| Surat Kepada Menoeceus | ||||||||||||
Dalam surat ini, Epicurus merumuskan prinsip prinsip utama doktrinnya: Epicurus kepada Menoeceus, salam: Usaha menimba ilmu tidak mengenal tua atau muda.Zaman utk belajar falsafah diibaratkan zaman kebahagiaan . Maka kita patut berusaha utk mencapai kebahagiaan kerana kebahagiaan menyempurnakan diri kita, dan dlm ketiadaannya kita akan terus berusaha utk mencapainya. Itulah elemen cara hidup yg benar. Percaya kepada Tuhan dan hiduplah secara yg menepati kehendaknya; buat lah baik dan jgn buat jahat. Kematian tidak patut digeruni, kerana ia cuma tandanya tamat kehidupan.Dgn tanggapan kebaikan dan kejahatan boleh dirasai, kematian dianggap kejahatan yg paling teruk. Yg sudah mati tidak merasakan apa-apa, dan yg masih hidup tidak mati. Maka kita patut menikmati kehidupan selagi ia ada dan tidak memikirkan soal kematian. Walau bagaimanapun, pada kenyataannya, ada org yg menganggap kematian sebagai kejahatan yg paling teruk, dan ada pula yg memilih utk mati utk mengelakkan segala kejahatan dlm kehidupannya. Org yg bijak akan memilih utk hidup sebaik yg betul; kehidupan yg bertahan sehingga ke hari tua tidak semestinya kehidupan yg paling baik, yg pentingnya cara seseorg menikmati kehidupannya, tidak kira pendek atau panjang tempohnya. Kita mesti sentiasa ingat bahawa masa depan bukan semestinya milik kita, juga tidak semestinya bukan milik kita. Maka kita tidak patut bergantung kepada ketibaannya. Keinginan ada yg semulajadi,dan ada yg tidak munasabah; yg semulajadi ada yg perlu dan semulajadi, ada yg semulajadi semata-mata. Keinginan yg perlu ada yg utk memberi kita kegembiraan, atau utk menghapuskan memastikan kesihatan jasmani dan ketenangan fikiran, ini yg melambangkan kehidupan yg sempurna. Kerana penamat segala perlakuan kita adalah utk membebaskan diri dari segala kesakitan dan ketakutan, setelah mencapai situasi ini, kita tidak perlu mencari-cari lagi. Kita akan menginginkan kesenangan hanya apabila kita mengalami kesakitan atau kesedihan, maka kesenangan adalah titik permulaan setiap pilihan yg kita buat. Walaupun kesenangan adalah kebaikan yg terbaik kita tidak memilih segala kesenangan kerana ada kesenangan yg membawa kesedihan atau kesengsaraan yg lebih teruk. Sebaliknya, kita memilih jalan hidup dgn mempertimbangkan sama ada perlakuan kita akan menyebabkan lebih banyak kesenangan atau kesengsaraan.Adakalanya kebaikan dianggap kejahatan, dan kejahatan dianggap kebaikan. Walaupun adalah dianggap ketidakgantungan kepada kebendaan boleh membawa kesenangan, ia tidak semestinya bermakna kita menikmati kebendaan yg serba kurang. Ia hanya bermakna kita boleh merasai kesenangan apabila kebendaan kurang, dan sentiasa beringat bahawa keinginan semulajadi adalah yg paling mudah utk dicapai, dan keinginan yg tidak munasabah tidak perlu dan sukar dicapai. Dengan melenyapkan keinginan yg tidak munasabah, kita akan mencapai kesenangan dgn lebih mudah dan berpanjangan. Kesenangan yg dimaksudkan bukanlah kesenangan berlebihan atau kesenangan sensual, sebaliknya yg dimaksudkan ialah ketidakadaan kesakitan dalam badan dan keresahan jiwa. Kebaikan yg paling muktamad adalah berasal daripada dan ialah kebijaksanaan; kita tidak boleh hidup dgn senang jika tidak mulia, adil dan bijaksana, maka kehidupan yg senang sememangnya berganding dgn kehidupan yg mulia, adil dan bijaksana. Adakah org yg lebih sempurna dari itu ? Seorang yg percaya dan hormat pada Tuhan tapi tidak menggeruni kematian. Seorg yg menerima hakikat kematian sebagai amalan alam dan tahu bahawa kesenangan mudah dicapai dan kesakitan tidak berkekalan. Seorg yg tidak percaya kepada takdir sebaliknya percaya bahawa ada yg berlaku kerana perlu -yg kita tidak dpt kuasai maka tidak perlu bertanggungjawab ke atas, ada yg terjadi semata-mata - yg tidak dpt kita ramalkan, dan yg lain dilakukan oleh kita sendiri- yg kita bertanggungjawab ke atas. Dipercayai bahawa adalah lebih baik kita lakukan yg betul tidak kira kesudahannya bagus atau tidak berbanding dgn jika kita secara bernasib baik mendpt kesenangan walaupun kita tidak lakukan yg betul. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip hidup sebegini kita tidak akan diganggu, malahan akan dihormati oleh masyarakat, kerana dgn mengamalkan cara hidup yg dikelilingi kebaikan dan kesenangan yg berkekalan, jalan hidup yg dianggap sementara akan menjadi kenikmatan yg berkekalan. (c) 2002 Christina Khoo Ghee Lin |
||||||||||||
![]() |
||||||||||||
![]() |
||||||||||||
| Kembali ke Taman Ketenangan | Pergi Kepada Principle Doctrines | |||||||||||