana mengapa dia berkelakuan pelik semalam. Juana cakap dia tidak apa-apa. Ana fikir mungkin Juana akan pitam nanti. Juana menafikan dan cakap yang dia sihat sahaja. Ana bertanya mengenai perjumpaan Juana dengan doktor Pesete. Juana cakap dia ok dan pemeriksaan kesihatan itu tidak sakit. Juana juga memberitahu yang dia tidak banyak bertanya pada doktor mengenai pemeriksaan itu dan dia juga melarang doktor untuk memberitahunya mengenai apa yang doktor itu akan lakukan padanya.

Di klinik
“Masih terlalu awal untuk mengetahui dia mengandung atau tidak” kata jururawat itu. Doktor Michelena (ntah betul ntah tak nama dia ni) menyuruh jururawat itu diam dan kata yang tidak ada apa-apa yang telah terjadi. Kemudian, Dr. Ricardo Mosalve datang dan mengucapkan terima kasih padanya kerana menolongnya menggantikannya sebelum itu. Dr Michelena teringat tentang permainian beradas yang telah salah dijalankannya pada Juana dan apabila peristiwa apabila jururawat itu memberitahunya mengenai perkara itu.

Di rumah Mauricio (Bilik tetamu)
Carlota mengingatkan Mauricio untuk membawa balik gambar parti. Mauricio cakap dia akan pergi ke hotel dahulu untuk berjumpa dengan Francisco sebelum ke pejabat sebab majalah menghadapi masalah. Carlota merasa hairan sebab Mauricio tidak pernah memberitahunya sebelum itu mengenai masalah pejabat. Carlota bertanya apa masalah yang dihadapi oleh majalah. Mauricio cakap nanti sahaja dia akan beritahu dan dia cium Carlota dan keluar.

Di hotel
Desiree bangun dan mendapati Francisco tidak balik tidur dengannya. “Dia berada di luar sepanjang malam” kata Desiree sedih dan frust.

Rogelio dan pembantunya di dalam hutan
Pembantunya bagitau yang Francisco sudah di tanam di situ. Rogelio bimbang nanti orang menemui Francisco. Pembantunya meyakinkan dia yang tidak ada orang yang akan menemuinya kerana tempat itu jarang dikunjungi orang. Kemudian, Rogelio memandang ke tanah sambil berkata itulah akibatnya Francisco tidak mematuhi arahannya. Sekarang dia tidak dapat membelanjakan duitnya dan belayar di sekitar Eropah. Tentang isterinya pula, Rogelio cakap dia (Rogelio) akan ‘jaga’ isterinya itu. Lebih kurang macam tulah cakapnya. Kemudian, mereka (Rogelio dan pembantunya) ketawa.

Di rumah Perez
Juana melihat gambar darah yang diambilnya dan cakap jika dia tunjukkan gambar itu pada ‘Ketua toksik’ pasti dia tidak akan cakap yang dia berkhayal lagi. Monolito memegang bahu Juana. Juana terkejut. Juana cakap gambar yang diambilnya aneh. Monolito cakap dia ada beli surat khabar pada hari itu tetapi tidak ada cerita mengenai orang mati dibunuh cuma cerita mengenai parti itu saja. Pakciknya suruh Juana jangan masuk campur dengan masalah itu dan menyuruhnya membiarkannya saja. Juana cakap dia akan melihatkan gambar tersebut pada Mauricio.

Di pejabat Enriqueta
Enriqueta cakap pada Armando dia tidak senang duduk sebab memikirkan tentang gambar yang diambil oleh Juana. Dia mahu semuanya sempurna seperti selalu. Enriqueta melihat Armando yang sedang termenung dan bertanya padanya samada dia mendengarnya bercakap atau tidak. Armando cakap sudah tentu dia mendengarnya dan mengulang kembali apa yang telah Enriqueta cakap tadi. Enrequeta tanya dirinya sendiri kenapa dia keluar dating dengan Armando. Armando pula cakap dengan romantik yang dia (Armando) bagi Enriqueta gembira. Kemudian, Enriqueta bangun dari tempat duduknya dan cakap pada Armando yang dia tidak suka campur adukkan hal peribadi dengan kerja. Armando cuba dekati Enriqueta tapi Enriqueta pergi jauh dari Armando dan ubah tajuk perbualan mereka. Dia tanya Armando kenapa dia termenung tadi. Armando cakap dia risaukan Francisco dan Mauricio dll. Selepas itu, Enriqueta keluar dari pejabatnya dan membiarkan Armando berfikir sendirian.

Di sekolah Juana
Lily jumpa Juana dan tanya dia pasal parti semalam. Telefon (Handphone) Juana berdering. Juana jawab. Brandi telefon Juana untuk tanya dia samada dia marahkan dia atau tidak kerana tak izinkan Juana balik semalam. Juana cakap tak. Brandy cakap apa yang dia buat adalah untuk Juana juga, iaitu supaya Juana cukup wang untuk perjalannannya ke luar negeri nanti. Kemudian, Brandy suruh Juana ke pejabatnya nanti untuk ambil cek gajinya dan suruh dia bawa gambar parti sekali. Juana cakap dia akan ke sana selepas kelas nanti. Perbualan tel habis... Lily tanya Juana apa jadi semalam. Juana cakap semuanya aneh dan kelam kabut. Juana cakap pasal majikannya Mauricio yang dipanggilnya ketua toksik. Lily cakap “Apa?” sambil senyum pada Juana. Juana cakap Mauricio macam ketua toksik dan kata yang sejak jumpa dengannya hidupnya jadi kelam kabut dan dia juga merasakan yang Mauricio cuma hendak menyusahkan hidupnya sahaja.
Di hotel
Mauricio ketuk dan cuba buka pintu bilik hotel Francisco tapi ia berkunci. Dia cakap “Betul tidak ada orang”. Kemudian, dia terserempak dengan pembersih dan bertanya padanya mengenai Francisco. Perempuan itu memberitahu yang dia tidak nampak Francisco tetapi di nampak Desiree baru keluar dari bilik itu tadi.

Positivo
Enriqueta tanya Brandy bila Juana akan sampai ke sana. Brandy cakap mungkin sekejap lagi kerana mungkin Juana tersepit dalam kesesakan lalu lintas. Enriqueta cakap mungkin Juana berada di bandar lain sebab Brandy telah cakap macam tu sejam yang lalu. Brandy cakap yang Juana memandu motosikalnya yang macam kereta itu ke sana jadi mungkin dia tersepit dalam kesesakan lalu lintas. Enriqueta cakap “Pelik, bukankah motosikal yang sama yang tidak ada brek yang terkandas di rumah Mauricio semalam?” Brandy mula gelabah dan cakap yang mungkin sebab itulah Juana mesti naik bas dan sebab itu dia lambat datang. Enriqueta suruh Brandy bagitau dia jika Juana datang. Selepas dia pergi Brandy menarik nafas lega dan berkata dalam hatinya yang entah apa akan terjadi jika dia beritahu yang Juana akan datang selepas kelasnya habis. Selepas itu, David datang dan duduk di kerusi depan meja Brandy. Belum pun David cakap apa-apa, Brandy marah pada David dan cakap yang dia tidak tahu bila Juana ak\an datang. David suruh dia bertenang kerana dia cuma mahu bertanya adakah Enriqueta telah baca artikelnya atau belum (Ya, right, entah betul ntah tak).

Di hotel (Lobi)
Desiree jumpa resiptionist dan tanya samada ada pesanan ditinggalkan untuknya atau tidak. Dia memberikan sampul pesanan pada Desiree. Desiree buka sampul itu dan membacanya. Mauricio ada di sana dan tanya pada Desiree kenapa Desiree menangis. Desiree cakap Francisco meninggalkan dia dan telah pergi ke Eropah. Desiree peluk Mauricio.

Di rumah Perez
Monolito meneliti negatif yang baru Juana cuci semalam dan mendapati ia memang aneh dan mengingati perbualannya dengan Juana sebelum Juana pergi kerja tadi. Kemudian, Monolito cakap yang dia ingin tahu juga apa yang Mauricio akan katakan mengenai gambar itu.

Positivo
Juana telah datang ke Positivo. Dia tanya reseptionist dan cakap dia mau jumpa Brandy. Perempuan itu suruh dia jumpa Brandy sendiri dengan masuk melalui pintu yang ditunjukkannya. Dia cakap tempat duduk Brandy adalah tempat yang ada banyak gambar pelakon dll. Juana mengikut arahan perempuan itu dan terus masuk sahaja.

Positivo (Office Mauricio)
Mauricio cakap pada David dan Armando yang dia tidak percaya apa yang telah terjadi. Dia tidak percaya Francisco akan meninggalkan tempat itu dan pergi ke Eropah serta tidak mahu dicari. Armando cakap macammana dia tahu hal itu. Mauricio cakap Francisco meninggalkan pesanan pada Desiree. Mauricio anggap yang Francisco tidak mahu beri opsyen pertama untuk nya beli saham Francisco. Armando fikir mungkin Francisco dah jual sahamnya pada orang lain. Selepas itu, Mauricio ceritakan pada David tentang peristiwa semalam, iaitu Francisco hendak bercakap dengannya kemudian Rogelio dan Carlota datang mencelah.

Bilik hotel
Carlota datang untuk jumpa Desiree. Carlota tanya apa dah jadi. Carlota bagitau yang Mauricio telefon ia dan bagitau Francisco dah tinggalkan dia dan pergi ke Eropah. Desiree geram pada Farancisco dan cakap dia rasa macam nak tikam Francisco dengan pisau. Carlota cakap Desiree patut senang hati sebab Desiree cakap dia dah bosan dengan Francisco. Desiree cakap Francisco tinggalkan ia tanpa wang dan tanya Carlota bagaimana jika Mauricio buat macam tu kat dia. Carlota cakap Mauricio tak mungkin akan buat macam tu pada dia. Desiree cakap itulah perbezaannya. Selepas itu, dia marah pada Francisco lagi.

Positivo (Pejabat Mauricio)
Mauricio telefon syarikat penerbangan dan tanya pasal Francisco. Kemudian, dia letak gangang telefon dan bagitau David dan Armando yang Armando tidak pernah balik ke Eropah. Kemudian Armando anggap yang mungkin Francisco dah jual sahamnya dan takut hendak bersemuka dengan Mauricio.

Positivo
Di kerusi Brandy, Juana duduk di atas kerusi Brandy dan memusing-musing kerusi itu. Kemudian, Popeye datang dan bacakan sajak pada Juana. Brandy pula datang dan suruh Popeye jangan ganggu kawannya. Popeye cakap dia membacakan sajak untuk Juana. Kemudian dia pergi dari situ. Brandy cakap pada Juana yang semua orang di pejabat itu dah gila termasuk dia sekali. Juana cuma senyum pada kawan baiknya itu. Juana mengeluarkan satu sampul surat dari begnya dan meletakkannya di meja. Brandy cakap Juana sendiri yang akan memberikan gambar itu pada Mauricio kerana Mauricio hendak berjumpa dengannya. Juana merungut dan cakap “Aku perlukan topeng istemewa untuk jumpa Mauricio” Brandy cakap kalau gambar yang diambilnya cantik seperti selalu dia tidak perlu risau Mauricio akan berlaku biadap padanya. Juana kata “Aku tak suka dia”. Kemudian selepas Brandy pergi dari situ, Juana melihat sekali lagi gambar darah yang telah diambilnya (Yang disimpannya dalam sampul surat yang hendak diberikannya pada Mauricio).

Positivo (Pejabat Mauricio)
Mauricio sedang bincang dengan Armando dan David tentang Francisco bila Brandy masuk dan memberitahu Mauricio yang kawannya Juana dah sampai. Brandy mengingatkan Mauricio yang dia suruh Brandy bagitau jika Juana sampai. David gembira sebab Juana dah sampai. Dia cakap “Matahari aku dah datang?”. Armando senyum saja dan cakap “Berhati-hati dengan gerhana matahari”. David suruh Armando dan Mauricio supaya tidak susahkan hidup Juana. Dia cakap pada Mauricio, “Kalau gambar yang dia ambil tak cantik maafkan dia saja”. Mauricio cakap pada David “Pada hari aku perlukan kau untuk uruskan majalah aku akan beritahu kau”. Armando senyum sahaja. Kemudian, juana masuk ke pejabat Mauricio. Mauricio suruh mereka keluar dan biar dia bercakap dengan Juana. Apabila tinggal mereka berdua, Mauricio tanya Juana samada gambar itu dah siap atau tak. Juana cakap dah. Mauricio menghulurkan tangannya meminta gambar itu. Kemudian, telefon Mauricio berbunyi dia menjawabnya. Dr Ricarco Mosalve yang telefon. “Sediakan champange” kata Dr Ricardo. Mauricio bertanya “Ujiannya positive?”. Dr Ricardo menjawab “Wanita itu hamil. Kau akan menjadi seorang ayah”. Mauricio senyum lebar.

Bersambung...

Posted on Jun 24, 2003, 10:12 AM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1