APAKAH DIA UNIX DAN
SEJARAHNYA
Sejarah Unix Dan Linux Untuk Projek Buku Teks Linux Malaysia
UNIX adalah sebuah sistem operasi yang matang, satu perisian yang
mengawal komputer, menjadi orang tengah antara anda dan komputer
dan menyediakan alatan daripada segi perisian dalam membantu
kerja-kerja anda. Ia direka supaya mudah dikendali, cekap dan
mempunyai pelbagai suasana komputer.
Sejarah Unix
http://www.bell-labs.com/history/unix/
Pada tahun 1965, Bell Telephone Laboratories (Bell Labs, a division
of AT&T) berkerjasama dengan General Electric dan Project MAC
of MIT untuk menulis sebuah sistem operasi yang dipanggil Multic.
Tidak lama kemudian, menyedari projek itu tidak ke mana Bell Labs
membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu. Ini
meninggalkan Bell Labs tanpa sebarang sistem operasi.
Ken Thompson dan Dennis Ritchie kemudian merangka sebuah sistem
operasi yang sesuai dengan keperluan Bell Labs. Pada tahun 1969,
Dennis Ritchie dan Ken Thompson menulis semula sebuah permainan
komputer "SPACE TRAVEL" daripada GE-645 ke DEC PDP-11/20 dan UNIX
pun dilahirkan. Seorang penyelidik Bell Labs, Brian Kernighan,
memberikan nama sistem ini UNIX.
Untuk layak dipanggil sebagai sistem operasi yang sebenar, sesebuah
sistem operasi sekurang-kurangnya mempunyai dua kelayakan. Lebih
daripada seorang pengguna dapat menggunakan sistem operasi tersebut
dalam satu masa dan ia mampu menjalankan lebih daripada sebuah
perisian pada waktu yang sama (multi-user dan multi-tasking) sejak
tahun 1970 UNIX telah memenuhi keperluan ini.
Dengan UNIX, setiap penggunanya mempunyai nama kemasukan (login
name) mereka sendiri dan sebaiknya setiap pengguna akan mempunyai
kata lepas (password). Dengan penggunaan nama kemasukan dan kata
lepas, pengguna dapat dikenal pasti sebagai apa yang mereka
kenalkan diri mereka kepada sistem (login dan password). Setiap
komputer UNIX, pengguna yang memasuki sistem tersebut mempunyai
identitinya tersendiri. Sama ada
daripada nama komputer dan sekiranya ia disambungkan kepada
rangkaian ia akan mempunyai nombor IP dan nama domain.
Tahun yang paling penting bagi UNIX adalah pada tahun 1973, apabila
UNIX ditulis semula dalam bahasa C. Dengan bahasa ini, ia
memudahkan UNIX dialihkan kepada pelbagai jenis perkakasan
komputer. Kini UNIX telah dijalankan dan dibangunkan kepada hampir
kesemua perkakasan komputer yang anda. Daripada Intel, SPARC,
Motorola, ARM dan pelbagai lagi.
Pelbagai vendor telah membeli kod asal UNIX dan kemudiannya
membangunkan UNIX sesuai dengan keperluan dan perkakas yang
mereka keluarkan. IBM dengan UNIX yang dipanggil AIX, HP dengan
UNIX yang dipanggil HP-UX, SUN dengan UNIX yang dipanggil Sun
Solaris dan pelbagai lagi. Malang sekali tiada pemusatan daripada
segi pembangunan UNIX yang mengakibatkan terdapat pelbagai
perbezaan di antara UNIX yang dikeluarkan oleh pelbagai
vendor. Sehinggalah tahun 1990, apabila sebuah standard untuk UNIX
dipersetujui. Pada tahun itu Standard IEEE POSIX.1
diperkenalkan.
http://www.pasc.org/
Sekitar tahun 1975, Thompson telah membawa kod-kod UNIX ke
Universiti California di Berkeley dan menggalakkan pembangunan UNIX
di unversiti itu,
http://daemonz.org/bugs/history.html.
Di sini lahirlah Unix BSD atau Berkely Software Distribution.
Pada masa ini sistem operasi UNIX mempunyai tiga keluarga yang
besar, yang berasaskan kod-kod UNIX keluarga Sistem V (kod-kod yang
dibeli daripada AT&T dan kemudiannya milik Unix System
Laboratories) dan keluarga BSD (kod-kod berasaskan UNIX yang
dibangunkan daripada BSD). Keluarga UNIX yang terakhir, yang
kod-kod tiada kaitan dengan kod-kod asal UNIX adalah klon
UNIX, Linux. UNIX kini adalah tanda niaga milik The Open
Group.
Kelemahan utama UNIX adalah ia kod-kodnya adalah besar (ia
dijalankan di dalam sistem-sistem mahal dan mempunyai sumber
sistem yang tinggi) dan harganya terlalu mahal. Di
sinilah Linux memainkan peranannya. Linux dibangunkan agar ia
kecil, pantas dan murah. Setakat ini pembina Linux masih
mengekalkan konsep ini. Linux mampu dijalankan dalam keadaan paling
minimum seperti komputer Intel 286, 386 dan 486, komputer yang
mungkin akan dibuang jika ia masih mahu menjalankan sistem operasi
berasaskan Windows.
Sejarah Linux
http://www.li.org/linuxhistory.php
Linux asalnya dibina oleh Linus Torvalds daripada Universiti
Helsinki di Finland. Linux diasaskan daripada UNIX untuk PC yang
dipanggil Minix. Oleh kerana Minix hanya dibina untuk tujuan
pengajaran sistem operasi dan kekurangan pelbagai perkara yang ada
di dalam Unix, Linus mengambil keputusan menulis sistem operasi itu
dan ia dinamakan Linux. Akhir tahun 1991 Linux diperkenalkan kepada
umum dan Linus telah menjadikan kod-kod Linux itu percuma dan
menggalakkan penyebaran dan pembangunan Linux oleh orang lain.
Pembangunan Linux terus berkembang dengan diketuai oleh Linus, oleh
kumpulan pembangunan sistem Linux yang berada di seluruh dunia
melalui Internet.
Linux adalah klon UNIX (Bagi MS, ia adalah bagai cerita Star Wars
Episode II - "Attack Of The Clones"). Ia ditulis semula
daripada asal dan asas agar menyerupai UNIX dan mematuhi standard
Unix POSIX. Tiada satu pun kod-kod Linux diambil daripada kod asal
Unix. Tiada pihak daripada Unix System Laboratories dan Universiti
California di Berkely yang terlibat dengan pembangunan Linux. Linux
adalah sistem operasi yang pertama dan satu-satunya yang sedia
mematuhi standard yang telah ditetapkan di bawah dokumen POSIX-1
dan POSIX-2.
Linux dilesenkan dibawah hakcipta GNU General Public License (GPL).
Lesen ini telah ditulis oleh oleh Free Software Foundation
(FSF),
http://www.opensource.org/
bertujuan untuk menghalang mana-mana individu atau syarikat
daripada menghadkan penyebaran kod-kod aplikasi.
Secara ringkasnya, walaupun anda boleh mengenakan bayaran kepada
salinan kod-kod yang anda serahkan kepada orang lain, namun anda
tidak berhak untuk menghalang orang yang telah anda telah jualkan
atau serahkan kod-kod itu daripada menjual atau menyerahkan kod-kod
itu kepada orang lain walaupun secara percuma atau dengan harga
lain yang telah mereka telah tetapkan.
http://www.opensource.org/licenses/index.html
Ini juga bermaksud kod-kod asal perisian di bawah lesen ini boleh
didapati secara bebas tanpa halangan. Ini satu berita yang baik
untuk pembangun aplikasi, mereka boleh mengubah mana-mana aplikasi
di bawah GPL dan masih boleh menyebarkan kod-kod yang mereka ubah
dan baiki dengan syarat kod-kod itu juga perlu dilesen di bawah
lesen yang sama.
Kebanyakan perisian, aplikasi dan utiliti di dalam distribusi Linux
datang daripada FSF dan projek GNU. Projek GNU
http://www.gnu.org/ adalah usaha
untuk menulis sistem operasi mudah alih dan canggih yang menyerupai
UNIX. Mudah alih bermaksud ia boleh dijalankan dipelbagai jenis
sistem dan mesin bukan setakat Intel, Macintosh dan pelbagai lagi.
Sistem Operasi di dalam projek ini dipanggil Hurd. Perbezaan di
antara Hurd dan Linux bukan daripada segi antara muka tetapi
daripada segi pembangunan. Hurd adalah sistem operasi moden dan
Linux pula banyak meminjam reka bentuknya daripada Unix.
Aplikasi daripada projek ini tidak perlu ditulis semula untuk
Linux. Dengan kompiler C, GCC untuk Linux, maka perisian yang lain
dengan mudah dibina semula di dalam Linux tanpa perubahan yang
besar.Tanpa GCC dan perpustakaan Linux C, tidak mungkin perkara ini
dilakukan. Penghargaan perlu diberikan kepada H. J. Lu dan juga
mereka yang terlibat dalam semua projek GNU dan Linux.
Bagi yang berminat rujukan untuk dakwaan SCO mengenai Linux boleh
dilihat di laman ini
http://www.groklaw.net/
[
Nota Untuk
Kelas Moodle Linux ]
[
Kembali Ke Index Nota ]
[
Kembali Ke Laman Utama Linux
Malaysia]
[
Jadual Bengkel Linux ]