Capaian Tanpa Talian (Offline
Browsing)
Laman ini di Internet :-
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_view_article.php?aid=22
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/offline.html
Tanpa memerlukan sambungan ke Internet bahan
Internet masih boleh
dicapai dan dibaca. Pelbagai cara wujud untuk sama
ada untuk
mendapatkan bahan-bahan Internet di dalam cakera
keras atau
menyimpannya.
Perisian pelayar Internet sendiri mempunyai
pilihan untuk melihat
semula fail-fail dan bahan yang berada di dalam
cache atau simpanannya.
Cache atau simpanan ini merupakan fail-fail laman
yang telah
dilawati. Ia digunakan untuk mempercepatkan
capaian Internet bagi
laman yang jarang berubah. Capaian di cakera keras
lebih cepat
berbanding capaian ke Internet.
Bagi perisian pelayaran Internet seperti Mozilla,
Netscape, Opera
dan Internet Explorer telah tersedia pilihan
"Work Offline".
Dengan pilihan ini laman-laman boleh dilihat
semula. Terlebih
dahulu pilihan ini perli dibuat. Bagi perisian
pelayar
Mozilla, Netscape dan Internet
Explorer
File -> Work Offline
Apabila pilihan ini dibuat anda dapat melihat
hanya laman yang telah
dilawati. Untuk memudahkan lagi, kemudahan
"History" boleh digunakan.
"History" adalah sejarah sambungan laman yang
dilawati. Untuk Internet
Explorer, View -> Explorer Bar
-> History. Bagi Mozilla dan Netscape
Go -> History atau
dengan mudah sama ada Internet Explorer atau
Mozilla
dengan menekan serentak kunci Ctrl dan H.
Pada tetingkap History pilih sambungan laman yang
hendak dilihat semula
dan pastikan pilihan "Work Offline" telah
dibuat.
Internet Explorer mempunyai kemudahan tambahan
untuk capaian tanpa
talian. "Synchronize" membantu pengguna untuk
kemas kini laman yang telah
dimasukkan dalam senarai
"Favorites".
Lawat laman yang anda hendak lawat tanpa capaian
Internet.
Pilih Favorites -> Add To
Favorites -> Tandakan "Make Available
Offline"
Jika anda memilih butang "Customize", anda boleh
menentukan kedalaman
laman akan disimpan, masa tetap untuk simpanan dan
pelbagai lagi.
Untuk melihat laman yang telah disimpan, buat
pilihan "Work Offline"
dan pilih laman itu diruang
"Favorites".
Untuk membuat mengendalikan laman-laman dalam
"Synchronize"
Tools -> Synchronize
HTtrack
http://www.httrack.com/
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan
dalam muat turun laman
ke cakera keras komputer. Salah satunya adalah
Httrack.
Httrack merupakan perisian sumber terbuka yang
boleh didapati di tapak
laman http://www.httrack.com/ . Ia
membolehkan muat turun tapak laman
Internet ke "folder" atau direktori anda, ia
membina semula direktori
yang diperlukan oleh tapak laman itu, mendapatkan
fail-fail HTML dan
gambar-gambar grafik. Httrack akan menyusun
fail-fail yang telah dimuat
turun seolah-seolah laman itu dilayari di
Internet. Ia umpama membuat
salinan cermin kepada tapak laman yang anda
pilih.
Httrack juga boleh mengemas kini laman yang telah
diambil dan
menyambung semula muat turun yang tidak
lengkap.
Diharapkan artikel ini dapat membantu dalam
penggunaan komputer
dan Internet dengan lebih baik.
Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad
Haris di
http://groups.yahoo.com/group/haris
atau email kepada
[email protected]
Penulis boleh dihubungi melalui
email
hafnie @ mtusempoi dot org
Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie
01MAR04
Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/
Linux - Sistem Operasi Masa
Hadapan
----
Himpunan Laman Rujukan
Perisian Pelayar Internet Mozilla
http://www.mozilla.org/
Opera
http://www.opera.com/
Netscape
http://www.netscape.com/
HTtrack
http://www.httrack.com/
Simpanan Archive MTU Sempoi
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/archive/
Linux Malaysia
http://www.geocities.com/linuxmalaysia