Principle Doctrines
Doktrin penting, rumusan teori Epicurus, juga
disebut 'Sovran Maxims'

1.Seorang yg direstui dan tidak dapat dimusnahkan tidak bermasalah
dan tidak akan membawa masalah kepada org lain; dia bebas dari
kemarahan dan ketidakadilan, kerana semua ini melambangkan kelemahan.

2.Maut tidak bermakna apa-apa kepada kita; kerana mereka yg sudah
mati tidak merasa apa-apa, dan apa yg tidak dapat dirasai tidak
berkenaan dengan kita.

3.Tahap kesenangan mencapai tahap tertinggi dgn melenyapkan segala
kesengsaraan. Apabila kesenangan sebegini ada dan tidak tergendala,
tiada kesakitan pada badan dan minda.

4.Kesakitan badan tidak berkekalan; jika tahap kesakitannya tinggi,
ia kekal utk jangka masa pendek, dan walau dgn tahap kesakitan yg
melebihi tahap kesenangan tidak berkekalan utk beberapa hari
berturutan. Penyakit yg berpanjangan membawa kesenangan badan yg
berlebihan dari kesakitan.

5.Adalah tidak mungkin utk hidup bersenangan tanpa hidup secara
bijaksana, mulia dan adil, dan sebaliknya.

6.Segala cara utk mendapatkan perlindungan dari org lain adalah
kebaikan yg semulajadi.

7.Ada orang yang inginkan status dan populariti, dengan tanggapan
kedudukan mereka akan lebih stabil berbanding orang lain. Jika
kehidupan mereka betul-betul stabil, mereka sudah mencapai kebaikan
yg semulajadi ; jika sebaliknya, mereka tidak mencapai kesudahan yg
mereka berusaha utk mencapai.

8.Tiada kesenangan yg pada zahirnya tidak baik, tetapi benda yang
menghasilkan kesenangan tertentu menyebabkan gangguan yang berlipat
ganda berbanding kesenangan itu sendiri.

9.Jika setiap kesenangan dapat dikumpulkan, dalam masa, dalam badan
ataupun dalam prinsip, kesenangan tidak akan berbeza dari satu sama
lain.

10.Jika benda yg menghasilkan kesenangan org yg jahat benar-benar
membebaskan mereka dari ketakutan tentang fenomena alam dan dunia
akhirat, ketakutan kepada maut dan kesakitan; dan juga mengurangkan
keinginan, maka kita tidak akan menyalahkan orang sedemikian, kerana
mereka ada kesenangan dari semua segi dan tidak ada kesakitan dari
segi badan dan minda.

11.Jika kita tidak pernah dirisaukan oleh fenomena alam dan dunia
akhirat, juga kematian, dan kejahilan kita terhadap had kesakitan dan
keinginan, maka kita tidak memerlukan ilmu sains semulajadi.

12. Adalah tidak munasabah untuk seseorang menyebarkan ketakutannya
tentang perkara-perkara penting jika dia sendiri tidak tahu cara-cara
alam tetapi masih percaya kepada mitos.Maka tanpa pengetahuan tentang
alam kita tidak dapat menikmati kesenangan yang asli.

13.Tiada gunanya mendapatkan perlindungan daripada orang lain selagi
kita merisaukan kejadian yang berlaku di alam dan akhirat.

14.Perlindungan daripada orang lain, yang boleh dicapai secara tidak
sepenuhnya dengan kuasa dan kemewahan material, didapati dalam bentuk
yang paling asli dari kehidupan yg terlindung dan tersisih daripada
orang ramai.

15.Kekayaan alam adalah terhad dan mudah untuk dikumpulkan, tetapi
kemahuan manusia yang tidak berkait dgn keperluan tidak mempunyai
had.

16.Peluang jarang bercanggah dengan orang yg arif, minatnya yg paling
penting senantiasa dibawa oleh pengetahuan dan logik.

17.Orang yg adil adalah org yg paling bebas dari gangguan, dan orang
yg tidak adil penuh dgn gangguan.

18.Kesenangan luaran tidak bertambah apabila kesakitan yg disebabkan
oleh keinginan telah dihapuskan, hanya berubah parasnya.Batasan
ketenangan minda tercapai apabila kita memikirkan semula kesenangan
luaran dan emosi yg dikaitkan dengannya, yg pernah merisaukan minda.

19.Masa tidak terhad dan masa yg terhad membawa tahap kesenangan yg
serata, jika kita mengukur had kesenangan itu dengan logik.

20.Kita menerima kesenangan sebagai tidak terhad, dan masa yg
diperlukan utk mendapatkannya adalah tidak terhad. Tetapi minda kita
menyedari had-had badan kita, dan dgn menghapuskan ketakutan terhadap
masa depan, akan membawa kehidupan yg sempurna dan lengkap, maka
tidak lagi memerlukan masa yg tidak terhad,Walaubagaimana pun, minda
tidak akan menjauhi kesenangan, juga dalam situasi yg sememangnya
akan menyebabkan kematian, minda tidak akan mengabaikan kenikmatan
kehidupan yg terbaik.

21.Dia yang memahami had-had kehidupan tahu bahawa adalah mudah untuk
mendapatkan apa yang menghapyskan kesakitan yg datang daripada
keinginan dan membuatkan kehidupan sempurna dan lengkap. Maka dia
tidak lagi memerlukan apa-apa yg perlukan pergelutan utk
mendapatkannya.

22.Kita mesti mempertimbangkan penghujung muktamad dan segala naluri
deria, yg kita gunakan utk menilai dan mempertimbang, kalau tidak
semua benda akan penuh ketidakpastian dan bercelaru.

23.Jika kita melawan semua perasaan, sukar utk kita menilai dan
merujuk, maka tiada cara untuk menilai perasaan yg kita anggap salah.

24.Jika kita menolak segala perasaan tanpa cuba membezakan di antara
pendapat yg belum dibuktikan dan yg sudah dibuktikan berlaku, dalam
apa jua cara, kita akan mengelirukan segala deria oleh pendapat yg
tak berasas maka akan menolak segala kebenaran. Dengan mengasaskan
idea pada fikiran yg sudah dan belum dibuktikan, kesilapan akan
berlaku kerana penilaian akan dibuat tanpa membezakan pendapat yg
betul dan salah.

25.Jika kita tidak merujukkan setiap perlakuan kita kepada
penghabisan yg ditentukan oleh alam, sebaliknya memilih penghabisan
yg lain, perlakuan kita tidak akan selaras dgn teori kita.

26.Semua keinginan yg tidak membawa kepada kesakitan apabila tidak
dipenuhi adalah tidak perlu, tetapi keinginan mudah dilenyapkan
apabila benda yg diinginkan sukar didapati ataupun mungkin akan
menyebabkan cedera.

27.Persahabatan adalah cara yg paling penting kebijaksanaan
mendapatkan kebahagiaan.

28.Pendapat yg sama yg menyatakan tidak ada apa-apa yg kita perlu
takuti yg kekal atau memakan jangka masa panjang, juga menyebabkan
kita perasan bahawa keselamatan dan keamanan kita dibawa oleh
persahabatan.

29.Keinginan ada yg semulajadi dan perlu, ada yg semulajadi tetapi
tidak perlu, dan ada yg tidak semulajadi dan tidak perlu, tetapi
disebabkan oleh pendapat yg tidak berasas.

30.Keinginan semulajadi yg tidak membawa kesakitan apabila tidak
dipenuhi, walaupun dikejar dgn usaha tungkus-lumus, juga disebabkan
pendapat tidak berasas, dan adalah kerana pendapat yg tidak berasas
ia tidak dapat dilenyapkan.

31.Keadilan semulajadi adalah janji untuk kebaikan semua.

32.Binatang yg tidak dapat membuat perjanjian utk tidak mencederakan
atau dicederakan tidaklah adil atau tidak adil; begitu juga manusia
yg sedemikian.

33.Tidak ada keadilan mutlak, hanya perjanjian antara orang di serata
tempat dan masa untuk tidak mencederakan atau dicederakan.

34.Ketidakadilan bukanlah satu kejahatan, cuma hasil daripada
ketakutan yg dikaitkan dgn hukuman kesalahan jika disabit kesalahan.

35.Tidak munasabah untuk orang yg secara diam-diam tidak mematuhi
perjanjian untuk tidak mencederakan dan dicederakan untuk menganggap
dia tidak akan diketahui, walau dia telah terlepas 10,000 kali,
kerana hanya sampai hari matinya dia akan tahu jika dia tidak akan
diketahui.

36.Secara am, keadilan adalah sama untuk semua, kerana ia
memanfaatkan semua, tetapi dalam kegunaannya dalam keadaan dan tempat
yg berlainan, benda yg sama tidak semestinya adil untuk semua.

37.Benda yg dianggap adil adalah memanfaatkan orang, walaupun
manfaatnya tidak seimbang antara satu individu ke individu yg lain.
Tetapi, undang-undang yg tidak memanfaatkan beberapa kumpulan orang
tidak dianggap adil.Jika konsep ini berubah dari semasa ke semasa,
fakta-fakta perlu dipertimbangkan untuk setiap situasi.

38.Apabila apa yg dianggap adil dari segi undang-undang tidak
sebenarnya adil dari segi konsep keadilan, maka undang-undang
tersebut bukan sebenarnya adil.

39.Orang yg paling mengetahui bagaimana melawan cabaran luar
menyatukan semua orang seboleh mungkin, dan selainnya tidak dilayan
seperti makhluk asing; apabila ini juga tidak dapat dilakukan, dia
mengelakkan segala hubungan dengan orang seperti ini dalam hidupnya.

40.Mereka yg mempunyai kuasa untuk melindungi diri dari cabaran
jiran, maka yg paling selamat, hidup secara paling senang dan tenang,
dan mereka menikmati hidup secara terbaik, dan walaupun seseorg mati,
yg lain tidak akan menangiskan kematiannya seperti ia patut
dikasihani.

(c) 2002 Christina Khoo Ghee Lin

Kembali ke Taman Ketenangan  Pergi seterusnya ke Vatican Sayings
Hosted by www.Geocities.ws

1