kembali
Soal-Jawab non Muslim

Baru-baru ini, saya baru menerima  e-mail dari seorang non-muslim yang berasal dari Sarawak  bertanyakan mengenai Marhaban . Berikut merupakan petikan e-mailnya (telah diedit semula) serta jawapan dari penerima.
From :loura monska <shillyd@com> 
To :mahisc 
Subject :   
Date :Wed, 12 Dec 2001 17:09:42 +0000 (GMT)


Bolehkah saudara terangkan kepada saya mengenai apa itu marhaban...terima kasih

jawapan


Jawapan bagi soalan ini telah diambil dari Islah-net dan Dakwah to non Muslim Groups.
Date: Thu, 27 Dec 2001 19:59:23 -0800 (PST)

Sumber diambil dari :
http://members.tripod.com/Bobezani/budaya.htm
Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
Seni Suara
Seni Gerak
Seni Rupa
Permainan Tradisional
Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.

Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).

Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.

Marhaban juga merupakan 'seni suara' , Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika. Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
Seni Vokal
Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :

Marhaban,
Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab.

From:  "hujjah san,aa" <sidi_shah.com> | Block Address  | Add to Address Book
Date: Sat, 29 Dec 2001 23:48:48 -0800 (PST)


"Marhaban" mempunyai beberapa keadaan yg difahami disegi pengunaannya. Jika di pakai istilahnya pada ucapan hormat ,maka bermaksud "Selamat datang" atau yg semakna dengannya.

Jika didimaksudkan sesuatu bentuk bacaan yg termaklum di sisi masyarakat ,yg dibaca biasanya di bulan Rabi'ul Awwal, maka bermaksud bacaan rawi maulid yg masyhur .Misalnya  Maulid Dibai'e ,Barzanji dan sebagainya.

Disebuah kawasan yg mempunyai  Penduduk suku jawa ,misalnya di Daerah Muar dan Batu Pahat ,Johor, mereka meng istilahkan Marhaban untuk makna berziarah antara rumah kerumah sehingga habis sekampung pada Hari Aidil Fithri .

From: "abdul rashid" <arashid78@> | Block Address  | Add to Address Book
Date: Sat, 29 Dec 2001 16:22:43 

        
Assalammualaikum wrth.Marhaban ni adalah suatu bentuk syair-syair yang memuji rasululLah s.a.w.,puji Allah dan keluarga rasululLah yang diiramakan. Adakalanya himpunan salawat. biasanya dilagukan secara kumpulan di kampung-kampung dalam majlis-majlis sambutan maulid atau upacara cukur rambut bayi yang baru lahir. Ianya termasuk dalam tradisi umat islam Nusantara yang sihat. Kian pupus dibandar-bandar dan dikalangan generasi muda.


Seterusnya
Baru-baru ini, sedang saya sedang melayari ruangan Yahoo Chat 'Taiwan Discussion Room' , seorang chatter menamakan dirinya sebagai Cathy dari Taiwan, pelajar bahasa asing sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan berumur 28 tahun telah bertanyakan soalan kepada saya setelah saya memperkenalkan diri saya sebagai Muslim. Dari dialog kami, beliau mendapat maklumat yang salah dari pelancong-pelancong non-Muslim yang melawat negaranya mengenai konsep poligami. Menurutnya, Islam menyuruh pengikutnya berkahwin 4 dan isteri pertama yang hendak dikahwini adalah pilihan ibu-bapa pihak suami dengan bentuk fizikal yang kurang 'menarik' dan mempunyai kuasa menjaga kewangan keluarga..... Alhamdulillah, jawapan sebenar telah diberikannya pada melalui sumber yang diambil dari http://www.irf.net/irf/faqonislam/index.htm

Respon dari Cathy selepas jawapan mengenai poligamy dalam islam telah dijawab


Date: Thu, 27 Dec 2001 04:07:33 -0500
From: [email protected] | Block Address  | Add to Address Book
Reply-to: chi_3c.tw
To: [email protected]
Subject: cathy sent you a Yahoo! Greetting

Hi!
how's everything?  thank you very much for the information of polygamy. i learn a lot from it although it really takes time to read and a lot of vocabulary to check.  thanks a lot... have a nice day and wish all your dreams come true.. 


Seterusnya
Hosted by www.Geocities.ws

1