Blogger - Membuat Catatan Di Internet

Nota Ini di Internet :-
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/blogger.html
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_view_article.php?aid=18

Blogger adalah sebuah kemudahan di Internet yang membolehkan
anda mencatatkan apa sahaja untuk tatapan di Internet. Dengan
Blogger anda tidak perlu memikirkan kod-kod HTML atau cara
pembinaan tapak laman.

Anda hanya perlu daftarkan diri anda, memilih templet atau
cara blog anda akan dipersembahkan dan terus membuat catatan.

Mudah bukan?



Pada awalnya catatan atau blog ini adalah berita terbaru
kewujudan sesebuah laman di Internet. Pada awal kewujudan
Internet, penambahan tapak laman di Internet boleh dikira
dengan jari setiap bulan. Belum wujud lagi laman enjin pencari
dan pengguna Internet pada masa itu akan merujuk sebuah tapak
laman yang akan mencatatkan sebarang penambahan dan perubahan
tapak laman di Internet.

Dengan perkembangan teknologi komputer yang semakin pantas
dan murah, Internet berkembang dengan drastik dan
jumlah tapak laman muncul bagai cendawan selepas hujan.

Dianggarkan lebih daripada 3 billion tapak laman di Internet.

Anda perlukan laman enjin pencari untuk mencari tapak
laman dan kemunculan kemudahan tapak laman percuma meningkatkan
jumlah tapak laman yang perlu dijejaki.

Blogger tidak mati begitu sahaja. Ia berkembang menjadi
tapak laman milik pelbagai individu yang mencatatkan pengalaman
dan banyak daripadanya merupakan catatan perjalanan hidup
seharian. Blogger bertukar menjadi diari umum kepada mereka
mahu yang berkongsi perjalanan hidup seharian mereka dengan
pengguna Internet.

Perkembangan perisian tapak laman yang berasas aturcara
tapak laman seperti ASP dan PHP. Muncul pula tapak laman
blogger yang menyediakan kemudahan catatan tanpa perlu
pengguna memikirkan kod-kod HTML dan templet yang rumit.

Anda hanya perlu daftar dan catatkan apa sahaja yang anda mahu.

--- Iklan ---

Dapatkan Ringtone, nada dering, logo operator, mesej
bergambar yang cool dan sempoi http://smssempoi.iscool.net/

--- Iklan ---

Sekarang tiada alasan mengapa anda tidak boleh menyumbang
bahan-bahan di Internet. Sejajar dengan Projek Satulaman maka
http://www.geocities.com/satulaman

Setiap daripada kita mampu berada di Internet.

Catatan boleh merangkumi perjalanan harian hidup anda, catatan
pengalaman anda, perkongsian ilmu yang anda pelajari hari ini
dan apa sahaja yang anda boleh kongsikan dan sumbangkan kepada
pengguna Internet.

Terdapat pelbagai tapak yang menyediakan kemudahan blogger
untuk kemudahan anda untuk blog di Internet. Antaranya

Kemudahan Blogger di MTU Sempoi
http://www.mtusempoi.org/blog

Sebagai permulaan anda perlu mendaftarkan nick yang sesuai
untuk blog anda. Ia akan digunakan sebagai sambungan utama
untuk rujukan terus.

Sewaktu pendaftaran anda perlu memilih templet yang anda
rasakan sesuai. Seterusnya adalah catatan anda.

Catatan anda boleh kategorikan kepada dua bahagian, umum
(public) dan peribadi(private). Semua catatan akan menjadi
catatan umum melain anda letakkan ia sebagai catatan peribadi
(private).

Blogger di MTU Sempoi adalah ringkas dan sesuai untuk anda
yang baru hendak mencuba. Untuk kemudahan blogger
yang anda boleh ubah sendiri templete dan reka bentuk
blog, anda boleh mencuba kemudahan blogger di

http://www.tripod.com/
dan http://www.blogger.com/

Diharapkan anda semua dapat manfaatkan kemudahan blogger
agar pelbagai maklumat dapat dikongsikan bersama. Kempen
Satulaman mahu melihat setiap individu di Malaysia mempunyai
laman dan catatan di Internet dan ini boleh  mempercepatkan
hasrat Projek Satulaman.

Artikel-artikel lain berada di

http://groups.yahoo.com/group/haris
http://www.mtusempoi.org/phpBB2/cms_articles.php
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota


Wassalam.


: )


Harisfazillah Jamel
lovhafnie @ yahoo dot com
http://www.geocities.com/lovhafnie

02JAN04

Hakcipta Harisfazillah Jamel 2004
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/1.0/

---

Sertai senarai email terhad Haris untuk mendapatkan
artikel-artikel tentang komputer dan Internet.

Daftarkan email anda di
http://groups.yahoo.com/group/haris

atau email kosong kepada [email protected]

--- Iklan ---

Berminat untuk mendapatkan khidmat membina laman?
email kepada mtusempoi @ yahoo dot com

atau PM nick Sempoi di http://www.mtusempoi.org/

Sila nyatakan alamat email, no hubungan dan penerangan ringkas
laman yang hendak dibina.

--- Iklan ---


Hosted by www.Geocities.ws

1