Juana La Virgen 

Music Theme / Tema Muzik: Jyve - Solo a Tu Lado

Every Monday-Friday, 6.30pm @ NTV7


 

Episode: 04 (By Macro) English Home
Di rumah Mauricio (Dpn rumahnya)
Motosikal Juana merempuh pasu bunga, perhiasan dll dpn rumah Mauricio. Mauricio nampak Juana dan bertanya kepada Juana samaada dia tidak apa-apa. Juana menjawab yang dia tidak apa-apa. Seorang lelaki dan Armando menghampiri Juana dan marahkan dia. Juana meminta maaf pada mereka. Lelaki itu berkata jika tidak ada pasu bunga, dll itu pasti dia akan merempuh ke arah rumah pula. Juana cuba menerangkan apa sebenarnya yang terjadi. Dia menerangkan yang brek motosikalnya tidak makan dan berasa lega yang motosikalnya tidak apa-apa. Mauricio pula berkata yang motosikalnya tidak apa-apa tapi bagaimana pula dengan kemusnahan lain angkaranya. “Sungguh memalukan... adakah aku kenal kau” kata Juana. “Siapa kau dan apa kau buat di rumah aku” kata Mauricio. “Kau, Mauricio De La Vega?” kata Juana. “Ya, dari mana kau kenal aku?” kata Mauricio. “Tak, aku tak kenal kau. Maksud aku, aku kenal nama kau saja dan aku dengar apa orang kata tentang kau. Aku telah diupah untuk mengambil gambar di rumah kau” kata Juana. Armando pula menyampuk dan kata “Apa kau cakap?”. Mauricio cakap yang sepatutnya Martin yang mengambil gambar di parti itu. Juana menerangkan yang dia menganti Martin sebab Martin sakit. Kemudian, Carlota datang dan meminta penjelasan tentang apa yang telah terjadi. Juana menjelaskan apa yang telah terjadi dan meminta Armando menolongnya mengalihkan motosikalnya ke tempat lain.

Juana mengalihkan motosikalnya ditempat yang tidak ramai orang. Selepas itu dia cakap pada Armando yang dia merasa malu pada Mauricio atas apa yang telah terjadi. Armando dengan muka serius bertanya pada Juana siapa yang mengupahnya untuk mengambil gambar di parti itu. Riak muka Juana terus berubah, dia berkata “Nanti dulu, aku fikir kau tidak percaya dengan cerita aku yang aku telah diupah untuk mengambil gambar di parti ini”. Armando terus attack Juana dengan pelbagai soalan sehingga Mauricio datang. Selepas itu Juana beritahu yang dia diupah oleh Brandy Yuleisy. Armando cakap dengan sinisnya yang hanya Brandy sahaja yang akan melakukan itu. Juana marah dan bertanya padanya apa maksudnya. Mauricio suruh Armando pergi dan tinggallah Mauricio dengan Juana.

Apabila tinggal mereka berdua sahaja, Mauricio cakap pada Juana yang dia akan lupakan kemusnahan yang telah Juana buat dengan syarat dia lupakan apa yang telah Armando katakan padanya.

Di rumah Mauricio (Parti)
Armando jumpa Enriqueta dan beritahu dia apa yang telah terjadi.

Di rumah Mauricio (Dpn rumahnya)
“Kau nampak sungguh muda. Apa pengalaman yang kau ada?” tanya Mauricio. Juana memberitahu yang dia telah belajar mengambil gambar dari pakciknya sejak umurnya 5 tahun. Mauricio kata pada Juana yang dia juga belajar bermain kapal terbang mainan semasa dia kecil tapi itu tidak bermakna yang dia tahu memandu kapal terbang. Juana beritahu yang dia pernah mengambil gambar perkahwinan, pembaptisan, dll dan gambar yang diambilnya cantik. Mauricio, kemudiannya tanya nama Juana dan Juana bagitau nama seninya ialah ‘Matahari’ sambil menunjukkan rantai di lehernya dan dia juga memberitahu yang dia ada tatu di sebelah kanan belakang badannya. Selepas itu, Mauricio suruh Juana diam, shhh.... shhh.... ikut cakapnya/arahannya tentang bagaimana dan apa yang mesti dilakukannya untuk mengambil gambar di parti itu. Juana macam tak percaya apa yang Mauricio telah beritahu padanya. “Shhh, shhh... nanti dulu, kau baru suruh aku diam” kata Juana. Juana kata Mauricio bukan bapanya yang boleh suruh dia diam seperti itu dan dia juga bagitau yang kemalangan yang terjadi sebentar tadi bukan atas kehendaknya dan dia akan bayar atas segala kerosakannya telah terjadi. Mauricio cakap yang Juana akan perlu mengambil gambar beberapa kali barulah cukup duit untuk membayarnya dan menggangap Juana cuma mengambil gambar sebagai hobi sahaja. Juana marah sebab Mauricio menuduh dia sebagai amatur. Mereka terus bertekak sehingga Juana berkata yang dia setuju mengambil gambar dan akan mengikut caranya sahaja tapi jika Mauricio berkeras juga dan menggangunya mengambil gambar dia akan balik dan tidak akan mengambil gambar. Mauricio berkata yang dia tidak cukup masa lagi untuk mengupah orang lain dan bersetuju dengannya. Seorang pelayan datang dan Mauricio suruh dia mengangkat barang-barang Juana ke suatu tempat.

Di rumah Perez
Ana Maria hendak keluar dari rumah tapi Manuel @ Monolito menghalangnya dan bertanya dia hendak kemana. Ana Maria cakap yang dia telah dewasa dan berumur 34 tahun dan dia tidak perlu menjelaskan kemana dia hendak pergi. Manuel tahu dia hendak berjumpa dengan Alfonso dan cuba untuk menyedarkan Ana Maria yang dia cuma mengejar sesuatu yang tidak mungkin/mustahil (Sbb Alfonso suami org). Ana Maria menjawab yang dia tidak faham apa yang Manuel katakan padanya dan terus keluar dari rumah.

Di rumah Mauricio (Dkt tangga menuju ke parti di belakang rumah)
Juana berkata di dalam hatinya yang Mauricio adalah macam Robocop, sebentar lagi dia akan mengenakan dirinya pada palam dan mengajukan arterinya padanya. Selepas itu, Mauricio cakap pada Juana yang dia hanya dibenarkan mengambil gambar di sekitar parti sahaja. Setelah habis ‘lecture’ Mauricio pada Juana, Juana meminta izin untuk pergi ke tandas mengemaskan dirinya. Kemudian, selepas Juana pergi ke tandas David datang dan menyapa Mauricio.

Di rumah Mauricio (Di dalam tandas)
Juana seperti hendak menangis dan tidak percaya apa yang telah terjadi. Dia kata yang adalah satu keajaiban dia(Juana) masih hidup setelah apa yang telah terjadi. Tidak pernah kejadian seperti itu terjadi kepadanya. Dia rasa teruk dan hendak balik.

Di rumah Mauricio (Parti)
David menyapa rakan-rakan sepejabatnya dengan cium di pipi dll.

Mauricio menghampiri isterinya, Armando dan Enriqueta. Enriqueta hendak mejelaskan pada Mauricio tentang Juana (Iaitu, dia tidak tahu apa-apa tentang Juana. Brandy yang mengupah Juana). Mauricio cakap yang dia telah mengatasi masalah itu, Juana tetap akan mengambil gambar di parti itu. Carlota marah sebab Juana tetap akan mengambil gambar dan dia cakap dia (Carlota) boleh mengambil gambar parti itu sendiri dengan menggunakan kameranya. (Boleh percayakah? Host parti nak ambil gambar sendiri, dia pula tu?). Selepas itu dia minta diri. Enriqueta cakap dalam hatinya yang dia akan bunuh Brandy.

Di rumah Mauricio (Dpn rumahnya)
Brandy dan Popeye datang ke rumah Mauricio. Brandy hairan melihat kemusnahan yang terjadi di depan rumah Mauricio dan tertanya-tanya apa yang telah terjadi di sana.

Di rumah Mauricio (Dkt tangga menuju ke parti di belakang rumah)
Enriqueta jumpa Brandy dan tanya dia di mana dia dapat Juana.

Di rumah Mauricio (Parti)
Juana mula mengambil gambar di parti itu. Mauricio memerhatikan dia. David nampak Juana dan kata pada Popeye yang dia dah mula berhalusinasi. Dia juga kata pada Popeye yang Juana adalah wanita idamannya.

Di luar pagar apartment Alfonso
Ana Maria cuba hendak masuk ke bangunan apartment Alfonso. Ada dua orang yang keluar dari pagar itu dan Ana Maria menyelinap masuk ke bangunan itu tanpa pengetahuan penjaga bangunan yang sedang tidur.
Di bangunan apartment Alfonso
Ana Maria tekan butang lif tapi ragu-ragu hendak masuk dan tertanya-tanya samaada tindakannya untuk berjumpa Alfonso di apartmentnya betul atau tidak. Walau bagaimanapun, dia akhirnya masuk juga.

Di rumah Perez
Manuel dan Dona Azucena bertekak tentang Ana Maria. Manuel seperti biasa cuba untuk mendefendkan kakaknya.

Di bangunan apartment Alfonso
Ana Maria sudah sampai di depan pintu apartment Alfonso. Dia rasa ragu-ragu hendak menekan loceng pintu. Tapi akhirnya dia tekan juga. Selepas itu, orang gaji Alfonso buka pintu. Ana Maria suruh orang gaji itu panggilkan Alfonso.

Di rumah Perez
Manuel dan Dona Azucena bertekak lagi tentang Ana Maria. Dona Azucena berkata yang Ana Maria tidak menunjukkan contoh yang baik pada anaknya, Juana. Kemudian, dia pergi dari situ dan meninggalkan Manuel berfikir sendirian.

Di bangunan apartment Alfonso
Orang gaji Alfonso tanya Ana Maria siapa namanya sebab dia perlu beritahu tuannya namanya terlebih dahulu barulah dia boleh jumpa Ana Maria. Selepas itu, Alfonso datang dan nampah gelabah (nervous) sebab Ana Maria datang jumpa dia di apartmentnya. Suara isterinya kedengaran dari dalam rumah. Isterinya tanya Alfonso siapa yang datang. Alfonso menjawab yang orang yang menguruskan kondo datang untuk memberitahu mereka yang lif tidak dapat digunakan pada masa itu. Ana Maria rasa macam tak percaya dan cakap pada Alfonso yang lif tidak rosak. Kemudian, Alfonso membawa Ana Maria ke kawasan tangga berdekatan dengan apartmentnya dan menyuruhnya menunggu di sana. Alfonso balik ke pintu apartmentnya. Isterinya datang dan bertanya pada Alfonso apa yang dia tahu tentang membaiki lif. Dia cakap yang dia tidak tahu apa-apa tapi dia akan cuba menolong untuk membaiki lif itu. Setelah itu, dia menutup pintu apartment mereka.

Alfonso balik semula ke tangga tempat dia menyembunyikan Ana Maria. Alfonso bertanya pada Ana Maria apa yang dibuatnya disana. Ana Maria cakap yang dia rasa risau sebab Alfonso tidak menjawab msg yang ditinggalkannya di telefonnya jadi dia membuat keputusan untuk ke apartmentnya.

Di rumah Mauricio (Parti)
Juana mengambil gambar. David memerhatikan Juana. Selepas itu, dia menghampiri Juana dan cakap yang sepanjang parti itu dia telah mengekorinya untuk memastikan yang ia bukan ilusinya (Berjumpa Juana di parti itu). “Ola, David” kata Juana. “Kau tahu tak cahaya matahari kau tu menyinari aku” kata David dan mengajak Juana menari bersamanya. Juana tidak mahu menari dengan David sebab katanya dia bukan tetamu majlis itu tapi pekerja. Walau bagaimanapun, David mengajak dia menari juga. Selepas itu, Mauricio muncul tiba-tiba dan berkata pada Juana “Seronokkah?”. “Aku sedang mengambil gambar” kata Juana. David cakap pada Mauricio yang dia mengajak Juana menari dengannya. Carlota datang dan cakap pada Mauricio yang ayahnya Rogelio dan Alfredo datang dan menyuruhnya pergi bersamanya menyambut mereka. Mauricio pergi dari situ tapi Carlota masih berdiri di sana sambil memandang dengan serius ke arah Juana. David bertanya pada Carlota ada apa yang tak kena. Kemudian, Carlota pergi begitu sahaja tanpa berkata apa-apa. Juana marah dan cakap yang dia sudah ada masalah dengan mereka dan tidak mahu timbul masalah lain lagi, jadi dia suruh David menari dengan orang lain sahaja lalu dia pergi dari situ untuk meneruskan kerjanya. Brandy datang dan memanggil Juana tapi Juana pergi saja.

Di bangunan apartment Alfonso
“Aku tak percaya kau akan bercakap macam ni” kata Ana Maria. Alfonso cuba menenangkan Ana Maria dengan mengatakan yang dia mencintai Ana Maria, dia adalah cinta sejatinya, dia tak cintakan isterinya dll. Selepas itu, Ana Maria mcm percaya cakapnya dan mereka berpeluk.

Di rumah Mauricio (Parti)
Brandy tanya Juana apa yang telah terjadi sebab Enriqueta telah memarahi dia sebaik sahaja dia datang ke parti itu. Juana menjelaskan segalanya, bermula dengan dari dia keluar dari rumahnya sehingga ke kemalangan yang terjadi di depan rumah Mauricio. Dia juga meminta maaf pada Brandy. Brandy tanya Juana samada dia tak apa-apa. Juana menjawab tak tapi Armando tak percaya yang dia telah diupah untuk mengambil gambar diparti itu. Kemudian, mereka bercerita tentang David yang tidak percaya dia berada di situ untuk mengambil gambar, mereka menari dan Mauricio yang muncul tiba-tiba semasa mereka menari. Juana berkata pada Brandy sambil memandang ke arah Mauricio yang dia ada nama baru untuk Mauricio, iaitu ‘Ketua toksik’.

David tanya Mauricio dimana dia dapat Juana sebagai photographer. Mauricio cakap yang Martin sakit, jadi Brandy upah ia untuk ambil gambar. David cakap yang Mauricio terhutang budi pada Brandy. Tapi Mauricio cakap, David yang terhutang budi pada Brandy dan dia juga cakap yang Juana ada nama seni, iaitu ‘matahari’. Selepas itu, Mauricio minta diri.

Francisco dan Desiree datang. Mauricio menyapa mereka. Francisco cakap pada Mauricio yang ia hendak cakap dengan Mauricio. Mauricio mahu mereka bercakap di bilik bacaannya. Selepas itu, mereka pun pergi ke sana.

Di bangunan apartment Alfonso
Alfonso menghantar Ana Maria ke teksi di luar pintu pagar bangunan apartmentnya. Sebelum Ana Maria pergi, dia meminta Alfonso untuk memeluknya. Anak Alfonso nampak dan merasa marah sebab bapanya membohongi emaknya dan berpoya-poya dengan perempuan lain.

Di rumah Perez
Petrica datang ke rumah Perez. Dona Azucena membukakan pintu. Petrica cakap yang dia hendak berjumpa dengan Monolito. Dona Asezena cakap dia ada di biliknya dan akan memanggilnya keluar untuk berjumpa dengannya. Petrica cakap tidak apa dia sendiri akan pergi ke bilik Monolito untuk berjumpanya. Apabila Dona Asuzena tinggal sendirian dia berkata sendiri yang anak gadis sekarang tidak tahu malu.

Di rumah Mauricio (Parti)
Juana sedang mengambil gambar parti apabila David tiba-tiba muncul di depan Juana dengan membaca sekuntum bunga. Mereka bercakap seketika mengenai rantai Juana dan nama seni Juana ‘Matahari’. Juana cakap pakciknya yang memberi dia rantai dan nama seni itu.

Desiree cakap pada Carlota yang dia tak kenal kebanyakan orang di sana. Carlota memberitahu dia yang kebanyakan tetamu di sana adalah pekerja dan kawan Mauricio. Mereka bercakap pula mengenai ibu tumpang anak Mauricio. Carlota cakap yang dia tidak akan membenarkan perempuan itu menjejakkan kaki ke rumahnya sekalipun wanita itu mengandungkan anak kembar tiga. Semasa mereka sedang bercerita Juana muncul dan mengambil gambar mereka. Selepas itu dia berlalu pergi mengambil gambar lain pula. Carlota menyambung cakapnya pada Desiree yang dia tidak akan membenarkan wanita itu tinggal di rumahnya. Selepas itu Carlota bertanya pada Desiree di mana Francisco. Desiree cakap yang dia ada dengan Mauricio kerana dia perlu memberitahu Mauricio tentang sesuatu.

Rogelio nampak Desiree keseorangan dan pergi menyapa dia. Dia memuji kecantikan Desiree. Desiree mengucapkan terima kasih atas pujiannya dan juga atas pemberiannya tempoh hari (Kasut dan bunga). Rogelio cakap pada Desiree yang dia tahu perkahwinannya ada masalah. Desiree hairan dan tanya dimana dia tahu. Rogelio cakap yang dia meminati Desiree dan tanya samada dia ada masalah atau tidak sebab dia kelihatan risau. Desiree memberitahu Rogelio yang dia akan bercerai dengan suaminya dan cakap yang Carlotapun tidak tahu mengenai hal itu. Dia kata yang Francisco mahu menceraikannya dan meninggalkannya tanpa memberinya apa-apa wang. Rogelio terkejut dengan pernyataan Rogelio dan bertanya apa maksud Desiree. Desiree memberitahunya yang Francisco akan meninggalkannya. Rogelio cakap yang dia sedia membantu Desiree jika ada apa-apa.

Di rumah Mauricio (Bilik bacaan)
Francisco dengan segelas whiskey di tangannya menoleh ke belakang apabila Mauricio melangkah masuk ke bilik itu. Mauricio perasan yang Francisco sungguh lain sejak dia balik dari Eropah. Francisco cakap yang dia (Francisco) adalah seorang pengkhianat dan hampir-hampir mengkhianat kawan baiknya sendiri (Mauricio). Dia memberitahu yang dia perlu memberitahu Mauricio suatu perkara. Kemudian, Rogelio pula melangkah masuk ke bilik itu. Francisco kata yang baguslah Rogelio juga ada di sana sebab dia sudah membuat keputusan untuk memberitahu Mauricio segala-galanya. Dia juga menambah bahawa dari dahulu dia (Francisco) adalah seorang pengecut tapi sekarang dia akan memberitahu segala-galanya. “Kawan kau sejak kecil akan mengkhianati kau dan kau akan kehilangan segala-galanya” kata Francisco pada Mauricio. Selepas itu, tidak semena-mena Carlota datang dan mahu membawa Mauricio pergi dari situ sebab dia mahu Mauricio berjumpa dengan tetamu-tetamu mereka. Dan mereka keluar dari bilik itu. Tinggallah Rogelio dan Francisco di bilik itu. Rogelio menutup pintu bilik itu dan cakap yang dia tidak tahu yang Francisco telah membuat keputusan itu. Kemudian, Rogelio mengajak Francisco keluar dari bilik itu dan berbincang di tempat lain. Francisco setuju dengan ajakan Rogelio.

Di rumah Mauricio (Parti)
Juana mengambil gambar Enriqueta, Armando, La Bibi, Shiva dan Popeye. Selepas itu, Mauricio dan Carlota datang. Carlota suruh Mauricio ambil gambar dengan pekerjanya tapi Mauricio tidak mahu sebab dia risaukan Francisco dan pergi dari situ mencari Francisco. Carlota hendak bergambar dengan mereka tapi Juana kata filemnya habis jadi dia perlu isi kamera dengan filem baru dahulu. (Ha, ha, ha...) selepas itu, Juana pergi dari situ sambil merungut yang dia perlu berjalan jauh untuk menukar filemnya.

Lepas Juana pergi, Popeye jumpa mercun dan bercadang hendak memasangnya untuk memeriahkan lagi suasana parti. Kawan-kawan sepejabatnya mula-mula tidak bersetuju dengannya kemudian terpaksa bersetuju.

Enriqueta, Armando dan Carlota berhimpun. Armando tanya Carlota di mana Mauricio. Dia cakap yang Mauricio pergi berjumpa dengan Francisco sebab Francisco ada sesuatu hendak dicakapkan pada Mauricio.

Alfredo jumpa Desiree dan tanya samada dia adalah isteri Francisco. Desiree cakap “Dan kawan baik Carlota”. Desiree tanya Alfredo mengenai adiknya Humberto yang berada di luar negara. Alfredo tidak menjawab tapi mendengar sahaja percakapan Desiree. Pada masa itu, Alfredo ternampak ayahnya, Francisco, Rogelio dan pembantu ayahnya berjalan di semak belakang rumah Mauricio.

Di belakang rumah Mauricio
Rogelio, Francisco dan pembantu Rogelio berjalan menuju ke satu tempat kosong di belakang rumah Mauricio. Francisco marah pada Rogelio sebab Rogelio mahu dia mengkhianati kawan baiknya yang juga suami anaknya, Carlota. “Perniagaan. Ia hanyalah perniagaan” kata Rogelio. Mereka terus bertekak untuk seketika. Kemudian, Rogelio mengeluarkan pistol dan mengacukannya pada Francisco.
Di rumah Mauricio (Parti)
Popeye memasang mercun dan ia meletup ke udara.

Di belakang rumah Mauricio
Barang-barang Juana di letakkan jauh di belakang rumah Mauricio berdekatan dengan tempat di mana Rogelio dan Francisco sedang berbincang. Juana memasang filemnya. Dia terdengar bunyi mercun dan sungguh gembira apabila melihat cahaya dari mercun tersebut meletup di udara. Kemudian dia terdengar bunyi tembakan pistol tapi tidak pasti apakah itu bunyi apa yang difikirkannya. Dia merasa takut dan tidak berani pergi melihat ke tempat itu kerana Mauricio telah mewarning dia untuk tidak pergi berjalan-jalan di sekitar rumah itu. Dia hendak pergi dari tempat itu, tapi tiba-tiba dia terdengar bunyi benda pecah dari tempat tersebut. Juana pergi ke tempat itu untuk melihat apakah bunyi yang didengarnya tadi. Dia ternampak kesan darah dan barang pecah. Dengan tidak senghaja dia tergambar kesan darah itu beberapa kali. Juana merasa takut dan terus berlari keluar dari tempat itu. Apabila dia keluar dari tempat itu, dia terserempak dengan Mauricio dan menyuruhnya mengikutnya pada masa itu juga untuk melihat apa yang telah dilihatnya tadi.

Bersambung...

Posted on Jun 24, 2003, 10:12 AM


Web Design By:  Fara M

Hosted by www.Geocities.ws

1