Laman Harisfazillah Bin Jamel

Pakar ICT Di Sini - Jom Bincang - Tutor IT - Dunia Digital - Komuniti Mynuke - Email Percuma - Kembali Ke Laman Utama -

Kempen Anti Cetak Rompak Untuk Pengguna Komputer Dan Internet Malaysia

Laman utama : http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/antirompak.html
Laman cermin : http://www.geocities.com/antirompak

Cetak rompak menjadi isu penting dalam perkembangan IT di negara kita Malaysia. Isu ciplak dan cetak rompak boleh menggugatkan perkembangan pembangunan perisian atau applikasi oleh pembangun tempatan.

Cetak rompak, ciplak, meniru dan pelbagai lagi usaha yang melanggar hakcipta dan rekaan akan

(1) Ia akan melemahkan semangat mereka yang menulis perisian, applikasi dan karya IT daripada meneruskan usaha mereka.

Bayangkan penat lelah anda, setelah bersengkang mata siang dan malam, pening kepala, sakit mata dan pelbagai lagi usaha. Dengan mudah orang lain menyalinnya, menyatakan itu usaha mereka atau mengambil keuntungan daripadanya tanpa kebenaran anda. Akan timbul rasa sakit hati, akan timbul rasa putus asa untuk menulis lagi.

Tiada siapa nanti yang mahu mencari rezeki dengan menulis perisian atau buku IT. Kerugian kepada kita.

Lawat Penaja Laman Ini :-

(2) Malaysia kehilangan tenaga pakar. Perkembangan IT memerlukan tenaga pakar. Tenaga pakar datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman. Pengalaman hanya didapati jika sering menghasilkan sesuatu melalui pembangunan perisian atau hasil karya seperti buku. Cetak rompak menghentikan semua usaha ini. Cetak rompak, mencuri bakal pakar kita.

Cetak rompak melemahkan semangat mereka yang baru belajar menulis perisian dan penulisan daripada meneruskan usaha mereka. Akibatnya, tenaga pakar sukar dihasilkan melainkan mereka yang menghasilkan perisian atau penulisan secara percuma atau terbuka.

(3) Pembaziran kos. Setiap pembangunan perisian melibatkan kos yang boleh menjangkau berjuta-juta ringgit Malaysia. Dengan hanya dua ringgit Malaysia kos sebuah CD, cetak rompak menjadikan kos yang dibelanjakan satu usaha yang sia-sia. Nilai kos pembangunan tidak berganti dan ini adalah satu pembaziran yang nyata. Satu usaha yang sia-sia. Mereka yang membangunkan perisian, sistem atau buku mengalami kerugian.

Malah pihak yang melabur dalam projek tidak mendapat semula modal mereka. Oleh kerana kebanyakan projek IT Malaysia mendapat sokongan kewangan kerajaan, maka duit hasil rakyat Malaysia hilang tidak berganti kerana cetak rompak. HANYA KERANA MAHU JIMAT DENGAN RM 5, anda telah menyebabkan kerajaan dan rakyat Malaysia kerugian berjuta-juta ringgit.

(4) Cetak rompak memalukan kita dan  Malaysia. Cetak rompak adalah satu rekod buruk kepada sesebuah negara. Syarikat-syarikat gergasi komputer dan teknologi tidak berminat untuk mendirikan cawangan atau pejabat di negara yang mempunyai rekod yang buruk.

(5) Tiada pemindahan teknologi. Dengan rekod buruk disebabkan cetak rompak, sukar mana-mana syarikat IT komputer dan Internet mahu mendirikan pusat penyelidikan di MSC Malaysia dan membolehkan pemindahan teknologi. Kerugian bagi kita untuk mempelajari teknologi terkini dan belajar membangunkan teknologi kita sendiri.

(6) Membeli barangan atau hasil cetak rompak menunjukkan bahawa anda menyokong satu usaha jenayah. Usaha jenayah yang memang tertakluk dalam undang-undang. Anda boleh dihukum.

(7) Cetak rompak juga ada didalangi oleh kumpulan-kumpulan jenayah. Anda umpama menyokong usaha jenayah mereka dengan memberikan keuntungan kepada mereka. Sudah tentunya dengan keuntungan itu mereka akan teruskan jenayah mereka malah mereka boleh merancang pelbagai kegiatan jenayah lain.

(8) Anda hanya menyokong monopoli. Dengan menggunakan bahan cetak rompak hasil syarikat IT besar membuat anda hanya terikat dengan cara dan format mereka. Cetak rompak boleh dikatakan satu usaha mudah pemasaran untuk mengunci pelanggan supaya hanya terikat hanya dengan satu produk. Dengan mudah mereka dapat lepas tangan apabila syarikat saingan menghadapi masalah. Alasan kejatuhan syarikat saingan adalah kerana cetak rompak dan syarikat besar IT ini hanya menjalankan tindakan tegas apabila saingan sudah tiada dan mahu mendapatkan keuntungan.

(9) Kepada opensource atau pergerakan sumber terbuka http://altersoft.iscool.net/ , kegiatan cetak rompak adalah satu berita buruk. Oleh kerana OSS/PST memerlukan sokongan melalui penggunaan, sudah pasti ramai menggunakan perisian popular. Ia terlalu merbahaya kerana, OSS/PST baru mula melangkah dalam menyediakan perisian yang murah ( RM0 ) dan yang terbaik. Cetak rompak juga harus ditentang oleh OSS/PST walaupun perisian dengan lesen GPL tidak terjejas dengan cetak rompak tetapi ia boleh mengurangkan sokongan terhadap perisian yang dihasilkan oleh OSS/PST.

Anda perlu menghentikan usaha cetak rompak. Tanpa permintaan tiadalah cetak rompak. Beli yang asli daripada pengedar yang sebenarnya.

Jika harga menghantui anda, anda boleh menggunakan perisian sumber terbuka atau opensource yang setanding malah ada yang lebih baik daripada yang dihasilkan secara tertutup. Harga hanya RM0.... Murah dan percuma.

Antara pilihan anda.

Pengganti Microsoft Office. OpenOffice di http://www.openoffice.org/
Pengganti Internet Explorer ( masalah keselamatan). Mozilla di http://www.mozilla.org/
Pengganti Internet Information Server (web server). Apache versi 2.0 di http://www.apache.org/

Untuk lebih lanjut kelebihan menggunakan perisian sumber tebuka rujuk E-Makalah 20 oleh Harisfazillah Bin Jamel di http://www.geocities.com/lovhafnie/ema/ema-20.html

Tempahan melalui Internet boleh anda rujuk di laman http://mamakpc.cjb.net/ atau http://fimf.net/ (saya tiada kaitan dengan laman-laman ini). Jika perisian anda tiada dalam senarai anda boleh meminta mereka untuk menyediakannya.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai bengkel Linux dan PHP sila rujuk laman http://www.mysig.org.my/ Jadual latihan.

CETAK ROMPAK MENGGAGALKAN PERKEMBANGAN DUNIA KOMPUTER INTERNET DAN TEKNOLOGI MALAYSIA

HENTIKANNYA !!!


Projek di bawah Harisfazillah Bin Jamel

Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia
http://kempenit.cjb.net/

Kempen menjadikan Internet Malaysia Percuma
http://hafnie.tripod.com/kempen/internetpercuma.html

Kemas kini laman ini dan juga maklumat kempen-kempen yang baru boleh anda dapati dengan menyertai senarai Haris di http://hafnie.tripod.com/senaraiharis.html

Projek Satulaman
http://www.geocities.com/satulaman

Uji kelajuan Internet Anda
http://lajuinternet.cjb.net/

Altersoft Malaysia Kita ada pilihan
http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/altersoft.html


Pelepasan (Disclaimer)


Projek dan kempen ini tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, tidak juga berkait dengan mana-mana laman dan kumpulan perbincangan dalam dan luar negeri dan tidak melibatkan mana-mana syarikat sama ada persendirian atau umum.

Ini adalah usaha peribadi saya sendiri.

Maka dengan ini, tiada siapa, laman-laman dan kumpulan perbincangan, ahli-ahli yang memberikan jawapan, termasuk saya dapat bertanggungjawab kepada mana-mana pihaksekiranya timbul masalah langsung atau tidak langsung, hasil mencuba atau mengikut jawapan dan penyelesaian yang diberikan didalam mana-mana laman dan kumpulan perbincangan. Tujuan kempen ini hanya sebagai pelan cadangan dan panduan pencarian jawapan kepada masalah dan persoalan anda. Bukan sebagai penyelesaian akhir. Sekiranya masih dalam keraguan dengan masalah anda, dapatkan bantuan pakar dan jadikan jawapan-jawapan yang anda dapat sebagai sumber penilaian anda. Bukan penyelesaian akhir.

Dokumen-dokumen dalam kempen ini adalah milik umum, anda dibolehkan membuat salinan dan menyebarkan kepada rakan-rakan anda. Tolong jangan SPAM. Dokumen ini boleh diubah dan dibaiki dengan tujuan untuk meningkatkan mutu kempen asalkan ia tidak lari daripada matlamat kempen dan tidak mempunyai kepentingan mana-mana pihak. Yang dipinta disertakan sekali sambungan laman asal kempen ini.

Laman utama : http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/antirompak.html
Laman cermin : http://www.geocities.com/antirompak

Hakcipta Semua Pihak Dilindungi


Lindungan hakcipta adalah terpelihara kepada mana-mana pihak yang disebut dalam kempen ini tanpa niat untuk melanggar hakcipta mana-mana pihak. Lindungi hakcipta semua pihak untuk perkembangan dunia IT. Hapuskan cetak rompak. Sekiranya kos menghantui anda, gunakan applikasi daripada projek GPL (General public Licenses) dan pelbagai lagi applikasi percuma.
Rujuk http://www.opensource.org/ dan http://www.freewarehome.com/

Kempen ini adalah usaha Harisfazillah Bin Jamel

http://www.geocities.com/lovhafnie

30 Jun 2002. Versi Web 1.0
Bukan Sekadar Internet Sahaja.




Webmaster Malaysia Banners Exchange

Anda suka laman ini? Beritahu yang lain !

NameEmail
You:
Friend:

[ Get your own FREE referral system! ]


Hosted by www.Geocities.ws

1