Di  sebalik tabir
kembali
dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

Alhamdulillah, akhirnya laman web Sejalur Pengalaman telah dapat dihasilkan setelah beberapa bulan menyusun serta mencari bahan-bahan yang perlu disesuaikan dengan laman web ini. Tujuan utama kewujudan laman ini adalah sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dakwah mereka kepada semua dengan harapan dakwah akan menjadi satu budaya kehidupan masyarakat muslim pada masa akan datang, Insya allah.

matlamat penghasilan website ini telah jelas dinyatakan pada laman utama 'Sejalur Pengalaman':

Assalamuallaikum wbt .
Website ini merupakan catatan-catatan pengalaman dakwah yang ditulis bagi berkongsi pengalaman individu-individu yang menjadikan dakwah sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Ramai yang mengatakan bahawa Dakwah memerlukan tingkat ilmu pengetahuan agama yang tinggi . Ini menyebabkan Dakwah dilihat sebagai satu perkara yang sukar di buat sama sekali . Insya Allah , apa yang anda bakal tatapi selepas ini mungkin akan mengubah perspektif anda  dalam memahami dakwah dan keperluannya dalam masyarakat hari ini . Sememangnya ilmu agama perlu dipupuk sedikit demi sedikit didalam diri dan dalam masa yang sama , sebarkanlah , berkongsilah Islam kepada semua.  Sebarang pengalaman anda amat kami alu-alukan untuk disumbangkan dan dikongsi bersama .
Ucapan terima kasih buat  mereka yang telah memberi keizinan bagi pihak kami mengutip pengalaman mereka untuk dikongsi bersama.

Pendedahan terhadap dakwah kepada non-muslim masih baru bagi saya. Bermula dari sebuah booklet bertajuk "What The Bible Says About Muhammad" karangan Sheikh Ahmed Deedat telah mencambah minat untuk terus mengetahui. 1991, tahun dimana pendakwah yang berasal dari Afrika datang ke Malaysia bagi misi dakwahnya telah  memberi satu kesan bagi diri saya secara peribadi.

Keadaan berlanjutan selepas 9 tahun kemudian. Pengalaman bergaul dengan sahabat-sahabat non Muslim lebih-lebih lagi yang beragama Kristian banyak membuka minda. Dilihat dari usaha-usaha mereka menyampaikan ajaran Gospel terhadap rakan-rakan yang beragama Buddhist secara 'istiqamah' memang membawa hasil. Sebagai seorang Muslim,  agak rasa tersentuh dengan usaha mereka. Kita yakin dengan Islam sebagai ad-din yang benar tapi pernahkah kita berkongsi kebenaran tersebut kepada mereka?

Syukur pada Allah, di stesyen bas ketika menunggu bas  untuk pulang, tergerak hati untuk membeli majalah '
Al Islam' setelah tertarik dengan fokus majalah tersebut pada bulan itu : 'IPCI Berdakwah Kepada Bukan Islam'....... Bermulalah pertemuan 'awal' saya dengan ustaz Kamarudin Abdullah , Presiden IPCI Malaysia... Menghubungi beberapa kali diganggang telefon hanya disambut oleh mesin rakamannya.  ( ketika itu ustaz Kamarudin berada di Mekah )

Setelah sebulan, bungkusan yang bercopkan IPCI Penang tiba ke rumah. Itulah 'material dakwahku yang pertama'.

semenjak hari itu, material yang kumiliki cuba kuhadami ilmunya dan kukongsi kebaikkannya pada semua. Terasa hidup lebih bermakna bila dapat berkongsi kebaikkan pada semua....... Sememangnya
keadaan agak berubah selepas itu.

Pertemuan dengan guru bahasa Inggeris di Pusat
Tusyen Arifah Adya, Brother Steven Abdullah bekas ketua pemuda Katolik turut banyak memberi teguran dan semangat sepanjang 3 bulan pengajian bahasaku dibawah bimbingannya.

Perancangan Allah cukup cantik. Bertemu pula dengan
Cikgu Rashid Sarmani, salah seorang penggerak JIM banyak memberi sumber maklumat yang cukup berharga..... Dari sini aku didedahkan kepada progam-progam dibawah JIM dan PERKIM serta MACMA seperti Kursus Perbandingan Agama dibawah pimpinan bro Abdul Rahman Lim sangat bermanfaat......... Terima Kasih buat semua dan Syukur padamu ya Allah.
Inginku ucapkan terima kasih kepada segala dorongan, inspirasi, maklumat serta galakkan yang diberikan.

Tak dilupakan , Terima Kasih kepada Pengalaman yang banyak mengajar melalui kesilapan. Teringat keadaan sebelum itu, rasa takut & gelisah sepanjang minggu setelah persoalanku terhadap rakan Kristianku dapat dijawabnya mudah....

Kini keadaan berbeza...Seperkara yang telah kupelajari sepanjang tahun ini,
Masyarakat Cina dan India ingin tahu tentang Islam , ingin faham tentang Islam tapi takut bertanya kerana orang Melayu yang cepat rasa sentitif dengan soalan yang ditanya. Jika kita bukakan jalannya, Insya Allah mereka akan bertanya meskipun ia bersifat kritikan yang keras kesan dari gejala 'mendengar' cakap-cakap orang. Jadi tanggungjawab kita membaiki keadaan ini. Tapi ingatan pada diri, dakwah dan islah perlu jalan seiring : Dakwah mengajak manusia ke arah kebenaran dan islah dalam memperbaharui keimanan diri dan sahabat-sahabat  muslim kita hari ini....Moga Allah memberi Kekuatan padaku mengharungi perjuangan ini ,Insya Allah
ustaz kamarudin berdialog dengan para pengunjung masjid Kapitan Keling
Klik disini untuk lebih lanjut
Hosted by www.Geocities.ws

1