|
Panduan Kata Lepas (Password)
anda
Panduan ini di Internet
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/katalepasanda.html
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_view_article.php?aid=13
Dengan perkembangan komputer dan Internet kini
ramai pengguna komputer dan Internet
menggunakan pelbagai kemudahan yang memerlukan "Username" dan "Password". Kepentingan menjaga kata lepas menjadi
semakin penting dengan kewujudan urusan
kewangan di Internet disamping menjaga maruah apabila kemudahan yang dicerobohi digunakan untuk memalukan
pengguna terbabit.
Perkara yang utama adalah pemilihan kata lepas
anda, adalah apa yang anda gunakan sebagai
kata lepas. Matlamat utama adalah untuk memastikan kata lepas anda tidak mudah untuk diteka. Maka kata
lepas tidak boleh berunsurkan nama anda
atau yang dekat dengan anda. Tidakjuga
tarikh lahir atau mana-mana perkara yang menjadi rekod umum.
Kata lepas mestilah menggunakan perkataan yang
dalam rekod atau pun dalam
kamus.
Buat pengetahuan anda, kebanyakan perisian
mendapatkan kata lepas menggunakan
perkataan-perkataan dalam kamus.
Kata lepas perlulah sekurangnya 8 huruf. Terdiri
daripada huruf-kecil dan besar, disertakan
dengan nombor dan huruf khas papan kunci
anda.
Sebagai contoh, oleh kerana untuk mengingati kata
lepas yang tiada makna adalah sukar maka
perkataan yang senang diingati masih bolehdigunakan. Sebagai contoh mtusempoi akan digunakan dalam
artikel ini. Maka kebarangkalian untuk
mendapatkan kata lepas anda adalah 26 abjad
kuasa 9 huruf (Untuk bayangan sahaja).
(1) Kata lepas perlulah campuran huruf kecil dan
besar.
mTusemPoi - Huruf T dan P
telah digunakan. Maka keberangkalian semakin bertambah, 52 abjad kuasa 9 huruf (Untuk gambaran
sahaja).
(2) Turut dimasukkan dengan nombor. Maka
menjadi
mTu03semPoi
(3) Dan mana-mana huruf khas diatas papan kunci.
Ini bergantung kepada laman atau perisian
yang anda gunakan. Ada yang tidak benarkan penggunaan huruf khas ini.
mTu03semPoi$
Kata lepas sudah menjadi semakin sukar untuk
dipecah masuk olehmana-mana perisian. Anda
boleh pelbagaikan lagi kata lepas ini. Sebagai contoh, mungkin MtuSempoi30! ,
mungkin juga mtUsEmpoI$$432
atau pelbagai kombinasi yang mudah untuk diingat
tetapi sukar untuk dipecahkan.
Mempunyai kata lepas yang sukar untuk dipecahkan
tidak bermakna jika anda tidak menjaganya
dengan baik. Sebaiknya kata lepas hanya perlu dingati dalam ingatan anda. Jangan sesekali anda menulis kata
lepas anda sehingga ia mudah untuk ditemui.
Pengecualian hanya melibatkan komputer dan
perisian pejabat dan organisasi, dimana kehilangan
kata lepas akan menyebabkan masalah
operasi.
Jika kata lepas anda melibatkan komputer atau
perisian penting dan kata lepas perlu
dsimpan dengan selamat, pastikan anda mempunyai peti simpanan tahan api dan tahan pecah untuk menyimpan kata
lepas anda. Sebaiknya ia dipecah dua dan
disimpan dalam dua peti simpanan yang
berlainan.
Kata lepas perlulah ditukar setiap 60 hari. Ini
akan menggagalkan usaha untuk memecahkan
masuk akuan anda jika kata lepas anda diketahui. Jangan sesekali ulang guna kata lepas anda. Kata
lepasyang telah digunakan hanya boleh
digunakan semula sekurangnya untuk setahun.
Kata lepas anda adalah untuk anda. Ia tidak boleh
dikongsikan dengan pihak lain. Jangan
sesekali memberikan kata lepas anda sama ada melalui email ataupun telepon walaupun untuk menyelesaikan
masalah anda.
Setiap laman atau perisian sepatutnya mempunyai
cara yang membolehkan kata lepas didapatkan
semula tanpa anda perlu dedahkan kata lepas
yang asal.
Bagi urusan kewangan, anda dinasihatkan
menggunakan komputer yang anda percaya.
Elakkan diri anda menggunakan komputer umum kerana ia
boleh dipasang dengan perisian untuk merakam
setiap apa yang anda taip termasuklah kata
lepas anda. Gunakan komputer anda sendiri atau komputer dalam kawalan anda yang anda ketahui apa yang telah
dipasang.
Moga artikel ini dapat membantu anda dalam
penggunaan kata lepas anda.
Artikel-artikel lain berada di
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_articles.php
Sebuah laman Malaysia
Wassalam.
: )
Harisfazillah Jamel
http://www.geocities.com/lovhafnie
30OCT2003
|