| Vatican Sayings | ||||||
| Pepatah Vatican adalah koleksi kata-kata Epicurus dan ahli falsafah Epicurean yg lain, disimpan dalam manuskrip abad ke-14 dari Perpustakaan Vatican. Terdapat persamaan sesetengah kata-kata dengan 'Principal Doctrines'(PD) 1.(PD1)Seseorang yang direstui dan tidak dapat dimusnahkan tidak ada kesusahan dan tidak menyusahkan sesiapa;maka dia bebas dari kemarahan dan ketidakadilan, kerana itu melambangkan kelemahan. 2.(PD2)Kematian tidak bermakna apa-apa kepada kita; kerana mereka yg sudah mati tidak merasa apa-apa, dan apa yg tidak dapat dirasai tidak berkenaan dengan kita. 3.(PD4)Kesakitan badan yg berpanjangan tidak lama;sakit yg teramat hanya ada utk jangka masa yg sangat pendek, dan kesakitan yg melebihi kesenangan tidak bertahan untuk banyak hari sekali. Penyakit berpanjangan membawa kesenangan yg lebih daripada kesakitan. 4.Setiap kesakitan adalah mudah untuk dilupakan; kerana yg sangat sakit tidak berpanjangan, dan yg berpanjangan tidak teramat sakit. 5.(PD5)Adalah tidak mungkin utk hidup bersenangan tanpa hidup secara bijaksana, mulia dan adil, dan sebaliknya. 6.(PD35)Tidak munasabah untuk orang yg secara diam-diam tidak mematuhi perjanjian untuk tidak mencederakan dan dicederakan untuk menganggap dia tidak akan diketahui, walau dia telah terlepas 10,000 kali, kerana hanya sampai hari matinya dia akan tahu jika dia tidak akan diketahui. 7.Untuk pengganas hidup tanpa diketahui adalah sukar, dan adalah tidak mungkin dia dapat menyembunyikan identitinya untuk lama. 8.(PD15)Kekayaan alam adalah terhad dan mudah untuk dikumpulkan, tetapi kemahuan manusia yang tidak berkait dgn keperluan tidak mempunyai had. 9.Keperluan adalah satu kejahatan, tetapi tiada keperluan untuk terus hidup dengan keperluan. 10.Ingatlah bahawa anda bukannya kekal selamanya dan mempunyai masa terhad untuk hidup dan sudah melibatkan diri kepada perbincangan tentang alam untuk selamanya dan sudah berpengalaman tentang perkara yg berlaku sekarang, dan dahulu. 11.Kebanyakan orang tidak munasabah apabila tidak melakukan apa-apa, dan 'gila' apabila melakukan sesuatu. 12.(PD17)Orang yg adil adalah org yg paling bebas dari gangguan, dan orang yg tidak adil penuh dgn gangguan. 13.(PD37)Benda yg dianggap adil adalah memanfaatkan orang, walaupun manfaatnya tidak seimbang antara satu individu ke individu yg lain. Tetapi, undang-undang yg tidak memanfaatkan beberapa kumpulan orang tidak dianggap adil.Jika konsep ini berubah dari semasa ke semasa, fakta-fakta perlu dipertimbangkan untuk setiap situasi. 14.Kita semua telah dilahirkan sekali, dan tidak boleh dilahirkan untuk kali kedua; untuk selama-lamanya kita tidak akan ada lagi.Tetapi walaupun kita tidak dapat menguasai masa depan, akan melambatkan kebahagiaan anda. Kehidupan dibazir oleh proses melambatkan, dan setiap kita mati tanpa menikmati rehat. 15.Kita meletakkan nilai yg tinggi ke atas perlakuan dan sifat kita seperti ia kepunyaan kita, tidak kira samada kita dianggap bermoral ataupun dihormati oleh orang lain.Maka kita patut menilai perlakuan dan sifat kawan-kawan kita juga. 16.Tiada orang akan memilih sesuatu dengan pengetahuan yg ia adalah jahat, tetapi apabila diumpan olehnya kerana nampak baik berbanding dengan kejahatan yg lebih serius, dia akan diketahui. 17.Kita tidak patut menganggap orang muda gembira, sebaliknya orang yg tua yg mengalami hidup bernasib baik. Orang yg muda di tahap tertinggi kekuasaannya selalu diGANGG 18.Jika penglihatan, perhubungan telah dikeluarkan, kenikmatan cinta sudah tiada. 19.Seseorang menjadi orang tua pada hari yg dia lupa pada kurniaan yg lampau. 20.(PD29)Keinginan ada yg semulajadi dan perlu, ada yg semulajadi tetapi tidak perlu, dan ada yg tidak semulajadi dan tidak perlu, tetapi disebabkan oleh pendapat yg tidak berasas. 21.Kita tidak boleh memaksa kehendak alam, sebaliknya memujuknya. Kita akan memujuknya dengan menepati keinginan yg perlu dan keinginan badan yg tidak memudaratkan, sambil menolak apa-apa yg merbahaya. 22.(PD19)Masa tidak terhad dan masa yg terhad membawa tahap kesenangan yg serata, jika kita mengukur had kesenangan itu dengan logik. 23.Setiap persahabatan patut diingini, tetapi punca utama persahabatan adalah daripada kebaikannya. 24.Mimpi tidak mempunyai kuasa mutlak ataupun bersifat ketuhanan, tetapi imejnya membawa kesan kepada kita. 25.Kemiskinan, jika diukur dengan penghabisan semulajadi, adalah kekayaan; tetapi kekayaan, jika tidak terhad, adalah kemiskinan. 26.Kita mesti menganggap pertengkaran yg panjang dan pendek membawa penghabisan yg sama. 27.Kebaikan aktiviti lain hanya datang kepada mereka yg sudah bertungkus lumus menjadi pakar dlm aktiviti itu, tetapi dalam pembelajaran filosofi kesenangan mengiringi pengetahuan yg bertambah; kerana kesenangan tidak mengikuti pembelajaran; kesenangan dan pembelajaran meningkat bersama-sama. 28.Mereka yg terlalu ingin berkawan tidak patut digalakkan; begitu juga mereka yg menjauhi persahabatan, kerana risiko dihadapi utk melakukannya. 29.Dengan secara terus terang, dalam pembelajaran saya tentang alam, saya lebih suka mengatakan yg membawa kebaikan kepada semua walaupun tidak difahami sesiapa, dari mengiakan pendapat kebiasaan yg akan membawa pujian ramai. 30.Ada org yg seumur hidupnya cuba menghiaskan dirinya benda-benda yg berguna kepada kehidupan tanpa perasan yg kita lahir di dunia lengkap dengan benda-benda yg secukupnya. 31.Adalah munasabah untuk memberikan keselamatan daripada semua benda, tetapi dengan kematian, kita semua tidak dilindungi. 32.Memuliakan orang yg bijaksana adalah kebaikan besar bagi mereka yg melakukannya. 33.Badan menggesa kita hanya utk tidak lapar, dahaga dan sejuk; kerana dia yg bebas dari semua itu dan percaya akan sentiasa begitu boleh bersaing dengan Zeus untuk kebahagiaan. 34.Kita tidak memerlukan pertolongan kawan-kawan lebih dari kita memerlukan pengetahuan yg mereka akan menolong kita apabila perlu. 35.Jangan merosakkan apa yg kamu ada dengan menginginkan apa yg tidak ada; hanya ingatlah bahawa apa yg ada sekarang mungkin dahulu hanya apa yg diinginkan. 36.Kehidupan Epicurus apabila dibandingkan dengan kehidupan orang lain dari segi kelembutan dan kecukupan boleh dikatakan hanya mitos. 37.Apabila dihadapkan dengan kejahatan, alam sangat lemah, tetapi tidak apabila dihadapkan dengan kebaikan; kerana kesenangan membuatkan ia selamat tetapi kesakitan merosakkannya. 38.Jarang-jarang ada orang di mana ada banyak sebab-sebab yg baik untuk menamatkan hidupnya. 39.Kedua-dua orang yg sentiasa memahukan pertolongan dari kawan- kawannya dan dia yg tidak pernah mahukan pertolongan dari kawan- kawan adalah kawan yg sebenar, kerana seorang mengambil kesempatan tanpa berterima kasih, dan yg lagi satu melaparkan diri daripada harapan utk masa depan. 40.Dia yg mengatakan bahawa setiap yg berlaku berlaku kerana keperluan tidak dapat mencari kesalahan dgn yg menafikan bahawa semua berlaku kerana keperluan ; oleh teorinya sendiri, persengketaan ini timbul kerana keperluan. 41.Pada masa yg sama, kita mesti berfikir, ketawa dan menguruskan urusan rumah dan urusan lain, tanpa berhenti menghidupkan filosofi benar. 42.Masa yg sama menghasilkan permulaan kebaikan unggul dan pemusnahan kejahatan. 43.Minat kepada wang, jika tidak didapati secara adil, adalah tidak halal, dan jika didapati secara adil, memalukan; kerana adalah tidak betul untuk berkelakuan kedekut walaupun berdiri di sebelah keadilan. 44.Orang bijak yang telah biasa dengan keperluan lebih tahu bagaimana berkongsi dgn org lain daripada mengambil dari org lain, dia telah menemui harta hidup tanpa bergantung kepada orang lain. 45.Pengkajian alam tIdak menghasilkan manusia yg suka berlagak dan memperagakan budaya yg diminati ramai, sebaliknya manusia yg kuat dan berdikari, yg membanggakan sifat diri yg tidak bergantung kepada faktor luaran. 46.Biarlah kita menghapuskan segala tabiat buruk kita seperti tabiat itu adalah orang yg jahat yg telah memberikan kita kesengsaraan dan kecederaan yg panjang dan memudaratkan. 47.Saya telah meramalkan kedatangan anda, Kekayaan, dan telah melindungi diri daripada semua serangan anda. Dan kita tidak akan menyerah diri kita sebagai tawanan anda atau orang lain; tetapi bila tiba masanya untuk pergi, kita akan pergi dengan hati yg senang dan bangga kerana telah hidup dengan baik dan bermakna. 48.Apabila kita berada dalam perjalanan, kita mesti membuatkan apa yg di hadapan kita lebih baik daripada yg sudah lepas; maka apabila sampai ke penghujung perjalanan, kita akan merasakan kelegaan. 49.(PD12)Adalah tidak munasabah untuk seseorang menyebarkan ketakutannya tentang perkara-perkara penting jika dia sendiri tidak tahu cara-cara alam tetapi masih percaya kepada mitos.Maka tanpa pengetahuan tentang alam kita tidak dapat menikmati kesenangan yang asli. 50.(PD8)Tiada kesenangan yg pada zahirnya tidak baik, tetapi benda yang menghasilkan kesenangan tertentu menyebabkan gangguan yang berlipat ganda berbanding kesenangan itu sendiri. 51.(bercakap dengan seorang pemuda) Saya memahami bahawa anda secara semulajadi sangat berminat kepada keinginan seksual. Ikutilah naluri anda, asalkan anda tidak melanggar sebarang undang-undang, mengganggu adat resam, mencederakan jiran anda atau diri, dan membazir kepunyaan anda. Adalah tidak munasabah anda langsung tidak melanggar sebarang yg saya perkatakan tadi, kerana keinginan seksual tidak pernah membawa apa-apa kebaikan, malahan seseorang bernasib baik jika tidak tercedera akibatnya. 52.Persahabatan mengerumuni dunia dan menggesa semua orang untuk sedar dan merasakan kebahagiaan. 53.Kita tidak patut irihati terhadap sesiapa; kerana yg baik tidak patut kita iri hati kan, dan yg jahat, lebih banyak kekayaan mereka, lebih jahanam diri mereka. 54.Yg kita perlukan bukan penampilan, tetapi benar-benar pencarian filosofi; kerana kita tidak memerlukan tampilan kesihatan tetapi kesihatan badan yg sebenar. 55.Kita patut mendapatkan kelegaan untuk kejadian yg buruk ke atas kita kerana ia sudah lepas dan dgn pengetahuan bahawa apa yg sudah terjadi tidak boleh diubah. 56-57.Orang yg bijak merasakan kesakitan yg sama apabila dia sendiri didera ataupun kawannya didera, dan sanggup mati demi kawannya; kerana jika dia mengkhianati kawannya, seluruh kehidupannya akan dipenuhi kesedihan dan bohong. 58.Kita mesti membebaskan diri dari 'penjara' pendidikan awam dan soal politik. 59.Apa yg tidak dapat dipenuhi bukanlah perut seseorg, tetapi sebaliknya pendapat bohong yang keperluan perut tidak dapat dipenuhi. 60.Setiap orang meninggalkan dunia seperti dia baru sahaja dilahirkan. 61.Yg paling cantik adalah apabila kita dapat melihat orang yg rapat dengan kita, apabila perjumpaan sebenar membuat kita berfikiran sama ataupun membawa rasa gembira dengan kesudahan tersebut. 62.Jika kemarahan ibubapa terhadap anak-anaknya memang adil dan patut, anak-anak tidak patut melawannya dan patut meminta ampun. Jika kemarahan itu tidak adil malahan tidak rasional, adalah sia-sia untuk anak cuba membetulkan situasi dengan berbincang secara rasional dan cuba membetulkan situasi dengan cara yg baik tanpa cuba mencari penyelesaian yg lain. 63.Ada hadnya untuk hidup secara mudah, dia yg tidak dapat memahami ini, membuat kesilapan sebesar orang yg hidup secara keterlaluan dan mewah. 64.Kita patut mengalu-alukan pujian dari orang lain jika ia datang tanpa dicari, tetapi kita patut ambil berat untuk mengubatkan diri. 65.Adalah sia-sia untuk seseorang berdoa kepada tuhan untuk mendapatkan apa yg dia sendiri mempunyai kuasa dan tenaga untuk mendapatkan sendiri. 66.Kita menunjukkan perasaan kepada keseksaan kawan-kawan dengan keperihatian, bukan dengan keluhan. 67.Oleh kerana cara mendapatkan kekayaan sukar tanpa menjadi hamba kepada kata-kata orang dan orang berpolitik, hidup yg bebas sukar mendapatkan banyak kekayaan; akan tetapi kehidupan sebegitu sudah ada semuanya dalam kuantiti yang lebih dari mencukupi. Jika cara hidup bebas juga mendapatkan kekayaan, maka ini juga dapat dikongsi supaya mendapatkan persahabatan dan perhubungan yg baik dengan jiran- jiran. 68.Tiada yg mencukupi untuk orang yg merasakan apa yg sudah mencukupi hanya sedikit sahaja. 69.Tabiat semulajadi jiwa yg tidak bersyukur terhadap apa yg ada membuatkannya tamak haloba untuk kelainan dalam amalan kehidupannya. 70.Jangan buat perkara yg membuatkan anda takut jika diketahui oleh jiran anda. 71.Persoalkan setiap satu keinginan anda: "Apa yg akan terjadi kepada saya jika keinginan ini dipenuhi, dan apa jika ia tidak dipenuhi?" 72.(PD13)Tiada gunanya mendapatkan perlindungan daripada orang lain selagi kita merisaukan kejadian yang berlaku di alam dan akhirat. 73.Kerana kita sudah pernah mengalami beberapa jenis kesakitan badan menolong kita untuk mencegah kesakitan yg serupa. 74.Dalam perbalahan filosofi, dia yang kalah bermanfaat paling banyak, kerana dia yg paling banyak belajar. 75.Pepatah "lihatlah ke penghabisan kehidupan yg panjang" menunjukkan kesyukuran kecil untuk nasib dan kehidupan baik yg sudah dialami. 76.Setelah anda semakin tua, anda seperti yg saya gesakan untuk anda, dan anda telah mengenali perbezaan antara mempelajari filosofi untuk diri dan mempelajari filosofi untuk Greece. Saya berbangga dan meraikannya dengan anda. 77.Kebebasan adalah buah paling manis hidup berdikari. 78.Orang yg dihormati paling risau dengan kebijaksanaan dan persahabatan; antara kedua-duanya, kebijaksanaan adalah kebaikan manusia, dan persahabatan adalah kebaikan sejagat yg kekal selama- lamanya. 79.Dia yang tenang tidak mengganggu diri ataupun orang lain. 80.Langkah pertama kepada kebebasan adalah untuk memberi perhatian kepada zaman muda seseorang dan berjaga-jaga terhadap apa-apa yang memusnahkan semuanya melalui keinginan yg menggilakan. 81.Jiwa seseorang tidak menghilangkan gangguan ataupun mendapatkan kegembiraan dengan pengumpulan kekayaan yg terbanyak, ataupun hormat dan minat orang ramai, ataupun melalui apa-apa yg dicari-cari oleh keinginan yg tidak terhad. (c)2002 Christina Khoo Ghee Lin |
||||||
| Kembali ke Taman Ketenangan | ||||||