Pelayar Internet (Browser) Masa Hadapan - Firefox

Tulisan ini di Internet : http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/kempen-firefox.html
http://

Sebarkan Firefox

Spread Firefox http://www.spreadfirefox.com/

Jika anda masih menggunakan Microsoft Internet Explorer anda terdedah kepada pelbagai bahaya jika tidak membuat kemas kini. Teruskan membaca artikel ini untuk pilihan yang lebih bijak.

Kempen Seratus peratus penggunaan Firefox oleh pengguna komputer dan Internet Malaysia. Sila sebarkan dan pastikan selepas Firefox dipasang ia menjadi "Default Browser". Anda tidak akan menyesal.

  1. Pelayar Internet (Browser) Masa Hadapan - Firefox
    1. Sebarkan Firefox
    2. Menggunakan Perisian Lain
      1. Fungsi-fungsi keselamatan yang dimiliki oleh Firefox:-
    3. Muat Turun (Download)
      1. Pasang Plug-ins Bila Diperlukan
      2. Tips Untuk Internet Explorer
    4. Linux Sistem Operasi Masa Hadapan

    Trojan, pop-up, Malware, Adware dan pelbagai lagi perisian yang kebanyakannya dipasang tanpa pengetahuan pengguna komputer mengganggu pelayaran Internet, sama ada dengan kemunculan pop-up yang tidak diketahui daripada mana datangnya, pelayaran Internet yang semakin perlahan, malah tanpa diketahui oleh penggunanya komputer yang telah diceroboh boleh dijadikan komputer perantaraan kepada serangan jenayah dan cyber di Internet.

    Pengguna komputer dan Internet turut terdedah dengan risiko yang mana data-data peribadi dikutip dan direkod secara sembunyi oleh perisian yang terpasang dan kemudiannya data-data itu dihantar kepada pihak yang tidak bertanggung jawab. Data-data ini mengandungi maklumat pelayaran Internet, data-data yang dimasukkan dalam borang Internet terutamanya melibatkan maklumat peribadi dan yang paling penting adalah  maklumat kad kredit dan kata laluan ke kemudahan kewangan Internet. Sama ada ia digunakan untuk tujuan penipuan dan mendapatkan wang atau Ianya bertujuan untuk dijual dan mendapatkan keuntungan. Data-data yang dijual ini akan digunakan semula untuk menjejak kembali pengguna Internet sama ada oleh pihak berkuasa atau oleh penjenayah.

Menggunakan Perisian Lain

    Apa yang berlaku adalah kesan negatif hasil daripada ralat (bug) yang dihadapi oleh Microsoft Internet Explorer yang dijalankan oleh sistem operasi Windows. Jika ia tidak dikemas kini atau pengguna Internet tidak menggunakan versi terkini dan telah dibaiki (patch) maka dengan mudah pelbagai trojan, adware, malware dan perisian lain menggunakan ralat-ralat itu sebagai jalan masuk ke komputer pengguna Internet dan terus bersarang disitu.

    Selain langkah untuk muat turun patch di tapak laman Microsoft http://www.microsoft.com/, pengguna Internet perlu beralih kepada perisian pelayar Internet yang lain. Antaranya adalah Mozilla, Opera dan Firefox. Untuk nota ini Firefox akan diperkenalkan sebagai pilihan utama. Firefox adalah daripada projek sumber terbuka Mozilla http://www.mozilla.org/ .

    Firefox dihasilkan oleh kumpulan pembangunan sumber terbuka yang mahu menghasilkan perisian pelayar Internet yang cekap, kecil daripada segi penggunaan memori dan ruang cakera keras, selamat daripada ralat yang merbahaya dan risiko keselamatan yang lain. Ia juga perlu modular dan tidak terikat dengan mana-mana sistem operasi.Dengan penggunaan Firefox yang semakin meluas, para pembina tapak laman hanya perlu memastikan tapak laman boleh dilawati dengan Firefox dan sudah pasti ia boleh dilawati oleh pengguna sistem operasi lain seperti Linux, OpenBSD, FreeBSD, NetBSD dan pelbagai.

Fungsi-fungsi keselamatan yang dimiliki oleh Firefox:-

    1) Fungsi menghentikan pop-up (Pop-up Window Controls) yang boleh mengganggu pelayaran Internet. Setiap kali pop-up muncul ia akan mengambil ruang memori, jalur lebar dan pelbagai sumber komputer. Dengan menghalang pop-up ia juga dapat membantu menyekat penyebaran trojan dan perisian adware dan malware yang masuk melalui kemunculan pop-up tanpa kita sedari.

    2) Firefox tidak mempunyai bahasa script ActiveX. ActiveX didatangkan hanya dengan Internet Explorer telah membuka ruang untuk pelbagai perisian trojan Malware dan Adware dijalankan tanpa pengetahuan pengguna komputer dan Internet.

    3) Firefox merupakan perisian yang stabil dengan kod yang kemas dan kecil ia jauh lebih laju untuk dijalankan berbanding dengan Internet Explorer. Ianya perisian ia tersediri tidak terikat dengan sistem operasi. Ini bermakna sebarang masalah dengan Firefox seperti "crash" tidak menganggu perisian yang lain. Namun Firefox jarang mengalami masalah. Sebagai perisian hasil daripada projek sumber terbuka, mutu dan kualiti kod akan dinilai oleh pelbagai pihak dan individu. Kod-kod akan pasti selamat tanpa dimasukkan dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Maklumat tentang kelebihan dan kebaikan perisian sumber terbuka sila rujuk http://www.opensource.org/

    4) Fungsi "Tabbed Browsing" adalah kemudahan yang menyenangkan pelayaran pelbagai laman. Laman baru boleh dibuka dalam tetingkap Firefox yang sama dalam bentuk tab tanpa perlu menjalankan Firefox yang baru pada desktop Windows. atau (shot-cut keys) tekan butang kekunci ctrl dan T

    5) Perlindungan peribadi juga diutamakan Firefox dengan hanya satu butang dalam Firefox. Butang ini akan bersihkan Cache, cookies, history & pelbagai. Pilih Tools -> Privacy

    6) Cookies Manager membantu pengguna Firefox mengendali tapak laman yang mahu diterima cookies atau tidak. Cookies adalah fail yang dibuat oleh sesebuah tapak laman melalui pelayar Internet untuk menyimpan data terhad tentang pilihan pada tapak laman. Ia hanya menyimpan data yang pengguna Internet masukkan, namun ia boleh membantu sesebuah menjejak kembali kedatangan pelawat yang sama dan bagi sesetengah pengguna  Internet ia bukan satu yang menyelesakan.

    7) Firefox mempunyai "Download Manager" yang membantu penggunanya dalam mengendali fail-fail yang dimuat turun. Tujuan kempen ini adalah untuk memastikan pengguna komputer dan Internet Malaysia mengetahui bahawa ada perisian pilihan yang lebih selamat, stabil dan dipercayai.

Muat Turun (Download)

Untuk muat turun Firefox sila ke tapak laman http://www.spreadfirefox.com/ dan http://www.mozilla.org/

Pasang Plug-ins Bila Diperlukan

Bagi tujuan mengurang saiz muat turun dan keselamatan. Flash plug-in dan plug-ins yang lain tidak disekali dalam fail utama. Jangan risau hanya dengan klik pada sambungan yang dicadangkan oleh Firefox pada laman yang memerlukan plug-in tertentu seperti Flash, maka ia akan dipasang secara automatik.

Muat turun Firefox sekarang. Jangan dedahkan diri anda kepada bahaya.

Tips Untuk Internet Explorer

Panduan ringkas untuk pengguna Internet Explorer untuk menghilangkan kesan-kesan lawatan ke tapak-tapak laman. Untuk membuat Cookies, Temporary Internet Files (cache) dan History Tools -> Internet Options - General. Tekan Clear Cookies, Delete files dan Clear History

Satu lagi bahagian yang sering dilupakan Tools -> Internet Options - Content. Klik butang AutoComplete. Tekan Clear Forms dan Clear Passwords.

Linux Sistem Operasi Masa Hadapan

Untuk memastikan tiada lagi masalah, bagi pengguna komputer  yang menggunakan komputer untuk menaip, melayari Internet dan membaca Email. Dicadangkan untuk tukarkan penggunaan sistem operasi kepada Linux. http://www.linux.org/ .

Linux merupakan sistem operasi sumber terbuka dengan lesen penggunaan yang percuma dan tiada had. Dengan pelbagai pilihan distribusi seperti Linux Mandrake, Suse, Red Hat, Fedora dan pelbagai lagi dan setiap distribusi dilengkapi dengan beribu-ribu perisian sumber terbuka yang hampir memenuhi kehendak pengguna komputer dan Internet.

Senarai pelbagai distribusi

http://www.distrowatch.com/


Ajukan masalah Linux dan pelbagai masalah komputer disini

http://www.ittutor.net/

Dapatkan CD Linux pelbagai Distro

http://www.iusahawan.com/

Perlukan Jururunding Linux dan Unix. Email kepada Spinx Technology Resources Sdn Bhd

harfizi @ myoss.net atau http://www.myoss.net/

------

Rujukan Linux Malaysia

http://www.geocities.com/linuxmalaysia atau YM masalah Linux kepada linuxmalaysia

-----

Bagi artikel lain sila sertai senarai email terhad Haris di

http://groups.yahoo.com/group/haris atau email kepada
[email protected]

Penulis boleh dihubungi melalui email

  linuxmalaysia @ gmail.com

Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie

09FE2005

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2005
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

Linux - Sistem Operasi Masa Hadapan


Hosted by www.Geocities.ws

1