PENGENALAN KEROPOK LEKOR Keropok Lekor atau juga dikenali sebagai keropok batang merupakan salah satu makanan tradisional yang terkenal di Malaysia terutama sekali di Terengganu. kami di perak juga ada menjual keropok lekor yang di buat sendiri oleh lekor crispy kysya .Keropok Lekor diperbuat daripada isi ikan air laut yang dicampur sagu dan juga sedikit garam. Terdapat juga sesetengah resepi yang mencampurkan sekali tepung kanji ke dalam adunan sebelum keseluruhan adunan itu diuli dan digentel panjang bertali sebelum direbus di dalam air yang panas mendidih. Namun,yang uniknya di lekor crispy kysya, keropok yang dihasilkan tidak direbus malah terus digoreng tanpa rebus. Tambahan lagi, bentuk yang dihasilkan juga tidak seperti keropok lekor biasa yang selalu kita nampak. Keropok Lekor yang telah siap direbus atau digoreng boleh terus dimakan sebaik sahaja diangkat dan akan menghasilkan satu rasa yang lebih sedap apabila dicecah bersama air lada(sos). Pada kebiasaannya, keropok lekor tidak akan dapat bertahan lebih lama sekiranya tidak diletakkan dalam peti sejuk. Namun, hasil inovasi yang dilakukan oleh pihak Lekor crispy kysya dengan memperkenalkan konsep goreng tanpa rebus dan juga keropok sejuk beku, keropok mampu bertahan 24 jam walaupun berada luar peti sejuk. Memang sukar untuk dinafikan bahawa negeri Terengganu cukup terkenal dengan keropok lekor yang dihasilkan. Bukan sahaja ia cukup sedap dimakan, malah ia juga sejenis makanan ringan yang berkhasiat. Tidak hairanlah, apabila tiba sahaja musim cuti persekolahan, kedai yang menjual keropok lekor di mana-mana sahaja akan diserbu oleh orang ramai. |
VIDEO PEMBUATAN KELOPOK LEKOR |
---|