Projek Jaringan Malaysia
Laman asal : http://lovmalaysia.tripod.com/
Laman cermin : http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/jaringanmalaysia.html
Laman penulis : http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html
Tujuan
Jaringan Malaysia adalah bertujuan untuk mengumpulkan
laman-laman yang dibina oleh rakyat Malaysia yang berada di dalam dan di
luar Malaysia. Projek ini bertujuan untuk memudahkan capaian laman-laman
yang berkaitan dengan budaya dan ciri negara kita Malaysia.
Dengan jaringan Malaysia ini diharapkan pengguna
Internet Malaysia, lebih mudah lagi
mencari dan mendapatkan bahan-bahan penulisan dan hasil kreatif pelbagai
individu negara kita.
Terdapat pelbagai kemudahan di Internet yang boleh
digunakan untuk menyatukan laman-laman Malaysia ini. Dalam Projek Jaringan
Malaysia ini, beberapa kemudahan telah dikenalpasti boleh digunakan untuk
menyatukan semua laman Malaysia.
Projek ini hanya mencadangkan kemudahan yng sesuai
dan memberikan garis panduan mudah untuk membantu anda menyertai Jaringan
Malaysia. Anda perlu mengetahui asas HTML dan mempunyai laman di Internet
walaupun hanya satu laman. Untuk senarai laman-laman Belajar HTML dalam
Bahasa Melayu lawat sambungan ini.
http://www.alambina.ws/komputer_html.htm
Antara yang dicadangkan :-
Asas-asas HTML
http://www.geocities.com/Heartland/Acres/4535/h.html
Anda juga boleh mengemukakan masalah-masalah anda
di dalam beberapa forum. Antaranya.
http://www.webmastermalaysia.com/
http://www.bincang.net/
- Bincang HTML, RekaGrafik & Multimediia
http://www.sifoo.com/
Artikel yang menarik untuk dibaca.
http://www.sifoo.com/v4/artikel/index.php
Kemudahan laman percuma boleh anda dapati di
http:/www.tripod.com/
dan http://www.geocities.com/
Jaringan Webring
http://www.webring.org/
meyediakan kemudahan rujukan laman yang unik. Laman-laman dikumpulkan dalam
satu kumpulan dimana setiap laman perlu memasukkan sebuah "banner" khas
pada muka laman. "Banner" khas ini mempunyai sambungan ke setiap laman
yang
ada dalam sesuatu kumpulan. Anda boleh melawat setiap laman hanya dengan
memilih sambungan [Next] dan anda akan dibawa semula ke laman mula lawatan
anda umpama satu bulatan (ring). Dibawah ini adalah contoh "Banner Webring.
Setiap kumpulan dibentuk secara sukarela dan mempunyai
ciri-ciri tersendiri. Bermaksud jika kumpulan Webring yang anda pilih berkaitan
dengan Linux maka setiap laman dalam kumpulan ini adalah laman Linux. Maka
kita boleh membina sebuah kumpulan Webring yang berkaitan dengan Malaysia.
Kita satukan semua laman dalam satu kumpulan dan dengan kemudahan "Banner"
Webring, pelawat boleh melawat semua laman Malaysia yang ada.
Hebat Webring
Hebat Webring adalah kumpulan yang telah
lama dibentuk dan yang terbesar dalam Webring berkaitan dengan Malaysia.
anda boleh menyertai kumpulan ini dengan melawat sambungan dibawah.
http://x.webring.com/hub?ring=malaysian
Pilih butang "Joint this ring".
Malaysian Webring
Sebuah lagi kumpulan yang anda sertai "Malaysian
Webring"
http://c.webring.com/webring?ring=malring
Pilih butang "Joint this ring".
Sekiranya anda menghadapi masalah dengan sambungan
diatas, gunakan kemudahan carian di laman Webring
dan carilah dengan kata kunci Malaysia.
Jaringan RingSurf
Jaringan di http://www.ringsurf.com/
mempunyai konsep yang sama dengan laman Webring. Dibawah ini adalah contoh
"Banner" Ringsurf.
[
Previous 5 Sites
|
Skip Previous
|
Previous
|
Next
]
This RingSurf Laman Yang Dibina Oleh rakyat Malaysia Net Ring owned by Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia.
[
Skip Next
|
Next 5 Sites
|
Random Site
|
List Sites
]
Anda boleh menyertai Rantaian MelayuCyber dengan
melawat laman ini.
http://www.angelfire.com/tx5/melayucyber/ring.html
atau terus ke RingSurf
Malaysia Banner
Pertukaran banner antara cara untuk mempromosikan
sesebuah laman. Pertukaran "banner" melibatkan anda menayangkan banner
orang lain di laman anda. Semakin banyak "Banner" ditayangkan semakin banyak
juga "Banner" anda ditayang di laman orang lain. Beberapa laman Malaysia
telah menyediakan kemudahan Banner khusus untuk orang Malaysia. Diantaranya.
CARI Free Banner Exchange Network
http://banner.cari.com.my/
Webmaster Malaysia Banner Exchange
http://banner.webmastermalaysia.com/
Dan Banner Projek Jaringan Malaysia
http://www.geocities.com/penampan/xbanner.html
Sokonglah Jaringan Malaysia :-
Anda perlu mempunyai membuat Banner sendiri. Sila
lawat laman dibawah ini :-
http://www.crecon.com/banners.html
http://www.coder.com/creations/banner/
http://webservices.adobe.com/banner/main.html
Belajar tentang banner disini.
http://www.bannertips.com/
Direktori Malaysia
Beberapa laman meyediakan kemudahan senarai laman
khusus untuk laman Malaysia. Anda digalakkan menyenaraikan laman ada di
laman-laman berikut.
Directory Mozilla
http://dmoz.org/Regional/Asia/Malaysia/
Laman Cari
http://www.cari.com.my/
Laman Malaysia Directory
http://www.malaysiadirectory.com/
Laman Centre Malaysia
http://centre.com.my/
Laman Melayu
http://www.melayu.net/
Rujuk juga nota pemasaran Internet
http://pesanan.cjb.net/
Anda mungkin mempunyai masalah, ada banyak kemudahan
dan banner perlu dimasukkan di muka utama laman. Perkara ini dapat diselesaikan
dengan membina satu laman khas dipanggil laman muka pintu.
Di laman muka pintu kita akan khususkan ia untuk
kemudahan dan banner tertentu. Kandungan setiap laman muka pintu boleh
disamakan. Yang penting laman muka pintu mempunyai sambungan ke muka utama
laman kita.
Laman muka pintu untuk CyberMelayu RingSurf
http://hafnie.tripod.com/html/melayucyber.html
Laman muka pintu untuk Hebat Webring
http://harisfazillah.tripod.com/html/hebat.html
Laman muka pintu untuk WebMasterMalaysia Banner
http://alpha.skali.net/html/webmaster.html
Laman muka pintu untuk Banner Projek Jaringan Malaysia
http://lovmalaysia.tripod.com/xbanner.html
------
Moga projek ini mendapatkan manfaat kepada semua
terutama pengguna Internet Malaysia.
Pelepasan (Disclaimer)
Projek dan kempen ini tidak melibatkan mana-mana pihak
sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, tidak juga berkait dengan mana-mana
laman dan kumpulan perbincangan dalam dan luar negeri dan tidak melibatkan
mana-mana syarikat sama ada persendirian atau umum.
Ini adalah usaha peribadi saya sendiri.
Maka dengan ini, tiada siapa, laman-laman dan kumpulan
perbincangan, ahli-ahli yang memberikan jawapan, termasuk saya dapat bertanggungjawab
kepada mana-mana pihak sekiranya timbul masalah langsung atau tidak langsung,
hasil mencuba atau mengikut jawapan dan penyelesaian yang diberikan didalam
mana-mana laman dan kumpulan perbincangan.
Tujuan kempen ini hanya sebagai pelan cadangan
dan panduan pencarian jawapan kepada masalah dan persoalan anda. Bukan
sebagai penyelesaian akhir. Sekiranya masih dalam keraguan dengan masalah
anda, dapatkan bantuan pakar dan jadikan jawapan-jawapan yang anda dapat
sebagai sumber penilaian anda. Bukan penyelesaian akhir.
Dokumen-dokumen dalam kempen ini adalah milik umum,
anda dibolehkan membuat salinan dan menyebarkan kepada rakan-rakan anda.
Tolong jangan SPAM. Dokumen
ini boleh diubah dan dibaiki dengan tujuan untuk meningkatkan mutu kempen
asalkan ia tidak lari daripada matlamat asal kempen dan tidak mempunyai
kepentingan mana-mana pihak. Yang dipinta disertakan sekali sambungan laman
asal kempen ini.
http://lovmalaysia.tripod.com/
Hakcipta Semua Pihak Dilindungi
Lindungan hakcipta adalah terpelihara kepada mana-mana
pihak yang disebut dalam kempen ini tanpa niat untuk melanggar hakcipta
mana-mana pihak. Lindungi hakcipta semua pihak untuk perkembangan dunia
IT. Hapuskan cetak rompak. Sekiranya kos menghantui anda, gunakan applikasi
daripada projek GPL (General Public Lisences) dan pelbagai lagi applikasi
percuma.
Rujuk http://www.opensource.org/
dan http://www.freewarehome.com/
Kempen ini adalah usaha Harisfazillah Bin Jamel
http://harisfazillah.tripod.com/
16 Julai 2002. Versi Web 2.0
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
Webmaster Malaysia Banners Exchange
Malaysia
|