kembali
perbincangan Dakwah kali ini adalah mengenai Nasyid sebagai sumber dakwah kepada masyarakat. Sumber pandangan diambil dari islah-net groups. Disunting bagi memudahkan pembacaan
To: [email protected], [email protected], [email protected]
From: "Hafiz Firdaus" <hafizf@> | Block Address  | Add to Address Book
Date: Thu, 03 Jan 2002 02:55:04 +0000
Subject: [islah-net] Nasyid sebagai usaha dakwah.


Assalamualaikum warahmatullah,
Ingin saya berkongsi sedikit pandangan tentang kedudukan Nasyid. Jika sebelum ini sdr Abu Raudhah dan Rabuan berbincang tentang kedudukan  nasyid  sebagai salah satu atur cara Majlis Perhimpunan Student M�sia di UK &  Eire, tumpuan saya pula ialah kedudukan nasyid sebagai salah satu usaha dakwah secara umum.
Sebelum bermula, ingin saya mengajak para netters untuk membezakan
antara �sarana� dan �tujuan�.�Sarana� adalah sesuatu yang digunakan bagi mencapai sesesuatu manakala
�tujuan� pula ialah sesuatu yang hendak dicapai itu.�Sarana� itu berubah-ubah selari dengan peradaban dan tamadun manusia manakala �tujuan� adalah sesuatu yang tetap, tidak berubah-ubah.

Kita boleh umpamakan sebagai seseorang yang hendak bermusafir dari KL ke Singapura, Singapura adalah destinasinya manakala untuk sampai ke destinasi itu, dia memerlukan kenderaan samada kereta, bas, kapal terbang dan sebagainya.
Maka di sini, �sarana� adalah kenderaan yang digunakan manakala �tujuan� adalah destinasinya, iaitu Singapura.
Kembali kepada perbincangan dakwah, sama-sama kita ketahui bahawa antara tujuan dakwah ialah memberi pengenalan kepada seseorang tentang Islam. Juga sebagai membawa seseorang itu dari Islam yang minimum kepada Islam yang maksimum.Maka untuk mencapai tujuan ini, kita perlu mengetahui cara-caranya, atau setepatnya sarana yang dapat menghantar kita kepada tujuannya.

Sarana atau cara-cara berdakwah tidak ada yang terhad atau terbatas selagi ia tidak melibatkan apa-apa yang haram. Ianya sentiasa terbuka dan dinamis selagi umat mahu berikhtiar dan berfikir. Malah yang benar umat HENDAKLAH SENTIASA berikhtiar dan berfikir agar cara-cara dakwah mereka sentiasa selari dengan peradaban manusia sezaman, suasana sekeliling dan keadaan individu yang akan didakwahkannya.
Dalam hal ini ada dua point penting:

Pertama:
Apabila berinteraksi dengan peradaban manusia, kaedah yang diguna pakai dalam syari�at Islam adalah: Segala sesuatu adalah harus melainkan adanya dalil-dalil sahih yang mengharamkannya.

Kedua:Apabila berinteraksi dengan peradaban manusia, syari�at Islam tidaklah bersifat mengikat mahupun mengikut tetapi ia bersifat mengurus dan mengendalikan.
Oleh itu apabila kita membicarakan nasyid atau apa-apa lain sebagai salah satu cara berdakwah, hendaklah kita meletakkannya dalam kedudukan yang sebenar. Nasyid itu sendiri hukumnya adalah harus dan ia tidak memerlukan nas yang sahih untuk disahihkan. Malah tidak berlebihan jika dikatakan bahawa nasyid itu hukumnya sunat jika ia dapat mencapai tujuannya dalam berdakwah. Secara peribadi saya dapati nasyid amat bermanfaat kepada anak-anak sebagai cara ememberi pengenalan kepada mereka tentang Allah, Rasulullah dan Islam secara keseluruhannya.Yang perlu benar-benar diperhatikan ialah siapa dan bagaimana nasyid tersebut disampaikan. Ini melibatkan akhlak penasyid, alat muzik, liriknya dan berbagai lagi sepertimana dalam posting yang telah diforwardkan oleh ukhti UmmZiyaad.  Di sinilah letaknya peranan syari�at dalam mengurus dan mengendalikan nasyid tersebut agar sentiasa selari dengan roh dan tujuan syari�at.
Sekian sekadar berkongsi pandangan. Wassalam
From:  "Sofian Alias" <sba_o.com> | Block Address  | Add to Address Book
Date: Wed, 2 Jan 2002 21:43:51 -0800 (PST)


Salam~

Cumanya ingin ditambah dari al ustaz, "sarana" itu adalah wasilah dan "tujuan" itu adalah matlamatnya.  Cumanya barangkali ramai orang lebih berminat da'wah melalui nasyid daripada da'wah yang dilakukan oleh Ar Rasul saw. Seperti yang seringkali diperkatakan oleh Cikgu Rahim di fikrah-net, contoh akhlak yang baik itulah method da'wah yang terbaik. Namun jarang juga kita berjumpa mereka yang bernasyid dapat menonjolkan akhlak yang baik. Ini berasaskan pengalaman saya sendiri ketika menguruskan fiesta nasyid tidak lama dahulu. Namun kita tidak menafikan ada dikalangan mereka yang boleh dijadikan contoh dan ikutan. Alangkah baiknya penjelasan Al Ustaz Hafiz Firdaus dan alangkah murninya niat sheikh Rabuan Sungai Merab.
From: "ramlirahim" <[email protected]> | Block Address  | Add to Address Book

Berita dari teman Fudzail di Dubai...Malam tadi pi Taawun Mall, ada exhibition on Islaamic Media & Konsert Nasyid.  Yang melancarkan majlis malam tadi ialah Crown Prince Sharjah. 

Bila sampai je, dari jauh nampak sahabat2 ex-Arqam kita dengan trade  mark uniform mereka - serban hijau                 (2 Malaysian & isteri dan sorang dari Singapore), diketuai Ustadz  Nasarudin.

Booth dari Rufaqa' Corp. (@ Arqam) telah menjadi tumpuan dengan  alunan nasyid Qatrunada & Sheqal.  Dendangan nasyid anak-anak kecil telah memukau Pak-mak arab yang kebanyakannya first time mendengar  nasyid "progressive" dari luar dunia Arab(yang selalunya berkitar  around Syria & Jordan). CD & VCD yang ada kat booth memang jelas  menampakkan imej lama Arqam, cuma diubah nama ke Rufaqa (yes, gambar  bas, perusahaan, dll masih ada!). Booth ubat tradisional Rufaqa' dengan produk minyak hijau, bam, sabun
& sliper reflekslogi juga jadi tumpuan. Exhibition akan berlangsung selama seminggu & konsert nasyid berakhir malam ni.
From: "Muhamad Faizal" <muhamad-faizal@jhrjp> | Block Address  | Add to Address Book

"NASYID" (dirujuk sebagai hiburan Islamik - walhal dari segi bahasa maknanya "nyanyian" juga) - bagi saya cuma memberi alternatif untuk berhibur - itu saja..... Tapi untuk berdakwah kena lebih jauh dari itu  !Nasyid - Boleh jadi alat dakwah - tapi bukan yg utama ! Ramai mempertikaikan "alah... penyanyi nasyid ni belum tentu akhlak  baik.."- Tapi kalau bukan mereka yg buat muzik nasyid nak harapkan siapa lagi  ? Sekurang2nya mereka ni ada buat sesuatu kebaikan - anak kecil anda  mungkin tak kesunyian dan terpaksa mendengar lagu2 yg tak sepatutnya ! Ramai yg berkata "cukup dgn zikrullah hati kita boleh terhibur.." -  soalnya apakah hati semua manusia sudah mencapai tahap ini ????
From:  "fikir" <fiki.com> | Block Address  | Add to Address Book

Saya ada cadangan... Oleh kerana kanak-kanak ramai yang meminati kumpulan Senario, apa kita buat lepas ni nasyid berunsur lawak pulak yang sesuai untuk kanak-kanak (org2 dewasa tak payah dengarlah). Macam kata Saudara Muhammad Faizal, taraf jiwa kita tak sama. Saya teringat sajak "Kenapa engkau tidak solat" yang agak glamer dulu....

From:  "ar" <[email protected]> | Block Address  | Add to Address Book

Assalamu'alaikum,
Idea saudara memang baik tapi kita jugak kenalah ingat pesanan Imam Ghazali yg tidak menggalakan kita dari banyak ketawa atau bergurau. Nasyid yg baik boleh memberi pengaruh yg baik kepada kanak2...kita lihat bagaimana kanak2 yg menghafal lagu Raihan.....indirectly akan mengingati nama2 25 Rasul....atau bertasbih....bertahmid dll... Nasyib yg baik jugak akan dapat menarik minat org bukan Islam kepada Islam......lihat saje nasyid2 Sdr Yusuf Islam. Wallahu' ta'alla a'lam.
Hosted by www.Geocities.ws

1