Rawatan tanpa ubatan

Selain daripada penggunaan ubat-ubatan, masalah hipertensi juga boleh dikawal dengan pendekatan terapi tanpa ubat yang melibatkan perubahan kepada pemakanan dan aktiviti harian. Diantara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:-

Pengurangan berat badan akan memberikan kebaikan kepada individu yang mempunyai berat badan 10% lebih tinggi dari berat badan ideal. Pengurangan berat badan akan menurunkan tekanan darah dalam individu terbabit.

Pengambilan alkohol hendaklah tidak melebihi 21 unit setiap minggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita. Satu unit alkohol bersamaan dengan 1/2 pint beer atau 100ml wine atau 20ml whisky

Penggunaan garam dalam makanan hendaklah dikurangkan terutamanya bagi golongan tua.Pengambilan garam yang disarankan ialah 100mmol atau 6 gram garam sehari (bersamaan 1 1/4 sudu teh garam atau 3 sudu teh monosodium glutamate)

Senaman yang konsisten hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 30-60 minit sehari, 3-5 kali sehari. Senaman adalah baik untuk mengekalkan kesihatan. 

Tabiat merokok hendaklah dihentikan kerana ia boleh meningkatkan risiko masalah kardiovaskular.

Penting untuk mengurangkan risiko masalah kardiovaskular.

 

 

 

 

                                                                        

Hosted by www.Geocities.ws

1